Friday, August 27, 2010

Johor Bahru.

Bebelan dari NFM pada 3:45 AM 0 comments
Selamat bersahur Muslim's readers! I baru je lepas sahur,sahur makan Fillet O Fish,Mcd.Suruh Eqa beli tadi.Btw,I dah kat Jb.I balik dengan Raisa Raus.Kami berbuka puasa kat Melaka dalam kereta sempat minum air je.Cuti Jumaat sampai Selasa.I bawak barang yg banyak! 1 plastic bag baju kotor and cadar kotor.1 beg buku sebab nak study utk replacement exam and buat assignment.1 bag laptop.I bag baju yg sederhana besar and beberapa bag remeh temeh untuk isi benda-benda kucing.

Ohh ye I bawak 6kittens yg kecik-kecik around 2 months ni balik Jb.Sebab macam lama je I nak tgglkan dia dengan Kelly dalam 1 cage sebab dorang ni suka serakkan cage mak dia.Nasib masa dalam kereta dorang baik.Tak berak and tak muntah.I letak dalam traveller cage yang paling bsr.I sanggup pergi beli semata-mata nak bwk dorang balik.Comel jee :D Ni I lepaskan kat balcony,bagi dorang lari-lari sebab kalau rumah Cyberia susah nak lari-lari rumah kecik,balcony kotor. And I rasa macam nak tidur kat balcony sebab seronok tengok dorang lari-lari.

Petang nanti Abah sampai.Sebelum Abah sampai kena basuh kereta sebab kereta kotor sangat.Banyak serangga yang mati semasa melintas.Nanti kereta kotor abah bising.Ohh bila Abah balik,tokleh nak bangun lambat sangat sebab Abah jenis bangun pagi.Tapi kalau Abah tidur,itu takpe baru boleh tidur.hehe.Bila bangun pukul 12pm itu pun akan rasa serba salah walaupun Abah tak bising.Tapi tahu Abah tak suka.haha.

Okay la nak tidur dah.Nak kena kejut adik kecik pergi sekolah pukul 6.30am.Tapi Eqa yang hantar.hehe.Selamat berpuasa!

Wednesday, August 25, 2010

Rindukan mak.

Bebelan dari NFM pada 12:01 AM 7 comments
Kelas at 8am memang kena pergi pun sebab boleh dikira this is my first tutorial class of International Accounting.Padahal dah nak habis dah kan.Presentation tak jadi nak buat tadi,postpone esok.Then ada kelas pukul 12pm tapi seriously tak larat nak pergi.Mata dah rabak gila sebab dapat tidur 2jam je after sahur.Balik tu terus tidur dengan berbaju kurung yang pergi kelas tadi.Betul-betul penat.

Then exam International Accounting pukul 2.30pm.Alhamdulilah boleh buat.Tokleh nak cakap lebih-lebih sebab takut tersilap tanggapan.Balik dari exam,memang penat gila macam otak dah tokleh berfikir.Sesampai je rumah terus macam amik handphone nak call mak.Macam nak cerita sesuatu kat mak macam selalu.Sebab mak selalu je dengar apa yang I nak membebel.Apa yang I nak mengadu and benda yang selalu I akan tanya mak masak apa.Tetiba tersedar akan satu kenyataan,yang mak dah takde.Rasa macam nak menangis and beristighfar lepas tu.

Masih lagi macam tak percaya.Bagaikan semuanya dalam mimpi.Sambil update blog sambil menangis.Rindukan mak.Dah takde lagi kawan yang boleh berbual macam berbual dengan mak.Sebab mak adalah good listener.Mak,Anna rindu mak :'(

Sunday, August 22, 2010

Miserable.

Bebelan dari NFM pada 4:50 PM 3 comments
Hidup semakin kelam-kabut.This week tak dapat nak balik Jb sebab nak study untuk replacement test.International Accounting on Monday,Microeconomics on Wednesday,Presentation Management Accounting 2 on Tuesday.Huish.International Accounting pun tak habis study lagi.Apa lagi nak study Micro,tutorial Micro pun tak siap-siap lagi sebab tak dapat nak hantar untuk 2 minggu cuti,ada 4 tutorial.Replacement untuk subject Management Decision Science je tak tahu lagi sebab haritu jumpa lecturer,lecturer takde.

Sedar tak sedar sekejap je nak final exam.Nampak gayanya kena belajar untuk bagaimana nak study kat Jb.Sebab selalunya kalau balik Jb mesti malas gila nak study.Hari Khamis nak balik Jb,takpun Jumaat tengok pada daya tahan diri nak drive sorang-sorang.Sampai sana mesti duit nipis sebab kena pow dengan si kecik.Belum apa-apa dia dah call mintak walkie-talkie.*betul ke spelling tu?

Saturday, August 21, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah ayah Alyn.

Bebelan dari NFM pada 4:37 PM 0 comments
Al-Fatihah untuk Arwah ayah Alyn yang telah pulang ke Rahmatullah semalam.

Kuat betul dugaan yang Allah berikan untuk kami bertiga. Allah lebih sayangkan mereka.Semoga dosa-dosa mereka diampunkan dan mereka ditempatkan di Syurga.

p/s : teringin sekali ingin melihat
mak hadir dalam mimpi
kerana aku rindukan mak :'(

Wednesday, August 18, 2010

Arwah Aunty Lina,mama Effa.

Bebelan dari NFM pada 3:51 PM 1 comments
Al-fatihah untuk mama Norafifah binti Mohd Ali (Effa) yang telah pulang ke Rahmatullah semalam.Semoga roh Aunty Lina dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah.

Effa darling,kita kawan baik since standard 6.Mak kau jaga aku and macam mak aku jugak dari time tu jugak.Mak aku sakit,mak kau pun sakit jugak.Mak aku pergi dulu,selepas 2 minggu mak aku pergi,mak kau pergi.Tapi kita kena kuat Fa.Kita sendiri tak sanggup tengok dia sakit lama-lama.Allah lebih sayangkan mak kita.Kita kena redha.

Hari Sabtu lepas baru melawat mak Effa kat hospital.Mak dia usap kepala I sambil menangis.Mak dia pesan kat I,

"Na,aunty sayang Anna macam anak aunty sendiri.Dari darjah 6 aunty kenal Anna dah macam adik beradik dengan Effa.Anna kena kuat and sabar.Jaga adik-adik.Anna doakan aunty sihat semula and aunty jaga Anna.Mulai sekarang aunty mak Anna.Lepas ni aunty jaga Anna.Apa-apa Anna ada masalah,bagitahu Aunty.Anna kawan dengan Effa baik-baik,korang dah macam adik beradik"

Tak sangka itu kata-kata terakhir dari Aunty Lina and time tu la dapat cium aunty Lina buat kali terakhir.Mak baru pergi 2 weeks and sekarang Aunty Lina.Kuat betul dugaan yang Allah berikan kepada kami.KAU berikanlah kami kecekalan dan ketabahan hati untuk menerima semua ini.

Thursday, August 12, 2010

Arwah Bonda.

Bebelan dari NFM pada 1:18 AM 18 comments
Ya Allah Ya Tuhanku,tak tahu macam mana nak update blog ni. Kalau you guys baca previous entries I,I ada bagitahu yang I macam takde mood and I asyik ingat mak I.I nak mak I sembuh and mak I yang dulu. Tapi rupanya a few minutes I update entry tu,mak I pergi tinggalkan Abah and kami adik-beradik. Allah lebih sayangkan mak.

Hati ni bagaikan tak percaya dengan apa yang berlaku. Macam ini semua dalam mimpi. Even sampai sekarang I rasa macam mak I ada lagi,baring dalam bilik. Masih lagi terngiang-ngiang wajah mak masa I dibenarkan masuk ke bilik mayat,wajah mak masa I mandikan jenazah mak.Macam tak percaya sekujur tubuh yang tak bergerak di depan I masa tu adalah mak I.Tapi wajah mak nampak tenang.

Mak meninggal dunia pada 2 August 2010 at 9.30pm. Rumah ni dah senyap tanpa mak.Tinggal kami adik beradik disini sebab Abah kerja kat Jakarta. Alhamdulilah sepanjang pengurusan jenazah semua berjalan dengan baik.Ramai yang datang,Alhamdulilah.

I maybe nampak kuat luarannya tapi dalam hati ni sebak and sedih sangat.Tak sangka haritu adalah masakan mak yang terakhir yang I dapat rasa,patut la mak tanya nak makan apa and dia sanggup masakkan.

Ya Allah Ya Tuhan ku,aku rindukan mak. KAU ampunkanlah dosa-dosanya,KAU terimalah amal jariahnya,KAU tempatkan la mak di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah di sisimu Ya Allah. KAU curahkanlah rahmat ke atas rohnya Ya Allah. Walaupun sebak hati ini tapi aku redha dengan dugaanmu Ya Allah. AL-FATIHAH.

Hanya gambar mak yang tinggal untuk kami sekeluarga.Semoga Allah berikan kami kekuatan untuk menerima dugaan ni,jauhkan la kami dari kejahatan manusia,kejahatan syaitan dan ilmu sihir serta hasad dengki.Amin.

Arwah Bonda, Norlaila binti Majid (42)

Monday, August 2, 2010

Naik cuti sudah.

Bebelan dari NFM pada 9:13 PM 1 comments
Okay Fharina habis cuti dah. Nasib hari ni MMU bagi cuti so boleh la relax lagi tapi esok dah start and Rabu ada exam International Accounting and I langsung tak study masa cuti ni yang dimana I betul-betul menjiwai erti cuti kali ini.

Tapi malam ni I ingat I nak study.So,takde la I tak tahu apa-apa dalam exam nanti.Untuk subjek lain masih lagi menunggu turn untuk study.Badan rasa tak sedap membuatkan macam takde mood,okay itu ALASAN! Orang pakai wheelchair pun hari-hari tolak wheelchair pergi kelas tau.Ni apa tah lagi orang yang cukup sifatnya.

Mak still tak sihat lagi.Luckily ada nenek jaga mak dekat rumah.Tekanan darah mak rendah sangat,thats why mak macam tak de tenaga and selalu rasa lemah.Hope mak cepat sembuh.Nak mak yang aktif dulu.

Kecik hati sikit.

Bebelan dari NFM pada 7:01 PM 3 comments
Mak sanggup masak banyak-banyak walaupun mak tengah sakit. Bila esoknya aku sanggup masak nasi,panaskan lauk. Then takde orang nak makan. Time ni la semua nak makan luar.Okay great! So,aku taknak keluar sebab nak makan apa yang masak yang aku dah suruh mak masak. Bila kite tengah ada duit,time ni la kena simpan.Bila dah ada rezeki kat rumah,makan kat rumah la.Bukan bila dah takde duit baru nak meracau cari makanan kat rumah.

Kalau mak tahu ni,mesti mak kecik hati.Lain kali kalau taknak,tak yah suruh.Takpe mak,Anna ada boleh makan apa yang mak masak.Nanti Anna belajar masak untuk makan sendiri.