Friday, December 31, 2010

Two Zero One One

Bebelan dari NFM pada 11:31 PM 2 comments

Happy Prosperous New Year 2011

  • Thanks to those who hated me, they made me a stronger person
  • Thanks to those who loved me, they made my heart bigger
  • Thanks to those who were worried about me, they let me know that they actually cared.
  • Thanks to those who left me, they made me realize that nothing lasts forever
  • Thanks to those who entered my life, they made me who I am today
Thank you for being there in my life whatever I might have meant to you, before this year ends I want to say, I am very sorry if I've ever hurt you.

2010,you are memories.

Wednesday, December 29, 2010

illness.

Bebelan dari NFM pada 1:09 AM 3 comments

I tak sihat. I demam tapi bukan demam teruk. Tapi batuk selesema sakit tekak yang teruk. Hidung tersumbat tu paling tak boleh blah sekali. Tadi pergi Klinik Qistina kat Seri Kembangan sebab tu clinic favourite time sakit. 4 orang masuk sekali. Apiez Apit Jieja and me. Semua penyakit yang sama tapi demam Apit teruk lagi. Suara masing-masing sengau je.

Ada 6 jenis ubat doctor bagi. Hopefully berkesan la sebab Khamis ada exam and hopefully esok si kecik ni dah okay la sebab dia dah nak naik sekolah dah. Kesian dia kalau first day sekolah dia demam.

So,doakan kami cepat sembuh ye.

p/s : masa arwah mak ada,mesti masakkan
bubur kalau anak dia sakit. I miss you mom
:'(

Sunday, December 26, 2010

Saturday.

Bebelan dari NFM pada 1:53 AM 0 comments
Hello pretty and handsome guys! How you guys doing? I baru balik dari Jb ni. Balik hari je sebab kena amik adik kecik I. Dia nak datang sini so I macam kesian,kena la balik amik dia. Plus,Abah pun suruh amik dia. Kekononnya nak gerak pagi tapi tak boleh bangun sebab malam sebelum tu tengok cerita Pearl Harbour sampai menangis dah aku ni. Haha.

Thanks to Apiez the boyfie and Jieja the bestie sebab sanggup teman aku ye. Apiez pun kena drive masa nak balik Jb tu,and aku as usual tidur sebab matahari terik buat mata aku nak tutup.hehe. Sedar-sedar je dah sampai and Apiez drive dengan seronok sebab main turbo cruise kat kereta. Haha.

Sampai je Jb terus direct pergi Bandar Baru Uda sebab I dah lama mengidam nak makan Nasi Ambang kat Mat Corner tu. Finally dapat jugak,yeay! Tapi tu pun nasib baik sempat sebab dah nak habis dah. Tinggal untuk orang yang dah booking je. So, Jieja pun try Nasi Ambang tu sebab before this dia tak tahu pun apa dia Nasi Ambang,so apa kata anda Jieja? Hee :)

Balik rumah je,aku sambung tidur lagi. Apiez tidur jugak tapi Jieja sibuk main game kat Ipad. Gerak balik Cyberjaya je around 7pm. Balik aku drive and hujan lebat gila,I jadi takut and nervous sebab tak nampak. Tapi bila nak stop kat mana-mana RnR terus hujan okay.

Huh tu la cerita I untuk hari ini. HAHA!
:D

Maaflah kalau korang bosan eh.

Thursday, December 23, 2010

Birthday Presents.

Bebelan dari NFM pada 7:30 PM 1 comments
Okay I dah genap 22 tahun on 7th Dec haritu.

and I received two presents from TWO LOVELY person.

from the boyfie ; Lomography LCA+

Nak kumpul duit nak beli accessories untuk kamera ni and now tengah mempelajari film and iso untuk picture yang cantik. Siapa reti? Ajar boleh?

p/s : Thank you sayang :)

from the bestie (Farah Izza @ Jieja) ; DKNY watch

*patung hippo tu hanyalah sebagai model je.

Dalam dia smart gila sebab macam cangkerang siput.

Nak cakap terima kasih banyak-banyak kat korang berdua.Serius suka gila,tak tipu.And jangan la pulak ingat aku tak suka eh sebab aku memang tak reti nak express feelings suka sampai menjerit dan terkinja-kinja.hehe.

I LOVE YOU BOYFRIEND.
I LOVE YOU BESTIE.
I LOVE YOU ALL.

peace

BlackBerry Bold 3.

Bebelan dari NFM pada 7:12 AM 1 comments
Sesiapa yang tengah mencari BlackBerry Bold 3 boleh la meninggalkan comment di blog I. BlackBerry Bold 3 baru with a price, RM1450.

Sekian,terima kasih :)

Tuesday, December 21, 2010

Otak bergeliga.

Bebelan dari NFM pada 7:44 PM 2 comments
Saya nak jadi pandai la awak. Awak ada tips macam mana nak jadi pandai tak? Tips untuk menjadi rajin dan bangun awal pun saya perlukan. Sebab saya ni hari-hari kelam-kabut.

Saya beli kismis kekonon nak jadi pandai tapi saya belum makan lagi. Plastik pun tak bukak lagi. Haish la. Nampak tak betapa malasnya saya sekarang ni? Nak bukak kismis tu pun malas.

Sunday, December 19, 2010

Awak baik tak?

Bebelan dari NFM pada 9:06 PM 3 comments
Hello my lovely readers!
Okay I nak tanya korang,siapa sekarang ni rasa dia baik hati
gila-gila?
I nak mintak something ni.
Could you please give me this 10 big family packs Mamee Monsters?
I repeat, 10 BIG FAMILY PACKS,besar tau bukan kecik-kecik.

Alaa boleh la,i'll consider it as my birthday present.
Pleassseeeee..


Saturday, December 18, 2010

Ter-Touching.

Bebelan dari NFM pada 4:20 PM 1 comments
Bangun tidur je terdengar lagu ni dari playlist Real Player.
Suddenly rasa tertouching yang sangat and hampir menangis.
:'(



Thursday, December 16, 2010

Lazy Mode.

Bebelan dari NFM pada 4:19 PM 0 comments
Tonight got exam for Management Decision Science but serious malas gila nak study kuat-kuat untuk exam malam ni. Omg! Kenapa semakin hari semakin malas ni?

Jakarta quick update.

Bebelan dari NFM pada 12:37 AM 6 comments
Hello guys! Just a quick update from me before i continue my study for my exam tomorrow. I just got back from Jakarta for 9days. Oh, I suka cuaca kat sana yang tak panas terik macam musim kat Malaysia sekarang ni. So,no need sunglasses. On my birthday, 7th Dec,pagi-pagi dah bangun pergi Bandung with my family and Daddy's driver.

I love the peoples too! They are so friendly. Kawan-kawan Abah pun baik and friendly je semua. Paling banyak membantu,K.Ifa, dia selalu sangat melayan karenah I dengan Eqa. Mana nak pergi,nak beli apa semua dia yang tolong. Dari mula-mula I sampai hingga la I balik Malaysia semula. She changed my hair color, she did teach me the make up thingy, she bought us mana nak shopping barang yang best and murah,and macam-macam lagi.

Seriously,9days is not enough for me but its okay got much time untuk berjalan lagi. Abah kata kalau nak pergi Bali,ikut K.Uul sebab dia selalu pergi sana. Uncle Taufiq and his wife pun best. Now,dah balik sini kena fikir pasal classes and assignments. Duh!

I need one year holiday,can huh?

Sunday, December 5, 2010

Nice Try.

Bebelan dari NFM pada 3:16 AM 16 comments
I know you were jealous.
But its okay,my boyfriend and me still can smile widely and laugh loudly.
Btw,nice try :)

PART 1 :

PART 2 :
PART 3 :
PART 4 : *I know my mom has passed away and I'm the one who need to take those responsibility to take care of my siblings. One day you will know how it feels when your mom gone forever and someone ask you a RUDE question,unless you don't love your mom.

PART 5 : You get me wrong :)

November babies.

Bebelan dari NFM pada 2:33 AM 0 comments
Sorry for the lack of updates lately. Been busy and quite lazy.hehe.
So,just want to wish these two lovely people,HAPPY 22nd BIRTHDAY!

28th November 2010

Amalina Nazihah

We celebrated Malin's Birthday at Andalus. Seriously meriah gila sebab ada Arab's guys pun tolong nyanyi and jerit-jerit sekali.Tetamu yang tak diundang.HAHA! Muka Malin dah malu dah. Kodel si boyfriend Malin pun lagi la malu siap tunduk je. Ishk boyfriend apa tu tak tolong tutup muka girlfriend?HAHA!

Happy Birthday Darling! I love you!

29th November 2010

Hafiz Anuar

Esoknya pulak birthday si budak gemok buncit hemo-hemo I ni pulak. Erm, I gave him a guitar as his birthday present and I'm sure he'll like it and I know he loves it! No big celebration we had,just a small unplanned celebration for him at Rasta with Waffle and Strawberry + Vanilla ice cream at top and 'lilin blackout' yang besar gedabak tu.Hee. Thanks to Petom,Shak and Zarra (Kodel's cousin). Celebration tu pun after the whole day we hang out together with Jieja,Izz and Med. I bought him a birthday present and he bought me one for my birthday present in advanced because this year I'll not be around beside him to have a date with him on my birthday.

Btw,Happy Birthday Sayang! You know I love you more and more and more and more right? Enjoy your birthday present as I enjoyed mine!hehe. Hopefully with a new guitar,you'll be more success with your music band afterward. I'll pray for you. Good luck for your upcoming performance! Sorry,I cant be there for you but I'll be always in your heart baby!


Friday, November 26, 2010

Puas hati.

Bebelan dari NFM pada 10:59 PM 1 comments
Okay puas dah hati aku delete semua comment kat Cbox tu. Kalau tak menyemak je segala spam-spam tu.

Izyan's Engagement

Bebelan dari NFM pada 10:38 PM 4 comments
Congratulation bestfriend for your engagement!
As we told you, kau yang kawin dulu.Hee..

Izyan's Engagement.
21/11/2010

Pictures dicuri from Facebook cousin Izyan.
Dari photographer belum ada lagi.






Saturday, November 20, 2010

Cannot be trusted.

Bebelan dari NFM pada 3:57 AM 4 comments
Semua orang berebut-rebut nak amik kesempatan.
Baik tu memang baik tapi dalam baik tu ada makna yang tersendiri.
Sampai sekarang ni tak tahu nak dengar cakap siapa.
Tak tahu siapa yang boleh dipercayai.

Tolonglah ada dasar simpati.

Thursday, November 18, 2010

New toys for them.

Bebelan dari NFM pada 3:10 AM 0 comments

Weeeee I dah beli dah untuk Simon and Sky. Sebab mereka berdua je dok kat Jb ni.
For me benda ni murah dari apa ygI tengok kat tempat lain.
Normal price dia RM259 but disebabkan I dah biasa dengan Uncle tu,since I beli Kelly dari dia lagi,then Keero serta apa-apa brg kucing kat Jb ni confirm pergi dekat dia.
So,dia bagi I RM220. Still I rasa murah jugak.

Abah suruh cari rumah kucing yang setinggi and sebesar ni or besar lagi.
Mana nak cari?

This is what we called love of siblings.

Bebelan dari NFM pada 2:22 AM 0 comments
Sky and Simon loves each other.
But mommy loves you more!


Tuesday, November 16, 2010

Bila si boyfie risau.

Bebelan dari NFM pada 11:34 PM 0 comments
Apiez kadang-kadang dia risau tahap yang gila-gila. Bila dia tahu je yang I ni emosi gila babi. Jenis yang memang I akan maki hamun. Jenis yang macam I benci gila and menyampah kan seseorang tu.

Balik tu,dia cepat-cepat bukak blog I nak tengok I ada update apa-apa tak. Takut melukakan hati dan perasaan banyak pihak.

HAHA!

I love you.

Saturday, November 6, 2010

Tears from a daughter.

Bebelan dari NFM pada 8:11 PM 4 comments
Aku tak nak comparekan time bila arwah mak ada dengan sekarang ni arwah mak tak ada dengan kami. It's a big difference you know. Today and now,I really miss you mom. I miss you everyday, every second and every beat of my heart. But, when I'm alone at home,it makes me more sad. I need you ;'( Allah love you more. We are here your family non-stop doakan untuk mak. You're my mother and you're queen of my heart.

I've got a lot of things which keeps playing in my mind,that I want to share with you. But now you're gone and I need to keep it to myself. Mother, I miss you. Sorry, I'm crying a lot today. I'm not strong enough to control this feeling. Sometimes,I just don't believe that you're not here with us.But I know,I should accept this reality and move on with your love.

love from your daughter.
;'(

Thursday, November 4, 2010

Usaha tangga kejayaan.

Bebelan dari NFM pada 12:35 PM 0 comments
Awal-awal nak bagitahu ini entry kali ni mungkin orang rasa aku perasan gemuk.Tapi aku tak kisah sebab ni badan aku,hanya aku je perasan perubahan pada badan ini. Cuti hari tu masa Abah sampai je rumah,dia tengok aku and terus,

"Anna,kenapa makin gemuk ni Abah tengok? Exercise la,pergi jogging semua.Bangun pepagi pukul 7am tu keluar pergi jogging"
Alasan aku : "Keluar pepagi pergi jogging nanti kena kejar anjing.Kalau jogging petang ada kelas"
Tapi aku pun rasa aku dah gemuk sebabnya,bila aku amik picture aku sendiri,aku rasa pipi aku ni dah macam pau. Nampak gila naik. Perut aku lagi la,tak selesa bila duduk sebab dah berlapis.Dah tak boleh perasan dah,perut slim. Dah macam kuih lapis.
Sebelum ni memang la ada pergi jogging swimming semua tapi dah lama tak buat,hari tu nak pergi tapi kawan-kawan aku tak boleh nak pergi. So,aku habiskan masa di rumah je.Plus,Apiez pun ada bola. Tapi semalam,terasa sangat cool and siapa-siapa yang follow Twitter aku or add BBM aku akan perasan status ku berbunyi begini,

"Ohh,I feel so damn fit! Auww!"

*okay itu ayat perasan.
Semalam petang bertemankan Apiez the boyfriend and Azzfar the Papa pergi jogging dekat Cyberpark. Habis jogging,pergi swimming pulak.Tambah lagi sorang Med and Jieja tapi Jieja tak join mandi sekali hanya tengok kami berenang-renang jee.


Then on last Tuesday pulak,had a conversation with Zainal the classmate dekat tangga FOM,saja melepak kat situ sebab aku tak boleh masuk kelas sebab kelas full,dia pulak keluar kelas sebab bosan dalam kelas. Lalu dia bertanya,

"Ryna,I nak tanya sikit eh?Kenapa eh sekarang ni I tengok you makin berisi? Dulu masa first-first I kenal you,you kurus je"

Okay fine,aku betul-betul dah gemuk sampai orang perasan. Apiez sendiri cakap aku dah berisi sikit. So,hopefully lepas ni nak kurus,takde la kurus sangat,cukup la sekadar kecikkan perut ni dan kebawah. Thank you.

Wednesday, November 3, 2010

Blackberry 9700 Covers.

Bebelan dari NFM pada 1:56 PM 3 comments


Hello readers! How are you today?
Btw,I'm helping my friend,si budak kecik selling the Blackberry covers.
But it is only for Blackberry 9700.

Here is some colorful Cassette Blackberry covers.
RM20 each.
But if you're interested on buying all the colors,you'll get discount and the total is only RM80.
It means, 5 colors for RM80!

Anyone interested? Just leave a comment :)


Tuesday, November 2, 2010

Shoutbox problem.

Bebelan dari NFM pada 10:05 PM 0 comments
Actually,rasa rimas gila dengan shoutbox kat blog ni huh. Sebab entah siapa-siapa je tinggalkan comment. Anyone tahu kenapa boleh jadi macam tu tak? Why why and why?

I just fetch Keero,Louie,Loopy and Lucky from Dr.Pet kat Bangi for hotel and grooming. Dah elok wangi-wangi.Si Keero boleh pulak kencing dalam traveller cage tu,habis kena anak-anak dia sekali.Basah dah paper dalam tu.Haish la si bapak ni.Next time kena asingkan dia dari cage anak dia. Hari tu masa nak hantar,dia pergi muntah dekat muka Loopy.Haish la tak tahu la kenapa dengan si Keero ni.


Tuesday, October 26, 2010

New Facebook App.

Bebelan dari NFM pada 1:24 AM 6 comments
I love this new Facebook App! You can change the font and themes color. For Iphone user,you should try this! Facebook HD. Got Facebook chat too! :D










- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 23, 2010

Al-Fatihah untuk ibu Zharif.

Bebelan dari NFM pada 6:23 PM 0 comments
Ucapan takziah untuk Zharif sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta semalam.
Semoga ALLAH mengampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi.
Al-Fatihah.

Wednesday, October 20, 2010

Kalau semua pass,

Bebelan dari NFM pada 1:56 AM 9 comments


Time table for this semester kalau last sem pass semua.



Best guna Iphone sebab boleh manage timetable yg colorful.hee.
Jumaat takde kelas tu yang membuatkan lagi best.


Pencuri makanan.

Bebelan dari NFM pada 1:14 AM 0 comments
Tak tahu kenapa mood ni swing semacam. Tak cukup tidur kot. Badan sakit-sakit pun boleh jadi punca. Tekak sakit sampai ke telinga. Suara sengau. Menyampah. Pagi-pagi dah ada orang buat nak marah,siapa lagi kalau bukan bibik. Tengah hari tadi lagi la menyampah dengan sorang minah ni. Dia curik ikan keli aku. It may sounds funny but seriously I take serious bila masuk tentang makanan. Sebab aku ni jenis bukan suka makan nasi campur. Senang cerita aku tak tahu nak pilih lauk apa. And bila aku makan nasi campur kat kedai,kebanyakannya aku mesti sakit perut.

Berbalik kepada cerita perempuan tadi. Masa aku dok pilih-pilih lauk,aku nampak ikan keli memang tinggal 1.Aku memang nak ikan tu sebab aku rasa bila aku makan nasi campur kat kedai,dah biasa Apiez ajar kena ada ikan keli. Aku pun amik penyepit and dah sepit ikan tu.Kira tu aku punya la kan. Perempuan brengsek ni betul-betul ada sebelah aku and dia dah nampak dah aku pegang. Then ikan tu terlepas dari penyepit tu,lalu dengan selamba dia sambar ikan keli aku tu.Aku dah siap tengok muka dia depan-depan,dah siap cakap,"heeeh??" Dia buat muka bodoh. Lepas tu kena marah dengan mak dia sebab curik ikan aku. Dia bukan budak kecik eh,dia lebih kurang je umur dgn aku kalau ikut fizikal dia. Pakai tudung tapi takde adab. Kau makan la ikan keli tu biar kembung perut kau cirit-birit. Perempuan kurang ajar.

Rasa lega bila dapat meluahkan perasaan marah.
Jangan nak nasihat aku kata tak baik aku maki.
Sebab ni cara aku express rasa marah aku.
Sekian,terima kasih.

Tuesday, October 19, 2010

Vote for them.

Bebelan dari NFM pada 12:37 AM 2 comments

Vote for them.
Sokonglah artis Malaysia.
cewah.hihi.

Monday, October 18, 2010

Age me

Bebelan dari NFM pada 4:25 PM 1 comments
Semua orang mesti nak tengok macam mana muka dorang bila tua kan. Kalau time kecik kita boleh tengok dalam gambar lama. Kalau time tua? Install la application Age Me kat Iphone.hehe.

So,sila teka siapa mereka bertiga ni?hehe











- Posted using BlogPress from my iPhone

For now.

Bebelan dari NFM pada 1:23 AM 0 comments
Hey sorry sebab dah lama gila tak update blog. Rasa macam dah takde cerita menarik nak diceritakan.By the way, I just recovered from fever. And now suara sengau because of batuk,flu and hidung tersumbat. Sekarang ni musim demam kan.Hopefully,penyakit hilang before I start my new sem.

MMU dah start new sem tomorrow but not for me. I sambung cuti lagi 1 week. So, I tak datang lecture class for first week. Kesian to my lil bro. Abah pun baru sampai sini tadi and he will stay here until Friday. On Friday I will fetch my granny and grandpa untuk jaga adik-adik. I took only 4subjects this semester. Takut nak amik banyak-banyak sebab I took Corporate Accounting 1. Budak last sem kata,subjek tu susah menggila.So,hopefully,I boleh la nak melayan 4subject ni. So,subject for this semester are :

1) Corporate Accounting 1
2) Securities Investment
3) Company Law
4) Management Decision Science

Btw, rindu dengan Kelly,Keero,Louie,Lucky and Loopy. Simon,Sky and Sylvester doing great here. Simon and Sky makin manja hari demi hari but not for Sylvester or nama panggilannya Bester. Bester macam tahu yang dia tak lama kat rumah ni.Simon sebutannya sebutan Melayu okay, Si-mon not sai-men. Nama tu amik nama kucing yg makcik Apiez bela.hee.

Wednesday, October 13, 2010

New Ipod Touch.

Bebelan dari NFM pada 10:55 PM 1 comments
Sampai ke sekarang ni tak beli-beli lagi Ipod Touch sebab nak gantikan yang hilang tu.
Tapi sekarang dah berkenan dengan Ipod Touch yang baru.
Dari beli yang lama,lebih baik beli baru terus sebab beza pun berapa puluh jee.
Plus,ada banyak function,more better :D




Ada banyak benda yang I nak beli sebenarnya.
So,time mengumpul duit :D

Tuesday, October 5, 2010

Tynnie's open house.

Bebelan dari NFM pada 8:26 AM 4 comments
Tynnie's Open house .
3rd October 2010.

Thanks Tynnie!
Budak kecik tu adik saya yee :D

p/s :baju Tynnie cantik kan?

Nak menangis boleh tak?

Bebelan dari NFM pada 8:11 AM 0 comments
Rasa macam nak meraung and nak menangis sebab pictures kat Penang dah hilang masa laptop rosak aritu.Tak sempat nak transfer pic kat hard disk :'(

Pagi-pagi dapat message dari Effa at 7.57am, "Anna ari nie burfday arwah mak aku". Okay itu touching.Sabar okay sayang.Kuatkan hati dan semangat.Kita sedekahkan Al-Fatihah and Yassin untuk arwak mak kau and mak aku okay.

Monday, October 4, 2010

Fashion Daging Lembu.

Bebelan dari NFM pada 3:33 AM 0 comments
Wanna share something with you guys. As you know,Lady Gaga kan suka menampilkan fashion yang pelik-pelik. So,this time,dia menampilkan yang lagi pelik masa MTV Video Music Award di New York. Sila lihat ini ; (ingin memaklumkan bahawa semua gambar di ambil di ohartis.com)



1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Sunday, October 3, 2010

Complaint.

Bebelan dari NFM pada 1:33 PM 1 comments
Okay entry kali ni lebih kurang macam nak complaint la. Cukup tak suka dengan Management Cyberia ni manage. Malam aritu rumah I takde air,so esok pepagi kul 10am tu I pergilah management.So,rupanya owner I tak bayar maintenance.Bukan I je okay,ramai gila dalam tu.Dah la office tu kecik tak cukup seat.So,duduk pun takde turutan. Anda akan rasa sakit hati bila sedap-sedap je orang lain potong anda.Sangat sakit hati.Sampai kena tunggu 2hours! From 10am-12pm!Ada la jugak owner-owner yg tua-tua datang,budak-budak ni pun respect la org tua tu,tak payah la nak pentingkan diri sendiri,dtg lambat pas tu buat muka tak bersalah nak potong line orang. So,time tu serius kecoh gila dalam tu,yg pakcik and makcik ni pun cakap la dgn staff tu,next time buat amik no,so takde la jadi macam ni.BETUL TU pakcik,makcik! *muka menyokong

Lepas tu ada sorang kakak ni berbangsa Melayu okay.Dia ni macam kurang adab sikit.Sebabnya,suka sangat buat muka.Dari dulu dah perasan.Ada sorang ni tanya dia mintak surat security,dia boleh buat bodoh jeee.Buat muka kerek yang tak pndg lgsg muka budak tu.Mghdp je Pc tu.Lepas tu dia ni suka gila menjawab.Awak tu dah la pakai tudung,jaga la adab sikit,macam mana orang nak respect. Even ada indian girl ni lagi baik tutur kata dia.

Then pasal system.Susah la pakai system segala ni,asyik server down je.Utk 1 tenant je amik masa sampai 15-20minit sometimes,dgn alasan server down.Sila la upgrade system tu.Macam mana ni,cara manage tak bagus la.Menyusahkan orang.Dah la orang banyak lagi kerja lain nak buat dari tercanguk kat situ.

GRRRR...

Saturday, October 2, 2010

Just quick update.

Bebelan dari NFM pada 3:04 AM 3 comments
First; nak bagitahu final exam dah habis! Yeay!
Second; speaker laptop dah berfungsi semula.Lepas ni nak tukar nama la, Pomena.Shortform utk Pomen Fharina.
Third;nak wish goodnight!Muahx!

Friday, October 1, 2010

Last day exam.

Bebelan dari NFM pada 5:14 AM 1 comments
Hari ni last day exam. Rasa sangat cuak and nervous sampai tak boleh nak tidur. But at the same time mengantok yang tak terhingga. Ingat nak tidur lepas exam tapi tokleh sebab nak keluar lepas exam pergi berpoya-poya. Maybe balik dari berpoya-poya mungkin.Tapi ni dah tak tahan sangat.Okay la nak tidur sekarang!

Goodbye and wish me a lots of luck!

Wednesday, September 29, 2010

Speaker problem.

Bebelan dari NFM pada 6:51 PM 25 comments
I nak tanya la korang pernah tak alami problem yang sometimes speaker laptop korang tak bunyi?
Sometimes dia bunyi and sometimes it doesn't.
Why eh?

Rajin macam dulu pls?

Bebelan dari NFM pada 4:28 AM 3 comments
How I wish I could turning back all those times. When it comes to study,I would ask myself,why I cant be like before? I've changed too much! Seriously! Duh! Okay I nak cerita kat you all tentang I yang dulu..,

Dulu time sekolah I rasa I sangat rajin,especially time PMR. I sekolah pagi balik pukul 1pm tapi I selalu balik around 4pm-6pm sebab habis sekolah I akan pergi makan and terus pergi library,rumah I time tu pun dekat je.Pergi sekolah selalu jalan kaki dengan Along@Nadia Ramlan. Then I akan study,dulu I macam lembab sikit dengan Mathematic but time tu I ada boyfriend yang terer Math. So,dia jadi tutor I sehingga la Math I pun dapat A :)

Then,petang je balik rumah.Lepas semayang Isyak je mesti dah get ready some books kat bawah sebab buat study group with Aisha Hadi and Tengku Amirah@Belle. Nampak tak macam mana bersungguh-sungguhnya. Sampai late night and kadang-kadang I tertidur kat hall bawah tu sorang-sorang and dorang semua dah balik. Selalunya tiap malam je mesti parents I takde,sebab ada kerja tapi tengah malam dorang balik la.

Hari-hari macam tu and sangat rajin nak beli exercise books.Dulu I suka gila subjek Sejarah. Sejarah I,A lagi tau :) I buat 1 exercise book dalam masa 1 week je dah boleh habis,so I ada banyak exercise book,senang cerita I dah boleh tahu la jawapan dalam setiap soalan Sejarah tu.

Every weekend pulak I have some tuition classes to attend. Weekend pun parents I selalu takde so I kena jalan kaki sorang-sorang or kawan tuition I Aizuddin teman I,takpun macam biasa kalau dah ada cinta monyet,boyfriend hantar.Haha. I rasa I rajin gila tapi ada jugak la yang I jarang datang tuition sebab I malas nak berjalan or kadang-kadang hujan.Heeee..

So bila result PMR keluar, Alhamdulilah resultnya. Kira dalam kelas tu result I,second top student la. Rasa happy tu sampai parents pun bangga.Tapi yang penting bukan 8A yee.Bawah sikit dari tu *berbual yeye.

Awal-awal form 4 tu before pindah sekolah teknik,I dapat masuk kelas 4Sains Tulen 1 and sempat la amik Ujian Bulanan 1,cewah,result lagi la buat I tersenyum lebar. Kimia,Addmath,Fizik result semua 90-98%. Tapi bila masuk sekolah teknik,habis semua lingkup. Maybe sebab environment lain and mood excited terlebih,semuanya jadi tak betul. Kalau dulu I duduk depan sekali dalam kelas,sekolah teknik I duduk belakang sekali.Selalu tak focus dalam kelas. Result makin lama makin corot sampai la ke SPM,nak dekat SPM macam-macam pulak jadi.Tu la orang tua kata,time sekolah jangan nak sibuk bercinta,nanti menyusahkan diri sendiri.Memang pun! *menyesal di situ. Study group pun semua dah takde sebab kawan-kawan semua duduk jauh-jauh. Aisha and Tengku Amirah pun amik course lain.

So,perangai buruk pemalas tu sampai sekarang dah terikut. Tak tahu macam mana nak ubah,walaupun Apiez kata cuba!Haish laa. Sungguh susah nak berubah jadi baik ni,jadi jahat senang je nak ubah.Ishk!

p/s : skang ni nak bgth dari td study,
otak lembab and buntu jeee.


Minor injury.

Bebelan dari NFM pada 1:20 AM 4 comments
Ini untuk bagitahu you guys update pasal kitten tu. I dah bawak pergi vet and kitorang tunggu almost 1 hour sebab doctor tengah buat surgery. Then bila turn si kecik ni,doctor kata ada 2 option,either I tunggu and depends on medicine or X-Ray to check any tulang yang patah.So,bila I fikir balik,I dah nak balik Jb bawak dorang so I decide to X-ray sebab takut benda jadi lagi teruk.After tunggu 10minutes for the result and while the doctor give the other 2 kitten a vaccination, bila check balik,Alhamdulilah semuanya okay.Maybe macam ada salah urat macam tu je.Lega sikit. Cuma doctor nasihat suruh dia duduk dalam cage for a few days sampai dia betul-betul baik. So,kat Jb pun dia kena kurung jugak la.Kesian.

For now,I ada 8kittens and I dah tak larat nak jaga untuk seterusnya. Plus,dulu doctor dah advise I suruh mandulkan Kelly sebab dia ada problem every time she give birth to her babies.So,I kena mandulkan Lucky yang berkaki 3 tu and Kelly.Yang lain semua jantan! So maksudnya,semua besar-besar and gemuk macam Keero!OMG!

Monday, September 27, 2010

Anak kucing buat terjunan.

Bebelan dari NFM pada 10:12 PM 8 comments
Okay kejap tarik nafas dalam-dalam, I nak bercerita benda yang baru kejap berlaku! Ini pun rasa panic tak hilang lagi. Termengah-mengah nak menaip tapi nak bercerita jugak. Okay I kan ada 3kitten cinonet ni kan,setiap malam dorang akan bising sebab nak main-main. So,I study dalam bilik I lepaskan la dorang dalam bilik.

I keluar pergi hall kejap sebab nak makan sambil tengok tv. Habis tu I pun macam pelik sebab I tengok kucing I dah takde. I dah panic semacam sebab tahu benda ni dah berlaku. I tak tutup tingkap meja study I,sebab I tak budget yang dorang akan panjat.

I berlari terus pergi tingkap,selak langsir,tengok ada 2ekor je yang ada kat tepi tingkap,tengah pandang bawah,lagi sikit dorang boleh buat terjunan udara. Degupan jantung dah semakin laju macam baru lepas lari dari Cyberjaya ke MEX. I rasa sekor lagi dah jatuh. I dok mencari selongkar dalam bilik takde jugak.I panggil pun takde jugak. I pandang ke bawah,mak oii biar benar dia terjun ni. Rumah I dah la second floor. I cepat-cepat tukar baju and turun bawah nak cari kucing. Alang-alang Azeeq datang rumah nak amik notes,Azeeq ikut sekali.

Sampai je bawah,nampak dah dia sekor duduk terdiam.Bila nampak I,terus dia mengiow.Alhamdulilah I jumpa dia. I takut je orang curik. Tapi dia macam baru lepas tercirit sebab dia nervous,jantung dia lagi laju dari I.Almaklumlah terjun dari tingkat 2. Tapi I rasa dia injured kat tangan dia belah kiri sebab dia terhincut-hincut. Esok kalau dia still begitu,kena bawak dia pergi clinic. Kelly macam tahu anak dia sakit,sebab dia jilat-jilat anak dia yang injured tu.Yang lagi 2 tu dari bising je terus senyap. Tu mesti cuak jugak.

Inilah first time kucing I buat perangai macam ni. Memang orang kata,kucing boleh tahu jarak tinggi or rendah tapi I tak berani nak lepaskan sebab jadi macam gini lah.Apa-apa pun Alhamdulilah sebab jumpa dia balik. Patut la dia dok diam je masa I jumpa dia,maybe sebab tangan dia sakit.

Friday, September 24, 2010

Congrats Aisha!

Bebelan dari NFM pada 8:37 PM 4 comments
Curi time study sekejap nak wish congrats to one of my darlings,Aisha Hadi!
Sorry aku tak dapat datang Engagement Day kau!
Btw,you look great darling!


Suka tengok kawan-kawan rapat dah tunang and kahwin.
Bahagia je.
Semoga kekal selamanya.
Amin.

Friday, September 17, 2010

Wait for the upcoming entries :)

Bebelan dari NFM pada 12:23 AM 1 comments
Heyya Selamat Hari Raya! Btw,I ada banyak benda nak update,cerita pasal raya and everything la.But I dont have much time.Later laa.Ni pun I baru bukak blog sebab boyfriend I kata blog i keluar segala bagai photobucket and now its back to normal.Just need to reinstall it. So,itu sahaja untuk entry kali ni.

Thursday, September 9, 2010

Happy 45th Birthday Abah!

Bebelan dari NFM pada 12:38 AM 1 comments

Happy 45th Birthday Abah!
We all love you!

Okay 7hb Sept ialah birthday Abah I. As you know, I kan sampai Jb on that day and I kena sampai before Abah I sampai sebab nak buat a small celebration untuk dia. Dia sampai-sampai je lepas berbuka. I pun baru minum seteguk air. Memang kat rumah time tu takde apa makanan untuk berbuka. Sebab I order PizzaHut.hehe.

So,masa Abah I sampai,selalunya berkerumun kitorang tunggu depan pintu tapi kali ni tak sebab kami berkerumun kat dapur hidupkan lilin cake.Abah terus naik atas. Bila Abah naik atas tengok kitorang takde.Dia pun jerit panggil adik I paling kecik. Dia turu
n je. Kami adik-beradik and termasuk bibik pun nyanyikan lagu birthday. Time tu terus terpantas ingatkan mak.Tapi kami tahu mak ada kat rumah. So,amik la gambar sikit-sikit.


Setelah habis korang tengok gambar ni,I tahu korang nak cakap apa.I makin COMEL kan?HAHA! Maaflah bulan puasa ni I makin GEMOK pulak.Hope lepas ni boleh continue swimming and jogging.Insyaallah.

Wednesday, September 8, 2010

Fharina Menari.

Bebelan dari NFM pada 5:15 AM 4 comments

Apiez ni comel je. Dia buatkan benda ni untuk I. Untuk I gelak sorang-sorang. HAHA! Bila rasa macam bosan ke sedih,mesti tengok benda ni sebab I boleh gelak-gelak and tetiba rasa rindu kat Apiez.

You guys cuba click kat website ni, Fharina Cha Cha Cha.
Korang boleh click la kat bawah tu ada front leg la ape la,kalau nak suh I buat different movement.hehe. So,hope you guys enjoy!

Tayar kereta pecah.

Bebelan dari NFM pada 4:45 AM 0 comments
I baru lepas sahur ni. Btw,nak cerita sikit pasal kejadian semalam. Otw, I nak balik Jb. Suppose I balik hari Isnin dengan Raisa tapi Abah tak bagi balik malam. So,dia suruh balik pagi-pagi nanti.So kekonon nak balik at 10am tapi gerak je dah pukul 11am lebih almost 12pm. Then silap jalan lak sebab I khayal pergi naik MEX,so alang-alang tu exit Bukit Jalil lalu Sg.Besi.

Okay dah tiba ke kemuncak cerita,masa kat Pagoh tu tetiba I terdengar ada bunyi.I tengok takde kereta pun dekat dengan kereta I,belakang pun takde kereta. Nasib betul-betul dah sampai kat persimpangan RNR Pagoh,stop kejap then tengok tayar kereta belakang dah takde angin. So,bawak slow-slow sampai Esso. Suruh abang kerja Esso tu tenggokkan tayar.Dia kata tayar pecah.Okay time tu dah jem kejap. Dia tunjuk macam ada besi masuk dalam tayar kereta. Dia tukarkan tyre spare. Wondering, kenapa la takde orang yang bekerja bersihkan apa yang tak patut kat highway tu.Sebab I perasan banyak serpihan tayar di highway. Means ada la benda tajam kan. So,upah la abang tu RM50,time bulan puasa ni kan. Nasib balik siang kalau balik malam tak tahu nak cakap apa.

p/s : tak banyak kereta kat highway.
orang tak balik kampung lagi ke??

Sunday, September 5, 2010

Guitar and speaking london.

Bebelan dari NFM pada 3:56 AM 7 comments
Hey! Just got back from OU and Andalus. Teman orang shopping je. Diri sendiri tak shopping pun. Tadi teman Izz and Apiez masuk kedai guitar. Dorang pun tengah nak usha guitar Martin. OMG! Sedap gila bunyi dia boleh tak.Then bro tu bukak guitar John Mayer,amik kau RM14000 okay! Cantik! Ada yang Martin jugak color silver,limited guitar,ada 3 je dalam Malaysia,RM4300. Smart! Tengah mengapi-apikan Izz suruh beli :D

* Ceyh sekarang dah pandai nak berbual pasal guitar!haha

Ni ada cerita kelakar,masa kat Andalus tadi,ada la dalam 4orang perempuan kot duduk sebelah meja kitorang.Macam budak-budak baru nak up gitu kot.Lipstik merah,blusher pink itu satu kemestian bagi mereka.Itu bukan sebab mengapa kelakar okay.Sebabnya, ada sorang tu nak mintak ice. At first dia cakap Malay,

"Bagi ais satu cawan"
Then waiter tu tak paham Malay.
Perempuan tu pun cuba untuk speaking london,begini bunyinya,
"A glass of cawan"

HAHAHA! okay apakah maksud itu? time tu dah nak berdekak tapi terlalu obvious untuk diketawakan.Boleh relax lagi.Ishk,sebenarnya before tu, I dah perasan dah dia asyik pandang meja kitorang sebab meja kitorang ramai lelaki. Tapi tak payah la nak attract orang begitu sekali,kekonon speaking nye :p Tapi bagus la untuk mencuba!

Saturday, September 4, 2010

Awan's BABY!

Bebelan dari NFM pada 3:36 PM 0 comments
Meet Awan's kitten,BABY!




She's so adorable!
Sangat manja!

p/s :Sekejap je umur Kelly and Keero dah 2 tahun.