Friday, June 20, 2014

Hati yang sarat.

Bebelan dari NFM pada 2:20 AM 1 comments
Di kala tengah malam ni, pandang sekeliling keadaan bilik. Mencari idea nak decorate bilik.
Biar nampak lebih kemas dan luas.
Buku jangan kata banyaknya, memang terlampau banyak.
Boleh bukak mini library.

Bila pandang semua.
--frame bunga tergantung di pintu bilik, langsir putih berbunga purple dan semua yang ada disini.
Ya ALLAH, rindunya aku pada arwah Mak.

Mak -- sangat suka decorate rumah
English concept, bunga-bunga selalu jadi pilihan Mak.
Dulu tak perlu risau tentang hiasan,
serahkan saja pada Mak,
pasti tersenyum puas hati.

Aku sangat rindukan arwah Mak.
Sangat sangat rindu.

Mak...

Wednesday, June 18, 2014

Aku hanya ada aku.

Bebelan dari NFM pada 2:32 AM 0 comments
Kadang-kadang susah nak faham lelaki ni.
Ke perempuan ni yang susah nak memahami?
Aku rasa aku tak minta perkara yang melampau.
Hanya sedikit perhatian dan kasih sayang.

Kata orang, lelaki ni akan berubah hari demi hari.

Kalau dulu dia boleh layan kau macam seorang puteri, 
mungkin esok puteri tu dah jadi macam rakyat biasa je.

Aku bukan nak mengungkit tapi kenapa setiap kali harus aku?

Boleh tak kadang-kadang faham apa yang aku risikokan setiap kali aku kesana kesini?
Apa yang aku tinggalkan.

Perempuan ni jangan kau biarkan dia hidup berdikari.
Cuba kau pandang sekeliling dan observe apa yang berlaku?
Bila sang suami melepaskan sang isteri dengan membiarkan sang isteri lebih berdikari,
lama-lama sang isteri rasa dia dah tak perlukan sang suami.

Aku tak mahu jadi begitu -- kerana aku mahu kau disisi aku.

Aku dah letih. Letih nak mendesak. Letih nak meminta.
Pandai-pandai kau la buat apa yang patut.
Hidup aku ni mungkin aku seorang je kena faham.
Tanggungjawab aku besar lagi besar dari yang kau bayangkan.

Aku jauh dari Abah. Aku rindukan belaian mak.
Aku hanya ada aku disini.
noktah.