Sunday, April 20, 2014

Pes Masak Lemak Cili Api by Mama Ani. 100% HOMEMADE.

Bebelan dari NFM pada 5:40 AM 3 comments
*AMARAN : Entry ini panjang. Sila pastikan anda membaca dengan penuh berselera dan teruja.

Aku tahu nowadays ramai yang busy sampai tak sempat nak masak -- nak tumis itu ini apa semua especially yang bekerja. Yang student pulak nak jimat duit makan kat luar tapi tak reti masak, asyik-asyik makan maggi je. Time tu la tetiba teringat mak masak apa la ek kat rumah.

So, sekarang ni dah ada Instant Masak Lemak Cili Api by Mama Ani woo! Jimat masa! Meh sini aku ajar (aku mmg power bab masak-masak instant ni :P) :

1. Masukkan air secukupnya -- depends on korang nak masak utk berapa org makan.
2. Masukkan Instant Masak Lemak Cili Api ni dan kacau.
3. Tunggu sampai dah mendidih, then korang masukkan santan.
4. Lepas tu, masukkan la ayam ke ikan ke ketam ke apa je la yang korang nak masak.
5. Lagi sekali tunggu sampai mendidih.
6. Finally, SIAP! 

Okay cepat kan! Superfast okay! Lepas ni kalau sesiapa dok demand korang suh masak Masak Lemak Cili Api,korang jawab macam ni --"Apa ada hal, now everyone can cook bro" Haha.

Oh, don't worry tiada pewarna tiruan. 100% HOMEMADE by Mama Ani

Siapa yang suka pedas tu, sila laa sebab memang pedas. Wiwiwi. Jangan pulak korang buat perangai gila nak masak untuk sorang je tapi pergi curah satu bekas.

Harga murah je ni RM4 untuk satu bekas -- 200gram. So far, Alhamdulilah orang bagi respon and feedback yang bagus. Terharu tau orang cakap sedap. 

Jadi, dengan ini diisytiharkan (tak tahu ejaan betul ke tak) bahawa sesiapa yg kt JB ni nak beli meh bagitahu aku awal-awal eh -- siapa confirm nak bagitahu sekarang. Utk yg area Selangor pun boleh direct order dengan Hafiz Anuar or Muhammad Syahir Akmal . Tiada penghantaran dengan pos. Semuanya kena pick up sendiri. 

Ulang lagi sekali, Harga RM4 satu bekas -- 200gram. You should try! Lepas ni tiada lagi alasan. Ecewah! 

Spread the news please. Aku akan sayang korang and semoga Allah SWT murahkan rezeki kita semua bersama. 

Thursday, April 17, 2014

Another DREAM to pursue

Bebelan dari NFM pada 1:10 AM 1 comments
Hello!

Bosan jugak sebenarnya duduk rumah je. Ada niat nak cari kerja. Ada la jugak apply dekat Jobstreet tu. Oh, lepas aku balik dari Jakarta haritu, tiba-tiba kawan sekolah aku Mashitah -- Chita call bagitahu aku esok pergi interview. Job position Admin cum Accountant. Aku dengan last minute print resume tengah malam dekat Cyber Cafe. Printer aku ada tapi cable takde sebab tikus gigit cable. Blergh.

Alhamdulilah, interview went well. Bukanlah company besar pun. Plus, aku dah taknak dah kerja dengan big company -- still trauma dengan racist. Tempat aku interview ni Boutique Hotel. Cantik sangat! Manager dia pun baik. Dia kata aku boleh start anytime je tapi anything dia kena tanya Director dia dulu. Director dia pulak pergi holiday lama. Maybe after dia balik baru proceed dengan second interview. -- and sampai sekarang senyap.

Sementara tu, aku focus dengan business aku. Cari idea baru. Cari solution. In Shaa Allah, aku akan start dengan label aku sendiri. So, penat jugak la cari tailor jahit pukal ni. Cari through internet, cari kedai ke kedai. Muka memang kena senyum sentiasa la kan tanya ambil jahit pukal ke tak. Almaklumlah, dekat JB ni aku tak reti sangat. Kalau arwah mak mesti tahu. 

Actually, aku dah dapat tukang jahit dekat Jakarta dengan pertolongan K.Ifa. Lagipun Abah kan duduk Jakarta kan. So, agak senang la untuk aku sebenarnya. Bila difikir balik, lebih elok aku dapat tukang jahit kat sini, bukan apa senang aku nak deal and nak check apa semua. 

Setelah susah payah penat lelah berusaha, Alhamdulilah! I found one! Murah! Memang dalam budget aku la upah menjahit tu. Kakak ni sangat experience dalam menjahit and ada kilang jahit. So, yeay! Bersyukur sangat! Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.Btw,esok aku ada lagi appoinment dengan Tailor pukal yang lain. Takpe aku pergi je esok survey macam mana. Kalau tak, mesti kita tak tahu kan. Kena pilih yang terbaik ni.

Seriously, I really can't wait! Now, tengah usha kain, harga kain semua. Semalam dah usha dah Kamdar dengan Jakel but still mana tahu boleh dapat kain lagi murah sebab aku kena beli banyak. Cost tu penting. Nak pergi Jakarta macam dah tak sempat since aku kena hantar jahit next week sebab aku suruh kakak tu siapkan before 8th May sebab 10&11th May aku ada event besar! Alhamdulilah dapat join! So, masa tu adalah salah satu cara nak tarik customer and promote. Weee..

Doakan yang terbaik ya kengkawan!