Saturday, December 31, 2011

Ringkasan 2011

Bebelan dari NFM pada 10:03 PM 2 comments
Weehuu seriously ini paling lama tak update blog kot. Okay entry kali ini macam lebih kurang summary of 2011 la kot before masuk 2012.  


1) Apit sunat. 
Sunat dah budak ni. Dia makin besar and slowly hilang la my baby boy. Tapi mulut kepoh dia still ada. Tu seronok sebab dia la penyeri rumah. Dia paling excited okay nak sunat tapi bila dah kat clinic amik kau. Menjerit terpekik terlolong dah dia. haha. 


2) Singapore trip with Kita-Kita Aje. 


Dah lama rasanya tak pergi trip with friends. So, we decided nak celebrate Christmas hat Singapore. Shopping sekali. Thanks Daddy for the money :D USS too! It was great and really fun pergi dengan kengkawan. A truly friends. Penat sangat penat but we had fun. 


3) Industrial training
Industrial training for next semester day register day but still belum ada placement lagi untuk internship. Kat JB ni tak banyak audit firm. Anyone tahu memana?


4) Our birthday
Birthday si boyfriend and birthday aku yang jaraknya cuma seminggu. He love me and I love him. Enough :)


5) Rumah kena pecah masuk
This is unbelievable. Habis barang-barang semua. Peti besi abah pun habis semua. Rumah dah macam dalam CSI untuk siasatan polis. Aku haramkan semuanya. Paling terkilan barang arwah mak.


6) Sky
Kucing aku yang paling manja and paling dengar cakap dah pindah Subang Bestari dah. DIa duduk dengan Apiez and mak Apiez. So,sesekali datang la jugak jenguk dia kat sana. Dia comel and nampak happy :)


7) Study
Study dah tunggang-langgang and tak tahu nak cakap macam mana dah. Takde masa nak study. 


Itu je la kot.
    

Saturday, November 19, 2011

Entry boring

Bebelan dari NFM pada 5:55 PM 0 comments
Ini entry boring. 45 minit dah duduk dalam kereta di tengah hujan di depan rumah. Semua orang takde and aku kena tunggu dorang balik. Luckily, wifi internet rumah sampai luar. 

Aku penat la sesangat drive hari ini. Terasa macam perjalanan hari ini jauh sangat. Umur baru 23 tahun, btw belum official 23 lagi la tapi aku dah bosan driving. Nak driver la. Paling senang nak pintu suka hati Doraemon. Boleh suka hati pergi mana je sekejap gila. Kalau ada pintu suka hati Doraemon tu, sekarang jugak aku boleh terus masuk rumah. Tak payah nak tunggu depan rumah lelama ni.

Btw. esok malam ada kenduri kat kampung. Jemput la datang. Nak direction, sila CALL tak pun SMS tak pun BBM. Isnin Apit sunat. Alaa lepas ni tak boleh nak comel-comel dah si kecik tu. Dia dah jadi orang besar. Tak suka. 

Ok bye tak tahu nak membebel apa lagi.

Tuesday, November 15, 2011

Bebelan tengah malam.

Bebelan dari NFM pada 2:04 AM 0 comments
2.04am. Still tak tidur lagi at this moment. Berpeluk berdating dengan textbook OB. Got midterm exam on Wednesday and aku baru start study. Got presentation on Wednesday in evening and tak prepare apa-apa pun. Malam ni ada group discussion. 

Since start new sem ni till now dah Week 5, every week balik Jb sampai la early December sebab family matters. Penat tahu tak penat nak drive. Tapi kalau malas sangat drive, naik bus sudah la. 7 subjects for this semester, sangat la heavy sampai bahu boleh senget-senget la sendeng bag buku nak pergi kelas. 

Tu pun still got time nak fikir untuk holiday bersama rakan-rakan. Ye la ni kira last sem untuk bersama kengkawan la sebab ada yang dah habis and ramai intern dah next sem including me. Cakap pasal internship, aku tak prepare apa pun lagi. Resume pun tak buat lagi. Orang dah siap dapat interview dah apa semua. Aku tak buat apa lagi. Haish la. Kena pandai manage time la aku ni.

Okay la bye.

Monday, November 7, 2011

Lomo Contest.

Bebelan dari NFM pada 4:16 PM 2 comments
Readers, I need your help!
Sangat-sangat serious nak mintak tolong ni. Aku saja masuk satu contest ni, Lomo Contest. So, I need you guys to LIKE my picture. Cara-caranya:

1) Go to this website, Foto Film Malaysia and LIKE.
2) Click it the photos and carik gambar macam gambar kat bawah ni and LIKE.

Please spread the words. Sila suruh kengkawan anda LIKE sekali okaay :)






Aku suka sangat gambar ni sebab tak tahu la kenapa bila tengok rasa jatuh cinta. Dalam gambar tu masa aku bawak adik aku pergi Fun Fair. And aku suruh dia posing masa dia tengah main air balloon. Hee. 

Aku guna camera Lomo LC-A+ aku tu :)


PLEASE PLEASE PLEASE!

Aidil dan Adha.

Bebelan dari NFM pada 1:38 AM 2 comments
Selamat Hari Raya Aidil dan Adha. ihik ihik.Macam mana korang sambut Aidil Adha tahun ni? Mesti tak sehebat Aidil dan Fitri kan sebab tak dapat duit raya. Hee. 

Tahun ni for me macam kurang sikit dari sebelumnya. Abah tak dapat balik and kami adik beradik je kat rumah. Tengah hari tu balik la kampung, ziarah kubur mak seperti biasa kalau balik kampung. Makan sepuasnya kat kampung. Main kejar itik. Main kejar ayam gajah. Cuma kali ni kampung suram sikit. Tak ramai yang ada pun. Petang sikit singgah rumah auntie pulak.Makan lagi. Main basikal. Main baby,bawak dia jalan. Main tangkap gambar.

And aku tengok orang bukan main lagi upload kat Twitter pakai baju kurung. Kami pakai biasa je tau. Jeans and t-shirt. Sebab bukan pergi mana pun kan. Nanti dah sampai kampung pun bukan reti pakai baju kurung lama-lama pun. Hee.

Berat dah makin bertambah dah ni. Apiez dah suruh aku kurus ni. Tapi bila aku kurus dia bising. Bila aku gemok pun dia bising. Aku tak tahu sebenarnya dia nak apa. Dia nak membebel je. HAHA!

Sementara tu kan, nenek aku punya adik punya anak. Kira cousin arwah mak la kan. Dia bawah umur aku. And tadi dia jemput dia nak tunang next week 13hb. 2 beradik sekali tunang dalam satu hari. Woaahh! Tunang dah. Kalau aku tak busy and tak penat nak balik,aku datang okaay :)

Congrats Liya! Congrats Seha!

Wednesday, November 2, 2011

The Last Song.

Bebelan dari NFM pada 4:26 AM 2 comments

The Last Song by Nicholas Sparks. I haven't seen the movie but I've read the novel. Actually, this is my first collection novel by Nicholas Sparks. Ni pun beli masa kat airport Jakarta, sebab tengah bosan nak tunggu flight pergi Yogjakarta.

First of all, aku nak bagitahu yang aku ni cengeng sikit. Tahu tak cengeng tu apa? Cengeng tu sesikit nangis. Touching sikit nangis. Kalau aku ni, tengok drama ke movie sedih sikit je boleh nangis. Even though tengok Papadom pun sumpah touching betul. Tapi nak buat macam mana kan. Hati saya ni mudah tersentuh la awak. Okay dah lari topik.

Walaupun banyak movie tengok and banyak yang berjaya buat aku nangis tapi belum ada satu novel yang aku baca berjaya buat aku nangis tapi tapi tapi The Last Song ni dah berjaya buat aku amik satu kotak tissue letak tepi sambil baca novel tersedu-sedan. I thought macam love novel yang lain la kan. Ohh silap sama sekali. It is more about family. Disebabkan pasal family la yang boleh buat aku lebih touching sampai hidung tersumbat.

Okay jom review sikit pasal novel ni. Official review :

#1 bestselling author Nicholas Sparks's new novel is at once a compelling family drama and a heartrending tale of young love.
Seventeen year old Veronica "Ronnie" Miller's life was turned upside-down when her parents divorced and her father moved from New York City to Wilmington, North Carolina. Three years later, she remains angry and alientated from her parents, especially her father...until her mother decides it would be in everyone's best interest if she spent the summer in Wilmington with him. Ronnie's father, a former concert pianist and teacher, is living a quiet life in the beach town, immersed in creating a work of art that will become the centerpiece of a local church.
The tale that unfolds is an unforgettable story of love on many levels--first love, love between parents and children -- that demonstrates, as only a Nicholas Sparks novel can, the many ways that love can break our hearts...and heal them.

Please please please beli and baca and hayati. Anda akan beremosi. Kawan aku cakap baca novel and tengok movie lain. Sebab baca lagi best and you will feel every part of emotion in details. Disebabkan aku amik subject Advanced English semester ni, *Okay aku tahu aku final year student and belum amik Muet lagi and baru nak amik Adv. English -___- lecturer kitorang suruh baca novel ni and nanti 3hour class lecturer akan pasang movie tu and sedih ramai-ramai dalam class. Okay aku tahu korang nak cakap lecturer aku cool. Ya dia memang cool.

I'm gonna grab the other novels by Nicholas Sparks!

or anyone willing to give them as my birthday present? ihik ihik ihik *gewdik




Monday, October 31, 2011

Tangkap Leleh

Bebelan dari NFM pada 12:20 AM 1 comments
Tangkap leleh dah tengok cerita TV3, Kemaafan yang tertangguh. Kesian dapat mak mertua yang kejam sampai la mak dia sendiri meninggal. Serious touching. Orang selalu kalau nak kahwin je mesti trauma dengan mak mertua. Lagi-lagi kalau dapat macam cerita Ibu Mertuaku tu. "Ampunkan mak Kassim" haha.

Lagi emosi bila lagu cerita tu lagu Tercipta Untukku. Lagi-lagi part,

"Aku ingin kau selalu hadir dan temani aku, disetiap langkah yang meyakiniku, kau tercipta untukku,mesti waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku, ku ingin kau tahu ku selalu milikmu yang mencintaimu sepanjang hidupku"

Maaf lately ni touching. Hati sendiri, sendiri kena mahu jaga la amoi.

Sunday, October 30, 2011

H U R T S

Bebelan dari NFM pada 3:01 AM 0 comments




Do you know how it feels to be ignored?

IT FUCKING HURTS.

expecting too much is one way of hurting my own self.

Saturday, October 29, 2011

Big Bad Wolf Books.

Bebelan dari NFM pada 5:26 AM 2 comments


7-16th October, orang semua sibuk cakap pasal BBW. Its a BIG BAD WOLF books. So, whom yang hobi suka membaca like mine, rasa worth it gila pergi situ. Because you can get any english novels in low price! I sempat pergi on last day of BBW which is on Sunday. Time tu pun still banyak lagi buku cuma jangan berharap nak cari any famous author novels last minute macam tu eh. But it still WORTH IT! 

Semua orang dengan kotak masing-masing. Ada yang siap bawak luggage and trolley nak pergi pasar tu. I went there with my boyfriend, so ada la orang kuat nak tolong angkatkan kotak kan. Hee, i love you boyfriend.




See, ramai gila orang and still banyak gila buku left. Nasib tempat dia besar and tak panas. 





Ini adalah hasil borong. Total semua 25books. Dalam picture ada 20books je sebab 20 books tu all mine! 4 books Apit punya and 1 book boyfriend I punya. For these 25books, I spent on them for only RM195. Which is mean, each book dalam RM8. Child books dalam RM5-8. Murah kan! Thanks for Daddy for the money. 

And for sesiapa yang tak sempat nak pergi or yang dah pergi and tak puas. Dont worry you still have time because BBW buat Aftermath Sales in November and guess what, its cost you only RM5 each book. Cuma banyak yang dah habis la sebab dia nak habiskan yang hari tu punya. 




I might go there again to bring my friends especially Malin, Jieja and Anne and Cheah too before we left to Kuantan for Rasfeen's wedding. Oh venue dekat South City Plaza ye. Jom beramai-ramai.

Sangat terhutang budi dengan boyfriend sebab walaupun dia busy sempat luangkan masa sekejap teman pergi sana hari tu. Terharu :")

Their's convocation.

Bebelan dari NFM pada 4:55 AM 0 comments
Lama betul nak amik masa nak publish entry ni. Hee sorry ye. First of all, I wanted to say, CONGRATULATIONS untuk semua yang officially graduated! Actually MMU tengah cuti for 2 weeks and I pun kat Jb and nak sangat tengok boyfriend convo and close friends yang dah macam adik beradik ni convo. Luckily Abah bagi balik Cyber kejap. Banyak sangat pictures! Tapi semua dekat camera power-power orang lain. I takde camera power. I paling excited nak tengok boyfriend I convo! BIG SMILE!




Hi, saya pendek. Boyfriend saya tinggi.

Tinggi ke? haha





Para photographer sibuk menyerbu. Mokhriz sempat je tengok camera eh.


Heeh dia nampak comel la. Macam tengah kelam-kabut. 




 Stroller tu bukan untuk tolak baby tau tapi untuk tolak bunga. HAHA


Cuba tengok Kodel. HAHAHA!


Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi ni je la eh dapat upload. hee.

Monday, October 3, 2011

Wedding Izyan.

Bebelan dari NFM pada 10:03 AM 0 comments
Hee, ini entry yang terlambat nak publish.hehe. Okay, 11 Sept 2011 haritu sekali dengan birthday bestfriend I si Nurul Nadia aka Along tu, bestfriend I lagi sorang Izyan Masnan tu pulak kahwin. Tak silap I hari tu jugak birthday husband dia. So, ini dia gambar pengantin baru :)

Bukan main senyum lagi, meluas senyumnya eh.


Time wedding ni la dapat jumpa dengan ex-schoolmates yang serious lama gila tak jumpa. Apa lagi amik la kesempatan ni untuk bepeleseran mengambil gambar.




        


       

Dalam reramai ni ada yang dah kahwin, dah ada anak, ada yang dah tunang and tunggu masa je nak kahwin.
And ada jugak yang belum ada apa-apa ikatan yang official lagi. *perli diri sendiri.


Huh ni kat atas ni yang tengah baju Purple ni bestfriend since darjah 6. Mana-mana berkepit je dengan dia. Sebelum ni pun ada buat entry pasal dia. Time kat sekolah sampai ada yg cakap kitorang ni kembar. Family kitorang pun rapat. Arwah mak aku baik jugak dengan arwah mak dia. Lepas mak aku pergi tak lama lepas tu arwah mak dia pulak. Sedih. Time kat sekolah, Along, Effa,Izyan and me rapat. So,apa-apa kitorang share. Tapi yang kelakarnya dulu masa darjah 6 si Effa and Izyan ni tak ngam langsung,kerja asyik nak bergaduh je.haha. Start rapat pun Form 1 semua satu kelas. Hee.

So, sorang-sorang kawan aku dah kahwin. Lepas ni antara kami 4 orang tak tahu siapa yang kahwin dulu. Rasanya macam Effa, tunggu je la. Bila tanya dia,ada ke patut dia cakap, ayah dia kahwin dulu. HAHA! To Izyan and husband, selamat pengantin baru and cepat-cepat dapat baby :)


Ada gambar bebudak lelaki tu,
tapi malas la nak letak sebab tak
tahu kat mana. haha.

Thursday, September 29, 2011

Wipe the tears.

Bebelan dari NFM pada 3:39 AM 0 comments
I'm going to smile like nothings wrong, talk like every things perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me. Everybody assumes that i'm so happy that nothing is ever wrong with me but nobody ever knows that I feel like everything is falling apart and my insides are numb. I did all I could to make sure everythings perfect. You might close your eyes to the things you do not want to see but you cannot close your heart to the things you do not want to feel.

I just need someone to talk. A shoulder to cry on and big hug to calm me. You've no idea what is going on.

Wednesday, September 28, 2011

Kesabaran terhadap LC-A+

Bebelan dari NFM pada 5:22 AM 0 comments
Huyoo, lamanya tak update blog. Sorry ye readers, I've been busy with the final exam. Ni pun got exam at 2.30pm but mata tak boleh nak lelap lagi. So, curi-curi masa nak update blog. Okay disebabkan musim exam, so malas la nak cakap pasal exam tu susah sangat, I tidur time exam and bla bla bla.
Okay, you guys ingat tak I received LOMO LC-A+ from my boyfriend as my birthday present last year? That time I was excited. Excited menggila nak guna camera tu. I spent much money to buy the film but film tu tak da la mahal sangat, kalau nak compare dengan my Polaroid tu. Nak guna pun fikir banyak kali. So, I usung camera I ke sana ke sini, capture sana sini. But bila I hantar for processing, nothing great came out, all dark and blurry. I google sana sini. I tanya sana sini. I try again and again. Never give up. Even boyfriend I selalu kata susah je guna camera tu. I don't mind because I suka. I believe one day I akan dapat gambar yang cantik.

Then, masa I pergi holiday to Jakarta and Penang tu. I bawak jugak camera tu. And baru-baru ni baru I ada masa nak pergi hantar kedai. Kekononnya nak cari kedai yang boleh cuci picture or burn to cd yang murah tapi semua jauh-jauh.End up, hantar kat Cyber jugak la. I hantar 2 rolls films, 1 film 36 gambar la kan. Korang teka berapa je yang jadi? 

Yang jadi 18 gambar je okaay out of 72 pictures! Okay kau menangis sekarang. Mula-mula view tu tengok ada yang blurry, ada yang dark, ada yang over exposure. Tapi,ada satu gambar yang boleh buat hati yang sakit jadi riang ria cornflakes.

Tadaa, here we go!
Taken at Jogyakarta masa naik beca with the bestie, Jieja. Actually, wanna show off the shoes je sebenarnya. We got it from Kulkith. Sanggup balik hari from Jakarta ke Bandung sebab kasut ni. Tak beli ni je tau, beli banyak :D Eh, lari topic pulak. Huh ni la picture yang jadi, cantik kan! I suka suka suka sangat! My boyfriend and Jieja pun kata cantik. Finally, ada jugak yang bagus kan.


The second picture, ni I main capture je from inside the car without buka tingkap.

 The third one ni kurang menjadi. Its blurry. Kalau jadi mesti cantik. Sigh.

Picture Momel I ni pun sama kurang menjadi.

The rest I malas nak upload sebab buruk sangat memang tak jadi. I need to learn much about the ISO setting thingy. Boyfriend dah belikan memahal, so kena la willing to learn much and hasilkan gambar yang cantik :) Even banyak yang tak jadi dari yang jadi, but its okay. Langsung tak patahkan semangat I because, for the Lomography beginners memang banyak kena belajar. So, I dah minta tolong orang ajar I, the pro, Hariry Ariffin. Entah bila nak jumpa dia pun tak tahu la. Hopefully weekend ni :)

Bila fikir balik, maybe I know kenapa banyak tak jadi. One of the reason maybe sebab I selalu lupa nak tukar ISO setting since ISO setting tu tertukar dengan sendirinya masa dalam bag. And maybe pasal battery,sebab haritu battery i macam dah low. I captured but no red light yang keluar. Mungkinlah. Its okay I'll change the batteries later.

Seriously, I love pictures. I love cameras. But I don't have much experience. I don't mind kalau handbag I berat sebab ada 2 camera dalam handbag I. Seriously, I sanggup. For me, pictures tinggalkan banyak memories. If one day, kita rindu zaman kekecik kita, orang yang dah pergi, gambar boleh buat kita tersenyum. Bila I dah kahwin and dah ada anak, I'll show them the pictures that brings the memories :))

Sunday, September 11, 2011

Bestie's bestfriend.

Bebelan dari NFM pada 4:17 AM 0 comments
This year lain sikit dari tahun sebelumnya. Birthday Along kali ni celebrate kat Jb with kawan-kawan sekolah. Kira aku ni dah macam manager artis tahu tak semua BBM and SMS aku nak jumpa Along. So, disebabkan malam tu birthday dia, so here we go the surprise. Takde la surprise sangat tapi kira okaay la kan. hehe

So, Happy Birthday to my dear best friend,Nurul Nadia binti Ramlan. Eventhough, kita jarang jumpa tapi aku tetap sayang kau. Kita tetap bestfriend since sekolah :)) I'm so blessed to have a friend like you. May your day be filled with laughter and happiness. I love you Along <3








* Belle, Kyra, me, Along, Wanie and Awien

actually the boys pun ada, Pozy, Zharif, Ayid, Khai and my brother, Apit.


I LOVE YOU BESTIE!

Hope you enjoy the night.

Tuesday, September 6, 2011

Doa untuk Ibu.

Bebelan dari NFM pada 4:33 AM 0 comments

kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku
ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku



Al-Fatihah untuk arwah mak.

Beremosi.

Bebelan dari NFM pada 4:21 AM 1 comments
Aku ni kan kekadang ada satu habit. Kerap maki. Tapi lepas tu aku dah kurang maki sebab Apiez ajar aku tata tertib. Cewah. Tapi lately ni aku macam beremosi. Dengan kawan yang menipu. Dengan orang comment yang bukan-bukan pasal boyfriend aku. So, sorry la kalau kat Fb aku ke apa aku dok maki je. Nak buat macam mana kan. Cakap baik-baik taknak dengar. Dari sabar jadi sakit hati. Kau hadap je la. Aku ni paling pantang orang cakap bukan-bukan pasal orang yang aku sayang. Especially, pasal arwah mak, pasal abah, pasal adik-adik aku and boyfriend aku. Nak cakap bukan-bukan pasal dorang,meh sini hadap aku dulu. Aku takkan benarkan orang cuit sikit pun pasal dorang. Biasalah orang kan tak boleh tengok org lain senang. Jeles la tu. Hidup aku lagi baik dari kau eh tu yg kau jeles kan? haha.

Friday, August 5, 2011

Sometimes,

Bebelan dari NFM pada 1:22 AM 0 comments
Sometimes, bila kita pandang kiri kanan depan belakang ramai yang support kita,
ada dengan kita.

and

Sometimes, bila kita pandang kiri kanan depan belakang,takde siapa ada dengan kita,
so, kita toleh lagi kiri kanan depan belakang, betul takde siapa ada dengan kita.

and

Sometimes, ada satu masa nanti kita rasa macam nak menjauhkan dari semua orang sebagai tanda kita dah bosan dengan hidup sekeliling yang penuh dengan pura-pura.

and

Kita cuma perlu diam dan saksikan semua drama yang hebat dipertontonkan.

Thursday, July 28, 2011

Bila sakit,

Bebelan dari NFM pada 2:14 AM 4 comments
Bila tengah sakit ni la,banyak kerja nak buat, otak dah jadi tak betul,emosi tak menentu.Lagi-lagi kena handle semua sensorang. Terus jadi tension. Sakit since Sunday till today, tak tahu bila nak baiknya. Malas nak pergi clinic sebab doctor bukan rasa pun apa aku rasa,sama je nanti dia bagi ubat pun panadol. Lebih baik aku beli sendiri.

Bila sakit ni, teringat arwah mak, mak mesti masakkan bubur and bawak pergi clinic. Nak abah sebab abah suka tanya progress banyak kali and bagi ubat itu ini and tips-tips nak sembuh. Mak dah takde. Abah pulak jauh. So,takkan nak suruh adik kecik jaga aku pulak. So,Fharina jangan nak gedik sangat eh,kau jaga diri kau sendiri. Kau rasa sakit perit mana pun bukan orang rasa pun. Kau buat muka and suara belas kasihan macam mana pun,orang still takkan rasa.So,conclusion is SMILE. Buat macam,"Ohh,i okay je. Cant you see my happy smile?"

Bila sakit and rasa kehendak hati tak dipenuhi mula la perasaan bercampur-baur. Emosi tak menentu. Kejap marah, kejap sedih, kejap elok. Terus pikir semua yang negative tapi bila dah tersedar,"Astaghfirullahalazim,apa yang aku fikir ni. Tak baik tau fikir macam tu." Lalu cari point nak sedapkan hati sendiri. Ingat senang eh nak faham hati, hati aku sendiri pun aku susah nak faham, tapi selalu kekonon nak faham hati orang lain sedangkan hati sendiri tak tahu apa yang dimahukan. Tapi kalau tetiba hati ni macam tersentuh yang macam sampai sakit dada,ohh itu kena banyak bersabar. Fikir secara positif and pengorbanan amat diperlukan disini. Complicated betul la hidup ni. Berdoa agar dijauhkan dari fikiran-fikiran jahat.

"Ya ALLAH,Ya Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah,ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk"


Bulan Ramadhan nak dekat dah. Nanti time bulan puasa mesti ramai yang balik weekend sebab nak berbuka puasa dengan family. Takkan aku nak stay kat Cyber sensorang, orang-orang terdekat kat Cyber pun masing-masing busy and bawak haluan masing-masing, so i'm looking forward nak balik Jb selalu. Berbuka puasa bersama adik-adik. Friday ni balik Jb and Abah pun balik,Yeay! At least balik Jb takde la semak kepala otak nak terkurung je and sensorang. Ada Apit and Daus yang suka bergaduh,lantas Eqa terus menjerit marah dorang,so takde la senyap sangat. Boleh di consider as an entertainment la tu.


p/s : berdoa agar penyakit cepat sembuh.

Wednesday, July 27, 2011

Surprise from lecturer sayang.

Bebelan dari NFM pada 12:00 AM 0 comments
Aku memang suka bila dapat SURPRISE assignment dari lecturer. Rasa macam sayang gila la. Harini dia upload announcement kat MMLS bagitahu individual assignment kena submit esok. Dah la dapat tahu malam lepas aku habis exam. Padahal tengah hari tadi aku bukak MMLS takde la pulak nampak announcement tu. Nasib baik dia extend hari Jumaat pulak kena submit.

But still, got many things to do. Esok pepagi kena submit summary untuk kelas English. Malam ada exam Ethics. Habis exam ada discussion nak buat report kena submit on Friday. Thats mean, on Friday aku kena submit 2 benda and tak lupa ada quiz on Friday jugak.

Tahu tak,tak best rasanya bila kena buat banyak kerja dalam time tak sihat,demam ni. Langsung tak boleh focus. Baru ingat hari Khamis nak berpeleseran.

Sigh.


p/s : Big Baby Hippo,I miss you :'(

Monday, July 25, 2011

Tak kelakar.

Bebelan dari NFM pada 4:40 PM 1 comments
Its not funny at all bila sakit time exam. Otak tak dapat nak berfungsi dengan baik and rasa paling teruk bila you cant remember a single thing. Bila baca notes macam terasa otak jatuh atas lantai and mata seakan kabur lalu badan ikut melayang. Ohh please, cepatlah sembuh.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 21, 2011

His career life begins,

Bebelan dari NFM pada 3:51 AM 3 comments
In my previous entry, kan I ada bagitahu yang Apiez dapat offer first job interview kan. So, he passed the first level and proceed to the next level.

Even though dia yang kena interview but aku yang nervous and siap buat wake up call lagi pepagi. I wish him all the best.

and I pray,I pray,I pray and I pray continuously for him.

After habis interview tu,20/07/11 he came to see me and I hope I'll heard the good news from him. He hold my hand and...

the news is,

jeng..jeng..jeng..

HE GOT THE JOB!

Syukur Alhamdulilah,terima kasih Ya Allah. Murah rezeki dia. This is his first job interview and dia dapat kerja tu.So, this is where his career life begins with the good company. I proud of him and when he told me about it,I just like WOAAAAAAAAAAAAHHHH! CONGRAAATTSS! and almost cry. I can see the happiness in his sepet's eyes. This is what he wants and he got it. His happiness is my happiness too. I just want to see him happy because I love his smile and I wish I can see that smile in my entire life.

Congrats again sayang. You did it! Now, you are in the next stage of life. You are no longer in a student life. You have another responsibility. Make your parents proud and make us proud. I'll standing here always for you. Sentiasa doakan yang terbaik.

Me, love you.


p/s : we might not have much time
together but its okay,we can
get through of it :)



Monday, July 18, 2011

Congrats and Goodluck!

Bebelan dari NFM pada 11:29 PM 0 comments
First of all, I nak ucapkan congratulations untuk boyfriend,Apiez and untuk kawan-kawan yang dah habis study especially untuk Med and Farid Firuz a.k.a Kodel.

Second, congrats untuk Apiez sebab dapat job interview tomorrow from company yang memang dia nak. So, Goodluck ye my BabyTheodore! I know you can do it. All the best. Do the best among the best. Grab the chances bebeh!

Me, love you.

Sunday, July 17, 2011

Nothing.

Bebelan dari NFM pada 2:26 AM 2 comments
Mid term exam dah nak start dah tapi aku tak habis study lagi. Baru start sikit, kepala dah mula berdenyut. Macam mana ni? Dah la kemain banyak lagi chapter yang keluar. Mid term exam dah macam final exam dah. Tak terlarat aku dah ni.

Fharina,study la eh. Datangkan mood. Jangan dilayan sangat mood yang sentiasa moody ni.

Wednesday, July 13, 2011

Best stalker.

Bebelan dari NFM pada 6:21 PM 2 comments
I appreciated my readers and my followers. Seriously a big thank you sebab sudi nak spend time baca blog I ni kan. But a lil bit disappointed to whom yang baca blog I and give a negative impression to me. Why eh? There is one girl yang benci I tetiba. I even don't know her, I've never seen her before and I bet dia tak tahu apa-apa pun pasal I sebab dia bukan kawan I.

Sumpah kau bukan kawan aku, aku bukan kawan kau and aku tak pernah kenal kau.

I rasa tak perlu kot you nak pergi bercerita kat orang yang ada kaitan dengan I pasal I. Ohh Fharina ni berlagak la tu ni la, pergi kelas pun nak pakai barang branded, dia tu sombong, bla bla bla. WTF? You pernah jumpa I kat campus ke? Go and ask them macam mana aku pergi kelas. I'm wearing jeans, shirt and sandals. Thats all. I tak pakai Gucci ke Lv ke pergi kelas. I even don't get my hair done. Everyday is my bad hair day.

And perlu ke you nak pergi jumpa kawan i and tanya,
"Oh you kenal Fharina tak? You rapat dengan dia tak? I tak tahu la kenapa I tak suka la dia tu,dia tu berlagak"

Wei, celah mana dowh I berlagak? Pastu you nak pergi bercerita la kat semua orang every single thing about me. I dgn adik i gaduh la apa la. Wei,adik-beradik gaduh tu normal la kot. Macam la you baik sangat. Sebab kan you sibuk nak amik tahu pasal I dari mulut org yg kekonon kenal i sangat, you g la tanya org tu dia bercerita pasal you,omg! Kesian you,poor desperate woman. Sebab tu la boyfriend kau si Rafiq tinggal kau kot. HAHA!

You add I kat Fb semata-mata nak stalker I je la kan? Padan muka dah kena delete but ada kawan you bagitahu you sibuk sangat stalker baca blog i. Woah ni dah macam the best follower I've ever had. HAHA! I pun approve you kat Fb sebab I tengok ramai mutual friends from MMU je. Thats all. I tak kenal you pun.

Kenapa time haritu masa you terserempak dengan I, you taknak pandang muka I langsung eh? Takut eh? I tunggu je you pandang I,so I boleh tanya you apa benda yg you tak puas hati sangat dengan I ni eh? Go and get yourself a mirror before you nak cakap pasal orang la wei. I tak kenal you and I langsung tak pernah nak kacau hidup you. Pergi uruskan hidup sendiri tu boleh tak sebelum nak uruskan hidup orang lain? You jangan sampai I tak maafkan you sebab you pergi burukkan I kat orang lain.

Actually I pernah post pasal ni jugak masa you sibuk bercerita kat kawan adik I, ni link dia. Baca la. http://noorfharina.blogspot.com/2010/07/si-stalker-terhebat.html

Dedicated to my best stalker ever ; I.A


Saturday, June 18, 2011

Part 3 : Yogjakarta

Bebelan dari NFM pada 7:16 PM 2 comments
Okay sorry for the late update sebab nak upload pictures lama sangat,almaklumlah guna broadband je kan and one more thing sebab kesuntukan masa. This time nak update pasal trip ke Yogjakarta! Yeay excited la sangat nak update pasal ni.

Btw, I'm not sure about the spelling, you can spell it Yogjakarta or Yogyakarta or Jogjakarta. Sampai-sampai sana je I'm looking around to find the correct name but I cant find. Semuanya lain-lain.

Trip kitorang 3days and 2nights. Sponsored by Daddy.

We all gerak pagi nak ke Bandar (airport) sebab takut jalan macet (jem). Alhamdulilah takde la macet sangat. Pak Sam pun bawak dengan cekap. Tapi before nak gerak tu kena tunggu K.Ifa and Manda sampai. So,sementara tu gedik-gedik la amik gambar.




Di bawah apartment.


Tu apa tu muka aku jadi cenggitu tu? Time ni tengah tunggu K.Ifa and Manda.



Family :)



Yeaayy Lets Go!
Anda nampak kaki gemuk saya tu kan.


Mana-mana buku Justin Bieber je budak kecik ni -__-"



Paparazzi mengekori Justin Bieber and Selena Gomez. HAHA!



Baru sampai hotel. Kemain panas lagi kat Yogja ni. Serious panas gila!




Rehat sekejap kat hotel and tetiba rasa lapar pulak. So,sewa beca bawak kitorang pusing-pusing area situ and bawak pergi makan. Tukang bawak beca aku dengan Jieja kemain peramah lagi. Baik pulak tu. Macam-macam dia bercerita sebab dia pernah kerja kat Malaysia. Siap boleh cakap Malaysia lagi tau.



Yes boleh makan!




Sambung jenjalan lagi. Kemain excited lagi Abah eh? :P


Tak tahu kenapa tapi aku suka sangat tengok lukisan ni.



Pictures above tu gambar istana lama. Kat situ ada bermacam-macam cerita. Jeng jeng jeng.


Ni kat salah satu kedai jual batik. Batik sutera cantik gila tapi tengok kedai dia dah tahu mahal.hee.

Manda orang first naik beca sebab dia dah mengantuk. haha

Okay 2nd Day In Yogjakarta, kami semua pergi ke Bhorobudur. Selama ni pernah dengar nama je tak pernah pergi. Tapi time ni aku demam, macam tak larat je. Tapi bila dah berjalan dengan tengah panas yang sangat panas,peluh semua dah keluar,so getting better.Hee.

Abah suruh beli topi,siap pakaikan.
"Nah,pakai ni nanti panas,sakit lagi"

Topi macam nak ke pantai, time ni elok lagi muka kurang selekehnya sebab baru sampai. Tunggu kejap lagi eh.


Kitorang kena pakai kain batik tu. Kekonon budaya la. Nak tahu tak kenapa muka Daus cenggitu? Sebab dia cakap cenggini,

" Eeeii ni kalau kawan-kawan aku nampak aku pakai macam ni,malu aku"

HAHA!

Basikal 3 seat, seronoknya tengok dorang jalan-jalan 3 orang naik basikal tu.






Sebelum jalan nak pergi naik ke Bhorobudur tu sempat lagi naik gajah. So,ini adalah kali pertama aku naik gajah. Jakun kejap. Hehe


Pahlawan Abah bersama payung di pinggang. HAHA! Ishk,apa lah Abah ni. Dah malas nak pegang payung la tu.




Huh ini dia Bhorobudur!


Ni best, masa Apit tengah diri sebelah gajah ni nak amik gambar,tetiba gajah tu kencing. Sumpah first time tengok gajah kencing. Banyak gila macam air keluar dari bomba punya pipe tu! HAHA! Berlari Apit.

Bak kata orang yang jaga gajah tu, itu bermaksud "kawan". Yelah tu pak :p


Dahla cuaca panas, nak ke naik tangga curam,dah la tangga dia ada la dalam seratus lebih anak tangga kot. Ada antara kepala patung-patung tu dah tertanggal and hilang. Yela dah beratus tahun kan.

Masa gunung Merapi meletus haritu, Bhorobudur pun kena sekali tempias dia,and habuk lava tu ada la dalam 3cm and cara pembersihan Bhorobudur ni secara manual. Dorang sapu and letak asid. Kebanyakannya orang Buddha yang bersihkan, ramai orang diperlukan.







Pak cik ni explain and bercerita kat kitorang kemain bersemangat lagi tau. Dia terangkan dengan details.


Cuba teka apa maksud ni?


Maksudnya, jangan kahwin sesama keturunan sendiri sebab nanti dapat keturunan/anak jelek (buruk). Ataupun cacat.


Muka berminyak hitam selekeh.


Ini adalah hasil daripada Gunung Merapi yang meletus beberapa hari sebelum kitorang sampai kat sini. Tengok tu. Masa ianya terjadi,lava lalu kat sungai ni. So,korang boleh nampak debu-debu.

Tengok macam mana rumah-rumah,kedai-kedai semua hancur. Sedih and takut je tengok. Teruk sangat.


Kitorang nak pergi Muzium Gunung Merapi ni tapi dah tutup pulak.


So,kitorang pergi pulak kat museum ni,museum seni dan budaya jawa. Seriously best sangat,tenang je dalam ni,sejuk.But at the same time,menakutkan. Kitorang tak boleh amik gambar dalam ni.

Seronok pergi museum ni sebab korang akan tahu keturunan-keturunan raja-raja dorang and korang akan tahu sejarah dorang.Yang paling best cerita pasal,penari-penari. Dalam satu tarian ni akan ada 9orang yang menari. Cuba korang piker kenapa no ganjil 9 orang? sebab dalam tarian tu akan tetiba muncul satu bayang-bayang ataupun seorang lagi penari. Serius tak tipu. Korang datang la museum tu and dengar dari A to Z and tengok gambar.

Scary kan.


Ni gambar nak balik Jakarta dah. Muka demam tu still ada lagi tau.

Ni best! Ni la dia Gunung Merapi yang meletus tu.Nampak tak lubang tengah-tengah tu.




So, ini lah dia cerita saya.Cewah!