Wednesday, August 22, 2012

Doaku.

Bebelan dari NFM pada 5:07 PM 0 comments

Ya Allah...
  Seandainya telah Engkau catatkan
  dia akan mejadi teman menapaki hidup
  Satukanlah hatinya dengan hatiku
  Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
  Agar kemesraan itu abadi 

  Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
  Seiringkanlah kami melayari hidup ini
  Ke tepian yang sejahtera dan abadi

  Tetapi ya Allah...
  Seandainya telah Engkau takdirkan...
  Dia bukan milikku
  Bawalah ia jauh dari pandanganku
  Luputkanlah ia dari ingatanku
  Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
  Dan peliharalah aku dari kekecewaan

  Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
  Berikanlah aku kekuatan
  Melontar bayangannya jauh ke dada langit
  Hilang bersama senja nan merah
  Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
  bersama dengannya

  Dan ya Allah yang tercinta...
  Gantikanlah yang telah hilang
  Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
  Walaupun tidak sama dengan dirinya

  Ya Allah ya Tuhanku...
  Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
  Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
  Adalah yang terbaik buatku
  Kerana Engkau Maha Mengetahui
  Segala yang terbaik buat hambaMu ini

  Ya Allah...
  Cukuplah Engkau saja yang menjadi
  pemeliharaku
  Di dunia dan di akhirat

  Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
  Jangan Engkau biarkan aku sendirian
  Di dunia ini maupun di akhirat
  Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
  kemungkaran 

  Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
  beriman
  Supaya aku dan dia  dapat membina
  kesejahteraan hidup
  Ke jalan yang Engkau redhai
  Dan kurniakanlah padaku keturunan yang solehah

Amin.

Hinaan.

Bebelan dari NFM pada 5:05 PM 2 comments
Aku tak pernah dikeji dihina seteruk ini seakan-akan aku tiada maruah dan martabat. Apa yang telah aku lalui selama ini tanpa disedari telah melukakan banyak pihak. Aku difahamkan yg aku tiada gunanya dan aku seakan-akan perempuan murahan. Mungkin cara aku berbeza dengan orang lain,mungkin cara aku menunjukkan pernghargaan dan sayang itu lain dari yang lain sehingga tiada seorang yang nampak. 

Tragedi semalam buat aku berfikir apa benarnya di sebalik kata-kata itu. Aku tak layak untuk sesiapa, utk di masa lepas atau masa depan aku. Kata-kata yang aku terlalu jijik,najis dan keji dimatanya.  Mungkin permintaan aku terlalu tinggi untuk diberikan perhatian dan diberikan kasih sayang yang secukupnya. Aku tak seharusnya berharap terlalu tinggi. Aku seharusnya lebih memahami. 

Penerimaan selepas ini tidak sama seperti sebelum ni. Allah swt itu Maha Adil. Aku tak bisa memaksa dan dia juga tak bisa memaksa. Aku mengaku itu adalah salah aku. Aku luahkan rasa yang tak sepatutnya aku luahkan tapi cukup la untuk aku simpan terlalu lama. Tiba masa untuk diluahkan. Aku jujur untuk mengakuinya. Aku tahu ianya perit tapi ia juga perit untuk aku yang tak pernah mengakhiri hubungan sebelum ini sebaiknya. 

Aku redha atas ketentuanMU YA ALLAH. Kau tunjukkanlah jalan keluar dlm permasalahan ini. Aku telah menyakiti hati banyak pihak tapi Ya Allah,hanya Kau yang tahu apa yg ada dalam benak hatiku. Aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Berikan masa untuk aku berfikir agar aku tidak bertindak berdasarkan keadaan. Leraikanlah kekeliruan dalam hatiku. 

Wednesday, August 8, 2012

Romeo & Juliet.

Bebelan dari NFM pada 9:59 PM 0 comments




Hee so ini dia for the first time aku kenalkan my new babies, Romeo and Juliet. Nama dah tukar since dorang asyik berkepit je. Hihi. Romeo ni diam sikit, Juliet yang active. Dorang ni kecik lagi so kena bagi susu Ensure perisa Vanilla. Cepat la besar. hihi.

Tuesday, August 7, 2012

Paru-paru meradang.

Bebelan dari NFM pada 2:57 PM 0 comments
Dear bloggers,

Disaat aku menaip ini aku tengah menunggu result Chest X-ray. Masuk hari ni dah 4 hari dah kena admitted kat Puteri Specialist ni. Ni semua sebab berpunca dari demam yg tak kebah for 3 weeks, batuk,sakit dada and headache. Asyik MC je segan dah nak MC kat office tu. 

Last Friday tu pun MC jugak but on Monday gagahkan diri jugak pergi office. Serious time tu dah tak tahan tapi taknak nanti orang kata aku malas kerja pulak. Time tu dah siap pakai baju 2 lapis and tambah lagi sweater and jacket Izzati. So 4 helai dah tu pun sejuk jugak. Officemates pun dah complaint pucat. Kepala jangan cakap la macam nak hantuk ke dinding dah.

Then, K.Nina planner suruh amik cuti esoknya. So,pagi selasa tu terus pergi hospital. First procedure mcm biasa la,blood test, urine test and chest x-ray. Then tunggu report x-ray tu. From the result, doctor kata aku kena radang part-paru and she said, 

" I have to admitted you now, are you willing to?"

Now okay now! Then memang bukan time tu jugak la,aku just bagitahu aku ada hal nak kena buat and aku ready esoknya. So,esoknya start la aku duduk hat hospital tu. Doctor and nurses semua baik. So, after 4 days, aku ingat dah bole discharged rupanya belum boleh lagi. Tapi doctor macam nampak sangat aku nak keluar dr hospital tu. Eh mesti la nak! sebabnyaa, Jieja datang JB and aku dah booking buffet Mutiara Hotel okay. HAHA! Jieja siap tidur satu malam kat hospital lagi. haha.

So, ubat macam biasa la kena amik and also Turbuhaler untuk paru-paru since aku akan rasa sakit dada sesak nafas. Then lepas amik ubat tu semua dah boleh keluar and guess what lepas keluar je terus pergi JPO okay! haha. Doctor bagi Hospitalization Leave sampai 10Aug and 10Aug tu aku kena pergi hospital lagi. Jangan kena tahan ward lagi sudah la. 

Then, i would like to say thank you to those yang datang melawat. Yg selalu teman kan aku hat hospital,hari-hari bawak makanan and jaga aku and thanks to Aunty Normah jugak :)

Cepatlah sihat.Penat dah sakit.

Wednesday, July 11, 2012

Yang berlalu biarkan berlalu.

Bebelan dari NFM pada 2:59 PM 0 comments
"Siapa pun awak di masa lalu, itu tidak bermakna awak tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati.. Yang berlalu biarkan berlalu, Hari ini dan seterusnya, buktikan awak boleh jadi yang terbaik."

Saturday, June 30, 2012

LOMO moments.

Bebelan dari NFM pada 6:04 PM 0 comments
Rindu LOMOGRAPHY. Lama tak bermanja with those cameras. Banyak film belum hantar cuci lagi. Macam biasa kena hantar kat Subang but belum ada masa nak pergi KL lagi. 

Lomo website pun lama tak update. Cepat la habis internship. 

Welcome home Suggies!

Bebelan dari NFM pada 5:53 PM 0 comments
Awak! Kita kan dah beli sugar glider dah. Beli sepasang RM450. Memula rasa takut sangat nak pegang sebab dia garang bukan main. Umur dia baru 2 bulan lebih tau. Belum ada suitable name untuk dorang lagi tapi rasa macam nak panggil Nobita and Sizuka la. Aku baru berani nak pegang Nobita tau. Sizuka ni garang dia macam hari-hari PMS. Even dia dah kenal bau tuan dia pun tapi tokleh nak pegang sangat.

Sizuka ni suka gila menyelinap keluar tak tahu cemana dia boleh keluar. Ada satu hari tu subuh-subuh lagi dia dah dekat sebelah bantal aku padahal time tu aku tengah nyenyak tidur kot. And satu time tu dia boleh melompat time aku tidur jugak sambil buat suara senapang patah dia tu. But now dia tak menyelinap keluar lagi dah sebab dah duduk dalam cage baru yg Faiezza bagi pinjam. Thanks Faiezza!

Kelmarin pergi Bazar JB or known as Pasar Karat semata-mata nak beli bounding pouch dia and untuk dia tidur. Then brader yang jual tu nasib baik la dorang cool and sharing info pasal SG ni. Selama ni aku bagi makan Apple and Grapes but dorang kata tak elok. Dorg suh bagi makan timun but mine tak suka makan timun memang tak cuit langsung. Try bagi makan betik and honeydew nasib baik nak makan. Hee comel je la korang ni. 

Tak sabar rasanya nak tunggu dorang besar and yang paling penting manja dan jinak.

Friday, June 22, 2012

Rahsia Allah.

Bebelan dari NFM pada 9:06 AM 0 comments
" Jodoh itu rahsia Allah.
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
 Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima kekasih kita.
Jika Allah Subhanahu Wata'ala tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tidak akan bersama dengannya"

Those who read this, please dont jump to wrong conclusion. This is randomly sayings that would happen in our life.



p/s: baru perasan yg background blog ni
dah nak kena tukar.

Friday, June 8, 2012

Congrats Izyan for your newborn baby.

Bebelan dari NFM pada 1:15 PM 0 comments
Eh baru je semalam update pasal Izyan any time nak bersalin kan. This morning received sms from his husband, Ayin yang mengatakan Izyan dah selamat melahirkan baby boy at 9.30am. Alhamdulilah semuanya selamat. Baru semalam Whatsapp dengan dia and dia cakap dia sakit-sakit and bla bla semua then dia tak reply. And pagi ni tetahu je dia dah bersalin. Woah! Suruh Ayin Whatsapp pic baby tapi dia tak bagi pun lagi. Busy la tu.

So tak sabar nak tunggu lepas office hour ni nak jenguk dia and baby dia. Alyn and Effa pun balik JB arini. Yeay rezeki baby,kawan-kawan baik mommy dia balik JB. hihi.

So,wanna wish Yan and Ayin congrats and now you both dah jadi parents. Semoga baby menjadi anak yang soleh. Hee.


Ishk mana ni delivery Mcd tak sampai
office lagi ni. Lunch time nak habis dh.

New pet coming soon.

Bebelan dari NFM pada 12:45 AM 0 comments
Hey hey dah lama kan tak update apa-apa pasal kucing-kucing kesayangan. Kelly, Keero, Simon and Lucky sihat-sihat belaka. Simon makin mendebabkan diri. Mungkin stress Sky dah tinggalkan Johor Bahru kot. Sangkar mewah dia yang tinggi bertingkat-tingkat tu habis patah sebab dia makin gemok and suka main lelompat. Ramai tanya taknak kahwinkan dorang lagi ke sebab mereka nak salah sekor anak-anak mereka nanti since Kelly sekali beranak 6 ekor kan and dah sampai generasi ketiga dah. Anak-anak dia pun dah semakin membesar dengan tuan yg lain. Btw, ada terlintas tapi nanti siapa nak jaga kalau aku dah ulang-alik JB-Cyber kan. So, nanti la dulu okay. 

Btw, for now tengah busy survey Sugar Glider. Kira aku ringkaskan as SG la okay. My lil bro ni nak sangat SG ni and btw aku pun pernah terlintas nak bela tapi takut kang kekucing merajuk pulak mama dia ada perhatian lain kan. Since Faezah ada bela so tanya la dia tips yang perlu kan. SG belum beli lagi sebab uncle kedai tu kata tunggu 2,3 weeks lagi and dia jual RM250  sekor tapi disebabkan aku ni selalu beli kucing ke barang2 dgn dia,hamster semua mmg beli dgn dia so dia bagi aku murah. And ni aku nak beli 2 ekor ni mesti dia boleh bg aku murah. Bayangkan ada satu rumah kucing ni, rumah tau bukan cage harga dia RM450 tp dia bg aku RM400. Tapi tak beli lagi tengah fikir duit.

At first nak beli sekor je but Faezah pesan suruh beli 2 ekor kiranya sepasang la. At least dia tak sunyi and tak merajuk and insyaallah tak cepat mati.So dalam masa 2,3 weeks ni nak cari cage 3ft and segala accessories untuk cage tu. The problem is kat JB ni aku tak tahu kat kedai mana yang ada jual-jual memacam untuk accessories haiwan ni. Any suggestions?