Tuesday, March 29, 2011

Random update.

Bebelan dari NFM pada 12:47 AM 3 comments
Heee, lama gila tak bukak blog ni. Btw, takde update apa sangat pun. Sem ni aku amik 2 subject, Management Consultancy and E-Auditing. Tapi aku tak berkenan sangat dengan cara lecturer E-Auditing mengajar. Dia ni lecturer luar. Aku expect subject ni Sir Hari Ramulu yang ajar sebab selalunya dia ajar subject Audit ni and dia best. Tapi tak dapat pun dia.

Aku baru rasa macam baru naik sem je,mana tak nya ni baru week 4 tapi next week dah midterm break dah 1 week and sem ni ada 8 week je,memang semuanya rushing la. Nasib assignment takde,cuma presentation je la.

Oh iya,next month aku pindah rumah.Aku dah tak duduk Cyberia ni lagi.Sebab hal kecurian kereta kat parking lot sendiri and dalam Cyberia semakin menjadi-jadi. Management Cyberia ni sucks! Bila tanya,ada je jawapan tak tahu la itu la ini lah. Ada guard pun tak guna. Bayar je parking mahal-mahal,beratus tapi still macam tu jugak.Sebelum aku jadi mangsa,lebih baik aku berambus. Aku dok Domain nanti,so senang agak lapar je,turun bawah makan kat JS Maju.Confirm boleh muak nanti.Haha.


Tak sabar nak tunggu end of May,I'll be on holiday for a week with a family and my bestfriend :D

Thursday, March 17, 2011

Galactic Laser was fun!

Bebelan dari NFM pada 12:40 PM 0 comments
welcome to Galactic Laser!

Briefing how to hold your gun,the rules and everything.

Hee semalam kan first time I main Galactic Laser, semalam try 1 mission je with Aina,Jieja,Apiez and 2 orang adik lelaki I. It was fun dude! Berpeluh-peluh. Good exercise though. Unluckily we're not in a same team sebab campur main dengan orang lain. Jieja and Aina in a Green Team and four of us in a Blue Team.

Tapi yang lawaknya Aina Jieja and me boleh jalan sekali. Bila dah kena tembak,siap boleh cakap, "Eh,jangan tembak aku banyak kali nanti aku mati lama"

HAHA!

Nak main lagi! Jom la nanti kita main ramai-ramai,mesti lagi fun!
Rasa macam main-main CounterStrike. Walaupun tak pernah main tapi tengok cara orang main.Hee.

Wednesday, March 9, 2011

noideafortitle.

Bebelan dari NFM pada 9:38 AM 1 comments
Guys always make girls cry, but if a girl can make a guy cry, she must really mean something to him.


-The Notebook

Monday, March 7, 2011

Stressed is Desserts

Bebelan dari NFM pada 2:07 AM 0 comments

Aku mendengar ada ura-ura yang mengatakan result final exam untuk MMU students will come out on this coming Wednesday. Oh,today is Monday! Nak dekat dah!

Macam nak menangis meraung semula bila teringat Corporate Accounting 1. Tapi nak buat macam mana kena berani nak berhadapan dengan result tu nanti.

Huwaaaaaaa!


p/s : Kalau sesiapa dah tahu result keluar je,
please la terus BBM ke,SMS me okay.

Friday, March 4, 2011

Learn from the past.

Bebelan dari NFM pada 6:13 PM 0 comments

I wish.

Bebelan dari NFM pada 5:54 PM 0 comments
Nothing is permanent. Especially people. Don't have your hopes high. Friends become strangers, lovers become friends. And people leave.

It hurts when my first love left me but when I think about it, if he'd never did, I would've never met you.

So,I wish;
Please stay because I'm scared of losing..AGAIN.

New blog skin.

Bebelan dari NFM pada 2:26 AM 2 comments
Okay macam mana rupa new blog skin saya ni ye?
Okay ke tak?

Tapi blog list hilang la. Sesiapa yang singgah kat blog ni,tolong tinggal url blog korang ye.
Thank you sayangs :)

Thursday, March 3, 2011

Masalah rambut kering?

Bebelan dari NFM pada 8:38 PM 5 comments

Ni I nak bagi tips untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit kering ke rambut kering ke. Gunalah Olive Oil,amat bagus nak melembabkan mana-mana part yang kering tu. Macam I ni,rambut I rosak and sangat-sangat kering. Mana taknya dah macam-macam I buat kat rambut I ni,so banyak sangat penggunaan chemical. Macam shampoo je I dah guna tapi sama je,rambut I kalau lepas mandi,dia kering sendiri ke I kering guna hairdryer je,seriously macam singa nak mengamok. Tapi lepas guna Olive Oil ni,rambut I nampak lagi better. So,you girls give it a try :)

Sewing 2.

Bebelan dari NFM pada 7:37 PM 8 comments
Ini dia sambungan entry, okay firstly aku buat pouch ni. Boleh simpan barang-barang macam aksesori rambut ke,apa-apa je la.hehe. Aku buat simpan barang jahit macam gunting,jarum tu semua. Senang.

Kain lace and button diperlukan. Then susun-susun,jahit-jahit.

Okaay taaraaa! Siap dah! Sorry la ni first time buat so senget-benget sikit susun.
Okaay untuk second craft ni,aku buat tempat pocket tissue. Berbentuk kereta dengan no plat, FM7. FM for Fharina Mohamad and 7 tu no fav aku sempena my birthday :)

Kereta ni ada 2 side,depan dan belakang. Merah atas ni depan,hitam bawah ni belakang.

Cara nak amik tissue,senang je,bukak la bonet belakang kereta tu.Hehe.

Okaay yang ketiga ni pulak memang aku nak buat sangat sebab aku rasa aku amat perlukan. HP Pouch! Disebabkan aku suka gajah so aku decide nak buat design gajah. So,piker nak kain color apa, gajah color apa and benang color apa. So,ini dia :
Kita potong kain berbentuk gajah.

Lepas tu, kita letakkan atas kain yang kita dah pilih tu and kita pin kan gajah tu supaya dia tak senget benget or bergerak bila kita jahit dia.

Then kita mula jahit-jahit.
Finally siap! Comel tak? Ni aku punya aku buat HP Pouch untuk hp Nokia aku.
Then aku dapat 2 request dari 2 adik lelaki aku suruh buatkan jugak untuk BlackBerry mereka.So,dalam 1 hari aku boleh siapkan 2 hp pouch ni. Dorang pilih nak color apa,nak design apa semua,nak button ke nak tape ke,so aku buat and jahit. Hasilnya,inilah :)


Daus pun suka dengan gajah aku,so dia pun mintak buat gajah jugak. Comelkan!


p/s : kain lining dah beli,so boleh buat coin purse pulak.

Sewing.

Bebelan dari NFM pada 7:19 PM 0 comments

Hee, okay kali ni nak cerita pasal menjahit pulak. Dulu when I was 12, arwah mak pernah belikan aku mini sewing machine. Arwah mak ajar macam mana nak guna semua and time tu mak pernah cakap yang dia nak aku belajar menjahit and pandai jahit baju tu semua.

Tapi biasala kan angan budak-budak sekejap je tu semua. Plus time tu busy dengan UPSR and then PMR. So dah dilupakan. But I still know nama jahitan and jahit-jahit ni semua.Hee. Now, Abah belikan mini sewing machine lagi tapi this time simple je sebab tokleh nak buat jahit corak-corak. Bosan je tapi takpe la.Hehe.

So,cuti ni aku habiskan masa dengan sangat berharga. Bangun subuh semua,kejut adik-adik sekolah,ready dorang nak pergi sekolah and terus kemas rumah segala bagai and petang pulak habiskan masa dengan menjahit semua. Malam around 10pm tidur dah. Begitulah hari-hari.

So,nak tengok tak hasil tangan aku? Tunggu entry lepas ni :))

Tuesday, March 1, 2011

Cat and Dog.

Bebelan dari NFM pada 8:51 AM 3 comments
Heee, lama dah kan tak update pasal kucing-kucing. Dorang semua sihat je. Simon and Sky makin gemok. Keero and Louie macam dah kurus sikit. Lucky and Kelly pun gemok sikit. Loopy maintain.

Btw,tadi masa lepas adik-adik pergi sekolah terus la bersihkan and basuh kat depan tu,alang-alang tu bersihkan tempat kucing sekali. Tengah main-main dengan Simon and Sky,tetiba je Simon lari dengan laju pergi kat gate,si Sky pulak lari dekat pokok-pokok bunga. Aku terus panic sebab ada anjing kerdil betul-betul kat depan gate. Aku rasa kalau dia loncat sikit terus dapat masuk dalam gate.

Yang aku bengang sangat dengan owner anjing tu,dia bawak 2ekor anjing dia jalan-jalan,satu dia pegang,satu dia lepaskan.Disebabkan aku tengah panic aku terus jerit. Owner dia boleh buat bodoh je bila nampak anjing dia nak bergaduh dengan Simon. Bodoh betul. Aku terus angkat Simon and owner tu terus cakap dekat anjing dia, "COME" tapi bila owner dia jauh baru anjing tu lari ikut owner dia.Sumpah aku panic tapi Simon langsung tak takut. Si Sky pulak habis satu badan melekat daun-daun kering kecik.


Ni la Simon,comelkan dia. Color dia ala-ala grey chocolate. Serious dia gemok betul.


Simon mengintai Papa Keero dari atas. Alahai comel je.

Semalam masa petang-petang aku main sikat-sikat kucing-kucing ni semua. Ada 1 kereta Chinese berhenti depan rumah and tunjuk-tunjuk. Dalam hati aku,"Tolong la jangan turun kereta and tanya jual ke tak". A few minutes baru dorang jalan.

Tadi pun still ada sorang pakcik melayu dari Singapore ni,dia balik Jb jarang-jarang je. Dia saja ber- exercise di pagi hari. Terus stop depan rumah tengok kucing. Then terus tanya aku,

pakcik : "Kucing ni semua jual ke?"
aku : "Eh takla pakcik,saya bela je ni semua tak jual pun"
pakcik: " Ohh ye ke.Kucing ni lawa.Ramai orang nak."

and bla bla bla bla..

Famous betul la kucing ni semua.