Monday, October 19, 2015

Checkup 39weeks

Bebelan dari NFM pada 9:53 PM 0 comments
Date 12.10.2015
Hospital Columbia Asia Nusajaya

39 weeks checkup harini. Yes tiada tanda lagi nak bersalin. Elok je. 
Masuk je bilik doctor terus dia tanya "Dah ada tanda nak bersalin tak?"
Terus cakap takde, doctor senyum je.

Terus doctor scan and tengok baby semua okay. Air ketuban pun okay.
Doctor tanya nak check bawah tak? Maksudnya kena seluk la ni.
Apa yang aku baca dari blog experience orang bersalin ni cakap seluk ni sakit.
Aku pun tanya doctor "Sakit ke?"
Doctor cakap "Sakit la sikit"
Aku dah pasrah je la. Segan la jugak nak kena bukak panties and kena kangkang luas-luas.

Doctor siap pesan "Sakit sikit, awak tarik nafas ya, jangan melawan saya"
Aku pun siap-siap la tarik nafas and terasa la doctor check dekat bawah tu.
And guess what aku tak rasa sakit pun. Wiwiwi.
Mungkin doctor buat lembut je or daya tahan sakit aku kuat.
So, jangan la percaya bulat-bulat orang cakap seluk tu sakit sebab depends on badan orang jugak.

Doctor kata maybe akan berdarah sikit balik nanti tapi itu normal.
Tapi aku takde keluar darah pun.
Hasil seluk tu doctor kata belum ada bukaan tapi serviks dah lembut dah.

Pergh baru ingat kekonon dah bukak 2,3 cm ke kan. Haha.
So, doctor bagi one week lagi, masuk 40weeks which is on 20th October (EDD) kena datang lagi if belum bersalin.

Maka esok la 20 Oktober tu. Haa genap la 10 bulan aku pregnant. Haha.
Tunggu je la esop doctor cakap apa.
Dia bagi masa lagi ke or kena induce terus ke terpulang pada budi bicara doctor besok.

Seronok betul anak aku ni duduk dalam perut.

Saturday, October 10, 2015

38weeks 4 days - still tiada tanda

Bebelan dari NFM pada 9:13 PM 0 comments
Assalamualaikum!

Harini genap 38weeks and 4 days of my pregnancy. Perut memang dah jatuh dah. Setiap kali jumpa orang yang lebih tua mesti cakap "Dah jatuh sangat perut awak ni". Jalan pun dah tak boleh laju dah, kalau aku dengan baby yang merangkak sebelah aku, confirm baby tu merangkak lagi laju dari aku. Jalan slow bukan sebab saja nak manjakan diri tapi memang sakit dah dekat bahagian bawah, laju sikit makin ngilu gitu.

Bila time tidur adalah sangat tak selesa. Boleh rasa kepala baby tolak-tolak dekat bahagian bawah and aku akan terkejut-kejut. Ngilu betul. Tapi tak rasa sakit pun. Husband asyik cakap je, "Kalau sakit bagitahu" tapi aku memang tak rasa sakit pun. Cousin aku datang rumah pun dia siap cakap, "Akak tengok kau ni maintain okay je macam takde rasa apa je". Aku pun tak tahu nak cakap apa mungkin belum tiba masa nak sakit kot.

Baby's movement memang sangat cemerlang. Aku selalu baca experience orang yang nurse/doc akan bagi macam kita record movement dari 9am-9pm. So far aku dekat Hospital Columbia Nusajaya ni Dr Rohaini takde pulak suruh. Maybe setiap kali dia tanya baby aktif ke, aku jawab "Sangat aktif". Serious baby dalam perut ni aktif dia tersangat -- terus terfikir terlebih amik DHA ke. Haha. Alhamdulilah la baby aktif so sentiasa teman aku kalau tengah bosan-bosan especially bila husband dekat KL and aku dekat JB.

Next checkup Isnin ni, so berharap sangat doctor check tetiba bukaan dah lebih 4cm then terus masuk ward. Boleh tak nak macam tu? Haha. 

Haa masa aku pergi Antenatal Class ada la doc cakap selalunya tanda-tanda nak bersalin :

  • Sakit perut nak berak tapi tak berak yang kerap
  • Cirit-birit
  • Keluar darah -- Haa pasal darah ni doc ada cakap kalau untuk first baby, let say malam ni aku keluar darah, dia kata esok je aku pergi hospital sebab selalunya first baby ni lambat sikit ye la sebab belum ada laluankan.
  • Keluar lendir
  • Air ketuban -- Ni kalau dah keluar, sila la ke hospital dengan segera takut kang baby lemas pulak.
  • Sakit contraction yang berterusan -- Ni aku tak tahu apa rasanya sakit contraction sebab sampai sekarang pun aku tak tahu Braxton Hicks contraction tu macam mana.
Segala tanda diatas tiada pada aku, cuma perut memulas rasa nak berak tapi tak berak tu memang ada tapi tak kerap la. Sehari rasa dalam 2,3 kali je tapi rasa sakit perut memulas sikit je tak sakit teruk pun.

Tapi aku ada la tanya doctor, ada tak yang macam takde keluar tanda darah ke lendir bagai tu and air ketuban pun tak leaking lagi tapi tetiba nak bersalin. Doc kata, memang ada sesetengah orang macam tu. Ada baru ni patient dia tapi bersalin anak ke-5 la, time checkup tu doc check laluan dah 9cm. Dia siap cakap sakit sikit je ingat belum lagi. Pfftt. 

So, biasalah kan setiap orang berlainan pengalaman and daya ketahanan menahan sakit. Aku harap aku ada la daya menahan sakit high level. So, takde la aku macam orang gila nanti. Kesian husband aku nanti, dia dah la jenis cepat panic. Haha.


Due date aku 20.10, so maksudnya ada lagi 10 hari la. Aku punya sangat berharap baby tak overdue and aku tak kena induce sebab orang kata induce lagi sakit. Betul ke?

Saturday, September 12, 2015

34 weeks.

Bebelan dari NFM pada 1:10 AM 0 comments
Assalamualaikum.

Topic : 34 weeks of pregnancy.

Dah masuk 34 weeks dah minggu ni. Barang baby almost complete except for pampers belum beli lagi. Tunggu husband balik JB baru settle kan apa yang belum beli. Tak seronok beli barang baby sorang-sorang.

Checkup 34 weeks ni Alhamdulilah semuanya bagus according to Dr Rohaini. Position baby bagus cuma belum engage lagi je ke laluan dia nak keluar. Dr Rohaini kata, anak pertama ni selalunya dia akan engage dalam minggu 37 or 38 macam tu.

Berat baby dah 2.37kg. Berat mak dia biarlah rahsia eh. Wiwiwi. Tapi sebulan naik 1kg je, cuma ada beberapa bulan tu maintain and ada sekali tu naik 2kg dalam masa sebulan. Ngeri jugak tengok badan ni sebab besar sangat. Baju pun ketat sendat dah. Padan muka siapa suruh sebelum ni pakai baju cukup-cukup size je. Haha.

Doctor suruh jaga makan sebab doctor taknak baby besar. Aku pun taknak baby besar sangat. Sedang-sedang okay dah. Takut payah nak keluar. Dia dah keluar nanti kita besarkan la dia. Hihi. Doctor kata ada patient dia expected baby 3.4kg sekali keluar 3.9kg terus kena Czer sebab besar. Aku berdoa sangat supaya aku dapat bersalin normal.

Alhamdulilah baby sangat active. Dia tahu agaknya yang mak dia ni selalu sesorang tu yang dia ajak memain tu.

Antenatal Class.
Aku dah register untuk Antenatal Class. Nasib time tu husband dah balik so boleh pergi dengan dia. Nanti pasal antenatal class aku update lain.

Next checkup lagi 2weeks. Semoga semuanya baik-baik je. hihi.

Monday, August 3, 2015

Ultrasound 5D scan.

Bebelan dari NFM pada 10:55 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Tadi dah cerita pasal uri bawah or placenta previa. Now, kita cerita pasal 5d pulak.

Sekarang zaman dah canggih ada sampai 5d. Mula-mula aku ingat sampai 4d je. Tapi bila kawan aku bagitahu dia dengan wife dia buat 5d scan. Terus rasa melonjak nak buat jugak.

Tapi time tu aku dah nak balik JB dah so nanti kesian Apiez tak dapat nak tengok scan sekali. So, aku pilih nak buat 4d je dekat Klinik Dr Arisah, tapi nasib tak menyebelahi kami sebab mesin scan doctor rosak.

So, terus cari yang dekat JB yang boleh buat during weekend sebab Ahad Apiez nak balik KL dah. So, aku terus call Klinik Dr Anis dekat JB tanya pasal scan 5d, kena walk in or buat appoinment. Dia kata walk-in je and Sabtu tutup. Ahad bukak.

Terus Ahad tu terus pergi, serious ramai gila orang! Klinik tu hari Ahad bukak pukul 12pm-4pm tapi aku sampai before 12.30pm dah ramai gila penuh klinik. Lepas register terus tanya turn aku berapa lama dia kata dalam 2jam. Aku apa lagi pergi makan dulu la.

Okaay bila tiba nak scan, excited la kan sebab nak tengok muka baby. Tapi anak aku ni pemalu sangat memang setiap kali scan dia taknak tunjuk muka. Asyik tutup guna tangan je. Puas doctor suruh aku mengiring ke kiri ke kanan sebab nak bagi baby pusing ke depan sebab baby menghadap spine. 

Tu pun sama jugak siap tangan ke belakang lagi sisi muka pun tak nampak. Doctor tenyeh-tenyeh last-last nampak la jugak. Tangan still ada di muka. Rupanya dia tengah hisap jari! Doctor kata patutlah tangan taknak turun. Hahaha.

Okay la dapat la CD dalam tu ada 80 gambar doctor snap banyak-banyak, sekeping print 5d and sekeping print 4d. Total RM180. Aku ada call clinic dekat KL kalau 5d RM160 macam tu. JB mahal sikit sebab tak banyak 5d.

Hee gambar 4d and 5d tak dapat diupload sebab macam tak elok je kan. Lagipun husband tak bagi. hihi.

So, hari-hari la menatap muka si kecil yang sakan dok menendang perut sampai perut berombak. Hee.

Uri Bawah.

Bebelan dari NFM pada 10:35 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Masa kandungan 25weeks, aku dah start kena gatal-gatal yang teruk. Actually dah start 2,3 minggu sebelum tu cuma kali ni betul tak tahan. So, alang-alang tu saja la nak buat scan baby. Time tu ada dekat rumah mother in law Subang Bestari so pergi Klinik Dr. Arisah sebab dekat.

Bila doctor scan, doctor terus tanya,
   "Uri awak memang bawah ke?"

Aku terus macam blur sebab masa checkup hospital takde pulak doctor aku bagitahu. Just cakap tak sure je. Dia terus kata 
   "Ye uri awak bawah ni, baby awak songsang. Tapi takpe sebab dia kecik lagi still boleh pusing.     Tunggu sampai 28weeks datang scan check uri lagi. Kalau still tak naik kena refer hospital"

Tahu tak betapa panic nya aku masa tu. Then terus teringat doctor kat hospital aku cakap macam ni,
   "Kalau awak pergi scan dekat klinik luar, and dia bagitahu baby songsang awak jangan panic sebab baby kecik lagi boleh pusing-pusing" 

Masa doctor hospital bagitahu tu aku buat dang je sebab ye la tak faham kan.

Then baru aku faham sekarang ni kalau uri bawah and baby songsang memang mimpi la nak beranak normal. Terus aku google pasal benda ni and macam mana nak naikkan uri. 

Kiranya macam kepala baby kat atas kaki ke bawah and uri pun kat bawah yang boleh menutup laluan dia nak keluar nanti.



Apa yang aku dapat dari hasil google,

  • Semestinya kena berdoa sungguh-sungguh.
  • Time solat sujud lama sikit
  • Selalu cakap dungeon baby pujuk dia suruh pusing -- sebab apa yang aku baca bila baby pusing ke bawah nanti uri naik sekali.
3-3 benda tu aku buat. Bila masa dapat tahu uri bawah, husband kita si Apiez tu terus ajak buat solat hajat. Ye la, aku ni lagi la risau and panic sebab impian nak bersalin normal taknak czer.

Doctor pesan 3 benda buat sementara ni JANGAN :
  • buat kerja berat-berat
  • elakkan bersama suami
  • (alamak yang no 3 ni aku lupa) hee.

Jadi, bila kandungan dah masuk 28weeks -- pergi scan lagi. Ya Allah syukur Alhamdulilah baby dah pusing and uri dah naik. Doctor tunjuk la mana kepala dia ke bawah and laluan mana nanti dia keluar. Syukur sangat-sangat. 

Jadi, yang awal-awal uri bawah tu jangan panic ya still ada masa lagi. Actually depends on doctor jugak tapi 28weeks ni pun baby still boleh pusing mana dia nak. hihi.




Saturday, April 4, 2015

Amanah Allah SWT

Bebelan dari NFM pada 11:55 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Belum sempat habis update entry pasal wedding, datang lagi satu good news for us.
Alhamdulilah, dengan keizinan ALLAH SWT, aku dah pregnant dah.
Kalau ikutkan harini baru masuk 11 minggu 4 hari.
Next week dah masuk 2nd trimester. Alhamdulilah.
Allah SWT bagi rezeki selepas 2 bulan kami kahwin.

Haa, macam mana aku tahu aku pregnant?
Masa mula-mula tu tak tahu lagi pun and aku pergi honeymoon pun end of January.
Haa cerita pasal honeymoon best gila sebab tempat kami pilih Gili Trawangan.
Okay back to our topic,
Lepas aku balik honeymoon tu memang aku rasa perut kembung angin yang kaw-kaw punya.
Ingatkan normal la sebab lepas balik berjalan kan.

Tapi makin lama badan makin rasa tak sedap.
Benda tu memang rasa lain sangat.
Then period pun datang lambat, actually aku pun bukan jenis period datang on time.
Tapi saja la lepas 3,4 hari lambat tu saja la check UPT.

Jeng jeng jeng! Positif! But line still kabur lagi.
Okay terus menangis sorang-sorang dalam toilet sebab Apiez pergi kerja.
Memang kalau kabur tu macam tak confirm kan tapi aku memang terlebih yakin pun.
At first rasa macam nak senyap je tapi cannot control, Apiez balik kerja aku terus cakap,

"Yang, I nak cakap ni tapi you jangan berharap sangat tau sebab masih belum confirm lagi. I check UPT and ada double line tapi still kabur" -- time ni sambil tunjuk dia UPT tu and tanya dia nampak 1 ke 2 line.

Time tu je dia dah happy dah but aku decide untuk tunggu lagi beberapa hari.
Then check UPT lagi and yeay dah makin jelas.
Apiez la orang paling happy tahap gila!
Rahsia ni kami simpan antara kami berdua je sebab nak tunggu lagi beberapa minggu untuk confirmkan dengan doctor.

Sebab aku ada baca doctor boleh scan after 4 weeks pregnant.
Kalau pergi awal tu, nanti doctor suruh datang balik after 2 weeks.
So, baik aku tunggu terus.

1st SCAN - 6 weeks

  • Time ni dekat JB so aku pilih Klinik Murni Bandar Baru Uda untuk check pregnancy sebab nak doctor perempuan. So, doctor tanya bila last period aku semua and aku terus bagitahu aku dah buat UPT then doctor kata okay terus proceed scan. Time tu nampak kantung dah and doctor kata "Awak pregnant, tahniah" Time ni dah 6 minggu. Maksudnya, dah lekat sebelum aku pergi honeymoon.
  • Apiez excited sangat sampai dia tanya macam-macam benda yang pelik sampai doctor cakap, "Saya tak pernah jumpa orang macam awak" HAHAHA! Doctor tu baik sangat tapi aku tak tahu doctor apa dia cuma ada hari tertentu sahaja and malam.
2nd SCAN - 8 weeks 6 days


  • Dari date 1st scan tu, doctor suruh datang lagi 2 weeks but time tu aku dekat KL balik rumah MIL -- almaklumlah kami kan suami isteri PJJ. So, check dekat Subang Bestari je tapi lupa dah nama klinik tu tapi dia memang klinik pakar wanita. 
  • Kali ni machine ultrasound klinik ni tersangatla moden. Excited sangat sebab 8 weeks dah nampak janin dah. Sepatutnya dari tarikh yang aku and doctor kira dah masuk 8 minggu 6 hari tapi kat machine tu detect 8 minggu 1 hari. 
  • Okay, kali ni excited sangat sebab dah nampak heartbeat baby! Subhanallah happynya rasa. Then, doctor bagi dengar heartbeat dia laju sangat. Apiez siap record. Tanya doctor macam-macam okay ke perkembangan dia semua and Alhamdulilah semuanya okay.
3rd SCAN - 11 weeks 1 day
  • Scan kali ni unplanned pun. Sebabnya aku demam dah 3 hari, nak ambil ubat was-was. Jadi, pergi Klinik Murni yang aku buat 1st scan tu. Sejak dah kahwin ni rasa macam better untuk pilih doctor perempuan. Kebetulan doctor yang sama, dia pun tanya aku okay ke tak and pregnancy okay ke. So, alang-alang buat je la scan tanpa Apiez. hihi.
  • Kali ni lebih excited sebab Subhanallah baby dah terbentuk. Dah nampak kaki nampak tangan. Heartbeat kelip-kelip. Hihi. Besar dari sebelum ni. Doctor ukur size and perkembangan okay in good condition. Alhamdulilah.
  • Baby tak bergerak time scan. Doctor kata baby tidur. Doctor pict-picit perut goncang sikit sambil cakap "Bangunlah, mommy nak tengok awak" Hee comelkan doctor ni :D but still baby tak bergerak tido. Ikut perangai aku agaknya asyik membuta je especially time pregnant ni.
Hee, doctor kata dah boleh bukak buku tapi aku cakap nak tunggu husband aku. Oh, tak payah bukak dekat Klinik Kesihatan pun, dekat situ pun boleh. So, disebakan next week nak masuk 2nd trimester, jadi In Shaa Allah akhir bulan ni pergi bukak buku and berharap next scan nampak baby bergerak. Amin!

Jadi, doakan aku dan baby sihat walafiat ya.


Thursday, March 5, 2015

Ajal dan hutang.

Bebelan dari NFM pada 1:18 AM 0 comments
Sekarang ni terlampau ramai orang nak berbusiness sampai lupa tujuan apa. Ada yang followers beratus ribu akan tetapi servis Nauzubillah. Ada yang sibuk bincangkan betapa dia ingin sukses dalam perniagaan sampai lupa akan apa yang halal apa yang haram. Nasihat bermacam doa itu ini tapi hak customer tidak diberi.

Aku pun menjual walaupun secara kecil-kecilan je. Followers belum berpuluh. Update pun tidak selalu. Tapi niat aku untuk tolong family and tolong suami. Tiada sedikit pun aku mahu makan duit orang.

Aku harap kepada yang masih memegang duit aku tu, silalah pulangkan dengan segera. Yang mana dah terima duit tapi belom bagi barangnya, sila bagi barang or refund semula. Whatsapp dah beratus, SMS dah berpuluh tapi respon tiada langsung.

Apa gunanya berniaga makan duit orang? Takkan maju pun. Ingat, hidup kita ni bukan lama. Ajal datang tiba-tiba, andai kau mati dahulu sebelum aku, kau mati berhutang tau. Andai aku mati dulu sebelum kau, aku nak kau tahu untuk setakat ni aku belum halalkan lagi duit tu.

Jadi, silalah perbetulkan niat dalam berniaga. 

Friday, January 16, 2015

The Wedding [ p a r t 1]

Bebelan dari NFM pada 5:07 PM 0 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulilah selesai sudah majlis pernikahan & persandingan perkahwinan aku dan suami. 
Eh, kita dah ada suami la sekarang. *shy.

21th November 2014
dengan sekali lafaz sah aku jadi seorang isteri kepada Mohamad Hafiz yang tersayang dan terhandsome. Tukar status dah dari Cik Fharina ke Puan Fharina. Perasaan aku? Belum tentu korang faham sebab aku sendiri tak faham.

Betul kata orang, hari pernikahan tu memang takkan kita lupa sampai bebila. Mungkin orang yang belum kahwin and belum ada perancangan nak kahwin tu anggap ala kahwin tu seronok dapat berdua dengan suami bermanja bagai tanpa segan silu -- tu yang ramai dok tanya boyfriend bila nak kahwin ni? Tahukah anda, bila dekatnya hari pernikahan tu korang berfikir banyak kali betul ke keputusan yang kau buat tu? Sebab satu ayat tu kau rasa ada satu gap antara kau dengan keluarga kau. Trust me, kau akan rindu keluarga kau bagai nak gila.

 Satu hari sebelum nikah, aku minta Abah bawak aku pergi ziarah kubur mak. Aku nak jumpa mak sebelum anak dia ni masuk ke dunia baru. Dalam aku siapkan majlis perkahwinan aku, aku memang terbayangkan mak ada. Mak ada dengan aku tolong aku. Itu buat aku kuat. Sampai kubur jangan cakap la, menangis dah macam tiada lagi hari esok tapi Abah cakap, " Anna jangan nangis. Kalau Anna nangis, nanti mak sedih" Haa, itu lagi sedih.

Tiba hari pernikahan esoknya, macam-macam aku rasa sampai aku terfikir betul ke aku dah bersedia untuk semua ni? Pagi hari nikah tu, again menangis lagi. Aku fikir tentang Abah tentang adik-adik and of course tentang mak. Mak takde di hari paling penting aku. Nenek aku peluk aku kuat suruh banyak bersabar. Bila tengah makeup, Abah naik bilik aku tengok aku. Dah siap makeup semua, amik gambar dengan kengkawan semua and again bila hati kau tengah sebak, perasaan nak menangis tu kuat sangat. Lagi sekali peluk Abah nangis lagi. 



Kesian MUA aku si Gie tu dok kena touch up make up aku. Hihi. Tiba saat nak nikah pergh gemuruh gila okay macam aku pulak yang nak kena lafaz akad. Haha. Tapi macam biasalah, aku non-stop nangis dari start sampai akhir. Gembing rupanya aku ni.

Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab selesai sudah majlis pernikahan kami. 


Friday, September 26, 2014

Sebulan lebih lagi.

Bebelan dari NFM pada 10:37 PM 1 comments
Sedar tak sedar lebih kurang sebulan lebih je oi aku nak kahwin.
Nak kata nervous tu takde la sangat tapi ada la sikit.
Lelagi nak bergaul campur dengan family baru.
Aku ni dah la perangai lain macam sikit.
Tak reti nak melayan orang.

Tapi Abah pesan biar kita cakap sikit dari cakap banyak.
Supaya tak menghiris hati orang.
Abah kata family orang takkan sama dengan family sendiri.
Kalau Abah memang dah tahu perangai aku ni so Abah boleh terima dan sebaliknya.
Family orang belum tentu lagi.
In Shaa Allah, lakukan yang terbaik.

Sekarang ni preparation semua Alhamdulilah.
Many thanks to my sporting wedding planner.
Dia la kawan, dia la wedding planner aku dan dia la beauty consultant aku.
Ecewah.

Aku dalam dilemma sekarang ni pasal kerja.
Masih lagi dilemma.
Haritu dah cari then stop kejap sebab ada plan lain.
Ni macam kesian pulak dekat Apiez kena kerja cari duit sesorang.

Business aku Alhamdulilah makin hari parcel nak dipos makin bertambah.
Feedbacks dari customers selalu buat aku makin kuat.
Sekarang ni dugaan dengan tailor and my signature skirt.
Dah siap dah haritu setelah berbulan tapi ada sedikit amendment nak kena buat.
Then nak kena photoshoot gambar.
Daan tak sabar nak release my own signature clothing!

Sekarang ni aku dah buat Wholesale untuk Reseller.
Untuk product Batik Pants.
Alhamdulilah jugak banyak rezeki aku.
Syukur.
Rezeki nak kahwin Allah SWT bagi.

Tu je la kot update aku untuk masa ni. Hee.

Wednesday, August 13, 2014

Ular masuk rumah.

Bebelan dari NFM pada 12:10 AM 0 comments
Hi.

Actually entry ni untuk 10th August 2014 tapi baru sekarang sempat nak update blog.
Kali ni nak update cerita pasal ULAR!


Ya ular!
Petang tu tengah duduk relax tengok tv then suddenly ada orang ding dong rumah.
Daus yang keluar dari balcony bilik Abah and macam blur.
Aku pun sibuk la jugak nak dengar.
Dekat depan rumah ada sorang security guard dengan sorang perempuan India and sorang perempuan Chinese.
Dia cakap "There's a snake in your house!"
Aku macam "What?"
"There's a snake in your house. It came in from your back door"
Aku terus tanya "Is it big?" -- ya soalan yang tak patut tanya.

Serious time tu jangan la cakap kemaen nervous aku ni haa.
Daus terus turun bawah.
Aku suruh guard masuk and dorang mencari ular kat dapur.
Aku still duduk dekat atas taknak turun.
Tapi gagahkan jugak la diri turun tapi terus berdiri atas kerusi makan.

Beberapa minit dorang dok mencari and aku cuma mampu bertanya,
"Dah jumpa belum? Dah jumpa tak?" HAHA.
Redha je la Daus dapat kakak macam aku ni.
Then, Daus kata dah and sekali tengok ular tu ada dekat wall fan dapur tu.

Mak oi! Serious geli gila! Sebab color dia hitam kuning berkilat.
Aku ni memang penggeli ular and tak suka dengan ular.
Menggigil kaki aku terus keluar rumah.

Aku masuk rumah semula bila time tu ular dah keluar dari rumah and dia bersangkut dengan pokok buluh.
Ya, belakang rumah aku ni luar pagar dari kawasan taman perumahan aku ni ada pokok buluh yang sangat rimbun.
Dan sangat la tinggi!
Bayangkan rumah aku yang 3 tingkat ni pun, pokok buluh dah sama tinggi dengan rumah aku.

Before this aku pernah la nampak ular kat belakang tu ular besar.
Tapi entah kenapa aku macam buat tak endah tak terfikir yang akan boleh masuk rumah.
Bila dah jadi macam ni, gelabah aku.
Terus buat report untuk pihak berkuasa tebang pokok ni.

Then, jiran sebelah rumah cakap semalam pun dia nampak ular jugak tapi ular daun.
Grrr, tak tahu berapa banyak ada kat belakang rumah ni.
Aku selalu nampak tupai kat belakang ni tapi takpe tupai ni comel.
Tapi bila ular sorry aku paling benci.

Cousin aku cakap ular ni orang panggil ULAR TEBU.
Serious dowh ular ni panjang gila!
Aku pun dok la google pasal ular ni -- tetiba nak amik tahu pasal ular.

Ular tebu ni ataupun dipanggil ular katam tebu ni ular berbisa.
and bisa dia tu 70% boleh membawa maut kepada manusia.
Bayangkan lah dia punya bisa tu. Huish!
Panjang keseluruhannya 108cm -- haa panjangkan.
And jenis ular ni memang sangat bahaya.

Phew! Syukur Alhamdulilah sangat ada orang nampak ular ni masuk rumah.
Bayangkan kalau takde orang nampak and malam time tidur tu macam mana.
Huish silap-silap kena gigit dengan ular ni.
Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga.

Jadi, sampai sekarang aku masih trauma.
Kena pulak aku yang jenis lemah semangat ni.
Ayat Kursi tak lekang di mulut.
Risau sangat.

So far belerang dan garam kasar dah ditabur kat belakang rumah.
Cuma sekarang kena beli banyak lagi untuk tabur kat pokok buluh tu.
Sebab orang kata ular ni tak suka belerang dan garam kasar -- boleh melemahkan ular tu kalau terkena kulit ular.
Jadi, berharap sangat perkara ni tak berulang lagi.

TRAUMA oi!