Saturday, June 22, 2013

Away to Korea.

Bebelan dari NFM pada 3:05 AM 0 comments
Hello!

Its 2.56am but I am still awake. Tengah malas nak packing barang and tengah fikir nak bawak baju apa. Paling malas nak gosok baju and packing. I'll be away to Korea from 23rd until 28th. Aku ni dah la jenis bukan yang reti nak pack barang yang sepatutnya. Baju tu macam nak bawak semua sekali je. Luggage dah la 15kg je pergi balik tak upgrade pun but still aku bawak extra bag, in case melebihi 15kg.

Planning pergi Korea lama dah dengan Jieja but this trip macam last minute je buat apa yang patut. Memasing busy nak organize kan semua benda. 3 orang yang pergi. Aku, Jieja and Pidot. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Takde plan nak shopping pun sebab tahu mahal. So nak sightseeing je. *kononnya.

So, doakan kami selamat pergi dan selamat pulang! Amin.

Tuesday, June 18, 2013

Syukur.

Bebelan dari NFM pada 3:10 AM 0 comments
"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.
 Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.
 Puas kita menangis, mencari di mana matahari?
 Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI."

Wednesday, June 12, 2013

Lumrah kehidupan.

Bebelan dari NFM pada 3:16 AM 0 comments
Sudah jadi lumrah kehidupan
Kelebihanmu dicurigai
Kekuranganmu dicaci
Kebaikanmu disalah erti
Keaibanmu ditelanjangi
Kebenaranmu dinafi
Kesilapanmu dicari
Kerana kesabaran itu indah.

Monday, June 10, 2013

Dear Fat.

Bebelan dari NFM pada 1:07 AM 0 comments
I realized that i gain weight! Dah lama tak timbang padahal ada je weight scale dekat rumah. Tadi tergerak hati nak timbang sebab most of my clothes dah tak muat. Guess what? 

I GAIN 7kg! OMG! 

Huwaa rasa macam nak nangis. So, azam baru nak kurangkan berat. Especially before majlis pertunangan. Please! 

Memang selalu rasa nak jogging pepetang dekay Cyberpark but Apiez tak bagi jogging sesorang. Tapi macam cool je kan sesorang. Eceyh! 

And my dear body, my dear fat, i dont hate you but please i want a pretty body figure. Tolong la lemak jangan asyik nak berkumpul je, try untuk berpisah please.

Sunday, June 9, 2013

Risik merisik.

Bebelan dari NFM pada 4:04 AM 2 comments

Sabtu
08 Jun 2013

Kata sepakat telah dibuat. Family Apiez datang merisik. Aku sekeluarga dah buat preparation apa yang patut. Ye la orang datang rumah takkan la taknak sediakan apa-apa kan. Buat la jugak makan-makan untuk kedua belah pihak. 

Thank you untuk Pak Uda, Madsah and family yang masak-memasak. Pak Long yg jadi tukang cakap. And semua family la yang datang. 

Alhamdulilah cincin merisik dah disarungkan setelah bercinta tanpa henti selama 6 tahun 3 minggu 2 hari. Syukur semuanya dah disetujui. So, bak kata orang, one step closer la ni kononnya. Eceyh!








Thursday, June 6, 2013

Ku Mohon.

Bebelan dari NFM pada 6:58 PM 0 comments
" Ya Allah,

Aku adalah seorang hamba yang kerdil dimuka bumi ini.
Aku kadang kala alpa dengan kehidupan duniawi.
Aku sering kali leka mengejar kesenangan dunia.

Ya Allah,

Aku mohon keampunan darimu.
Hanya kepadamu aku berserah dan memohon.
Ampunkan dosa ku ini.

Ya Allah,

Jauhkan aku dari gangguan syaitan ini.
Tutupkan telingaku dari mendengar hasutan iblis ini.
Kuncikan hatiku dari meresapi ajaran syaitan.

Ya Allah,
Hanya padaMU ku bermohon.

Ya Allah,

Murahkan rezekiku dan ahli keluargaku.
Murahkan rezeki si dia dan ahli keluarganya.
Aku mohon, kuatkan ketabahan hati dan iman antara kami.
Berikan kami ketenangan hati dan jiwa dalam menempuh kehidupan ini.

Ya Allah,

Ku mohon kepadaMU, terangkan hatiku dan lancarkan pertuturanku.
Berikan aku kepandaian dan kebijaksanaan.
Berikan aku penerang hati agar mudah bagiku menerima ilmu.

Ya Allah,

Jauhkan aku dan dia daripada maksiat dan zina.
Limpahi kami dengan cahaya keimanan.
Bersihkan hati kami Ya Allah, agar sentiasa ingat akanMU.

Ya Allah,

Andai dia jodohku, kuatkan hati kami.
Murahkan rezeki kami.
Murahkan urusan kami.
Hanya padaMU ku bermohon Ya Rabb. "

AMIN. 


Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami. Amin Amin Amin.