Wednesday, August 22, 2012

Hinaan.

Bebelan dari NFM pada 5:05 PM
Aku tak pernah dikeji dihina seteruk ini seakan-akan aku tiada maruah dan martabat. Apa yang telah aku lalui selama ini tanpa disedari telah melukakan banyak pihak. Aku difahamkan yg aku tiada gunanya dan aku seakan-akan perempuan murahan. Mungkin cara aku berbeza dengan orang lain,mungkin cara aku menunjukkan pernghargaan dan sayang itu lain dari yang lain sehingga tiada seorang yang nampak. 

Tragedi semalam buat aku berfikir apa benarnya di sebalik kata-kata itu. Aku tak layak untuk sesiapa, utk di masa lepas atau masa depan aku. Kata-kata yang aku terlalu jijik,najis dan keji dimatanya.  Mungkin permintaan aku terlalu tinggi untuk diberikan perhatian dan diberikan kasih sayang yang secukupnya. Aku tak seharusnya berharap terlalu tinggi. Aku seharusnya lebih memahami. 

Penerimaan selepas ini tidak sama seperti sebelum ni. Allah swt itu Maha Adil. Aku tak bisa memaksa dan dia juga tak bisa memaksa. Aku mengaku itu adalah salah aku. Aku luahkan rasa yang tak sepatutnya aku luahkan tapi cukup la untuk aku simpan terlalu lama. Tiba masa untuk diluahkan. Aku jujur untuk mengakuinya. Aku tahu ianya perit tapi ia juga perit untuk aku yang tak pernah mengakhiri hubungan sebelum ini sebaiknya. 

Aku redha atas ketentuanMU YA ALLAH. Kau tunjukkanlah jalan keluar dlm permasalahan ini. Aku telah menyakiti hati banyak pihak tapi Ya Allah,hanya Kau yang tahu apa yg ada dalam benak hatiku. Aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Berikan masa untuk aku berfikir agar aku tidak bertindak berdasarkan keadaan. Leraikanlah kekeliruan dalam hatiku. 

2 comments:

Nana said...

Be tough dear, Allah is always there for u. (= nice blog, u jahit pun cantekkkk!

Anonymous said...

Your name lingers in my head, pounds my heart to utmost. I am so furious, but let Allah serves you right.

Post a Comment