Monday, October 18, 2010

For now.

Bebelan dari NFM pada 1:23 AM 0 comments
Hey sorry sebab dah lama gila tak update blog. Rasa macam dah takde cerita menarik nak diceritakan.By the way, I just recovered from fever. And now suara sengau because of batuk,flu and hidung tersumbat. Sekarang ni musim demam kan.Hopefully,penyakit hilang before I start my new sem.

MMU dah start new sem tomorrow but not for me. I sambung cuti lagi 1 week. So, I tak datang lecture class for first week. Kesian to my lil bro. Abah pun baru sampai sini tadi and he will stay here until Friday. On Friday I will fetch my granny and grandpa untuk jaga adik-adik. I took only 4subjects this semester. Takut nak amik banyak-banyak sebab I took Corporate Accounting 1. Budak last sem kata,subjek tu susah menggila.So,hopefully,I boleh la nak melayan 4subject ni. So,subject for this semester are :

1) Corporate Accounting 1
2) Securities Investment
3) Company Law
4) Management Decision Science

Btw, rindu dengan Kelly,Keero,Louie,Lucky and Loopy. Simon,Sky and Sylvester doing great here. Simon and Sky makin manja hari demi hari but not for Sylvester or nama panggilannya Bester. Bester macam tahu yang dia tak lama kat rumah ni.Simon sebutannya sebutan Melayu okay, Si-mon not sai-men. Nama tu amik nama kucing yg makcik Apiez bela.hee.

Wednesday, October 13, 2010

New Ipod Touch.

Bebelan dari NFM pada 10:55 PM 1 comments
Sampai ke sekarang ni tak beli-beli lagi Ipod Touch sebab nak gantikan yang hilang tu.
Tapi sekarang dah berkenan dengan Ipod Touch yang baru.
Dari beli yang lama,lebih baik beli baru terus sebab beza pun berapa puluh jee.
Plus,ada banyak function,more better :D




Ada banyak benda yang I nak beli sebenarnya.
So,time mengumpul duit :D

Tuesday, October 5, 2010

Tynnie's open house.

Bebelan dari NFM pada 8:26 AM 4 comments
Tynnie's Open house .
3rd October 2010.

Thanks Tynnie!
Budak kecik tu adik saya yee :D

p/s :baju Tynnie cantik kan?

Nak menangis boleh tak?

Bebelan dari NFM pada 8:11 AM 0 comments
Rasa macam nak meraung and nak menangis sebab pictures kat Penang dah hilang masa laptop rosak aritu.Tak sempat nak transfer pic kat hard disk :'(

Pagi-pagi dapat message dari Effa at 7.57am, "Anna ari nie burfday arwah mak aku". Okay itu touching.Sabar okay sayang.Kuatkan hati dan semangat.Kita sedekahkan Al-Fatihah and Yassin untuk arwak mak kau and mak aku okay.

Monday, October 4, 2010

Fashion Daging Lembu.

Bebelan dari NFM pada 3:33 AM 0 comments
Wanna share something with you guys. As you know,Lady Gaga kan suka menampilkan fashion yang pelik-pelik. So,this time,dia menampilkan yang lagi pelik masa MTV Video Music Award di New York. Sila lihat ini ; (ingin memaklumkan bahawa semua gambar di ambil di ohartis.com)



1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Sunday, October 3, 2010

Complaint.

Bebelan dari NFM pada 1:33 PM 1 comments
Okay entry kali ni lebih kurang macam nak complaint la. Cukup tak suka dengan Management Cyberia ni manage. Malam aritu rumah I takde air,so esok pepagi kul 10am tu I pergilah management.So,rupanya owner I tak bayar maintenance.Bukan I je okay,ramai gila dalam tu.Dah la office tu kecik tak cukup seat.So,duduk pun takde turutan. Anda akan rasa sakit hati bila sedap-sedap je orang lain potong anda.Sangat sakit hati.Sampai kena tunggu 2hours! From 10am-12pm!Ada la jugak owner-owner yg tua-tua datang,budak-budak ni pun respect la org tua tu,tak payah la nak pentingkan diri sendiri,dtg lambat pas tu buat muka tak bersalah nak potong line orang. So,time tu serius kecoh gila dalam tu,yg pakcik and makcik ni pun cakap la dgn staff tu,next time buat amik no,so takde la jadi macam ni.BETUL TU pakcik,makcik! *muka menyokong

Lepas tu ada sorang kakak ni berbangsa Melayu okay.Dia ni macam kurang adab sikit.Sebabnya,suka sangat buat muka.Dari dulu dah perasan.Ada sorang ni tanya dia mintak surat security,dia boleh buat bodoh jeee.Buat muka kerek yang tak pndg lgsg muka budak tu.Mghdp je Pc tu.Lepas tu dia ni suka gila menjawab.Awak tu dah la pakai tudung,jaga la adab sikit,macam mana orang nak respect. Even ada indian girl ni lagi baik tutur kata dia.

Then pasal system.Susah la pakai system segala ni,asyik server down je.Utk 1 tenant je amik masa sampai 15-20minit sometimes,dgn alasan server down.Sila la upgrade system tu.Macam mana ni,cara manage tak bagus la.Menyusahkan orang.Dah la orang banyak lagi kerja lain nak buat dari tercanguk kat situ.

GRRRR...

Saturday, October 2, 2010

Just quick update.

Bebelan dari NFM pada 3:04 AM 3 comments
First; nak bagitahu final exam dah habis! Yeay!
Second; speaker laptop dah berfungsi semula.Lepas ni nak tukar nama la, Pomena.Shortform utk Pomen Fharina.
Third;nak wish goodnight!Muahx!

Friday, October 1, 2010

Last day exam.

Bebelan dari NFM pada 5:14 AM 1 comments
Hari ni last day exam. Rasa sangat cuak and nervous sampai tak boleh nak tidur. But at the same time mengantok yang tak terhingga. Ingat nak tidur lepas exam tapi tokleh sebab nak keluar lepas exam pergi berpoya-poya. Maybe balik dari berpoya-poya mungkin.Tapi ni dah tak tahan sangat.Okay la nak tidur sekarang!

Goodbye and wish me a lots of luck!

Wednesday, September 29, 2010

Speaker problem.

Bebelan dari NFM pada 6:51 PM 25 comments
I nak tanya la korang pernah tak alami problem yang sometimes speaker laptop korang tak bunyi?
Sometimes dia bunyi and sometimes it doesn't.
Why eh?

Rajin macam dulu pls?

Bebelan dari NFM pada 4:28 AM 3 comments
How I wish I could turning back all those times. When it comes to study,I would ask myself,why I cant be like before? I've changed too much! Seriously! Duh! Okay I nak cerita kat you all tentang I yang dulu..,

Dulu time sekolah I rasa I sangat rajin,especially time PMR. I sekolah pagi balik pukul 1pm tapi I selalu balik around 4pm-6pm sebab habis sekolah I akan pergi makan and terus pergi library,rumah I time tu pun dekat je.Pergi sekolah selalu jalan kaki dengan Along@Nadia Ramlan. Then I akan study,dulu I macam lembab sikit dengan Mathematic but time tu I ada boyfriend yang terer Math. So,dia jadi tutor I sehingga la Math I pun dapat A :)

Then,petang je balik rumah.Lepas semayang Isyak je mesti dah get ready some books kat bawah sebab buat study group with Aisha Hadi and Tengku Amirah@Belle. Nampak tak macam mana bersungguh-sungguhnya. Sampai late night and kadang-kadang I tertidur kat hall bawah tu sorang-sorang and dorang semua dah balik. Selalunya tiap malam je mesti parents I takde,sebab ada kerja tapi tengah malam dorang balik la.

Hari-hari macam tu and sangat rajin nak beli exercise books.Dulu I suka gila subjek Sejarah. Sejarah I,A lagi tau :) I buat 1 exercise book dalam masa 1 week je dah boleh habis,so I ada banyak exercise book,senang cerita I dah boleh tahu la jawapan dalam setiap soalan Sejarah tu.

Every weekend pulak I have some tuition classes to attend. Weekend pun parents I selalu takde so I kena jalan kaki sorang-sorang or kawan tuition I Aizuddin teman I,takpun macam biasa kalau dah ada cinta monyet,boyfriend hantar.Haha. I rasa I rajin gila tapi ada jugak la yang I jarang datang tuition sebab I malas nak berjalan or kadang-kadang hujan.Heeee..

So bila result PMR keluar, Alhamdulilah resultnya. Kira dalam kelas tu result I,second top student la. Rasa happy tu sampai parents pun bangga.Tapi yang penting bukan 8A yee.Bawah sikit dari tu *berbual yeye.

Awal-awal form 4 tu before pindah sekolah teknik,I dapat masuk kelas 4Sains Tulen 1 and sempat la amik Ujian Bulanan 1,cewah,result lagi la buat I tersenyum lebar. Kimia,Addmath,Fizik result semua 90-98%. Tapi bila masuk sekolah teknik,habis semua lingkup. Maybe sebab environment lain and mood excited terlebih,semuanya jadi tak betul. Kalau dulu I duduk depan sekali dalam kelas,sekolah teknik I duduk belakang sekali.Selalu tak focus dalam kelas. Result makin lama makin corot sampai la ke SPM,nak dekat SPM macam-macam pulak jadi.Tu la orang tua kata,time sekolah jangan nak sibuk bercinta,nanti menyusahkan diri sendiri.Memang pun! *menyesal di situ. Study group pun semua dah takde sebab kawan-kawan semua duduk jauh-jauh. Aisha and Tengku Amirah pun amik course lain.

So,perangai buruk pemalas tu sampai sekarang dah terikut. Tak tahu macam mana nak ubah,walaupun Apiez kata cuba!Haish laa. Sungguh susah nak berubah jadi baik ni,jadi jahat senang je nak ubah.Ishk!

p/s : skang ni nak bgth dari td study,
otak lembab and buntu jeee.