Monday, July 15, 2013

Tak semua org tua itu betul.

Bebelan dari NFM pada 4:51 PM 0 comments
Semalam ptg pergi Bazar Uda, otw nak balik tu ada sepasang suami isteri dukung baby tengah melintas. Then, takkan la nak jalan je kan, so stop la bg dia jalan. Kang jalan je kang, memang dorang kena langgar la. Then tetiba kereta belakang hon kuat gila. Driver dia PAKCIK BERSONGKOK tp muka konon rockstar. Dok marah2 kami. Bukak tingkap jerit-jerit suruh berhenti. Mmg aku dgn adik aku buat bodoh je la kan. Time tu adik aku drive. Pakcik tu siap tunjuk2 tangan, lepas tu bawak kereta dia nk langgar kitorang dari tepi. Kereta dia dh la sarat dengan bebudak ada baby semua. Harap je bersongkok and time bulan puasa, perangai macam apa lagi pakcik tu. Tak tunjuk perangai yg baik langsung depan org. Dah kau bawak macam org gila laju bukan main. Kami berhenti sebab org melintas, bawak baby lg org tu. Kalau kami tak berhenti, tak pepasal kami dipersalahkan melanggar org. Ni no plate pakcik tu JKT1320. Pakcik ingatlah nyawa kita ni dipinjamkan je, berubah la perangai pakcik tu sementara sempat ni. Cuba bayangkan org yg melintas tu anak dgn cucu pakcik. Jangan ingt pakcik tua dr kami, pakcik betul. Org tua pun banyak buat salah tau pakcik. Tak semua org tua masuk syurga. Ok terima kasih semua sudi membaca. Selamat berpuasa!



Saturday, June 22, 2013

Away to Korea.

Bebelan dari NFM pada 3:05 AM 0 comments
Hello!

Its 2.56am but I am still awake. Tengah malas nak packing barang and tengah fikir nak bawak baju apa. Paling malas nak gosok baju and packing. I'll be away to Korea from 23rd until 28th. Aku ni dah la jenis bukan yang reti nak pack barang yang sepatutnya. Baju tu macam nak bawak semua sekali je. Luggage dah la 15kg je pergi balik tak upgrade pun but still aku bawak extra bag, in case melebihi 15kg.

Planning pergi Korea lama dah dengan Jieja but this trip macam last minute je buat apa yang patut. Memasing busy nak organize kan semua benda. 3 orang yang pergi. Aku, Jieja and Pidot. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Takde plan nak shopping pun sebab tahu mahal. So nak sightseeing je. *kononnya.

So, doakan kami selamat pergi dan selamat pulang! Amin.

Tuesday, June 18, 2013

Syukur.

Bebelan dari NFM pada 3:10 AM 0 comments
"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.
 Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.
 Puas kita menangis, mencari di mana matahari?
 Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI."

Wednesday, June 12, 2013

Lumrah kehidupan.

Bebelan dari NFM pada 3:16 AM 0 comments
Sudah jadi lumrah kehidupan
Kelebihanmu dicurigai
Kekuranganmu dicaci
Kebaikanmu disalah erti
Keaibanmu ditelanjangi
Kebenaranmu dinafi
Kesilapanmu dicari
Kerana kesabaran itu indah.

Monday, June 10, 2013

Dear Fat.

Bebelan dari NFM pada 1:07 AM 0 comments
I realized that i gain weight! Dah lama tak timbang padahal ada je weight scale dekat rumah. Tadi tergerak hati nak timbang sebab most of my clothes dah tak muat. Guess what? 

I GAIN 7kg! OMG! 

Huwaa rasa macam nak nangis. So, azam baru nak kurangkan berat. Especially before majlis pertunangan. Please! 

Memang selalu rasa nak jogging pepetang dekay Cyberpark but Apiez tak bagi jogging sesorang. Tapi macam cool je kan sesorang. Eceyh! 

And my dear body, my dear fat, i dont hate you but please i want a pretty body figure. Tolong la lemak jangan asyik nak berkumpul je, try untuk berpisah please.

Sunday, June 9, 2013

Risik merisik.

Bebelan dari NFM pada 4:04 AM 2 comments

Sabtu
08 Jun 2013

Kata sepakat telah dibuat. Family Apiez datang merisik. Aku sekeluarga dah buat preparation apa yang patut. Ye la orang datang rumah takkan la taknak sediakan apa-apa kan. Buat la jugak makan-makan untuk kedua belah pihak. 

Thank you untuk Pak Uda, Madsah and family yang masak-memasak. Pak Long yg jadi tukang cakap. And semua family la yang datang. 

Alhamdulilah cincin merisik dah disarungkan setelah bercinta tanpa henti selama 6 tahun 3 minggu 2 hari. Syukur semuanya dah disetujui. So, bak kata orang, one step closer la ni kononnya. Eceyh!








Thursday, June 6, 2013

Ku Mohon.

Bebelan dari NFM pada 6:58 PM 0 comments
" Ya Allah,

Aku adalah seorang hamba yang kerdil dimuka bumi ini.
Aku kadang kala alpa dengan kehidupan duniawi.
Aku sering kali leka mengejar kesenangan dunia.

Ya Allah,

Aku mohon keampunan darimu.
Hanya kepadamu aku berserah dan memohon.
Ampunkan dosa ku ini.

Ya Allah,

Jauhkan aku dari gangguan syaitan ini.
Tutupkan telingaku dari mendengar hasutan iblis ini.
Kuncikan hatiku dari meresapi ajaran syaitan.

Ya Allah,
Hanya padaMU ku bermohon.

Ya Allah,

Murahkan rezekiku dan ahli keluargaku.
Murahkan rezeki si dia dan ahli keluarganya.
Aku mohon, kuatkan ketabahan hati dan iman antara kami.
Berikan kami ketenangan hati dan jiwa dalam menempuh kehidupan ini.

Ya Allah,

Ku mohon kepadaMU, terangkan hatiku dan lancarkan pertuturanku.
Berikan aku kepandaian dan kebijaksanaan.
Berikan aku penerang hati agar mudah bagiku menerima ilmu.

Ya Allah,

Jauhkan aku dan dia daripada maksiat dan zina.
Limpahi kami dengan cahaya keimanan.
Bersihkan hati kami Ya Allah, agar sentiasa ingat akanMU.

Ya Allah,

Andai dia jodohku, kuatkan hati kami.
Murahkan rezeki kami.
Murahkan urusan kami.
Hanya padaMU ku bermohon Ya Rabb. "

AMIN. 


Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami. Amin Amin Amin. 

Sunday, May 12, 2013

Luahan hati.

Bebelan dari NFM pada 6:03 AM 0 comments

Mak, dulu disaat kami perlukan mak, mak sentiasa berada bersama kami tetapi sekarang kami perlu kuat dan tabah untuk teruskan hidup ini. 

Mak, dulu sering sahaja kami terdengar gelak tawamu, marahmu dan teguranmu tetapi sekarang kami rindukan semua itu. Marah la kami. Tegurlah kami. Kami rindukan suaramu.


Mak, dulu bila kami terlantar sakit tak bermaya, kau gigih menjaga kami dan merawat kami tetapi sekarang kami cuba kuatkan diri.


Mak, dulu sering sahaja kau menyediakan semua masakan kegemaran anak-anakmu tetapi sekarang kami semua laparkan masakanmu.


Mak, kalau dulu kami sering sahaja mahu kemana-mana bersama mak tetapi sekarang kami mematangkan diri untuk jadi lebih berani.


Mak, kami rindukan mak. Rindu sangat. Masih terngiang lagi kali terakhir Anna pandang wajah mak disaat memandikan jenazah mak, dikafankan dan mahu dikebumikan. Takkan pernah lupa saat itu. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan diriku kesempatan untuk kali terakhir itu.


Terima kasih menjaga kami Mak. Takkan ada satu pun yang dapat menggantikan kasih sayang Mak kerana Mak adalah ratu hati kami walau apa pun yang terjadi. Happy Mothers Day Mak. Anna sayang Mak.


AL-FATIHAH. 

|NorLaila binti Majid (1968-2010)|

Thursday, May 9, 2013

Belief.

Bebelan dari NFM pada 7:44 AM 0 comments
I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go. Things go wrong so that you appreicate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself.

Monday, February 25, 2013

Vendors yang HAVOC!

Bebelan dari NFM pada 10:07 PM 0 comments


First of all, nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat customers yang datang, organizer and lain-lain lagi. Bazaar kali ni seronok sangat! Berbeza dengan sebelum ni. Sebab kali ni semua vendors sporting, tak lokek info and friendly sangat!

Yang penting, siap dapat makan cake free dari Dollies Cake, makan muffin and ice cream Malaysia free dr Wanie and dapat minum Mocha Organo dr K.Liza, Abg Rayyan, Fadhil and Anis. Asyik makan minum je kat situ. Tak terasa lapar langsung. Walaupun baru kenal tapi dah rapat.

Gambar dekat atas tu tak semua vendors yang ada sebab ada yang dah balik. Paling best dalam bazar kali ni sebab vendor from MIBICHOO MODA siap buat CATWALK FASHION SHOW lagi. Curlas gitu tau! Asyik ketawa je sebab dorang sangat la ceria and meng-havoc kan suasana. Dah lepas dah masa 2 hari bersama mereka and confirm saat tu akan dirindui. Kami semua siap tukar-tukar contact no lagi sebab nak bukak booth sesama nanti. 

Walaupun penat dari jam 12pm-12am, tapi seronok sangat sampai tak rasa. Dapat jumpa kengkawan baru yang tak lokek. Betul orang cakap kengkadang orang luar tu lagi bagus and baik dari kengkawan kita sendiri yang kekadang tikam belakang and lokek ilmu and info. 

Tak sabar untuk next event.