"Vampires are more like cupids. They can compels every living things to love another. They can make the strangers became lovers and lovers became strangers. They can make your foes into your best friends and they can make you bestfriends into your foes and they can make somone whom suffer from hearbroken into heartless."
Thursday, February 13, 2014
Sunday, February 9, 2014
Kesedihan.
Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.
Categories
emotional.,
saying
Friday, January 31, 2014
Bukan senang.
Bukan senang nak bagi orang senang dengan kita.
Bukan senang nak bagi orang faham niat baik kita.
Bukan senang nak pikul tanggungjawab yang berat.
Ya bukan senang.
Bukan senang kau nak mereka ikut cakap kau.
Bukan senang mereka nak dengar nasihat kau.
Apa yang senang untuk mereka--
melawan cakap kau.
buat muka yang sangat tak menyenangkan hati.
Aku sendiri tak tahu caranya nak bagi mereka faham dan mengerti.
Aku cuma nak yang terbaik untuk mereka.
Terbaik untuk masa depan mereka.
Bukan untuk aku tapi untuk mereka.
Senang hati ke aku bila mereka keluar pulang lewat?
Senang hati ke aku bila aku call tapi tak berjawab?
Senang hati ke aku bila aku sms tapi tak berjawab?
Tanggungjawab yang dipikul takkan ada seorang pun faham.
Ketiadaan mak.
Berjauhan dengan abah.
Ingat senang ke tu?
Segala bebelan, marah-marah tu semua untuk mereka.
Kalau mereka dengar dengan baik, pasti aku takkan sibuk berleter.
Ye la, siapa sukakan leteran kan?
Bukan senang nak bagi mereka mengerti yang aku sayangkan mereka.
Bukan senang nak jadi seorang kakak sulung tau.
Bukan senang nak bagi orang faham niat baik kita.
Bukan senang nak pikul tanggungjawab yang berat.
Ya bukan senang.
Bukan senang kau nak mereka ikut cakap kau.
Bukan senang mereka nak dengar nasihat kau.
Apa yang senang untuk mereka--
melawan cakap kau.
buat muka yang sangat tak menyenangkan hati.
Aku sendiri tak tahu caranya nak bagi mereka faham dan mengerti.
Aku cuma nak yang terbaik untuk mereka.
Terbaik untuk masa depan mereka.
Bukan untuk aku tapi untuk mereka.
Senang hati ke aku bila mereka keluar pulang lewat?
Senang hati ke aku bila aku call tapi tak berjawab?
Senang hati ke aku bila aku sms tapi tak berjawab?
Tanggungjawab yang dipikul takkan ada seorang pun faham.
Ketiadaan mak.
Berjauhan dengan abah.
Ingat senang ke tu?
Segala bebelan, marah-marah tu semua untuk mereka.
Kalau mereka dengar dengan baik, pasti aku takkan sibuk berleter.
Ye la, siapa sukakan leteran kan?
Bukan senang nak bagi mereka mengerti yang aku sayangkan mereka.
Bukan senang nak jadi seorang kakak sulung tau.
Categories
saying
Thursday, January 30, 2014
Jangan.
Jangan buat janji masa kau sedang gembira sakan.
Jangan balas kata masa kau sedang sedih gaban.
Dan jangan buat keputusan masa kau sedang marah persis setan.
Categories
saying
Wednesday, January 29, 2014
Pernah tak kau rasa
Pernah tak kau rasa
Bila rutin yang sememangnya kau selalu buat tu kau tak boleh buat?
Kau rindu dengan rutin tu
Tapi nak buat macam mana
Dah memang kau tak boleh buat benda tu.
Bila rutin yang sememangnya kau selalu buat tu kau tak boleh buat?
Kau rindu dengan rutin tu
Tapi nak buat macam mana
Dah memang kau tak boleh buat benda tu.
Categories
saying
Tuesday, December 31, 2013
Monopoly Zapped!
Siapa yang tak pernah main Monopoly seumur hidup dia? Kalau korang tak pernah main, maksudnya korang tak menggunakan masa kanak-kanak yang ada dengan seronok. Hee. Dari kita sekolah dulu bila time dah habis peperiksaan akhir tahun mesti cikgu bagi bawak mainan pergi sekolahkan. Asalkan bermain tu jangan bising. So, ada yang jadi banker la jaga duit semua. Yang tak power Math mesti kena ada calculator kira-kira. Kalau tak Monopoly pun, Saidina.
Aku pun mesti la tak terlepas jugak ada Monopoly dengan Saidina, tapi biasalah mesti ada je yang hilang. Duit hilang la, dadu hilang la, property card hilang la. At last, dah malas dah sebab tiap kali beli baru mesti hilang.
Tapi sekarang ni disebabkan zaman high technology and almost semua orang dah ada smartphone dah boleh Download game Monopoly dekat smartphone or tablet korang. Akan tetapi tahukan anda bahawa itu kurang mencabar sebab macam tak puas?
Haaa, sekarang ni kalau korang pergi Toys"R"us dah berjenis Monopoly dah. Monopoly Empire la apa bagai. Now, aku nak cakap pasal Monopoly Zapped. Korang boleh beli dekat Toys"R"us, aku beli harga RM89.90. Lama dah beli sebab time tu boring teman Apit cari dia punya toys and aku pun rasa macam nak beli jugak. Tapi korang kena ada smartphone yang boleh download Monopoly Zapped ni dekat smartphone korang.
Macam aku ni memang APPLE user. Dalam Monopoly Zapped box ni ada:
Aku pun mesti la tak terlepas jugak ada Monopoly dengan Saidina, tapi biasalah mesti ada je yang hilang. Duit hilang la, dadu hilang la, property card hilang la. At last, dah malas dah sebab tiap kali beli baru mesti hilang.
Tapi sekarang ni disebabkan zaman high technology and almost semua orang dah ada smartphone dah boleh Download game Monopoly dekat smartphone or tablet korang. Akan tetapi tahukan anda bahawa itu kurang mencabar sebab macam tak puas?
Haaa, sekarang ni kalau korang pergi Toys"R"us dah berjenis Monopoly dah. Monopoly Empire la apa bagai. Now, aku nak cakap pasal Monopoly Zapped. Korang boleh beli dekat Toys"R"us, aku beli harga RM89.90. Lama dah beli sebab time tu boring teman Apit cari dia punya toys and aku pun rasa macam nak beli jugak. Tapi korang kena ada smartphone yang boleh download Monopoly Zapped ni dekat smartphone korang.
Macam aku ni memang APPLE user. Dalam Monopoly Zapped box ni ada:
- 4 bank cards
- Houses and Hotels
- Property Cards
- 2 Dice
- Game guide
- 6 tokens
- Monopoly game board
- Rubber pads
After you've downloaded the MONOPOLY ZAPPED apps to your smartphone, create a player name. Boleh main sampai 4 orang and letakkan Iphone or Ipad korang atas game board tu, in the middle tau. If taknak Iphone/Ipad bergerak, place the rubber pads dekat game board tu.
Paling menariknya, bank cards tu! Tak payah guna duit pun, so senang nak jaga takde la cepat hilang. Any transaction jual beli ke apa ke just touch bank cards tu dekat Iphone/Ipad. Seriously, COOL gila. Aku jakun. Dia akan detect which color korang punya bank cards masa korang nak setup new game tu. So, takde la lembab sangat nak kira duit and kalau takde orang nak jadi banker pun takpe sebab memang banker tak diperlukan pun. Hee.Untuk CHANCE card dengan COMMUNITY CHEST card pun memang takde sebab semuanya dekat application tu.
Kalau nak keluar dari jail ada 3 options, sama ada korang nak bayar je or break out the jail (kena main game konon-konon nak keluar sesenyap dari jail or korang kena roll dice sampai dapat double dice -- normal procedure). Chance dengan Community Chest pun sama, ada korang kena main game lawan opponent korang tengok siapa yang kalah kena bagi korang duit. Hee.
So, aku memang suka game ni and boleh main dengan adik-adik. Sesuai dengan aku yang jenis tak suka keluar rumah ni. Boleh jadikan activity malam new year dari nak keluar celebrate entah pape tu. Lepas ni nak ajak si Apiez tu main sekali!
Tapi application ni NOT COMPATIBLE with IPAD MINI ya. Sebab aku dah cuba banyak kali using mine, memang tak boleh detect bank cards. Then, aku main dekat Iphone je.
Enjoy your quality time with your family & friends!
Categories
game
Simon lari rumah.
Semalam sangat la panicked! Eqa ketuk pintu bilik bagitahu Simon hilang. Simon tu one of my cat. Dia ni memang jadi favourite semua orang. Actually Simon ni dari kecik memang tak pernah pun lepaskan dia kat luar, kalau lepas pun kat porch kereta tu pun ada orang jaga dia. Dulu time dia kecik dia terlepas keluar rumah pun dia tak pergi mana, duduk je depan pintu, bukak pintu terus masuk.
Ni langsung takde. Aku dengan muka mengantuk terus keluar dengan Eqa cari Simon kat rumah-rumah taman ni. Jerit-jerit panggil dia. Risau sangat! Lagi risau kalau orang dah amik dia. Tapi still takde jumpa jugak.
Bila petang hujan pulak. Lagi la risau asyik fikir dia je mana dia pergi semua. Sebab tahu dia tak pernah pun keluar berdikari sendiri. Aku siap bagitahu guard and jiran lagi kalau nampak tolong bagitahu. And aku post kat Facebook taman aku ni in case dorang ternampak or teramik.
Tengah malam tetiba adik aku Daus yang kebetulan tengah ada kat luar jerit dia dah jumpa Simon. Ingatkan dia bergurau je, then aku, Abah and Apit turun, betul Simon dah balik!
Daus cakap dia tak sedar Simon datang dari mana sebab time Daus tengah pandang cage Kelly & Lucky, si Simon meow dari belakang. Pergh! Happy gila! Terus bagi dia makan sebab dia lapar. Kesian! Tu la siapa suruh lari rumah, kalau duduk rumah ke kan dapat makan.
Alhamdulilah dia tahu jalan balik rumah and takde orang amik dia. Mesti dia ada berteduh dekat memana time hujan sebab bulu dia tak basah langsung.
WE LOVE YOU SIMON! Please, jangan buat perangai macam ni lagi. Gugur jantung kami semua.
Categories
Pet
Sunday, December 29, 2013
Career?

Sekarang ni aku macam confuse nak apply kerja. Should I go for an Accountant or as an Auditor. Aku dah habis study dari October haritu. Diploma in Accounting and Bachelor of Accounting. Time diploma aku internship for 3 months dekat Royal Custom Johor Bahru, department 'Pasca Audit'. Then, bila time degree, aku buat internship dekat KPMG Johor Bahru as an Auditor. See, aku cuma ada experience in audit sahaja. Kekadang tu ada la jugak nak tahu job scope sebagai accountant tapi memang aku tak berpeluang sebab time diploma tu aku dapat department Audit untuk internship, bila time degree tu memang students kena apply audit firm. So, now aku sangatlah keliru dah memang tak tahu dah ni.
Bila aku mintak opinion kengkawan, apa yang dorang cakap mesti "Alaa na, kenapa kau nak kerja. Tak payahla. Kau kan ada business sendiri focus tu je la" Ya, memang semua orang akan cakap benda macam tu. Aku memang tak nafikan yang at first memang aku cakap aku taknak kerja la apa la. Tapi itu omongan kosong time aku study dulu. Bila dah habis study ni, aku tahu aku kena jugak kerja. Cari experience and of course la kena cari duit wei. Aku ni suka shopping and expenses sebagai seorang perempuan ni bukan murah. Selama ni memang la Abah bagi itu ini, tapi aku dah 25 tahun dah sampai bila nak susahkan Abah. Kesian Abah. Jadi, aku memang kena kerja untuk diri aku sendiri. Apa yang bakal terjadi masa depan nanti kita belum tahu lagi kan.
Business tu tetap akan diteruskan sebab benda tu aku memang suka and aku buat dengan ikhlas. Bila kita suka dengan benda tu, kita mesti buat dengan ikhlas. Walau penat buka booth every week, angkat barang, panas hujan memang tak nafikan penat tapi aku seronok sebab aku ikhlas. So, aku akan teruskan juga.
Okaaay back to our topic, aku still keliru. Any opinion from you?
Btw,saja nak share satu status Facebook dari Farah Lee :
Buat kerja yang kita suka ni, sakit penat sekalipun, ikhlas tu senang ada. Kerja ikhlas, Allah suka.
Kepada yang masih pertikai kenapa saya memilih 'business' sebagai kerjaya, bukan 'engineering', ingat, menuntut ilmu itu tanggungjawab dan mencari rezeki juga tanggungjawab tetapi tak semestinya kita 'wajib' kerja dalam jurusan belajar kita.
Saya minat belajar engineering tetapi saya tidak minat bekerja sebagai engineer. Jadi saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, yang saya suka, kerana saya khuatir jika saya paksa diri untuk bekerja sebagai engineer, ikhlas tu tak ada bersama.
Rugi ilmu.? Belajar jauh-jauh, balik tak berbakti pula.? Pada saya, tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu dan tak semestinya saya mesti kerja sebagai engineer untuk berbakti. Proses pembelajaran adalah proses men'develop' thinking skills, kematangan utuk melihat dan menyelesaikan masalah. Apa pun bidang yang kita belajar, konsepnya adalah sama. Dan, ilmu, walau dilihat 'tidak dipraktikkan', tidak akan pernah tidak berguna.
WELL SAID!
Saturday, December 28, 2013
Goalboard si Cinta Hati.
Hello!
Sejak duduk rumah 24jam ni, kat rumah aku online je sentiasa. For now, aku dok sibuk dengan segala coding html untuk mencomelkan blog ni and my online shopping blog. Serious wei lama dah tak sentuh bab coding ni. Dulu zaman Myspace and awal-awal blogging rajin la jugak then lama-lama malas dah. Now, baru berkobar balik.
Then, si Apiez ni --tunang aku, (eceyh sekarang dah boleh panggil tunang dah.Lol!) tanya aku busy ke tak sebab dia nak mintak tolong buatkan Goalboard. Yang bestnya dia kata, dia kena print esok petang sebab esoknya nak kena submit. Huyoo, dengan tak berbekalkan knowledge Adobe Photoshop atau apa pun, aku cuba sedaya mungkin.
Walaupun dengan keadaan demam yang dah nak pergi tapi sakit mata yang baru singgah, terkebil-kebil mata dok buat. Then, taaaraa! Siap dah!
4 goals yang dia nak achieve next year! Mestilah dalam goals tu ada aku sekali. Wiwiwiwi.
Ni la Goalboard by Fharina Mohd. Eceyh. Semua tu tanpa menggunakan Adobe Photoshop atau segala jenis brushes pun. Semuanya perlukan kecanggihan smartphone anda. Nasib baik Iphone aku ni memang penuh applications untuk edit gambar sebab segala jenis announcement ke template gambar FhenaWardrobe semua guna Iphone je.
Dia suka dengan Goalboard ni, hopefully suka yang jujur la janganlah sekadar amik hati.
So, Goodluck cinta hati! Semoga you menang dapat RM400 tu! Eh, silap bukan you tapi KITA!
Kesimpulannya, aku dok berfikir yang aku ni sebenarnya time belajar salah amik course ke? Haha.
Categories
fharinahafiz
Solat tapi telekung kotor?

Dari dulu sampai sekarang aku selalu tertanya-tanya kenapa kebanyakan telekung dekat surau atau masjid especially dekat perhentian selalu kotor. Kotor tu maksudnya, berbau and memang kebanyakannya ada tahi lalat sampai kita sendiri rasa geli and tak selesa nak pakai.
Dulu aku sekolah agama dari kecik, dari Fardhu Ain sampai la habis darjah Khas. Bila time aku sekolah agama petang, memang akan ada rehat untuk pergi solat Asar. Masjid Jamek tu memang bebetul sebelah sekolah tu. Tapi student lelaki solat dekat masjid and perempuan kena pergi surau sekolah. Memula tu kekonon tak bawak telekung dari rumah tapi bila kekadang tengok keadaan telekung macam tu, terus berkobar-kobar sanggup bawak dari rumah. Aku tak cakap semua telekung macam tu ada jugak yang bersih tapi bila kita dah nampak yang kotor mesti la kita risau dapat yang kotor kan.
Then, aku pernah solat dekat surau satu tempat ni time tu aku ada bukak booth FhenaWardrobe. Aku punya la sangat terkejut sebab telekung yang disediakan kat situ sampai agas-agas and lalat berkerumun terbang-terbang. Nasib baik la time tu aku memang bawak telekung sendiri.
Kan kita kena solat dalam keadaan bersih. Bersih segala tubuh badan, pakaian kita. Takkan la bila nak dating dengan boyfriend je kena pakai bersih-bersih, wangi-wangi. Nak menghadap Allah SWT lagi la kena bersih wangi -- cinta kekal abadi tu dengan Allah SWT je tau.
Korang janganlah pulak lepas baca ni cakap aku gedik mengada pulak sebab aku rasa tak salah memilih untuk kebaikan kan? Ada sebab kenapa aku buat entry ni sebabnya tadi aku tengah online and terbaca kat sinar harian pasal telekung ni. Meh sini, aku copy paste bagi korang baca ya.
Rengekan Sofea cetus idea cuci telekungWARTAWAN SINAR HARIAN27 Disember 2013
RENGEKAN anak sulongnya, Sofea Najihah untuk tidak mahu bersolat kerana telekung wakaf yang disediakan kotor dan busuk semasa berhenti menunaikan solat Maghrib sebuah perhentian menjadi pencetus idea kepada Norazila Abdul Aziz atau panggilan mesranya, Zila untuk menjalankan aktiviti kebajikan mencuci telekung wakaf.
"Memandangkan ketika itu usia Sofea menjangkau 7 tahun, saya cuba melatih dia untuk bersolat dan memang Sofea tidak pernah tinggal solat sehinggalah kejadian itu. Sedang kami bersiap-siap untuk balik Sofea bersoal jawab mengenai kebersihan dalam Islam."Mama cakap Islam itu bersih, tapi kenapa Sofea tengok orang dewasa tak jaga kebersihan telekung di sini?” Sehinggalah Sofea berkata lagi, "Mama, bukankah kita kena buat baik, kalau ini telekung wakaf, kenapa kita tak tolong cuci? Telekung di sini dah terlalu kotor. Kitakan kena selalu buat baik," katanya kepada Rehal.
Menurut Zila, anaknya berhenti bersoal jawab apabila dia bersetuju untuk membawa balik telekung berkenaan sementara meninggalkan telekung yang dibawa sebagai ganti.Jujur Zila katakan dia berbuat begitu hanya untuk memuaskan hati anaknya. Langsung tidak terfikir di benaknya untuk melangkah sejauh ini.
"Cucian demi cucian, saya dan Sofea lakukan. Kami menjadi lebih bersemangat apabila ada pengguna yang mula sedar telekung di situ semakin bersih dan tertanya-tanya siapa yang mencucinya.
"Saya mendidik Sofea untuk menyimpan kebaikan yang dilakukan kerana ia rahsia antara hamba dan ALLAH. Sofea faham dan ini menjadikannya aktiviti yang lebih menarik dan kami namakan Telekung Project (TP) sebagai tagline projek rahsia kami," kata suri rumah sepenuh masa ini.
Menurutnya, aktiviti TP dilakukan secara rahsia lebih kurang lapan bulan. Sehinggalah Zila mendengar kuliah Maghrib dan ustaz itu membincangkan mengenai kebaikan yang perlu disorok dan perlu disebarkan.
Pada 14 October 2011, kelab peminat TP di laman sosial Facebook yang pertama ditubuhkan. Pada 15 Ogos 2012, TP berdaftar secara rasmi sebagai sebuah badan bukan kerajaan berdaftar (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah NGO sehingga kini.
Zila menjalankan aktiviti cuci telekung ini di kawasan yang mampu Zila beristiqamah iaitu berdekatan rumah dan mana-mana laluan yang dilalui semasa menghantar anak sekolah.
Namun, melalui perkongsian FB boleh dikatakan TP berkembang ke seluruh Malaysia dengan cepat.
"Telekung yang dicuci ada tanda TP dan jujurnya untuk saya sendiri lebih suka ‘berahsia’ walaupun TP sudah meluas. Saya masih menggunakan tanda butang yang dijahit seperti bunga untuk saya menjalankan project TP. Kerana butang dan bunga itu simbolik mula-mula saya dan Sofea berTP.
"Ramai yang beranggapan TP ini adalah sebuah perniagaan menjual telekung dan ramai yang terkejut bila saya katakan TP adalah sebuah NGO. Ramai yang bertanya kenapa pilih nama TP, saya akan jawab dengan bertanya , “Bilakan waktu kita pakai telekung?” dan ramai yang menjawab waktu solat. Waktu solat adalah waktu yang cukup istimewa dan perletakkan telekung itu juga cukup istimewa, ia tidak dipakai untuk aktiviti yang sia-sia.
"Maknanya telekung itu melambangkan keistimewaan dan project pula melibatkan fasa-fasa idea, perancangan dan perlaksanaan, pendek kata TP bermaksud projek yang istimewa," katanya di akhir bicara.
Setakat ini FB TP dilike seramai 114000 dan TP diikuti individu yang mempunyai semangat yang sama. Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah ‘adik’ TP dan kini mereka juga telah berdaftar sebagai satu badan NGO lain walaupun sama aktiviti.Betapa berpuas hatinya Zila jika lebih banyak NGO lahir daripada usaha cuci telekung ini. Kerana tidak logik dan tidak mungkin Zila mampu cuci telekung satu Malaysia dan TP adalah medan untuk Zila menjayakan aktiviti ini. Di TP, Zila mengamalkan konsep sukarelawan terbuka (nak buat…. tak nak …. tak mengapa…). Sebab rezeki itu milik ALLAH dan rezeki kita tidak sama.
So,comel kan apa yang dia dengan anak dia buat. See, budak kecik tu pun rasa apa yang aku rasa. So, hopefully sesama la kita tolong jaga condition telekung wakaf tu.
Categories
islam
Subscribe to:
Posts (Atom)

♛ A Girl Like You ♛




