Monday, October 15, 2012

Boyfriend dan Lulu.

Bebelan dari NFM pada 7:45 AM 0 comments
Dugaan berjauhan dengan boyfriend ni susah tau sebab rasa rindu dia rindu sangat. Kalau boleh setiap masa nak dengar suara dia and nak ada dia sentiasa. Nampak tak macam bunyi gatal kat sini? Haha. Sebab kami dari Melaka kan sesama hingga ke Cyberjaya. So dah biasa sama-sama. Jadi,sekarang ni aku memang la rindu gila kat kau la gemok!

HUWAAA!


Btw, Juliet yang dah pergi meninggalkan kami tu dah digantikan dengan LULU! Lulu ni punya la gemok. Umur dia dalam 3 bulan lebih nak masuk 4 bulan bak kata Shifa. Si Romeo lagi muda dari Lulu tapi kalau betina yang matang takpe. Rumah ni dah bertambah dengan lagi 2 ekor binatang, Hamster Roboski! Apit punya la not mine. Tapi dlu Sugar Gliders pun dia yang nak, at last aku yang bela. Macam kucing dulu pun Eqa yang suruh arwah mak belikan and lepas tu jadi hak aku. Normal la tu. 

Thursday, October 11, 2012

Tiada lagi Juliet.

Bebelan dari NFM pada 10:07 PM 0 comments
Still remember my Romeo and Juliet the suggies? By the way, Juliet dah mati dah. Sedih je. I went for a holiday for 4 days suruh my adik jaga but time i balik je i carik tak jumpa rupanya adik i kata dia dah mati after one day i pergi. Sedih je kesian Romeo tinggal sekor.

But tomorrow nak pergi jumpa Shifa kat Bazar Karat tengok sugar gliders yang betina. Kalau ada duit and okay,angkat terus bagi Romeo kawan. 

Friday, October 5, 2012

FhenaWardrobe

Bebelan dari NFM pada 10:53 PM 0 comments


Hello pretty ladies! Lately ni senyap je sebab ada benda nak kena uruskan. 

So, this time I nak promote my online shopping. Saja nak cari duit lebih nak kumpul duit tolong boyfriend tersayang kumpul duit kahwin. Oucch! :') 

To anyone yang suka online shopping tu meh la jenguk website and FB fan page ni :)


Website : FhenaWardrobe (click on it)


FB fan page : FhenaWardrobe (click on it)

Friday, September 21, 2012

Lembaga hitam

Bebelan dari NFM pada 7:28 PM 0 comments
Last night tidur lambat sebab on the phone dengan si boyfriend. So, tidur around 3am cenggitu. Then around 5am aku dengar bunyi tin jatuh. Aku buat bodoh je tapi rasa tak sedap. Aku bukak mata then nampak benda hitam atas lantai gerak-gerak. Then,aku tengok kat langsir bilik nampak ada benda atas rail langsir dengan ekor tinggi. Damn tikus ke? Aku dah la memang penakut tikus. Aku diam je ingatkan terus nak buat bodoh je tapi memacam fikir kat kepala ni. 

Then,tetiba ada bunyi apa lagi Apit pun terbangun bukak lampu and now aku sedar yang aku terlupa nak letak Romeo and Juliet dalam cage. Aku just letak dalam traveller bag yang aku baru beli kat Shifa masa pergi Bazar Karat semalam. Ni mesti idea Juliet keluar dari bag tu and entah cemana entah dia boleh bukak zip tu.

Dah tak pepasal kul 5am bangun tangkap si Suggies ni. Haish la nasib la korang comel. 

Okay ni gambar malam sebelumnya :




Nampak tak Juliet dah macam intai je keliling. Rupanya tu la misi dia nak curik-curik keluar. Lempang kang. 

Sunday, August 26, 2012

Petal of sadness.

Bebelan dari NFM pada 8:49 PM 0 comments
Ask most people what they want out of life and the answer is simple, to be happy. Maybe it's this expectation, though, the wanting to be happy that just keeps us from ever getting there. Maybe the more we try and will ourselves to states of bliss, the more confused we get to the point where we don't recognize ourselves. Instead, we just keep smiling, trying like hell to be the happy people we wish we were until, eventually, it hits us. It's been there all along. Not in our dreams or hopes, but in the known, the comfortable, the familiar. Life is all about sacrificing. To make you happy or to make someone happy, you have to sacrifice something. 

Loving me is not easy.

Bebelan dari NFM pada 8:41 PM 0 comments
Sometimes I can't help but wonder if i am suffering from a Personality Disorder. Ever since my mother passed away, I feel an emptiness in me that I just cannot shake off. I feel anxious all the time too. I think people are looking at me and judging me, perhaps i look weird, i don't know it. 

I am also emotional a lot of times, and sometimes i just burst into tears for no reason or throw temper tantrums for even the stupidest and simplest things. Other times, i feel nothing and i really do not think i am worth loving at all.

I tend to cling on to people with whom i depend on, and are often unsure about myself, relying on others to make decisions for me. What i need is an attention, love me whole heartedly. 

Wednesday, August 22, 2012

Doaku.

Bebelan dari NFM pada 5:07 PM 0 comments

Ya Allah...
  Seandainya telah Engkau catatkan
  dia akan mejadi teman menapaki hidup
  Satukanlah hatinya dengan hatiku
  Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
  Agar kemesraan itu abadi 

  Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
  Seiringkanlah kami melayari hidup ini
  Ke tepian yang sejahtera dan abadi

  Tetapi ya Allah...
  Seandainya telah Engkau takdirkan...
  Dia bukan milikku
  Bawalah ia jauh dari pandanganku
  Luputkanlah ia dari ingatanku
  Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
  Dan peliharalah aku dari kekecewaan

  Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
  Berikanlah aku kekuatan
  Melontar bayangannya jauh ke dada langit
  Hilang bersama senja nan merah
  Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
  bersama dengannya

  Dan ya Allah yang tercinta...
  Gantikanlah yang telah hilang
  Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
  Walaupun tidak sama dengan dirinya

  Ya Allah ya Tuhanku...
  Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
  Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
  Adalah yang terbaik buatku
  Kerana Engkau Maha Mengetahui
  Segala yang terbaik buat hambaMu ini

  Ya Allah...
  Cukuplah Engkau saja yang menjadi
  pemeliharaku
  Di dunia dan di akhirat

  Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
  Jangan Engkau biarkan aku sendirian
  Di dunia ini maupun di akhirat
  Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
  kemungkaran 

  Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
  beriman
  Supaya aku dan dia  dapat membina
  kesejahteraan hidup
  Ke jalan yang Engkau redhai
  Dan kurniakanlah padaku keturunan yang solehah

Amin.

Hinaan.

Bebelan dari NFM pada 5:05 PM 2 comments
Aku tak pernah dikeji dihina seteruk ini seakan-akan aku tiada maruah dan martabat. Apa yang telah aku lalui selama ini tanpa disedari telah melukakan banyak pihak. Aku difahamkan yg aku tiada gunanya dan aku seakan-akan perempuan murahan. Mungkin cara aku berbeza dengan orang lain,mungkin cara aku menunjukkan pernghargaan dan sayang itu lain dari yang lain sehingga tiada seorang yang nampak. 

Tragedi semalam buat aku berfikir apa benarnya di sebalik kata-kata itu. Aku tak layak untuk sesiapa, utk di masa lepas atau masa depan aku. Kata-kata yang aku terlalu jijik,najis dan keji dimatanya.  Mungkin permintaan aku terlalu tinggi untuk diberikan perhatian dan diberikan kasih sayang yang secukupnya. Aku tak seharusnya berharap terlalu tinggi. Aku seharusnya lebih memahami. 

Penerimaan selepas ini tidak sama seperti sebelum ni. Allah swt itu Maha Adil. Aku tak bisa memaksa dan dia juga tak bisa memaksa. Aku mengaku itu adalah salah aku. Aku luahkan rasa yang tak sepatutnya aku luahkan tapi cukup la untuk aku simpan terlalu lama. Tiba masa untuk diluahkan. Aku jujur untuk mengakuinya. Aku tahu ianya perit tapi ia juga perit untuk aku yang tak pernah mengakhiri hubungan sebelum ini sebaiknya. 

Aku redha atas ketentuanMU YA ALLAH. Kau tunjukkanlah jalan keluar dlm permasalahan ini. Aku telah menyakiti hati banyak pihak tapi Ya Allah,hanya Kau yang tahu apa yg ada dalam benak hatiku. Aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Berikan masa untuk aku berfikir agar aku tidak bertindak berdasarkan keadaan. Leraikanlah kekeliruan dalam hatiku. 

Wednesday, August 8, 2012

Romeo & Juliet.

Bebelan dari NFM pada 9:59 PM 0 comments




Hee so ini dia for the first time aku kenalkan my new babies, Romeo and Juliet. Nama dah tukar since dorang asyik berkepit je. Hihi. Romeo ni diam sikit, Juliet yang active. Dorang ni kecik lagi so kena bagi susu Ensure perisa Vanilla. Cepat la besar. hihi.

Tuesday, August 7, 2012

Paru-paru meradang.

Bebelan dari NFM pada 2:57 PM 0 comments
Dear bloggers,

Disaat aku menaip ini aku tengah menunggu result Chest X-ray. Masuk hari ni dah 4 hari dah kena admitted kat Puteri Specialist ni. Ni semua sebab berpunca dari demam yg tak kebah for 3 weeks, batuk,sakit dada and headache. Asyik MC je segan dah nak MC kat office tu. 

Last Friday tu pun MC jugak but on Monday gagahkan diri jugak pergi office. Serious time tu dah tak tahan tapi taknak nanti orang kata aku malas kerja pulak. Time tu dah siap pakai baju 2 lapis and tambah lagi sweater and jacket Izzati. So 4 helai dah tu pun sejuk jugak. Officemates pun dah complaint pucat. Kepala jangan cakap la macam nak hantuk ke dinding dah.

Then, K.Nina planner suruh amik cuti esoknya. So,pagi selasa tu terus pergi hospital. First procedure mcm biasa la,blood test, urine test and chest x-ray. Then tunggu report x-ray tu. From the result, doctor kata aku kena radang part-paru and she said, 

" I have to admitted you now, are you willing to?"

Now okay now! Then memang bukan time tu jugak la,aku just bagitahu aku ada hal nak kena buat and aku ready esoknya. So,esoknya start la aku duduk hat hospital tu. Doctor and nurses semua baik. So, after 4 days, aku ingat dah bole discharged rupanya belum boleh lagi. Tapi doctor macam nampak sangat aku nak keluar dr hospital tu. Eh mesti la nak! sebabnyaa, Jieja datang JB and aku dah booking buffet Mutiara Hotel okay. HAHA! Jieja siap tidur satu malam kat hospital lagi. haha.

So, ubat macam biasa la kena amik and also Turbuhaler untuk paru-paru since aku akan rasa sakit dada sesak nafas. Then lepas amik ubat tu semua dah boleh keluar and guess what lepas keluar je terus pergi JPO okay! haha. Doctor bagi Hospitalization Leave sampai 10Aug and 10Aug tu aku kena pergi hospital lagi. Jangan kena tahan ward lagi sudah la. 

Then, i would like to say thank you to those yang datang melawat. Yg selalu teman kan aku hat hospital,hari-hari bawak makanan and jaga aku and thanks to Aunty Normah jugak :)

Cepatlah sihat.Penat dah sakit.

Wednesday, July 11, 2012

Yang berlalu biarkan berlalu.

Bebelan dari NFM pada 2:59 PM 0 comments
"Siapa pun awak di masa lalu, itu tidak bermakna awak tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati.. Yang berlalu biarkan berlalu, Hari ini dan seterusnya, buktikan awak boleh jadi yang terbaik."

Saturday, June 30, 2012

LOMO moments.

Bebelan dari NFM pada 6:04 PM 0 comments
Rindu LOMOGRAPHY. Lama tak bermanja with those cameras. Banyak film belum hantar cuci lagi. Macam biasa kena hantar kat Subang but belum ada masa nak pergi KL lagi. 

Lomo website pun lama tak update. Cepat la habis internship. 

Welcome home Suggies!

Bebelan dari NFM pada 5:53 PM 0 comments
Awak! Kita kan dah beli sugar glider dah. Beli sepasang RM450. Memula rasa takut sangat nak pegang sebab dia garang bukan main. Umur dia baru 2 bulan lebih tau. Belum ada suitable name untuk dorang lagi tapi rasa macam nak panggil Nobita and Sizuka la. Aku baru berani nak pegang Nobita tau. Sizuka ni garang dia macam hari-hari PMS. Even dia dah kenal bau tuan dia pun tapi tokleh nak pegang sangat.

Sizuka ni suka gila menyelinap keluar tak tahu cemana dia boleh keluar. Ada satu hari tu subuh-subuh lagi dia dah dekat sebelah bantal aku padahal time tu aku tengah nyenyak tidur kot. And satu time tu dia boleh melompat time aku tidur jugak sambil buat suara senapang patah dia tu. But now dia tak menyelinap keluar lagi dah sebab dah duduk dalam cage baru yg Faiezza bagi pinjam. Thanks Faiezza!

Kelmarin pergi Bazar JB or known as Pasar Karat semata-mata nak beli bounding pouch dia and untuk dia tidur. Then brader yang jual tu nasib baik la dorang cool and sharing info pasal SG ni. Selama ni aku bagi makan Apple and Grapes but dorang kata tak elok. Dorg suh bagi makan timun but mine tak suka makan timun memang tak cuit langsung. Try bagi makan betik and honeydew nasib baik nak makan. Hee comel je la korang ni. 

Tak sabar rasanya nak tunggu dorang besar and yang paling penting manja dan jinak.

Friday, June 22, 2012

Rahsia Allah.

Bebelan dari NFM pada 9:06 AM 0 comments
" Jodoh itu rahsia Allah.
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
 Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima kekasih kita.
Jika Allah Subhanahu Wata'ala tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tidak akan bersama dengannya"

Those who read this, please dont jump to wrong conclusion. This is randomly sayings that would happen in our life.



p/s: baru perasan yg background blog ni
dah nak kena tukar.

Friday, June 8, 2012

Congrats Izyan for your newborn baby.

Bebelan dari NFM pada 1:15 PM 0 comments
Eh baru je semalam update pasal Izyan any time nak bersalin kan. This morning received sms from his husband, Ayin yang mengatakan Izyan dah selamat melahirkan baby boy at 9.30am. Alhamdulilah semuanya selamat. Baru semalam Whatsapp dengan dia and dia cakap dia sakit-sakit and bla bla semua then dia tak reply. And pagi ni tetahu je dia dah bersalin. Woah! Suruh Ayin Whatsapp pic baby tapi dia tak bagi pun lagi. Busy la tu.

So tak sabar nak tunggu lepas office hour ni nak jenguk dia and baby dia. Alyn and Effa pun balik JB arini. Yeay rezeki baby,kawan-kawan baik mommy dia balik JB. hihi.

So,wanna wish Yan and Ayin congrats and now you both dah jadi parents. Semoga baby menjadi anak yang soleh. Hee.


Ishk mana ni delivery Mcd tak sampai
office lagi ni. Lunch time nak habis dh.

New pet coming soon.

Bebelan dari NFM pada 12:45 AM 0 comments
Hey hey dah lama kan tak update apa-apa pasal kucing-kucing kesayangan. Kelly, Keero, Simon and Lucky sihat-sihat belaka. Simon makin mendebabkan diri. Mungkin stress Sky dah tinggalkan Johor Bahru kot. Sangkar mewah dia yang tinggi bertingkat-tingkat tu habis patah sebab dia makin gemok and suka main lelompat. Ramai tanya taknak kahwinkan dorang lagi ke sebab mereka nak salah sekor anak-anak mereka nanti since Kelly sekali beranak 6 ekor kan and dah sampai generasi ketiga dah. Anak-anak dia pun dah semakin membesar dengan tuan yg lain. Btw, ada terlintas tapi nanti siapa nak jaga kalau aku dah ulang-alik JB-Cyber kan. So, nanti la dulu okay. 

Btw, for now tengah busy survey Sugar Glider. Kira aku ringkaskan as SG la okay. My lil bro ni nak sangat SG ni and btw aku pun pernah terlintas nak bela tapi takut kang kekucing merajuk pulak mama dia ada perhatian lain kan. Since Faezah ada bela so tanya la dia tips yang perlu kan. SG belum beli lagi sebab uncle kedai tu kata tunggu 2,3 weeks lagi and dia jual RM250  sekor tapi disebabkan aku ni selalu beli kucing ke barang2 dgn dia,hamster semua mmg beli dgn dia so dia bagi aku murah. And ni aku nak beli 2 ekor ni mesti dia boleh bg aku murah. Bayangkan ada satu rumah kucing ni, rumah tau bukan cage harga dia RM450 tp dia bg aku RM400. Tapi tak beli lagi tengah fikir duit.

At first nak beli sekor je but Faezah pesan suruh beli 2 ekor kiranya sepasang la. At least dia tak sunyi and tak merajuk and insyaallah tak cepat mati.So dalam masa 2,3 weeks ni nak cari cage 3ft and segala accessories untuk cage tu. The problem is kat JB ni aku tak tahu kat kedai mana yang ada jual-jual memacam untuk accessories haiwan ni. Any suggestions?

Ibu mengandung.

Bebelan dari NFM pada 12:29 AM 0 comments

Hello, ingat lagi tak my best friend yang kahwin last year tu. Btw, sekarang ni dia any time je nak bersalin. Due 12 June but dia dah rasa sakit-sakit. Woah aku pulak yang excited. Mana tak nya kawan baik dari sekolah nak jadi ibu wei. Gambar ni time dia berapa bulan entah, tak ingat dah. 

Btw, kelmarin lepas balik kerja tu dia mintak di bawak berjalan sebab dia teringin nak makan cake. So, amik dia kat Uda and we went to Secret Recipe Setia Tropika. But awal-awal dah pesan dekat dia,

"Izyan, tolong jangan kau nak beranak time kau keluar dengan aku. Please." HAHA!

Yeah i know, itu kejam but please aku tak sanggup nak tengok darah-darah and org mengerang kesakitan. Bila tengok perut yg macam nak meletup tu pun aku dah rasa ngilu. Lagi-lagi bila sepanjang perjalanan tu dia sibuk bercerita pasal macam mana rasa nak bersalin. Apa doctor buat masa nak buat check up untuk check "laluan" okay ke tak. OMG! 

So, skang ni everyday aku sibuk tanya dia okay ke tak. Baby belum nak keluar lagi ke. Tak sabar nak pegang baby dia! Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin. 

Wednesday, June 6, 2012

:)

Bebelan dari NFM pada 1:32 AM 0 comments
Talk and treat me nicely and I'll be a good girl.

Tuesday, June 5, 2012

Knock knock,siapa di sana?

Bebelan dari NFM pada 11:47 PM 2 comments
Anda rasa awesome tak kalau ada seorang yang gila meroyan ataupun ada seseorang tu gelarkan dia "perempuan bingai" sanggup stalk blog anda sampai ke belakang-belakang. Huish bebetul nak amik tahu perkembangan aku ni. Tak payah jadi artis pun orang sibuk nak tahu. Sibuk sangat jaga hal orang lain tu la yang sampai hal diri sendiri pun tak perasan apa yang tak kena dalam diri tu.

Cermin diri anda dan berfikir kenapa sesuatu benda tu terjadi dan macam mana boleh terjadi? Sebelum menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Mungkin kurang sesuatu dalam diri anda. Personaliti? Perwatakan? Maybe you need some changes dalam diri anda. Dan sebelum mengeluarkan sesuatu fakta yang tak bernas sama sekali. Contohnya, benda tu mungkin baru terjadi tapi anda kata ohh sudah lama terjadi. 2-3 tahun yg lepas? Kesian.

Mungkin cara anda utk menegur tu adalah silap. Dan mungkin sebab itu la teguran anda itu diabaikan. Berdoa dan memohon supaya keburukan berlaku kepada seseorang akan berbalik kepada anda semula. 



p/s : some people said, when you reach the age
yg mana kengkawan anda semua dah berkahwin,
anda akan menjadi gila meroyan tak tentu pasal.
Issit?

Monday, May 14, 2012

Emotion

Bebelan dari NFM pada 12:41 AM 0 comments


Sometimes its hard to let go of the past, when its holding the best memories.

Hidup Mati Jodoh.

Bebelan dari NFM pada 12:37 AM 0 comments
Hidup mati jodoh semua nya Allah yang tentukan.
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang tentukan.
Semuanya dah tertulis untuk kita cuma masanya belum tiba lagi. 

Bebila masa je Allah boleh ambil nyawa ni.
Jodoh pula, kekadang kita bercinta bagai nak gila dengan orang lain tapi hakikatnya jodoh kita dengan orang lain.
Kadang-kadang hati kita milik orang lain tetapi hakikatnya kita dengan orang lain.

Whatever it is, Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Semoga Allah permudahkan urusan hidup ini dan tenangkan hati ini.


Wednesday, April 11, 2012

Time.

Bebelan dari NFM pada 5:13 PM 0 comments

Wei serious dah one month tak update blog! Hee takde masa la nak update. After final exam je terms busy packing barang pergi holiday with Azzfar, Anne and of course la with boyfriend. Jumpa Daddy kat sana. Thanks Abah for everything. Time tu pulak kena pulak dengan birthday arwah mak, then buat sekali kenduri tahlil dekat rumah anak yatim dekat Jakarta. Haah lupa pulak nak bagitahu pergi mana kan. Kitorang pergi Bandung - Jakarata - Bandung semula. 

Balik dari holiday, terus kena prepare nak intern. 1st March start internship, masa first day tu nervous bukan main. Sampai pun bukan main awal. Bukan first day for me tapi first day untuk 7 orang yang lain. So total 8 orang termasuk aku. 4 intern, 4 permanent staff. 3 hari pertama tu busy buat training test je and briefing so tak rasa sangat. Bila dah start kerja baru rasa stress sikit. Auditors ni semua kalau pukul 5.30pm je semua takde orang yg nak balik. Semua busy buat kerja. Aku jugak yang balik awal. 


So, ni baru masuk second month, can't wait nak habis internship! Masa, cepatlah berjalan dengan pantas. 


Thursday, February 2, 2012

Special edition : Diana Mini Leopard + Flash

Bebelan dari NFM pada 7:03 PM 0 comments
Hee, okay ni nak update pasal lomo pulak. Lomography ada camera special edition. But untuk camera Diana and La Sardina je. Special edition kali ni more to wild themes. So, animal prints macam tu la. Ini dia, taaraaa!






Satu malam aku dok tenung camera ni. Since, aku belum ada camera Diana, so i thought of nak beli satu camera Diana ni. Korang rasa camera apa yang aku pilih? Hee, of course la yg the first one kan. Pink leopard tu kan. 

Disebabkan special edition ni tak banyak jual di seluruh benua ni, aku takut la habiskan. So,esoknya aku terus call kedai yg aku selalu pergi tu, Photo Crafts dekat Sunway Pyramid tu tanya ada stock tak, then terus aku pergi beli tau. Dah sampai sana, keliru pulak antara Leopard and Zebra. Sebab 2-2 cantik. Tapi dia camera yang berbeza sebabnya zebra tu normal Diana and Leopard tu Mini Diana so mini mesti la lagi kecikkan.So, perbezaannya adalah:

Diana Mini Flash Leopard
Features• Uses all kinds of 35mm film (Color Negative, Color Slide, Black & White, Redscale)
• Shoots two formats: Half-Frame (up to 72 shots per roll) or Square
• Multiple exposure and long exposure capabilities
• Tripod thread and cable release thread
• Petite and lightweight
• Includes Diana F+ Flash with colored gel filters for Colorsplashing!
Camera TypeZone Focus

Film Type35mm

               
                                       Diana F+ Zebra

Features• Two shutter speeds - "N" for normal daytime or “B” for unlimited indoor and nighttime exposures.
• Two image sizes available -12 full-frame shots (5.2x5.2cm) or 16 smaller square images - (4.2x4.2cm)
• Multiple and Partial Exposures
• Removable lens for Pinhole Function
• Shutter Lock and Tripod Thread for solid long exposures and pinhole photography
• Compatibility with Diana+ accessories like lenses and backs
Camera TypeZone Focus

Film Type120

Untuk ringkaskan, Zebra tu lagi besar dari Leopard tu. Leopard tu guna film 35mm while yang Zebra tu guna film 120. Zebra tu boleh tetukar lens sume or other accessories nak tambah but for mini tu tak boleh. Tapi film 35mm lagi murah dari 120mm and price nak process pun lagi murah. 

Fikir punya fikir, baik aku amik mini since aku memang suka sangat kan. Lama la jugak aku fikir. Then aku fikir kalau aku nak tambah accessories ke lens ke baik aku pasang dekat camera LCA+ aku kan. Flash yg dekat Diana ni pun boleh pakai dekat LCA+ aku. Satu benda aku suka Diana ni sebab dia ada half frame and tak guna battery macam LCA+ ni yg kena guna battery size LR44. So, senang sikit. Tapi gambar LCA+ lagi cantik la dari Diana. hihi. 

The conclusion is aku beli Diana Mini Leopard tu! So now aku ada 3 camera. Aku ada lagi 1 target camera. Aku akan beli kalau ada duit lebih sebab harga dia RM1400. Ohh, btw price untuk Diana Mini Leopard tu RM419 while Zebra tu around RM300+ la. Tak ingat berapa. Duit saving dah habis beli camera, kena start kumpul duit semula.

Lomography di hati saya <3






Buah Tampoi

Bebelan dari NFM pada 6:31 PM 4 comments
Have you heard about buah Tampoi? Bukan nama tempat Tampoi yang dekat JB tu tau. Ini adalah nama buah. Buah ni pun first time aku pernah dengar and pernah nampak. Aku ni memang pantang nampak tempat ada jual local fruits ni. Lagi-lagi buah mata kucing ke, pelam ke, pape je la yang nampak sedap but not durian. Aku tak suka sangat makan durian. Kalau makan pun boleh makan sikit je. 

So, hari tu mengidam la nak makan oblong kat Sg.Besi tu kan. So,berjalan la dengan boyfriend lepas dia balik kerja tu singgah kejap. Then, aku ni sebenarnya tengah teringin sangat la nak makan buah delima kan. Sampai ke Penang aku dok mencari buah delima tu. Nampak pulak kt depan stall oblong tu ada pakcik jual buah-buahan. Singgah la then terkagum dengan satu jenis buah ni. Nampak menarik. Tanya pakcik tu buah apa, dia kata "Buah Tampoi". Aku pun ulang banyak kali betul ke aku dengar Tampoi ni. Pakcik tu kata sedap and manis. Aku pun nak try la. Manis sangat! Sedap! Isi dia macam buah manggis gitu. Pakcik tu kata buah Tampoi ni susah nak dapat. So,aku beli la 2kg. Ni pun tak boleh makan habiskan sebab nak bagi Jieja rasa. hihi. Nanti dia teringin buah tu mcm aku teringin buah delima yg dia punya sebab aku teringin tu kang baru tahu. haha.

So,tengok la buah ni,



Macam buah manggis kan? 

Haish, bila la nak dapat makan buah delima ni.


Sayangilah buah-buahan tempatan kita :D

Tuesday, January 17, 2012

Baucar buku

Bebelan dari NFM pada 7:28 PM 1 comments
Baucar buku. Aku baru tahu voucher dalam bahasa melayu adalah Baucar. Macam pelik je kan. Hihi. So, to those yg tak amik baucar buku lagi yang bernilai RM200,sila la amik di universiti memasing ye. Spend your time with reading 📖 Bring along your student id and ic. Tak sabar nak gunakan baucar tu memborong buku.