Monday, October 19, 2015

Checkup 39weeks

Bebelan dari NFM pada 9:53 PM 0 comments
Date 12.10.2015
Hospital Columbia Asia Nusajaya

39 weeks checkup harini. Yes tiada tanda lagi nak bersalin. Elok je. 
Masuk je bilik doctor terus dia tanya "Dah ada tanda nak bersalin tak?"
Terus cakap takde, doctor senyum je.

Terus doctor scan and tengok baby semua okay. Air ketuban pun okay.
Doctor tanya nak check bawah tak? Maksudnya kena seluk la ni.
Apa yang aku baca dari blog experience orang bersalin ni cakap seluk ni sakit.
Aku pun tanya doctor "Sakit ke?"
Doctor cakap "Sakit la sikit"
Aku dah pasrah je la. Segan la jugak nak kena bukak panties and kena kangkang luas-luas.

Doctor siap pesan "Sakit sikit, awak tarik nafas ya, jangan melawan saya"
Aku pun siap-siap la tarik nafas and terasa la doctor check dekat bawah tu.
And guess what aku tak rasa sakit pun. Wiwiwi.
Mungkin doctor buat lembut je or daya tahan sakit aku kuat.
So, jangan la percaya bulat-bulat orang cakap seluk tu sakit sebab depends on badan orang jugak.

Doctor kata maybe akan berdarah sikit balik nanti tapi itu normal.
Tapi aku takde keluar darah pun.
Hasil seluk tu doctor kata belum ada bukaan tapi serviks dah lembut dah.

Pergh baru ingat kekonon dah bukak 2,3 cm ke kan. Haha.
So, doctor bagi one week lagi, masuk 40weeks which is on 20th October (EDD) kena datang lagi if belum bersalin.

Maka esok la 20 Oktober tu. Haa genap la 10 bulan aku pregnant. Haha.
Tunggu je la esop doctor cakap apa.
Dia bagi masa lagi ke or kena induce terus ke terpulang pada budi bicara doctor besok.

Seronok betul anak aku ni duduk dalam perut.

Saturday, October 10, 2015

38weeks 4 days - still tiada tanda

Bebelan dari NFM pada 9:13 PM 0 comments
Assalamualaikum!

Harini genap 38weeks and 4 days of my pregnancy. Perut memang dah jatuh dah. Setiap kali jumpa orang yang lebih tua mesti cakap "Dah jatuh sangat perut awak ni". Jalan pun dah tak boleh laju dah, kalau aku dengan baby yang merangkak sebelah aku, confirm baby tu merangkak lagi laju dari aku. Jalan slow bukan sebab saja nak manjakan diri tapi memang sakit dah dekat bahagian bawah, laju sikit makin ngilu gitu.

Bila time tidur adalah sangat tak selesa. Boleh rasa kepala baby tolak-tolak dekat bahagian bawah and aku akan terkejut-kejut. Ngilu betul. Tapi tak rasa sakit pun. Husband asyik cakap je, "Kalau sakit bagitahu" tapi aku memang tak rasa sakit pun. Cousin aku datang rumah pun dia siap cakap, "Akak tengok kau ni maintain okay je macam takde rasa apa je". Aku pun tak tahu nak cakap apa mungkin belum tiba masa nak sakit kot.

Baby's movement memang sangat cemerlang. Aku selalu baca experience orang yang nurse/doc akan bagi macam kita record movement dari 9am-9pm. So far aku dekat Hospital Columbia Nusajaya ni Dr Rohaini takde pulak suruh. Maybe setiap kali dia tanya baby aktif ke, aku jawab "Sangat aktif". Serious baby dalam perut ni aktif dia tersangat -- terus terfikir terlebih amik DHA ke. Haha. Alhamdulilah la baby aktif so sentiasa teman aku kalau tengah bosan-bosan especially bila husband dekat KL and aku dekat JB.

Next checkup Isnin ni, so berharap sangat doctor check tetiba bukaan dah lebih 4cm then terus masuk ward. Boleh tak nak macam tu? Haha. 

Haa masa aku pergi Antenatal Class ada la doc cakap selalunya tanda-tanda nak bersalin :

  • Sakit perut nak berak tapi tak berak yang kerap
  • Cirit-birit
  • Keluar darah -- Haa pasal darah ni doc ada cakap kalau untuk first baby, let say malam ni aku keluar darah, dia kata esok je aku pergi hospital sebab selalunya first baby ni lambat sikit ye la sebab belum ada laluankan.
  • Keluar lendir
  • Air ketuban -- Ni kalau dah keluar, sila la ke hospital dengan segera takut kang baby lemas pulak.
  • Sakit contraction yang berterusan -- Ni aku tak tahu apa rasanya sakit contraction sebab sampai sekarang pun aku tak tahu Braxton Hicks contraction tu macam mana.
Segala tanda diatas tiada pada aku, cuma perut memulas rasa nak berak tapi tak berak tu memang ada tapi tak kerap la. Sehari rasa dalam 2,3 kali je tapi rasa sakit perut memulas sikit je tak sakit teruk pun.

Tapi aku ada la tanya doctor, ada tak yang macam takde keluar tanda darah ke lendir bagai tu and air ketuban pun tak leaking lagi tapi tetiba nak bersalin. Doc kata, memang ada sesetengah orang macam tu. Ada baru ni patient dia tapi bersalin anak ke-5 la, time checkup tu doc check laluan dah 9cm. Dia siap cakap sakit sikit je ingat belum lagi. Pfftt. 

So, biasalah kan setiap orang berlainan pengalaman and daya ketahanan menahan sakit. Aku harap aku ada la daya menahan sakit high level. So, takde la aku macam orang gila nanti. Kesian husband aku nanti, dia dah la jenis cepat panic. Haha.


Due date aku 20.10, so maksudnya ada lagi 10 hari la. Aku punya sangat berharap baby tak overdue and aku tak kena induce sebab orang kata induce lagi sakit. Betul ke?

Saturday, September 12, 2015

34 weeks.

Bebelan dari NFM pada 1:10 AM 0 comments
Assalamualaikum.

Topic : 34 weeks of pregnancy.

Dah masuk 34 weeks dah minggu ni. Barang baby almost complete except for pampers belum beli lagi. Tunggu husband balik JB baru settle kan apa yang belum beli. Tak seronok beli barang baby sorang-sorang.

Checkup 34 weeks ni Alhamdulilah semuanya bagus according to Dr Rohaini. Position baby bagus cuma belum engage lagi je ke laluan dia nak keluar. Dr Rohaini kata, anak pertama ni selalunya dia akan engage dalam minggu 37 or 38 macam tu.

Berat baby dah 2.37kg. Berat mak dia biarlah rahsia eh. Wiwiwi. Tapi sebulan naik 1kg je, cuma ada beberapa bulan tu maintain and ada sekali tu naik 2kg dalam masa sebulan. Ngeri jugak tengok badan ni sebab besar sangat. Baju pun ketat sendat dah. Padan muka siapa suruh sebelum ni pakai baju cukup-cukup size je. Haha.

Doctor suruh jaga makan sebab doctor taknak baby besar. Aku pun taknak baby besar sangat. Sedang-sedang okay dah. Takut payah nak keluar. Dia dah keluar nanti kita besarkan la dia. Hihi. Doctor kata ada patient dia expected baby 3.4kg sekali keluar 3.9kg terus kena Czer sebab besar. Aku berdoa sangat supaya aku dapat bersalin normal.

Alhamdulilah baby sangat active. Dia tahu agaknya yang mak dia ni selalu sesorang tu yang dia ajak memain tu.

Antenatal Class.
Aku dah register untuk Antenatal Class. Nasib time tu husband dah balik so boleh pergi dengan dia. Nanti pasal antenatal class aku update lain.

Next checkup lagi 2weeks. Semoga semuanya baik-baik je. hihi.

Monday, August 3, 2015

Ultrasound 5D scan.

Bebelan dari NFM pada 10:55 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Tadi dah cerita pasal uri bawah or placenta previa. Now, kita cerita pasal 5d pulak.

Sekarang zaman dah canggih ada sampai 5d. Mula-mula aku ingat sampai 4d je. Tapi bila kawan aku bagitahu dia dengan wife dia buat 5d scan. Terus rasa melonjak nak buat jugak.

Tapi time tu aku dah nak balik JB dah so nanti kesian Apiez tak dapat nak tengok scan sekali. So, aku pilih nak buat 4d je dekat Klinik Dr Arisah, tapi nasib tak menyebelahi kami sebab mesin scan doctor rosak.

So, terus cari yang dekat JB yang boleh buat during weekend sebab Ahad Apiez nak balik KL dah. So, aku terus call Klinik Dr Anis dekat JB tanya pasal scan 5d, kena walk in or buat appoinment. Dia kata walk-in je and Sabtu tutup. Ahad bukak.

Terus Ahad tu terus pergi, serious ramai gila orang! Klinik tu hari Ahad bukak pukul 12pm-4pm tapi aku sampai before 12.30pm dah ramai gila penuh klinik. Lepas register terus tanya turn aku berapa lama dia kata dalam 2jam. Aku apa lagi pergi makan dulu la.

Okaay bila tiba nak scan, excited la kan sebab nak tengok muka baby. Tapi anak aku ni pemalu sangat memang setiap kali scan dia taknak tunjuk muka. Asyik tutup guna tangan je. Puas doctor suruh aku mengiring ke kiri ke kanan sebab nak bagi baby pusing ke depan sebab baby menghadap spine. 

Tu pun sama jugak siap tangan ke belakang lagi sisi muka pun tak nampak. Doctor tenyeh-tenyeh last-last nampak la jugak. Tangan still ada di muka. Rupanya dia tengah hisap jari! Doctor kata patutlah tangan taknak turun. Hahaha.

Okay la dapat la CD dalam tu ada 80 gambar doctor snap banyak-banyak, sekeping print 5d and sekeping print 4d. Total RM180. Aku ada call clinic dekat KL kalau 5d RM160 macam tu. JB mahal sikit sebab tak banyak 5d.

Hee gambar 4d and 5d tak dapat diupload sebab macam tak elok je kan. Lagipun husband tak bagi. hihi.

So, hari-hari la menatap muka si kecil yang sakan dok menendang perut sampai perut berombak. Hee.

Uri Bawah.

Bebelan dari NFM pada 10:35 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Masa kandungan 25weeks, aku dah start kena gatal-gatal yang teruk. Actually dah start 2,3 minggu sebelum tu cuma kali ni betul tak tahan. So, alang-alang tu saja la nak buat scan baby. Time tu ada dekat rumah mother in law Subang Bestari so pergi Klinik Dr. Arisah sebab dekat.

Bila doctor scan, doctor terus tanya,
   "Uri awak memang bawah ke?"

Aku terus macam blur sebab masa checkup hospital takde pulak doctor aku bagitahu. Just cakap tak sure je. Dia terus kata 
   "Ye uri awak bawah ni, baby awak songsang. Tapi takpe sebab dia kecik lagi still boleh pusing.     Tunggu sampai 28weeks datang scan check uri lagi. Kalau still tak naik kena refer hospital"

Tahu tak betapa panic nya aku masa tu. Then terus teringat doctor kat hospital aku cakap macam ni,
   "Kalau awak pergi scan dekat klinik luar, and dia bagitahu baby songsang awak jangan panic sebab baby kecik lagi boleh pusing-pusing" 

Masa doctor hospital bagitahu tu aku buat dang je sebab ye la tak faham kan.

Then baru aku faham sekarang ni kalau uri bawah and baby songsang memang mimpi la nak beranak normal. Terus aku google pasal benda ni and macam mana nak naikkan uri. 

Kiranya macam kepala baby kat atas kaki ke bawah and uri pun kat bawah yang boleh menutup laluan dia nak keluar nanti.



Apa yang aku dapat dari hasil google,

  • Semestinya kena berdoa sungguh-sungguh.
  • Time solat sujud lama sikit
  • Selalu cakap dungeon baby pujuk dia suruh pusing -- sebab apa yang aku baca bila baby pusing ke bawah nanti uri naik sekali.
3-3 benda tu aku buat. Bila masa dapat tahu uri bawah, husband kita si Apiez tu terus ajak buat solat hajat. Ye la, aku ni lagi la risau and panic sebab impian nak bersalin normal taknak czer.

Doctor pesan 3 benda buat sementara ni JANGAN :
  • buat kerja berat-berat
  • elakkan bersama suami
  • (alamak yang no 3 ni aku lupa) hee.

Jadi, bila kandungan dah masuk 28weeks -- pergi scan lagi. Ya Allah syukur Alhamdulilah baby dah pusing and uri dah naik. Doctor tunjuk la mana kepala dia ke bawah and laluan mana nanti dia keluar. Syukur sangat-sangat. 

Jadi, yang awal-awal uri bawah tu jangan panic ya still ada masa lagi. Actually depends on doctor jugak tapi 28weeks ni pun baby still boleh pusing mana dia nak. hihi.




Saturday, April 4, 2015

Amanah Allah SWT

Bebelan dari NFM pada 11:55 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Belum sempat habis update entry pasal wedding, datang lagi satu good news for us.
Alhamdulilah, dengan keizinan ALLAH SWT, aku dah pregnant dah.
Kalau ikutkan harini baru masuk 11 minggu 4 hari.
Next week dah masuk 2nd trimester. Alhamdulilah.
Allah SWT bagi rezeki selepas 2 bulan kami kahwin.

Haa, macam mana aku tahu aku pregnant?
Masa mula-mula tu tak tahu lagi pun and aku pergi honeymoon pun end of January.
Haa cerita pasal honeymoon best gila sebab tempat kami pilih Gili Trawangan.
Okay back to our topic,
Lepas aku balik honeymoon tu memang aku rasa perut kembung angin yang kaw-kaw punya.
Ingatkan normal la sebab lepas balik berjalan kan.

Tapi makin lama badan makin rasa tak sedap.
Benda tu memang rasa lain sangat.
Then period pun datang lambat, actually aku pun bukan jenis period datang on time.
Tapi saja la lepas 3,4 hari lambat tu saja la check UPT.

Jeng jeng jeng! Positif! But line still kabur lagi.
Okay terus menangis sorang-sorang dalam toilet sebab Apiez pergi kerja.
Memang kalau kabur tu macam tak confirm kan tapi aku memang terlebih yakin pun.
At first rasa macam nak senyap je tapi cannot control, Apiez balik kerja aku terus cakap,

"Yang, I nak cakap ni tapi you jangan berharap sangat tau sebab masih belum confirm lagi. I check UPT and ada double line tapi still kabur" -- time ni sambil tunjuk dia UPT tu and tanya dia nampak 1 ke 2 line.

Time tu je dia dah happy dah but aku decide untuk tunggu lagi beberapa hari.
Then check UPT lagi and yeay dah makin jelas.
Apiez la orang paling happy tahap gila!
Rahsia ni kami simpan antara kami berdua je sebab nak tunggu lagi beberapa minggu untuk confirmkan dengan doctor.

Sebab aku ada baca doctor boleh scan after 4 weeks pregnant.
Kalau pergi awal tu, nanti doctor suruh datang balik after 2 weeks.
So, baik aku tunggu terus.

1st SCAN - 6 weeks

  • Time ni dekat JB so aku pilih Klinik Murni Bandar Baru Uda untuk check pregnancy sebab nak doctor perempuan. So, doctor tanya bila last period aku semua and aku terus bagitahu aku dah buat UPT then doctor kata okay terus proceed scan. Time tu nampak kantung dah and doctor kata "Awak pregnant, tahniah" Time ni dah 6 minggu. Maksudnya, dah lekat sebelum aku pergi honeymoon.
  • Apiez excited sangat sampai dia tanya macam-macam benda yang pelik sampai doctor cakap, "Saya tak pernah jumpa orang macam awak" HAHAHA! Doctor tu baik sangat tapi aku tak tahu doctor apa dia cuma ada hari tertentu sahaja and malam.
2nd SCAN - 8 weeks 6 days


  • Dari date 1st scan tu, doctor suruh datang lagi 2 weeks but time tu aku dekat KL balik rumah MIL -- almaklumlah kami kan suami isteri PJJ. So, check dekat Subang Bestari je tapi lupa dah nama klinik tu tapi dia memang klinik pakar wanita. 
  • Kali ni machine ultrasound klinik ni tersangatla moden. Excited sangat sebab 8 weeks dah nampak janin dah. Sepatutnya dari tarikh yang aku and doctor kira dah masuk 8 minggu 6 hari tapi kat machine tu detect 8 minggu 1 hari. 
  • Okay, kali ni excited sangat sebab dah nampak heartbeat baby! Subhanallah happynya rasa. Then, doctor bagi dengar heartbeat dia laju sangat. Apiez siap record. Tanya doctor macam-macam okay ke perkembangan dia semua and Alhamdulilah semuanya okay.
3rd SCAN - 11 weeks 1 day
  • Scan kali ni unplanned pun. Sebabnya aku demam dah 3 hari, nak ambil ubat was-was. Jadi, pergi Klinik Murni yang aku buat 1st scan tu. Sejak dah kahwin ni rasa macam better untuk pilih doctor perempuan. Kebetulan doctor yang sama, dia pun tanya aku okay ke tak and pregnancy okay ke. So, alang-alang buat je la scan tanpa Apiez. hihi.
  • Kali ni lebih excited sebab Subhanallah baby dah terbentuk. Dah nampak kaki nampak tangan. Heartbeat kelip-kelip. Hihi. Besar dari sebelum ni. Doctor ukur size and perkembangan okay in good condition. Alhamdulilah.
  • Baby tak bergerak time scan. Doctor kata baby tidur. Doctor pict-picit perut goncang sikit sambil cakap "Bangunlah, mommy nak tengok awak" Hee comelkan doctor ni :D but still baby tak bergerak tido. Ikut perangai aku agaknya asyik membuta je especially time pregnant ni.
Hee, doctor kata dah boleh bukak buku tapi aku cakap nak tunggu husband aku. Oh, tak payah bukak dekat Klinik Kesihatan pun, dekat situ pun boleh. So, disebakan next week nak masuk 2nd trimester, jadi In Shaa Allah akhir bulan ni pergi bukak buku and berharap next scan nampak baby bergerak. Amin!

Jadi, doakan aku dan baby sihat walafiat ya.


Thursday, March 5, 2015

Ajal dan hutang.

Bebelan dari NFM pada 1:18 AM 0 comments
Sekarang ni terlampau ramai orang nak berbusiness sampai lupa tujuan apa. Ada yang followers beratus ribu akan tetapi servis Nauzubillah. Ada yang sibuk bincangkan betapa dia ingin sukses dalam perniagaan sampai lupa akan apa yang halal apa yang haram. Nasihat bermacam doa itu ini tapi hak customer tidak diberi.

Aku pun menjual walaupun secara kecil-kecilan je. Followers belum berpuluh. Update pun tidak selalu. Tapi niat aku untuk tolong family and tolong suami. Tiada sedikit pun aku mahu makan duit orang.

Aku harap kepada yang masih memegang duit aku tu, silalah pulangkan dengan segera. Yang mana dah terima duit tapi belom bagi barangnya, sila bagi barang or refund semula. Whatsapp dah beratus, SMS dah berpuluh tapi respon tiada langsung.

Apa gunanya berniaga makan duit orang? Takkan maju pun. Ingat, hidup kita ni bukan lama. Ajal datang tiba-tiba, andai kau mati dahulu sebelum aku, kau mati berhutang tau. Andai aku mati dulu sebelum kau, aku nak kau tahu untuk setakat ni aku belum halalkan lagi duit tu.

Jadi, silalah perbetulkan niat dalam berniaga. 

Friday, January 16, 2015

The Wedding [ p a r t 1]

Bebelan dari NFM pada 5:07 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulilah selesai sudah majlis pernikahan & persandingan perkahwinan aku dan suami. 
Eh, kita dah ada suami la sekarang. *shy.

21th November 2014, 
dengan sekali lafaz sah aku jadi seorang isteri kepada Mohamad Hafiz yang tersayang dan terhandsome. Tukar status dah dari Cik Fharina ke Puan Fharina. Perasaan aku? Belum tentu korang faham sebab aku sendiri tak faham.

Betul kata orang, hari pernikahan tu memang takkan kita lupa sampai bebila. Mungkin orang yang belum kahwin and belum ada perancangan nak kahwin tu anggap ala kahwin tu seronok dapat berdua dengan suami bermanja bagai tanpa segan silu -- tu yang ramai dok tanya boyfriend bila nak kahwin ni? Tahukah anda, bila dekatnya hari pernikahan tu korang berfikir banyak kali betul ke keputusan yang kau buat tu? Sebab satu ayat tu kau rasa ada satu gap antara kau dengan keluarga kau. Trust me, kau akan rindu keluarga kau bagai nak gila.

 Satu hari sebelum nikah, aku minta Abah bawak aku pergi ziarah kubur mak. Aku nak jumpa mak sebelum anak dia ni masuk ke dunia baru. Dalam aku siapkan majlis perkahwinan aku, aku memang terbayangkan mak ada. Mak ada dengan aku tolong aku. Itu buat aku kuat. Sampai kubur jangan cakap la, menangis dah macam tiada lagi hari esok tapi Abah cakap, " Anna jangan nangis. Kalau Anna nangis, nanti mak sedih" Haa, itu lagi sedih.

Tiba hari pernikahan esoknya, macam-macam aku rasa sampai aku terfikir betul ke aku dah bersedia untuk semua ni? Pagi hari nikah tu, again menangis lagi. Aku fikir tentang Abah tentang adik-adik and of course tentang mak. Mak takde di hari paling penting aku. Nenek aku peluk aku kuat suruh banyak bersabar. Bila tengah makeup, Abah naik bilik aku tengok aku. Dah siap makeup semua, amik gambar dengan kengkawan semua and again bila hati kau tengah sebak, perasaan nak menangis tu kuat sangat. Lagi sekali peluk Abah nangis lagi. 



Kesian MUA aku si Gie tu dok kena touch up make up aku. Hihi. Tiba saat nak nikah pergh gemuruh gila okay macam aku pulak yang nak kena lafaz akad. Haha. Tapi macam biasalah, aku non-stop nangis dari start sampai akhir. Gembing rupanya aku ni.

Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab selesai sudah majlis pernikahan kami. 


Friday, September 26, 2014

Sebulan lebih lagi.

Bebelan dari NFM pada 10:37 PM 1 comments
Sedar tak sedar lebih kurang sebulan lebih je oi aku nak kahwin.
Nak kata nervous tu takde la sangat tapi ada la sikit.
Lelagi nak bergaul campur dengan family baru.
Aku ni dah la perangai lain macam sikit.
Tak reti nak melayan orang.

Tapi Abah pesan biar kita cakap sikit dari cakap banyak.
Supaya tak menghiris hati orang.
Abah kata family orang takkan sama dengan family sendiri.
Kalau Abah memang dah tahu perangai aku ni so Abah boleh terima dan sebaliknya.
Family orang belum tentu lagi.
In Shaa Allah, lakukan yang terbaik.

Sekarang ni preparation semua Alhamdulilah.
Many thanks to my sporting wedding planner.
Dia la kawan, dia la wedding planner aku dan dia la beauty consultant aku.
Ecewah.

Aku dalam dilemma sekarang ni pasal kerja.
Masih lagi dilemma.
Haritu dah cari then stop kejap sebab ada plan lain.
Ni macam kesian pulak dekat Apiez kena kerja cari duit sesorang.

Business aku Alhamdulilah makin hari parcel nak dipos makin bertambah.
Feedbacks dari customers selalu buat aku makin kuat.
Sekarang ni dugaan dengan tailor and my signature skirt.
Dah siap dah haritu setelah berbulan tapi ada sedikit amendment nak kena buat.
Then nak kena photoshoot gambar.
Daan tak sabar nak release my own signature clothing!

Sekarang ni aku dah buat Wholesale untuk Reseller.
Untuk product Batik Pants.
Alhamdulilah jugak banyak rezeki aku.
Syukur.
Rezeki nak kahwin Allah SWT bagi.

Tu je la kot update aku untuk masa ni. Hee.

Wednesday, August 13, 2014

Ular masuk rumah.

Bebelan dari NFM pada 12:10 AM 0 comments
Hi.

Actually entry ni untuk 10th August 2014 tapi baru sekarang sempat nak update blog.
Kali ni nak update cerita pasal ULAR!


Ya ular!
Petang tu tengah duduk relax tengok tv then suddenly ada orang ding dong rumah.
Daus yang keluar dari balcony bilik Abah and macam blur.
Aku pun sibuk la jugak nak dengar.
Dekat depan rumah ada sorang security guard dengan sorang perempuan India and sorang perempuan Chinese.
Dia cakap "There's a snake in your house!"
Aku macam "What?"
"There's a snake in your house. It came in from your back door"
Aku terus tanya "Is it big?" -- ya soalan yang tak patut tanya.

Serious time tu jangan la cakap kemaen nervous aku ni haa.
Daus terus turun bawah.
Aku suruh guard masuk and dorang mencari ular kat dapur.
Aku still duduk dekat atas taknak turun.
Tapi gagahkan jugak la diri turun tapi terus berdiri atas kerusi makan.

Beberapa minit dorang dok mencari and aku cuma mampu bertanya,
"Dah jumpa belum? Dah jumpa tak?" HAHA.
Redha je la Daus dapat kakak macam aku ni.
Then, Daus kata dah and sekali tengok ular tu ada dekat wall fan dapur tu.

Mak oi! Serious geli gila! Sebab color dia hitam kuning berkilat.
Aku ni memang penggeli ular and tak suka dengan ular.
Menggigil kaki aku terus keluar rumah.

Aku masuk rumah semula bila time tu ular dah keluar dari rumah and dia bersangkut dengan pokok buluh.
Ya, belakang rumah aku ni luar pagar dari kawasan taman perumahan aku ni ada pokok buluh yang sangat rimbun.
Dan sangat la tinggi!
Bayangkan rumah aku yang 3 tingkat ni pun, pokok buluh dah sama tinggi dengan rumah aku.

Before this aku pernah la nampak ular kat belakang tu ular besar.
Tapi entah kenapa aku macam buat tak endah tak terfikir yang akan boleh masuk rumah.
Bila dah jadi macam ni, gelabah aku.
Terus buat report untuk pihak berkuasa tebang pokok ni.

Then, jiran sebelah rumah cakap semalam pun dia nampak ular jugak tapi ular daun.
Grrr, tak tahu berapa banyak ada kat belakang rumah ni.
Aku selalu nampak tupai kat belakang ni tapi takpe tupai ni comel.
Tapi bila ular sorry aku paling benci.

Cousin aku cakap ular ni orang panggil ULAR TEBU.
Serious dowh ular ni panjang gila!
Aku pun dok la google pasal ular ni -- tetiba nak amik tahu pasal ular.

Ular tebu ni ataupun dipanggil ular katam tebu ni ular berbisa.
and bisa dia tu 70% boleh membawa maut kepada manusia.
Bayangkan lah dia punya bisa tu. Huish!
Panjang keseluruhannya 108cm -- haa panjangkan.
And jenis ular ni memang sangat bahaya.

Phew! Syukur Alhamdulilah sangat ada orang nampak ular ni masuk rumah.
Bayangkan kalau takde orang nampak and malam time tidur tu macam mana.
Huish silap-silap kena gigit dengan ular ni.
Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga.

Jadi, sampai sekarang aku masih trauma.
Kena pulak aku yang jenis lemah semangat ni.
Ayat Kursi tak lekang di mulut.
Risau sangat.

So far belerang dan garam kasar dah ditabur kat belakang rumah.
Cuma sekarang kena beli banyak lagi untuk tabur kat pokok buluh tu.
Sebab orang kata ular ni tak suka belerang dan garam kasar -- boleh melemahkan ular tu kalau terkena kulit ular.
Jadi, berharap sangat perkara ni tak berulang lagi.

TRAUMA oi!



Tuesday, July 8, 2014

Wedding's Preparation.

Bebelan dari NFM pada 1:07 AM 0 comments

Sedar tak sedar lagi berapa bulan je dah nak kahwin. Eh, biar benar ni? Bila mula fikir betul ke aku nak kahwin dah? Tapi bila fikir balik, "Wei, aku dah 26 wei tahun ni" -- okay memang kena kahwin. 


Well, preparation memang serious banyak gila belum buat lagi. Less than 6 months but banyak benda belum buat. Benda paling penting pergi amik borang nikah pun belum buat lagi. Hee. Okay I know itu benda penting, korang jangan bebel-bebel.


Walaupun aku dah hire wedding planner tapi banyak benda juga aku kena uruskan. Lagi pulak aku kena uruskan sesorang. Aku tak dapat nak merasa mak tolong aku buat preparation wedding tapi aku tahu mak sentiasa doakan yang terbaik. 


Venue untuk reception. Done. Awal-awal dah booked dah. Alhamdulilah slot time tu kosong lagi. Lagi best sebab dapat discount. Wiwiwiwi. Nikah confirm la dekat rumah. Biar rasa dekat dengan Mak seolah-olah Mak ada. 


Baju nikah pun belum buat lagi. Ya, baju nikah aku taknak sewa -- kekonon nak simpan la buat kenangan, sentimental la kononnnya. Dont worry, aku dah jumpa orang yang boleh buatkan baju nikah untuk aku dan Apiez, dia kata lepas puasa time raya ke lepas raya still sempat lagi. See, no rush kan. Hihi. Plus, aku dah ada design sendiri untuk baju aku & Apiez, tinggal pilih kain and jahit je.

Then, wedding dress untuk bersanding pulak, wedding planner aku nak designkan baju baru untuk aku. Woah! Tak sabarnya!

Kad kahwin pun belum tempah lagi. Still dalam kekeliruan. Jieja dah bebel pasal kad kahwin belum tempah. Takpe lepas puasa aku buat okay. Aku confuse sebab let say nak order kad 500pcs kan, mesti la semua kena sama kan. Tapi Abah aku taknak sama dia nak untuk kawan dia lain sikit -- exclusive. Yang aku ni pulak nak jenis yang apa aku suka. Kan clashing ideas kat situ. So, aku ada kawan yang boleh buatkan wedding card, maybe boleh kot nak demand sikit kalau confirm amik dengan dia. Hihi.

For doorgift belum decide lagi.

Oh, cakap pasal doorgift, actually aku dah decide nak bagi salah satu dari doorgift tu Telur Pindang sebagai doorgift wajib. Lagipun aku rasa tradisi Telur Pindang semakin dilupakan. Eceyh ayat sastera. Ada sesetengah orang tak tahu pun Telur Pindang tu apa. Especially yang dari Jakarta tu nanti confirm tak tahu telur pindang tu apa.

Puas aku survey siapa yang amik tempahan telur pindang, mak oi mahal gila harga dia sebiji RM1 wei. Bayangkan kalau aku nak 1,000 biji. RM1,000 dah habis untuk telur je. Pffftt! Tapi of course la aku ada option lain, aku teringat yang Bapak (atok aku) pernah masak telur pindang time uncle aku kahwin dulu. Time tu pun aku kecik lagi aku tolong dia -- dok sibuk tanya kenapa telur tu boleh jadi color hitam kenapa kena letak kulit bawang. Time tu la aku tahu jawapan untuk kenapa. So, aku pun tanya la Atok dengan Nenek aku boleh tak buatkan time aku kahwin nanti, and dorang kata BOLEH! Hee mesti la boleh kan, cucu first nak kahwin ni. Hihi. Okay dah save duit dekat situ sebab aku tanya kedai telur, kalau aku beli 1,000 lebih sikit biji telur cuma around RM300 je. Haa nampak tak jauh gila beza RM1,000 dengan RM300. Okay ya tu tak masuk dengan kulit bawang and rempah ratus nak rebus telur tu, tapi berapa sangat je pun kan. Lagi satu doorgift tak tahu lagi nak bagi apa.

Doorgift untuk VIP kawan abah and VIP family Apiez and family aku pun belum tahu nak bagi apa.

Hiasan hantaran tu wedding planner aku punya kerja, barang hantaran aku dengan Apiez belum habis beli lagi. Takpe slow-slow. Barang tu ada je kat shopping mall tu tapi aku ni haa yang liat nak keluar beli barang.

Paling aku tak sabar is hunting for wedding ring! Yeehaa. Apiez kata after Raya. So, follow the boss! Apiez ni dia taknak cincin pulak, katanya cincin yang ada pun dia dah okay tapi sebenarnya aku nak dia pakai cincin kan konon biar sama.

Catering and canopy untuk nikah tak masuk dalam wedding planner. So, now aku still mencari catering yang sedap dengan harga yang berpatutan. Ada sesiapa tahu tak? Before this masa Engagement family aku yang masak, even though kenduri tahlil ke apa memang family aku yang masak. Untungkan famiy pandai masak sedap-sedap ni. Tapi wedding aku kali ni aku nak semua rehat tak payah masak. Biar semua masuk dalam gambar nanti. Hihi.


Wedding Planner aku, aku amik orang yang sama untuk Engagement aku haritu. Sebab aku satisfied dengan servis dia. Pelamin cantik, servis tip top. Lagipun kitorang dah macam kawan dah. So, sangatlah senang nak berurusan.

Music Band pun aku dah booked. Deposit dah bayar tinggal tunggu majlis and bayar balance je. Suara dia sedap oi. Tak sabar nak tunggu time wedding nanti. Hopefully semua berpuas hati.

Hmm. Apa lagi eh? Oh! My bridesmaid & orang-orang kuat aku. Orang paling kuat dalam apa jua majlis aku ialah Petom! Yeay! Aku tak payah cakap pun dia dah tahu dia la orang kuat aku. Time Engagement pun dia la lead semua benda. Rumah aku dah macam rumah dia dah keluar masuk. Haha. Selain Petom of course la my girls Aina & Jieja! Gila kau dorang tak wajib ada, dorang WAJIB ada okay. Nenek aku dah pesan dah suruh hantar Jieja balik kampung aku tolong masak Telur Pindang. Aina wajib sebab dia akan jadi pengapit aku. Wiwiwiwi.

Dengan dorang ni aku tak payah cakap banyak, aku rasa dorang dah cukup kenal dah perangai aku. Kalau rasa aku macam nak mengamok tu, ada je kata-kata positif dorang bagi. haha.

Bridesmaid yang lain aku dah listkan dah cuma belum tanya dorang lagi je. Hopefully aku list tu semua okay.

Now, kena fikir color apa untuk baju bridesmaid and orang-orang kuat aku ni. Baju family pun aku belum fikir lagi, kena tanya Abah dulu.

Lagi apa eh, tu je aku mampu fikir sekarang. So, guys, doakan aku jangan jadi Bridezilla ya! Hee.

Friday, June 20, 2014

Hati yang sarat.

Bebelan dari NFM pada 2:20 AM 1 comments
Di kala tengah malam ni, pandang sekeliling keadaan bilik. Mencari idea nak decorate bilik.
Biar nampak lebih kemas dan luas.
Buku jangan kata banyaknya, memang terlampau banyak.
Boleh bukak mini library.

Bila pandang semua.
--frame bunga tergantung di pintu bilik, langsir putih berbunga purple dan semua yang ada disini.
Ya ALLAH, rindunya aku pada arwah Mak.

Mak -- sangat suka decorate rumah
English concept, bunga-bunga selalu jadi pilihan Mak.
Dulu tak perlu risau tentang hiasan,
serahkan saja pada Mak,
pasti tersenyum puas hati.

Aku sangat rindukan arwah Mak.
Sangat sangat rindu.

Mak...

Wednesday, June 18, 2014

Aku hanya ada aku.

Bebelan dari NFM pada 2:32 AM 0 comments
Kadang-kadang susah nak faham lelaki ni.
Ke perempuan ni yang susah nak memahami?
Aku rasa aku tak minta perkara yang melampau.
Hanya sedikit perhatian dan kasih sayang.

Kata orang, lelaki ni akan berubah hari demi hari.

Kalau dulu dia boleh layan kau macam seorang puteri, 
mungkin esok puteri tu dah jadi macam rakyat biasa je.

Aku bukan nak mengungkit tapi kenapa setiap kali harus aku?

Boleh tak kadang-kadang faham apa yang aku risikokan setiap kali aku kesana kesini?
Apa yang aku tinggalkan.

Perempuan ni jangan kau biarkan dia hidup berdikari.
Cuba kau pandang sekeliling dan observe apa yang berlaku?
Bila sang suami melepaskan sang isteri dengan membiarkan sang isteri lebih berdikari,
lama-lama sang isteri rasa dia dah tak perlukan sang suami.

Aku tak mahu jadi begitu -- kerana aku mahu kau disisi aku.

Aku dah letih. Letih nak mendesak. Letih nak meminta.
Pandai-pandai kau la buat apa yang patut.
Hidup aku ni mungkin aku seorang je kena faham.
Tanggungjawab aku besar lagi besar dari yang kau bayangkan.

Aku jauh dari Abah. Aku rindukan belaian mak.
Aku hanya ada aku disini.
noktah.

Sunday, May 18, 2014

Soalan memualkan.

Bebelan dari NFM pada 1:56 AM 0 comments
Sememangnya aku dah jemu dengan soalan 


"Kau kerja apa?" 
"Sekarang ni kau tak kerja ke?"
"Kau memang taknak kerja ke?"

Oh please aku muak dan mual dengan soalan sebegini.
Aku ni dalam diam bekerja kuat dari korang yang tak de kerja lain asyik tanya hal aku.

Ya, memang aku takde job yang professional macam korang tu. 
Tapi adakah korang tahu aku ni ada permanent job hingga ke syurga?
Aku bekerja 24jam sehari setiap masa dan setiap detik.
Aku ada lagi banyak kerja dari korang and aku happy dengan kerja aku sekarang.

Aku kerja apa?
Aku ni bekerja kuat untuk family aku, aku kerja tolong Abah aku untuk jaga adik-adik aku.
Setiap masa setiap detik setiap denyutan nadi aku ni untuk dorang tau.
Kerja aku ni ikhlas tak mengharapkan balasan macam korang mengharapkan balasan boss korang bayar gaji korang.
Aku cuma nak tengok adik-adik aku ada masa depan serta dapat membahagiakan Abah and arwah mak aku.
Macam baru-baru ni, Daus masuk University, ulang-alik aku JB--Shah Alam untuk uruskan dia and at the same time aku risaukan Apit pulak.
Aku tak sanggup nak dengar bila Abah aku cakap 


"Anna tolong Abah ya. Tolong tengokkan adik-adik. Kalau dulu arwah mak uruskan Anna, kali ni Anna uruskan adik-adik ya. Anna kan pengganti mak"

Serious, sedih aku tau.
Ini takdir aku. Cuba bayangkan kalau aku busy kerja kena ikut cakap boss sepanjang masa.
Mestilah aku dah takde masa untuk mereka. Aku tak boleh nak cuti sesuka hati aku.
Bila sampai rumah aku penat takde masa nak monitor dorang.
So, bagi aku gaji beribu riban yang boss bagi tetiap bulan tu tak dapat digantikan dengan kesenangan adik-adik dan parents tau.

Dan aku memilih untuk bekerja sendiri -- bekerja dari rumah.
24jam jugak tau bila customers email and Whatsapp takde masa tetap, aku kena melayan dorang.
Aku takde office hour -- sepanjang masa tu la aku bekerja.
Tapi serious aku lagi suka bekerja sendiri sebab masa aku tak terhad.
Nak cuti senang nak bangun pukul berapa suka hati takde siapa marah.
Wiwiwiwiwi.

Jadi, janganlak dok tanya aku soalan yang memualkan ni.
Abah aku support business aku sebab aku boleh monitor adik aku bebila masa.
Apiez support business aku sebab nanti dah kahwin aku ada sepanjang masa untuk dia.
Aku sungguh-sungguh tau ni nak buat yang terbaik untuk business aku and masa depan adik-adik aku.
Korang tak tahu macam mana kelam-kabutnya aku divide masa aku.
Fizikal,mental dan emosi kena kuat tau untuk jadi aku.

Korang bukan aku.
Jadi janganlah anggap diri korang tu hebat sangat makan gaji ribu-riban.
Aku ni bukanlah jenis mengharap duit suami je dah kahwin nanti.
In Shaa Allah aku tolong apa yang mampu.
Aku pun tahu serba salah kalau tak tolong.
Sekarang ni pun aku berusaha cari duit kahwin tau.
Supaya nanti aku dapat tolong Abah dapat tolong Apiez.

Sekian,
jangan ditanya soalan yang memualkan tu.



Tuesday, May 6, 2014

a n n o y i n g

Bebelan dari NFM pada 4:57 PM 0 comments
Sekadar meluahkan perasaan--

Ada satu hari tu aku dapat Whatsapp dari sorang perempuan ni. Aku ingat customers. 
But unfortunately she's not.

Memula tu dia tanya aku ada buat dropship ke tak sebab dia suka dengan barang aku.
Sejujurnya memang aku tak buat dropship and I told her so.

But then, she changed her question to -- 
 "Selalunya you amik barang dekat mana eh? Supplier mana?"
Okay, let me ask you first, if you are in my shoes, will you answer that question?
-- as for me, aku takkan bagitahu since aku dapat rasa macam akan rasa terancam.
I answered her properly, 
"Sorry babe. I rasa if you tanya mana-mana online shop pun dorang takkan bagitahu kot. Sorry"

Dia bagitahu la dia from JB and nak start online business tak tahu mana supplier and bla bla bla.
Siap bagitahu dia akan buat tudung dengan label sendiri. 
-- okay maybe she's trying to be friendly but sorry aku susah nak melayan Whatsapp orang tak kenal and takde benda penting nak cakap.

Okay finished with that, dia ada Whatsapp lagi tanya pasal labelmaker yang one of onlineshop ada upload dekat Instagram.
Time tu pun memang aku cari benda tu sebab comel and now I have one!
Aku pun bagitahu la dia mana nak beli and mana nak cari semua.
Nampak tak aku still melayan tu sebab fikir nak buat baik dengan orang.
 
Okay tak lama lepas tu, dia pun ada lah tanya mana nak buat business card.
Aku bagitahu dia mana aku buat business card and siap bagi FB page kawan aku sebab aku buat dengan kawan sekolah aku jugak.
See, aku bagitahu tau.

Dia tanya lagi aku pakai applications apa untuk text edit semua.
Aku siap bagitahu jugak.

Sejak kebelakangan ni,
aku memang busy melampau and badan aku penat sangat.
Cuba bayangkan dalam 1 week aku ulang alik JB--KL 2,3 kali.
Kau ingat aku ni tak penat?
Nak uruskan Daus masuk University and sambil tu risau Apit dekat JB.
Otak aku pun penat.
Ditambah dengan stress tailor and menyebabkan business plan aku semua lari.
Dengan nak setel hal wedding aku yang entah lagi berapa bulan je ni semua benda tak buat.
Memang aku takde la masa nak layan orang.

Tapi still ada yang tak faham bahasa.
The same girl ada comment dekat personal Instagram aku, mana aku buat receipt book.
Then dia terus Whatsapp aku macam aku ni kawan rapat dia.
Aku tak reply sebab aku rasa -- THIS IS TOO MUCH!

  • Rabu-- (8.25pm)Whatsapp tanya mana aku buat resit book sebab dia nak buat sama sebab resit book aku cantik. 
  • Sabtu-- (3.54pm) Again dia whatsapp lagi. (aku rasa kalau aku dh tak reply tu faham-faham je la) ; (11.56pm) Dia Whatsapp lagi. 
  • Ahad-- (8.50am) Dia tanya kenapa aku tak reply Whatsapp dia since 3 days ago. Siap cakap dia dah whatsapp banyak kali and last sentence dia siap mengeluh. "Haihh" (11.11pm) Tak ckup dengan Whatsapp dia SMS aku pulak.
  • Isnin-- (2.50pm) Dia kata dia baca comment Instgram aku dengan kawan aku. ayat dia mcm ni "I ada baca u punya comment pasal kawan acuh tak acuh tu u malas layan, i tahu i bukan kawan rapat u ke apa tapi i nak tanya pasal resit book tu je. Tak boleh ke?" 
Aku sendiri tak tahu macam mana boleh approve dia dekat personal Instagram aku.
Sebab aku memang takkan approve orang lain selain family and friends and orang yang berkaitan.
Aku memang tak sedar bila masa aku approve dia.

Buat aku paling menyampah sebab dia betul-betul takde usaha sendiri. Dari mula semua nak bergantung harap dekat orang yang dia tak kenal. Paling aku menyampah is PAKSAAN. Suka hati aku la nak reply ke tak. Tak payah la push aku. Kau ni dah macam lesbian dah tahu tak dok paksa-paksa reply Whatsapp kau. 

Then, dia stalk Instagram aku memang aku tak suka. Nampak sangat hari-hari dok tengok gambar tu and baca comment mana aku reply mana yang tak. Oi, sumpah meluat.

Paling latest semalam la dia Whatsapp and aku terus hilang sabar and terus reply. 

"I buat dengan kawan I. I ada banyak benda nak kena setel. I rasa you boleh cari sendiri kot. Pergi je la tanya kedai mana-mana ke cakap nak buat resit book. Banyak boleh buat. Apa you kena buat is usaha lebih. Thats all."

Aku rasa tu paling baik la tu aku reply, kalau ikut perangai aku ni. Memang aku dah sembur habis-habis. Aku dah la penat tak cukup tidur. Time tu pulak aku tengah keluar makan dengan tunang aku yang dah lama tak spend time sama-sama. Dia pulak buat macam selama ni dia bayar gaji aku pulak nak dok ikut cakap dia reply dia.

Aku dah reply macam tu pun, still lagi dia dok komplen itu ini. Kau dah kahwin ada suami ada anak. Takkan la fikiran kau tak matang lagi. Kau nak senang je. Aku selama ni tanya macam-macam kedai dah tau. Kalau kau tu sabar sikit maybe aku dah tolong dah kau bagi contact kawan aku tapi disebabkan kau ni tak reti sabar and takde usaha lain -- bak kata Apiez nampak sangat dia dok bergantung harap dengan aku, memang tak la aku nak tolong kau.

Business kau kan,usahalah sendiri. Takkan la business kau, aku nak kena usahakan semua. Kau bayar gaji aku nak? Dulu cakap nak jual tudung je, sekarang aku tengok baju la skirt semua kau jual. Nasib la aku tak baik hati bagitahu mana supplier aku -- silap haribulan kau pulak sailang business aku. Dah la aku tak kenal kau, tak semestinya sekali dua aku reply Whatsapp kau, kau dah masuk list kawan aku. Tolong faham definisi kawan eh.

Goodluck!


Sunday, May 4, 2014

Nothing great ever came that easy.

Bebelan dari NFM pada 7:04 AM 3 comments
Nowadays, there are too many young people who are interested in business -- which is GOOD.
Some people involve themselves in business because they love what they do.
and some people just love to follow others -- which is NOT GOOD.



As for me, I enjoyed every single thing with my FW because this is my passion. I tried to do my best and still in my learning process. I might not have 20k followers on Instagram or Facebook but Alhamdulilah, I have my own regular customers, my FWdarlings -- jantung hati saya.

Seriously, aku sedar kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang -- I've changed. Dulu, aku susah sangat nak berdepan dengan orang, nak tegur and selalu fikir negatif. First time aku buka booth di Taylors College Lakeside University. Rezeki Allah nak bagi aku FREE BOOTH. I didn't spent any cents pun bayar sewa booth. The day before, aku rasa nervous because tak tahu macam mana nak confront dengan people -- strangers. Thank you to my Cinta Hati;Apiez and my Darling;Jieja sebab tolong time tu. 

Bila kita nak start, mesti la ada dugaan kan. Before the event, I keep on asking people crowd okay tak and bla bla bla. Pernah la aku tanya dengan one girl ni which is my friend, she said 

"Oh, I've been there before. No crowd. No sales. My opinion, don't go, buang masa je" 

Time tu dah rasa down sikit, bila kita dah excited buat sesuatu but then your friend turns you down. At first memang la rasa down tapi bila fikir semula why not just give it a try. You know what? Alhamdulilah my first time buka booth and first day sales exceeds RM500. Wohooo! Serious excited. Alhamdulilah. 


  • Pengajaran : Jangan biarkan orang lain patahkan semangat kita walapun kawan kita sendiri. 

Bermula dari tu, aku banyak join booth dengan pertolongan Cinta Hati aku and kengkawan aku especially Jieja. Ada naik ada turun. Ada untung ada rugi. Tapi tak pernah patahkan semangat aku. Terharu sangat dengan kengkawan yang banyak support. 

After I finished my internship with KPMG, aku masuk kelas menjahit baju kurung. Even though aku tak kenal siapa pun time tu tapi aku pergi juga sebab aku nak belajar. One day, ada la lelaki ni which is my uni's friend tapi aku kenal-kenal macam tu je la, tanya mana aku belajar jahit and how much the cost sebab dia nak hantar girlfriend dia. Aku tak lokek ilmu, aku bagitahu dia. Yes, since that, aku dengan gf dia pun selalu share opinion pasal sewing machine and our future plan. Serious, aku takde fikir negative pun. Tiba satu masa, aku mintak tolong gf dia ni (which is my ex-classmate time uni) ajar aku macam mana nak buat pola untuk leher baju -- ulang lagi sekali aku MINTA TOLONG ajar. Aku tak minta dia buku or pattern pun, just ajar pola leher.

Aku Whatsapp dia elok-elok minta tolong ajar, ya la macam before this belajar sama-sama kat library tu bila nak exam. Nak tahu apa jadi? Takpe la malas nak bukak aib orang. Tapi serious aku terkejut, terkilan and tak sangka.Thats all. Suddenly, my friend bagitahu dia tweet macam-macam, macam aku ni useless, lazy people. Itu sudah exceed my limits. I'm done. 

Aku jenis bila orang dah buat aku, aku ingat sampai mati. Tapi aku tak pernah pun mendoakan yang tak baik untuk business dia. You know, rezeki dan ilmu tu Allah yang bagi. Kalau ilmu tu privacy, matilah semua manusia bodoh sebab cikgu kedekut nak ajar anak murid. 

  • Pengajaran : Tak semestinya kawan akan tolong kawan.

Tak semua orang kedekut ilmu, this pretty girl which is used to be known with her signature kimono cardi -- also my uni's friend kenal dari MMU Melaka sampai la MMU Cyberjaya, she taught me macam mana nak buat pola leher through Whatsapp. Even though, susah nak explain but she tried her best. I love you Zaa. Pretty face with pretty heart. 

Okay next chapter, bila banyak join booth automatic akan ada ramai kawan. New friends, new customers and of course banyak kerenah. Aku kenal dengan sorang girl ni and I thought kami boleh la jadi kawan -- time ni aku cuba untuk jadi friendly, but suddenly, with the information I gave to her, dia potong line aku. Kalau kau jadi aku? Apa perasaan kau? Since that, aku malas nak begitu baik. 

  • Pengajaran : Tak semestinya bila kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita.

Then, aku ada la juga kena dengan sorang kawan ni, mula-mula cakap kat aku dia nak jual produk lain tapi tiba-tiba dia jual sama dengan apa yang aku jual. Perasaan kau? Gembira tak? Siap nak korek rahsia dari kawan aku lagi, mana supplier aku and bla bla. 

  • Pengajaran : Disebabkan sifat tamak, kawan pun boleh jadi lawan.

Okay, serious aku suka bila aku dapat buat orang happy or success. Sekarang ni, ramai kawan sekolah aku and kawan MMU aku yang nak start online shop ni. Ada yang minta nasihat aku. Walaupun aku masih baru and still terkial-kial lagi, aku cuba apa yang mampu, sebab itu la namanya kawan. Kita kena tolong kawan. Sebab aku pun pernah merasa susah and macam mana kosongnya ilmu masa baru nak start.

 The best is, kengkawan aku ni dia tak minta disuap sepanjang masa.  Faham tak maksud disuap? Meh aku share contoh kisah benar :

  • Elunie's Collections - Founder dia ni mak bestfriend aku. Before that, dia ada tanya aku macam mana nak start semua sebab dia ada plan nak buat online business. Aku tolong dia apa aku mampu, ada booth mana-mana aku ajak dia. Kongsi rezeki. Dari sini, dia minta nasihat macam mana nak start. 

  • Lolalovelyshop - Ini classmate aku kat MMU tapi sebenarnya dalam kelas tak pernah pun bertegur sangat. Hee. Tapi aku sangat tertarik bila dia tweet ajak pergi business trip, memula aku memain je cakap nak sekali jadi serious. Dari situ la aku start online business yang selama ni aku berharap akan buat online business. Sampai la sekarang kitorang kadang-kadang share business ideas and informations bila aku pergi butik dia or just Whatsapp.

  • Himayah_ - Ni pun classmate aku kat MMU jugak. Dia pun ikut pergi business trip tapi sekarang baru dia mula online business dia. Dia buat Muslimah Clothing. Dengan dia, aku share information macam mana nak dapat kain murah, mana nak buat label baju yang murah dan lelain. Even though, we are in the same clothing business line tapi aku tak rasa dia competitors pun aku anggap dia kawan and seriously, dia baik. 

  • Hijab by EM - Dia ni time aku memula kenal siap bergaduh bagai tapi sekarang tak dah. Even though kami jarang lepak sama-sama, contact hari-hari tapi takde pun nak touching lelebih. Sebab dah tahu perangai memasing cemana. Sama-sama bahasa kasar. Lol! Okay dia pun baru start online business jual tudung. Hee ada la juga bila dia tak boleh nak handle situation dengan customer, dia sampai call aku minta nasihat. Dengan senang hati aku tolong apa yang mampu. Apps apa aku pakai pun aku share dengan dia. 


  • Chempakaa - Lagi sekali, kawan MMU. 2 pretty girls with brain. Yan and Yasz. Hee ni pun aku share dengan dia bila ada booth and last booth aritu, kitorang berjiran. Dia pun tak lokek ilmu, share kalau ada good opportunity to our business. The best part is, kami jujur with each other. Lol! 

See, I don't mind sharing informations and ideas with people. Dari apa i cerita kat atas tu, dorang start dengan efforts dorang sendiri and aku cuma tolong apa yang perlu, and dorang tolong aku bila aku minta tolong. Dorang bukan jenis sentiasa nak orang suap and hidang depan mata, dorang tak tanya aku mana supplier aku and semua tu, walaupun dorang tahu tapi dorang tak busuk hati.

Cuma lately, terlalu banyak orang yang nak disuap. Aku start susah payah. Hari-hari mencari information. Especially nak cari tailors, aku rasa adalah 1 year kot aku mencari tukang jahit pukal untuk business aku ni baru sekarang aku dapat. Tahu tak, betapa gigihnya aku ni bangun pagi keluar bawa kereta singgah tanya orang sana sini dengan muka tak malu. Tanya price itu ini. Aku tanya sedara mara aku tanya kawan-kawan, aku tanya je makcik mana aku jumpa yang aku rasa aku nak tanya. Itu tak ambil masa sehari ya dan bukan percuma. 

Supplier pulak, aku survey macam-macam. Aku jalan sana sini dengan adik aku. Aku tak pernah tanya orang, "Eh, boleh tak I tahu mana you amik barang you?" Aku usaha sendiri. Nak ikutkan, semua benda aku buat sendiri and aku akan minta nasihat tunang tersayang, Jieja and adik aku.

Ada strangers siap message aku tanya mana aku amik barang and boleh bagi details supplier tak? Kau ingat aku ni baik hati sangat tak kenal kau then suka je nak bagi. Kalau kau pergi KFC, kau tanya apa resipi ayam tu pun of course la dorang tak bagitahu. 

Then, aku nak bagitahu, logo, business card design, label design, receipt design or apa sekali pun related to your business is one of your marketing strategy. Try avoid to share with people especially to some random people yang keep asking itu ini, yang semua nak amik jalan mudah tanpa usaha. 


  • I don't easily share information to some random people (who might tikam belakang aku lepas tu)
  • If any of you ada terfikir nak start your online business, please get the information first and please understand what is Marketing Strategy.
  • Apa yang korang perlukan, DOA, USAHA DAN TAWAKAL. In Shaa Allah.

Terima la kata-kata dari Colin Powell ni, semat dalam hati ya. 



Kalau nak minta nasihat tu, In Shaa Allah aku boleh tolong. Mana nak buat label baju ke size baju ke aku boleh share tapi yang lain-lain, maaf. Kalau korang usaha sendiri, mesti korang puas hati lain macam. Percayalah. 

Korang doakan aku ya. Aku doakan korang semua berjaya jugak. Mana tahu one day nanti dapat bukak kedai sendiri, boleh share rezeki dengan korang pulak -- yang penting now kena dahulukan wedding and stabil kan hidup dulu. Amin.