Tuesday, December 31, 2013

Monopoly Zapped!

Bebelan dari NFM pada 6:29 AM 0 comments
Siapa yang tak pernah main Monopoly seumur hidup dia? Kalau korang tak pernah main, maksudnya korang tak menggunakan masa kanak-kanak yang ada dengan seronok. Hee. Dari kita sekolah dulu bila time dah habis peperiksaan akhir tahun mesti cikgu bagi bawak mainan pergi sekolahkan. Asalkan bermain tu jangan bising. So, ada yang jadi banker la jaga duit semua. Yang tak power Math mesti kena ada calculator kira-kira. Kalau tak Monopoly pun, Saidina.

Aku pun mesti la tak terlepas jugak ada Monopoly dengan Saidina, tapi biasalah mesti ada je yang hilang. Duit hilang la, dadu hilang la, property card hilang la. At last, dah malas dah sebab tiap kali beli baru mesti hilang.

Tapi sekarang ni disebabkan zaman high technology and almost semua orang dah ada smartphone dah boleh Download game Monopoly dekat smartphone or tablet korang. Akan tetapi tahukan anda bahawa itu kurang mencabar sebab macam tak puas?

Haaa, sekarang ni kalau korang pergi Toys"R"us dah berjenis Monopoly dah. Monopoly Empire la apa bagai. Now, aku nak cakap pasal Monopoly Zapped. Korang boleh beli dekat Toys"R"us, aku beli harga RM89.90. Lama dah beli sebab time tu boring teman Apit cari dia punya toys and aku pun rasa macam nak beli jugak. Tapi korang kena ada smartphone yang boleh download Monopoly Zapped ni dekat smartphone korang.



Macam aku ni memang APPLE user. Dalam Monopoly Zapped box ni ada:

  • 4 bank cards 
  • Houses and Hotels
  • Property Cards
  • 2 Dice
  • Game guide
  • 6 tokens
  • Monopoly game board
  • Rubber pads
After you've downloaded the MONOPOLY ZAPPED apps to your smartphone, create a player name. Boleh main sampai 4 orang and letakkan Iphone or Ipad korang atas game board tu, in the middle tau. If taknak Iphone/Ipad bergerak, place the rubber pads dekat game board tu. 

Paling menariknya, bank cards tu! Tak payah guna duit pun, so senang nak jaga takde la cepat hilang. Any transaction jual beli ke apa ke just touch bank cards tu dekat Iphone/Ipad. Seriously, COOL gila. Aku jakun. Dia akan detect which color korang punya bank cards masa korang nak setup new game tu. So, takde la lembab sangat nak kira duit and kalau takde orang nak jadi banker pun takpe sebab memang banker tak diperlukan pun. Hee.Untuk CHANCE card dengan COMMUNITY CHEST card pun memang takde sebab semuanya dekat application tu. 

Kalau nak keluar dari jail ada 3 options, sama ada korang nak bayar je or break out the jail (kena main game konon-konon nak keluar sesenyap dari jail or korang kena roll dice sampai dapat double dice -- normal procedure).  Chance dengan Community Chest pun sama, ada korang kena main game lawan opponent korang tengok siapa yang kalah kena bagi korang duit. Hee.

So, aku memang suka game ni and boleh main dengan adik-adik. Sesuai dengan aku yang jenis tak suka keluar rumah ni. Boleh jadikan activity malam new year dari nak keluar celebrate entah pape tu. Lepas ni nak ajak si Apiez tu main sekali! 

Tapi application ni NOT COMPATIBLE with IPAD MINI ya. Sebab aku dah cuba banyak kali using mine, memang tak boleh detect bank cards. Then, aku main dekat Iphone je. 

Enjoy your quality time with your family & friends!


Simon lari rumah.

Bebelan dari NFM pada 5:15 AM 0 comments

Semalam sangat la panicked! Eqa ketuk pintu bilik bagitahu Simon hilang. Simon tu one of my cat. Dia ni memang jadi favourite semua orang. Actually Simon ni dari kecik memang tak pernah pun lepaskan dia kat luar, kalau lepas pun kat porch kereta tu pun ada orang jaga dia. Dulu time dia kecik dia terlepas keluar rumah pun dia tak pergi mana, duduk je depan pintu, bukak pintu terus masuk.

Ni langsung takde. Aku dengan muka mengantuk terus keluar dengan Eqa cari Simon kat rumah-rumah taman ni. Jerit-jerit panggil dia. Risau sangat! Lagi risau kalau orang dah amik dia. Tapi still takde jumpa jugak. 

Bila petang hujan pulak. Lagi la risau asyik fikir dia je mana dia pergi semua. Sebab tahu dia tak pernah pun keluar berdikari sendiri. Aku siap bagitahu guard and jiran lagi kalau nampak tolong bagitahu. And aku post kat Facebook taman aku ni in case dorang ternampak or teramik. 

Tengah malam tetiba adik aku Daus yang kebetulan tengah ada kat luar jerit dia dah jumpa Simon. Ingatkan dia bergurau je, then aku, Abah and Apit turun, betul Simon dah balik! 

Daus cakap dia tak sedar Simon datang dari mana sebab time Daus tengah pandang cage Kelly & Lucky, si Simon meow dari belakang. Pergh! Happy gila! Terus bagi dia makan sebab dia lapar. Kesian! Tu la siapa suruh lari rumah, kalau duduk rumah ke kan dapat makan.


Alhamdulilah dia tahu jalan balik rumah and takde orang amik dia. Mesti dia ada berteduh dekat memana time hujan sebab bulu dia tak basah langsung. 



WE LOVE YOU SIMON! Please, jangan buat perangai macam ni lagi. Gugur jantung kami semua. 

Sunday, December 29, 2013

Career?

Bebelan dari NFM pada 11:52 PM 0 comments


Sekarang ni aku macam confuse nak apply kerja. Should I go for an Accountant or as an Auditor. Aku dah habis study dari October haritu. Diploma in Accounting and Bachelor of Accounting. Time diploma aku internship for 3 months dekat Royal Custom Johor Bahru, department 'Pasca Audit'. Then, bila time degree, aku buat internship dekat KPMG Johor Bahru as an Auditor. See, aku cuma ada experience in audit sahaja. Kekadang tu ada la jugak nak tahu job scope sebagai accountant tapi memang aku tak berpeluang sebab time diploma tu aku dapat department Audit untuk internship, bila time degree tu memang students kena apply audit firm. So, now aku sangatlah keliru dah memang tak tahu dah ni.

Bila aku mintak opinion kengkawan, apa yang dorang cakap mesti "Alaa na, kenapa kau nak kerja. Tak payahla. Kau kan ada business sendiri focus tu je la" Ya, memang semua orang akan cakap benda macam tu. Aku memang tak nafikan yang at first memang aku cakap aku taknak kerja la apa la. Tapi itu omongan kosong time aku study dulu. Bila dah habis study ni, aku tahu aku kena jugak kerja. Cari experience and of course la kena cari duit wei. Aku ni suka shopping and expenses sebagai seorang perempuan ni bukan murah. Selama ni memang la Abah bagi itu ini, tapi aku dah 25 tahun dah sampai bila nak susahkan Abah. Kesian Abah. Jadi, aku memang kena kerja untuk diri aku sendiri. Apa yang bakal terjadi masa depan nanti kita belum tahu lagi kan.

Business tu tetap akan diteruskan sebab benda tu aku memang suka and aku buat dengan ikhlas. Bila kita suka dengan benda tu, kita mesti buat dengan ikhlas. Walau penat buka booth every week, angkat barang, panas hujan memang tak nafikan penat tapi aku seronok sebab aku ikhlas. So, aku akan teruskan juga.

Okaaay back to our topic, aku still keliru. Any opinion from you?


Btw,saja nak share satu status Facebook dari Farah Lee :

Buat kerja yang kita suka ni, sakit penat sekalipun, ikhlas tu senang ada. Kerja ikhlas, Allah suka. 

Kepada yang masih pertikai kenapa saya memilih 'business' sebagai kerjaya, bukan 'engineering', ingat, menuntut ilmu itu tanggungjawab dan mencari rezeki juga tanggungjawab tetapi tak semestinya kita 'wajib' kerja dalam jurusan belajar kita.

Saya minat belajar engineering tetapi saya tidak minat bekerja sebagai engineer. Jadi saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, yang saya suka, kerana saya khuatir jika saya paksa diri untuk bekerja sebagai engineer, ikhlas tu tak ada bersama.

Rugi ilmu.? Belajar jauh-jauh, balik tak berbakti pula.? Pada saya, tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu dan tak semestinya saya mesti kerja sebagai engineer untuk berbakti. Proses pembelajaran adalah proses men'develop' thinking skills, kematangan utuk melihat dan menyelesaikan masalah. Apa pun bidang yang kita belajar, konsepnya adalah sama. Dan, ilmu, walau dilihat 'tidak dipraktikkan', tidak akan pernah tidak berguna.
WELL SAID! 




Saturday, December 28, 2013

Goalboard si Cinta Hati.

Bebelan dari NFM pada 7:07 AM 0 comments
Hello!

Sejak duduk rumah 24jam ni, kat rumah aku online je sentiasa. For now, aku dok sibuk dengan segala coding html untuk mencomelkan blog ni and my online shopping blog. Serious wei lama dah tak sentuh bab coding ni. Dulu zaman Myspace and awal-awal blogging rajin la jugak then lama-lama malas dah. Now, baru berkobar balik. 

Then, si Apiez ni --tunang aku, (eceyh sekarang dah boleh panggil tunang dah.Lol!) tanya aku busy ke tak sebab dia nak mintak tolong buatkan Goalboard. Yang bestnya dia kata, dia kena print esok petang sebab esoknya nak kena submit. Huyoo, dengan tak berbekalkan knowledge Adobe Photoshop atau apa pun, aku cuba sedaya mungkin. 

Walaupun dengan keadaan demam yang dah nak pergi tapi sakit mata yang baru singgah, terkebil-kebil mata dok buat. Then, taaaraa! Siap dah! 


4 goals yang dia nak achieve next year! Mestilah dalam goals tu ada aku sekali. Wiwiwiwi. 

Ni la Goalboard by Fharina Mohd. Eceyh. Semua tu tanpa menggunakan Adobe Photoshop atau segala jenis brushes pun. Semuanya perlukan kecanggihan smartphone anda. Nasib baik Iphone aku ni memang penuh applications untuk edit gambar sebab segala jenis announcement ke template gambar FhenaWardrobe semua guna Iphone je. 

Dia suka dengan Goalboard ni, hopefully suka yang jujur la janganlah sekadar amik hati. 

So, Goodluck cinta hati! Semoga you menang dapat RM400 tu! Eh, silap bukan you tapi KITA! 

Kesimpulannya, aku dok berfikir yang aku ni sebenarnya time belajar salah amik course ke? Haha. 


Solat tapi telekung kotor?

Bebelan dari NFM pada 5:08 AM 0 comments

Dari dulu sampai sekarang aku selalu tertanya-tanya kenapa kebanyakan telekung dekat surau atau masjid especially dekat perhentian selalu kotor. Kotor tu maksudnya, berbau and memang kebanyakannya ada tahi lalat sampai kita sendiri rasa geli and tak selesa nak pakai. 

Dulu aku sekolah agama dari kecik, dari Fardhu Ain sampai la habis darjah Khas. Bila time aku sekolah agama petang, memang akan ada rehat untuk pergi solat Asar. Masjid Jamek tu memang bebetul sebelah sekolah tu. Tapi student lelaki solat dekat masjid and perempuan kena pergi surau sekolah. Memula tu kekonon tak bawak telekung dari rumah tapi bila kekadang tengok keadaan telekung macam tu, terus berkobar-kobar sanggup bawak dari rumah. Aku tak cakap semua telekung macam tu ada jugak yang bersih tapi bila kita dah nampak yang kotor mesti la kita risau dapat yang kotor kan.

Then, aku pernah solat dekat surau satu tempat ni time tu aku ada bukak booth FhenaWardrobe. Aku punya la sangat terkejut sebab telekung yang disediakan kat situ sampai agas-agas and lalat berkerumun terbang-terbang. Nasib baik la time tu aku memang bawak telekung sendiri.

Kan kita kena solat dalam keadaan bersih. Bersih segala tubuh badan, pakaian kita. Takkan la bila nak dating dengan boyfriend je kena pakai bersih-bersih, wangi-wangi. Nak menghadap Allah SWT lagi la kena bersih wangi -- cinta kekal abadi tu dengan Allah SWT je tau. 

Korang janganlah pulak lepas baca ni cakap aku gedik mengada pulak sebab aku rasa tak salah memilih untuk kebaikan kan? Ada sebab kenapa aku buat entry ni sebabnya tadi aku tengah online and terbaca kat sinar harian pasal telekung ni. Meh sini, aku copy paste bagi korang baca ya.


Rengekan Sofea cetus idea cuci telekung
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Disember 2013


RENGEKAN anak sulongnya, Sofea Najihah untuk tidak mahu bersolat kerana telekung wakaf yang disediakan kotor dan busuk semasa berhenti menunaikan solat Maghrib sebuah perhentian menjadi pencetus idea kepada Norazila Abdul Aziz atau panggilan mesranya, Zila untuk menjalankan aktiviti kebajikan mencuci telekung wakaf.

"Memandangkan ketika itu usia Sofea menjangkau 7 tahun, saya cuba melatih dia untuk bersolat dan memang Sofea tidak pernah tinggal solat sehinggalah kejadian itu. Sedang kami bersiap-siap untuk balik Sofea bersoal jawab mengenai kebersihan dalam Islam.
"Mama cakap Islam itu bersih, tapi kenapa Sofea tengok orang dewasa tak jaga kebersihan telekung di sini?” Sehinggalah Sofea berkata lagi, "Mama, bukankah kita kena buat baik, kalau ini telekung wakaf, kenapa kita tak tolong cuci? Telekung di sini dah terlalu kotor. Kitakan kena selalu buat baik," katanya kepada Rehal.

Menurut Zila, anaknya berhenti bersoal jawab apabila dia bersetuju untuk membawa balik telekung berkenaan sementara meninggalkan telekung yang dibawa sebagai ganti.
Jujur Zila katakan dia berbuat begitu hanya untuk memuaskan hati anaknya. Langsung tidak terfikir di benaknya untuk melangkah sejauh ini.

"Cucian demi cucian, saya dan Sofea lakukan. Kami menjadi lebih bersemangat apabila ada pengguna yang mula sedar telekung di situ semakin bersih dan tertanya-tanya siapa yang mencucinya.

"Saya mendidik Sofea untuk menyimpan kebaikan yang dilakukan kerana ia rahsia antara hamba dan ALLAH. Sofea faham dan ini menjadikannya aktiviti yang lebih menarik dan kami namakan Telekung Project (TP) sebagai tagline projek rahsia kami," kata suri rumah sepenuh masa ini.

Menurutnya, aktiviti TP dilakukan secara rahsia lebih kurang lapan bulan. Sehinggalah Zila mendengar kuliah Maghrib dan ustaz itu membincangkan mengenai kebaikan yang perlu disorok dan perlu disebarkan.

Pada 14 October 2011, kelab peminat TP di laman sosial Facebook yang pertama ditubuhkan. Pada 15 Ogos 2012, TP berdaftar secara rasmi sebagai sebuah badan bukan kerajaan berdaftar (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah NGO sehingga kini.

Zila menjalankan aktiviti cuci telekung ini di kawasan yang mampu Zila beristiqamah iaitu berdekatan rumah dan mana-mana laluan yang dilalui semasa menghantar anak sekolah.

Namun, melalui perkongsian FB boleh dikatakan TP berkembang ke seluruh Malaysia dengan cepat.

"Telekung  yang dicuci ada tanda TP dan jujurnya untuk saya sendiri lebih suka ‘berahsia’ walaupun TP sudah meluas. Saya masih menggunakan tanda butang yang dijahit seperti bunga untuk saya menjalankan project TP. Kerana butang dan bunga itu simbolik mula-mula saya dan Sofea berTP.

"Ramai yang beranggapan TP ini adalah sebuah perniagaan menjual telekung dan ramai yang terkejut bila saya katakan TP adalah sebuah NGO. Ramai yang bertanya kenapa pilih nama TP, saya akan jawab dengan bertanya , “Bilakan waktu kita pakai telekung?” dan ramai yang menjawab waktu solat. Waktu solat adalah waktu yang cukup istimewa dan perletakkan telekung itu juga cukup istimewa, ia tidak dipakai untuk aktiviti yang sia-sia.

"Maknanya telekung itu melambangkan keistimewaan dan project pula melibatkan fasa-fasa idea, perancangan dan perlaksanaan, pendek kata TP bermaksud projek yang istimewa," katanya di akhir bicara.

Setakat ini FB TP dilike seramai 114000 dan TP diikuti individu yang mempunyai semangat yang sama. Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah ‘adik’ TP dan kini mereka juga telah berdaftar sebagai satu badan NGO lain walaupun sama aktiviti.
Betapa berpuas hatinya Zila jika lebih banyak NGO lahir daripada usaha cuci telekung ini. Kerana tidak logik dan tidak mungkin Zila mampu cuci telekung satu Malaysia dan TP adalah medan untuk Zila menjayakan aktiviti ini. Di TP, Zila mengamalkan konsep sukarelawan terbuka (nak buat…. tak nak …. tak mengapa…). Sebab rezeki itu milik ALLAH dan rezeki kita tidak sama.

So,comel kan apa yang dia dengan anak dia buat. See, budak kecik tu pun rasa apa yang aku rasa. So, hopefully sesama la kita tolong jaga condition telekung wakaf tu. 


Thursday, December 26, 2013

Forgot password.

Bebelan dari NFM pada 12:30 AM 0 comments
Hi!
I am very frustrated. I forgot my password for Yahoo Mail and Hotmail. Ini semua gara-gara dah lama tak log in email. The worst part is, Yahoo Mail is recovery email for Hotmail and Hotmail pulak recovery email for Yahoo. So, nampak tak stressed dia cemana?

Tapi yang peliknya kenapa takde security questions aku kena jawab pun? Kalau ada security questions, of course dah dapat dah reset new password. Duh! Dari semalam dok menghabiskan masa cari solution.

Anyone knows?


Monday, December 23, 2013

To mommies out there!

Bebelan dari NFM pada 3:30 AM 3 comments
Hi!

What I am going to write about is not criticism but luahan hati sendiri. Dalam umur aku 25 tahun ni, of course la ramai kawan yang dah kahwin dah ada anak. Aku tak rasa pun macam nak iri hati ke sebab aku percaya jodoh pertemuan tu kan di tangan Allah SWT. Of course la rasa happy sebab kawan dah kahwin and dapat baby dah. 

Tapi apa yang aku rasa macam a bit annoyed bila kasih sayang suami isteri and obses anak tu melampau sangat. Terlampau obses macam dia je ada suami and macam dia je ada anak macam tu. Kenapa aku tak cakap kat suami? Sebab lelaki ni jarang sikit nak tunjuk obses dia kat anak ke kat isteri kat public. 

Contohnya, 
  • Si isteri tinggalkan comment kat Facebook/Twitter si suami yang tengah kerja "Rindu la cepat la balik. Tak sanggup nak pisah lama-lama" -- Pergh! Aku rasa macam nak muntah je. Boleh tak gunakan Whatsapp ke SMS je si suami tu. or "Yeay! My Hubby memang lelaki yang paling handsome baik romantic, untung I jadi wife dia" --- Dok sibuk sangat puji husband sendiri kang orang lain kebas laki kau kang, time tu la cakap suami tu teruk la apa la.

  • Si isteri share something about cute babies kat Facebook, then tagged si suami dengan caption, "Abang, you should see this, baby dalam video ni comel sangat bijak sangat sama dengan anak kita! Kita dah berjaya didik dia jadi bijak!" --- Padahal si ibu tu baru habis pantang, gaya cakap macam anak dah bersar sangat boleh cakap. Kan boleh je tunggu si suami tu balik and share dengan dia sendiri dari menimbulkan perasaan meluat orang.

  • Si isteri baru lepas bersalin and update status Facebook, "Hi! I dah bersalin and its baby girl! Korang mesti tak sabar kan nak tengok gambar anak I sebab I tahu korang mesti jeles gila sebab anak I memang cute!" --- Tak salah nak cakap anak sendiri cute sebabnya semua orang akan mengaku yang anak dorang tu cute tapi orang lain pandang tak sama. So, janganlah over confident nak cakap semua orang jeles sebab anak kau tu cute sangat. Bak orang kata, jangan riak. 

  • Si isteri ni baru dapat sorang anak sedangkan kawan dia ni dah ada 3 orang anak, tapi cara dia nasihat kat kawan dia ni "Hey babe, kenapa u makan benda tu tak elok la untuk baby ni nanti, time I pregnant dulu I makan bla bla bla bla, then I selalu amalkan bla bla bla bla, you patut ikut cara i babe baru betul" --- baru kahwin and baru dapat anak sorang yang tak pandai merangkak lagi dah tunjuk pro macam dia anak 10 orang. 

  • Bila jumpa kengkawan and kawan ni bercerita pasal anak lagi sorang kawan. Si isteri mula la, "Oh sama la dengan anak I tapi anak I lagi pandai tau" -- Bercerita pasal anak dia sorang je la sampai tak boleh orang lain cakap pasal anak orang lain. 

Tu la antara contohnya yang memang buat aku meluat. Maybe sebab aku tak kahwin lagi and takde anak lagi so takde la aku rasa excited macam tu tapi In Shaa Allah aku cuba untuk tak menjadi riak dikhalayak ramai sebab aku taknak orang lain meluat macam aku rasa meluat kat segelintir orang macam sekarang ni.

Then, most important issue is BREASTFEEDING! Yes, memang digalakkan si ibu bagi susu badan kat anak but please tengok sekeliling. Mostly yang aku jumpa, orang bagi susu badan kat anak in public  WITHOUT nursing cover. Just angkat baju and terus halakan kat mulut anak. Especially, melayu yang bertudung. What's wrong with you? Tak salah nak susukan anak tapi cara tak elok. Aku yang perempuan terpandang pun jadi segan, apetah lagi para lelaki yang penuh imaginasi tu. To mommies out there, please beli nursing cover and jangan upload gambar tengah netekkan baby anda.

Still dalam topic susu badan. Nowadays, Instagram and Facebook bersepah orang upload gambar hasil perahan. Ya, nak pump susu pun pump la tapi tak payah la nak upload gambar dengan caption "Wow! I'm a proud mother, susu badan dapat pump banyak". Gambar tu aku tengok geli tau. Tak payah la sampai nak upload gambar susu yang dipump or buat status Facebook/Twitter " Now, tengah pump susu tetek untuk anak" ---OH PLEASE!


Okay habis cerita pasal susu cap gantung. Korang mesti kenal Fynn Jamal dengan Atita Haris kan? Serious aku memang obses dengan anak dorang Juna & Opi. Memang comel sangat and bijak. Ya, ini aku ikhlas cakap sebab setiap malam aku akan pastikan aku dah tengok video and gambar Juna&Opi kat Instagram. Serious tu memang semua orang cakap comel sampai followers pun sampai beratus ribu. 

Tapi kekadang orang yg comment tu pulak, "Eh muka dia sama dengan anak i" and siap upload gambar dengan hashtag FynnJamal. Tapi bila aku tengok macam jauh beza je. Comel memang comel tapi tak sama langsung. See, macam ni la aku cakap pandangan orang tak sama. Nasib baik takde orang kejam comment kat dia, "Kak, rasanya tak sama langsung. Juna lagi handsome and comel" Nasib baik tau. Kang tak pepasal menanggung malu. 


So, akhir kata (eceyh) jangan terlalu bangga dengan apa yang kita and simpanlah romantik rumahtangga korang suami isteri tu antara korang, jangan dok update sana sini. 


Mohon maaf kalau ada orang yang terasa. 




Tuesday, November 12, 2013

Dear Allah,

Bebelan dari NFM pada 11:49 PM 0 comments
Dear Allah,

As I thank you for the gift of life,
I also thank you for the gift of wonderful people I have met along this journey.
Some of them inspire me,
stretch me,
challenge me,
love me and encourage me.
All of them helped me to realize how meaningful and beautiful my life is.
I love them so much.
Bless them with good health, security, wealth, success, peace and joy.
Grant their prayers too.

Amin.

The End.

Bebelan dari NFM pada 11:44 PM 0 comments
" And then all of a sudden
we just stopped
loving one another
no warning
no foreshadowing
just a sharp abruption
a sudden ending
The End"

Rezeki.

Bebelan dari NFM pada 11:42 PM 0 comments
Setiap manusia rezeki tidak sama,
ada yang dapat kerja awal,
ada yang dapat jodoh awal,
ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi,
ada yang murah rezeki,
sentiasa untung,
cukup semua keperluan dan macam lagi yang Allah bagi,
tapi jangan sombong,
sebab itu semua hanya pinjaman Allah SWT.
Ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan. 

Friday, November 8, 2013

Random update.

Bebelan dari NFM pada 3:52 AM 0 comments
Hi!

Tetengah malam tetiba rasa nak berblogging pulak. Now tengah kusut and takde idea nak buat hantaran ni wei. Semua kena buat sesorang. Kalau arwah mak ada mesti arwah mak dah tolong buatkan. Majlis dalam 2 minggu lebih lagi tapi macam tak buat apa-apa lagi. Belum juga nak invite orang secara official. Yang aku sibuk sangat dekat rumah ni sibuk menjahit. Dah gian sangat dengan sewing machine tu. Time study dulu tak sempat nak menghabiskan masa dgn mesin. So, inilah masanya.

Lately ni aku makin berisi. Mana taknya makan tido makan tido je kerja. Haritu pergi Jakarta and Bali pun dah naik almost 3kg. Duduk rumah Abah kat Jakarta kerja asyik nak makan je. Eh Fharina, kau jangan nak cari pasal, aritu dah pergi ukur baju dh. Ni kalau baju dah siap, pergi fitting sekali ketat kat mana-mana nanti, padan muka.

Lagi satu dilemma aku pasal nak cari kerja ni. Disebabkan aku dah kembali menetap kat JB ni so kena la cari kerja dekat JB. Lagipun JB tak jem. So, tak perlu la risau sangat and takde tol. Tapi the problem is, aku nak kerja kat mana and as an auditor ke accountant? Dilemma sangat tu. Kekadang rasa macam taknak kerja lagi tapi jangan cari pasal wei aku ni dah la suka beli itu beli ini memang duit tu tak cukupla dengan apa yang ada sekarang. Plus, takkan la aku nak membebankan Apiez sesorang cari duit. Kesian dia.

Before this memang la aku kerja dekat 'big four' company as an auditor time internship dulu. Memang aku tak nafikan mmg its such a good experience but confirm la rasa dibuli wei kalau dah sampai aku yg nak kena collect all the working papers yang tak pakai and pergi buang. Aku sorang je pulak tu padahal ada je budak intern lain tapi of course la dorang bukan Melayu kan. Then, bila aku rasa macam sangat racist bila pergi audit tu, as usual aku je malay and dorang cakap bahasa dorang and aku ni macam tunggul. Time tu please la jangan cakap aku sombong sebab bukan salah aku. Another thing is, bila kena pergi tempat client aku je kena drive padahal tempat tu 10min je dari rumah aku but aku kena pergi amik sorang-sorang dari rumah dorang and dari office jugak. Walawei, setiap kali wei, setiap kali. Aku tak kisah pun boleh claim duit minyak apa semua, the problem is tenaga aku ni tak boleh claim. Memang aku rasa nak pergi balik kerja tempat tu, tapi bila kena buli and racist tu aku rasa macam susah.

Jadi, aku kena berfikir dengan semasak-masaknya and decide. Tapi yang penting aku akan fikir pasal kerja after habis majlis and after aku habis bercuti kesana kesini.





Monday, September 16, 2013

Final exam yang terakhir.

Bebelan dari NFM pada 7:46 PM 2 comments

Bonjour!

This is my last semester. Final exam will be starting tomorrow. *Nak yeay ke nak nay? Disebabkan ni last sem, ada 2 subjek je, French dengan Forensic Accounting. Tu yang Bonjour sangat tu kan. So, hopefully, Allah swt permudahkan segalanya! Taknak extend dah. Paling cuak bab grammar in French tu, grammar in English pun bukan 100% power , apa lagi grammar French. Essay 300 words tau. 

Jadi, doakan exam aku esok dan Khamis ya. 
Sayang korang yang baca ni! :D 

5 lessons in life.

Bebelan dari NFM pada 7:28 PM 0 comments
Good advice!

5 Lessons in life from Dr.Seuss.

1. Today you are You, that is truer than true. There is no one alive who is Youer than You.

2. Why fit in when you were born to stand out?

3. You have brains in your head. You have feet in your shoes. You can steer yourself any direction you choose.

4. Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind.

5. Today I shall behave, as this is the day I will be remembered.


Saturday, September 14, 2013

Lolalovelyshop's Launching!

Bebelan dari NFM pada 5:21 PM 0 comments
Assalamualaikum!

Setiap kali nak mulakan ayat mesti nak kena cakap sorry sebab lama tak update. Busy kononnya tapi bukan la busy sangat pun. Ni nak share cerita pasal launching kedai Nini, LOLALOVELYSHOP.

Untuk yang tak tahu tu, I am one of the vendor dekat LOLALOVELYSHOP BOUTIQUE di Seksyen 16 Alam Avenue, Shah Alam. Kalau korang singgah sana boleh cari space FHENAWARDROBE okay. Aku punya la tu. hihi.

8th September 2013, Sunday. First launching kedai yg baru operasi adalah dalam sebulan time tu. ALHAMDULILAH ramai gila yang datang sampai crowded gila and beratur nak bayar kat cashier pun bukan main panjang macam ada MEGA SALES dekat Sogo macam tu. Setiap vendor kena ada kat tempat memasing untuk deal dengan customer, nak bagi discount ke apa vendor punya kerja la tu, then dorang kena bayar dekat counter. Ainul Aishah yang pelakon tu pun datang tau shopping. Ala yang sekarang famous dengan Ainul's Cookies yang delicious tu. Tapi aku tak sempat nak amik gambar dengan dia sebab ramai customer nak kena handle time tu. Alhamdulilah.

Ada makan-makan sekali. Serious asyik makan je kat situ. Karipap sardin paling best! Memang muka aku je la yang sibuk sangat amik karipap sardin tu. Dikesempatan tu jugak, dapatlah kawan baru berkenalan dengan vendor yang lain. Aku ni jenis yang tak reti nak approach orang tapi hari tu perasaan dia lain macam sikit sebab excited kot. Wee. Dalam ber-business ni tak boleh la kan nak sombong sangat. Serious seronok dapat kawan baru.

Launching sampai pukul 6pm, ALHAMDULILAH atas rezeki yang KAU berikan YA ALLAH. Aku bersyukur sangat. Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan. AMIN.












Sunday, September 1, 2013

Kenapa hati tak tenang?

Bebelan dari NFM pada 4:51 AM 0 comments
Kenapa la hati tak tenang?

Macam mana hati nak tenang,
Kalau solat pun kurang.
Buat tahajjud pun jarang.
Bila sedih kau cari kawan, bukan cari Tuhan.
Bila ada masalah musik dan lagu jadi hiburan, Al-Quran mana nak layan.
Dibibir pula rajin mengumpat, taubatnya tidak.
Bila ada masalah, laman sosial jadi tempat luahan, tikar sejarah taknak pandang.

Jadi jangan ditanya kenapa hati tak tenang, 
Kalau hidup pun jarang ingat Tuhan.

*pengajaran untuk diri sendiri dan untuk semua.

Friday, August 16, 2013

Woman

Bebelan dari NFM pada 2:21 AM 0 comments
WOMAN
was made from the rib of man, 
she was not created from his head to top him,
 nor from his feet to be stepped upon,
she was made from his side to be close to him,
from beneath his arm to be protected by him,
near his heart to be loved by him. 

Wednesday, August 14, 2013

The only Daddy.

Bebelan dari NFM pada 2:55 AM 0 comments




Ya Allah,
Kau panjangkanlah umurnya,
Kau ampunkan dosanya,
Kau lindungilah dia,
Kau murahkan rezekinya,
Dan Kau berilah dia kesihatan yang baik,

Kerana kami hanya ada dia.

Amin. 

Saturday, August 10, 2013

Takdir

Bebelan dari NFM pada 10:50 PM 0 comments
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang.
Memberi apa yang tidak dirancang,
Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.

Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
menyulam eri kasih dan sayang,
menanam erti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,
menyemai benih keakraban,
serta memberi peluang menilai siapa sahabat,
siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.



*sambil makan Dodol Durian.
  Nyummy!

Monday, July 15, 2013

Tak semua org tua itu betul.

Bebelan dari NFM pada 4:51 PM 0 comments
Semalam ptg pergi Bazar Uda, otw nak balik tu ada sepasang suami isteri dukung baby tengah melintas. Then, takkan la nak jalan je kan, so stop la bg dia jalan. Kang jalan je kang, memang dorang kena langgar la. Then tetiba kereta belakang hon kuat gila. Driver dia PAKCIK BERSONGKOK tp muka konon rockstar. Dok marah2 kami. Bukak tingkap jerit-jerit suruh berhenti. Mmg aku dgn adik aku buat bodoh je la kan. Time tu adik aku drive. Pakcik tu siap tunjuk2 tangan, lepas tu bawak kereta dia nk langgar kitorang dari tepi. Kereta dia dh la sarat dengan bebudak ada baby semua. Harap je bersongkok and time bulan puasa, perangai macam apa lagi pakcik tu. Tak tunjuk perangai yg baik langsung depan org. Dah kau bawak macam org gila laju bukan main. Kami berhenti sebab org melintas, bawak baby lg org tu. Kalau kami tak berhenti, tak pepasal kami dipersalahkan melanggar org. Ni no plate pakcik tu JKT1320. Pakcik ingatlah nyawa kita ni dipinjamkan je, berubah la perangai pakcik tu sementara sempat ni. Cuba bayangkan org yg melintas tu anak dgn cucu pakcik. Jangan ingt pakcik tua dr kami, pakcik betul. Org tua pun banyak buat salah tau pakcik. Tak semua org tua masuk syurga. Ok terima kasih semua sudi membaca. Selamat berpuasa!



Saturday, June 22, 2013

Away to Korea.

Bebelan dari NFM pada 3:05 AM 0 comments
Hello!

Its 2.56am but I am still awake. Tengah malas nak packing barang and tengah fikir nak bawak baju apa. Paling malas nak gosok baju and packing. I'll be away to Korea from 23rd until 28th. Aku ni dah la jenis bukan yang reti nak pack barang yang sepatutnya. Baju tu macam nak bawak semua sekali je. Luggage dah la 15kg je pergi balik tak upgrade pun but still aku bawak extra bag, in case melebihi 15kg.

Planning pergi Korea lama dah dengan Jieja but this trip macam last minute je buat apa yang patut. Memasing busy nak organize kan semua benda. 3 orang yang pergi. Aku, Jieja and Pidot. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Takde plan nak shopping pun sebab tahu mahal. So nak sightseeing je. *kononnya.

So, doakan kami selamat pergi dan selamat pulang! Amin.

Tuesday, June 18, 2013

Syukur.

Bebelan dari NFM pada 3:10 AM 0 comments
"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.
 Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.
 Puas kita menangis, mencari di mana matahari?
 Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI."

Wednesday, June 12, 2013

Lumrah kehidupan.

Bebelan dari NFM pada 3:16 AM 0 comments
Sudah jadi lumrah kehidupan
Kelebihanmu dicurigai
Kekuranganmu dicaci
Kebaikanmu disalah erti
Keaibanmu ditelanjangi
Kebenaranmu dinafi
Kesilapanmu dicari
Kerana kesabaran itu indah.

Monday, June 10, 2013

Dear Fat.

Bebelan dari NFM pada 1:07 AM 0 comments
I realized that i gain weight! Dah lama tak timbang padahal ada je weight scale dekat rumah. Tadi tergerak hati nak timbang sebab most of my clothes dah tak muat. Guess what? 

I GAIN 7kg! OMG! 

Huwaa rasa macam nak nangis. So, azam baru nak kurangkan berat. Especially before majlis pertunangan. Please! 

Memang selalu rasa nak jogging pepetang dekay Cyberpark but Apiez tak bagi jogging sesorang. Tapi macam cool je kan sesorang. Eceyh! 

And my dear body, my dear fat, i dont hate you but please i want a pretty body figure. Tolong la lemak jangan asyik nak berkumpul je, try untuk berpisah please.

Sunday, June 9, 2013

Risik merisik.

Bebelan dari NFM pada 4:04 AM 2 comments

Sabtu
08 Jun 2013

Kata sepakat telah dibuat. Family Apiez datang merisik. Aku sekeluarga dah buat preparation apa yang patut. Ye la orang datang rumah takkan la taknak sediakan apa-apa kan. Buat la jugak makan-makan untuk kedua belah pihak. 

Thank you untuk Pak Uda, Madsah and family yang masak-memasak. Pak Long yg jadi tukang cakap. And semua family la yang datang. 

Alhamdulilah cincin merisik dah disarungkan setelah bercinta tanpa henti selama 6 tahun 3 minggu 2 hari. Syukur semuanya dah disetujui. So, bak kata orang, one step closer la ni kononnya. Eceyh!








Thursday, June 6, 2013

Ku Mohon.

Bebelan dari NFM pada 6:58 PM 0 comments
" Ya Allah,

Aku adalah seorang hamba yang kerdil dimuka bumi ini.
Aku kadang kala alpa dengan kehidupan duniawi.
Aku sering kali leka mengejar kesenangan dunia.

Ya Allah,

Aku mohon keampunan darimu.
Hanya kepadamu aku berserah dan memohon.
Ampunkan dosa ku ini.

Ya Allah,

Jauhkan aku dari gangguan syaitan ini.
Tutupkan telingaku dari mendengar hasutan iblis ini.
Kuncikan hatiku dari meresapi ajaran syaitan.

Ya Allah,
Hanya padaMU ku bermohon.

Ya Allah,

Murahkan rezekiku dan ahli keluargaku.
Murahkan rezeki si dia dan ahli keluarganya.
Aku mohon, kuatkan ketabahan hati dan iman antara kami.
Berikan kami ketenangan hati dan jiwa dalam menempuh kehidupan ini.

Ya Allah,

Ku mohon kepadaMU, terangkan hatiku dan lancarkan pertuturanku.
Berikan aku kepandaian dan kebijaksanaan.
Berikan aku penerang hati agar mudah bagiku menerima ilmu.

Ya Allah,

Jauhkan aku dan dia daripada maksiat dan zina.
Limpahi kami dengan cahaya keimanan.
Bersihkan hati kami Ya Allah, agar sentiasa ingat akanMU.

Ya Allah,

Andai dia jodohku, kuatkan hati kami.
Murahkan rezeki kami.
Murahkan urusan kami.
Hanya padaMU ku bermohon Ya Rabb. "

AMIN. 


Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami. Amin Amin Amin. 

Sunday, May 12, 2013

Luahan hati.

Bebelan dari NFM pada 6:03 AM 0 comments

Mak, dulu disaat kami perlukan mak, mak sentiasa berada bersama kami tetapi sekarang kami perlu kuat dan tabah untuk teruskan hidup ini. 

Mak, dulu sering sahaja kami terdengar gelak tawamu, marahmu dan teguranmu tetapi sekarang kami rindukan semua itu. Marah la kami. Tegurlah kami. Kami rindukan suaramu.


Mak, dulu bila kami terlantar sakit tak bermaya, kau gigih menjaga kami dan merawat kami tetapi sekarang kami cuba kuatkan diri.


Mak, dulu sering sahaja kau menyediakan semua masakan kegemaran anak-anakmu tetapi sekarang kami semua laparkan masakanmu.


Mak, kalau dulu kami sering sahaja mahu kemana-mana bersama mak tetapi sekarang kami mematangkan diri untuk jadi lebih berani.


Mak, kami rindukan mak. Rindu sangat. Masih terngiang lagi kali terakhir Anna pandang wajah mak disaat memandikan jenazah mak, dikafankan dan mahu dikebumikan. Takkan pernah lupa saat itu. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan diriku kesempatan untuk kali terakhir itu.


Terima kasih menjaga kami Mak. Takkan ada satu pun yang dapat menggantikan kasih sayang Mak kerana Mak adalah ratu hati kami walau apa pun yang terjadi. Happy Mothers Day Mak. Anna sayang Mak.


AL-FATIHAH. 

|NorLaila binti Majid (1968-2010)|

Thursday, May 9, 2013

Belief.

Bebelan dari NFM pada 7:44 AM 0 comments
I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go. Things go wrong so that you appreicate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself.

Monday, February 25, 2013

Vendors yang HAVOC!

Bebelan dari NFM pada 10:07 PM 0 comments


First of all, nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat customers yang datang, organizer and lain-lain lagi. Bazaar kali ni seronok sangat! Berbeza dengan sebelum ni. Sebab kali ni semua vendors sporting, tak lokek info and friendly sangat!

Yang penting, siap dapat makan cake free dari Dollies Cake, makan muffin and ice cream Malaysia free dr Wanie and dapat minum Mocha Organo dr K.Liza, Abg Rayyan, Fadhil and Anis. Asyik makan minum je kat situ. Tak terasa lapar langsung. Walaupun baru kenal tapi dah rapat.

Gambar dekat atas tu tak semua vendors yang ada sebab ada yang dah balik. Paling best dalam bazar kali ni sebab vendor from MIBICHOO MODA siap buat CATWALK FASHION SHOW lagi. Curlas gitu tau! Asyik ketawa je sebab dorang sangat la ceria and meng-havoc kan suasana. Dah lepas dah masa 2 hari bersama mereka and confirm saat tu akan dirindui. Kami semua siap tukar-tukar contact no lagi sebab nak bukak booth sesama nanti. 

Walaupun penat dari jam 12pm-12am, tapi seronok sangat sampai tak rasa. Dapat jumpa kengkawan baru yang tak lokek. Betul orang cakap kengkadang orang luar tu lagi bagus and baik dari kengkawan kita sendiri yang kekadang tikam belakang and lokek ilmu and info. 

Tak sabar untuk next event. 



Friday, February 22, 2013

FhenaWardrobe at Uno Bazaar Darth Monroe.

Bebelan dari NFM pada 9:31 PM 0 comments
Assalammualaikum! 
Weekend ni FhenaWardrobe will be having a CLEARANCE SALE di Seksyen 7,Shah Alam.
Here, i attached dengan map sekali, so jemput datang ya :)











Thursday, February 21, 2013

Broga Hill!

Bebelan dari NFM pada 12:30 AM 2 comments
Dari time sekolah dulu aku suka sangat camping, jungle trekking semua. Aku suka masuk hutan la senang cerita. Sebab ciptaan Allah SWT ni sangat indah. Tersangat la indah. Subhanallah. 

Jadi, ter-rancang la activity panjat-memanjat ke Broga Hill. Naik Broga Hill dengan Apiez the boyfriend, Jieja, Azzfar, Yuzzyne and Cikna. Kami start naik pukul 6am kot. Tak silap la. Time tu ramai sangat orang. Siap sesak lagi kat atas tu. Masa nak naik tu gelap so kaki ni melangkah ikut je mana kaki nak pijak. Ni first time kami naik Broga Hill. 

Bila dah sampai atas tu, MasyaAllah Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah SWT. SUKA SANGAT! Tapi tak naik sampai puncak atas yg batu-batu tu. Next time InsyaAllah. 

Okay dah puas duduk atas tu amik gambar semua and sebelum matahari memancar dengan lebih terik. KamI pun turun la. Bila nak turun tu fikir semula, "Macam ni ke aku naik tadi?". Serious macam tak percaya. Bila badan ni makin berat, bila nak turun kemain susah lagi nak break tau. Macam laju je. Lebih kurang macam kita golekkan satu guni bawang. Cenggitula rasanya. 

Naik Broga Hill ni kira dah boleh tick satu list dekat wish list la ni. Lepas ni teringin nak naik ATV tu pulak. Nak kena plan dengan kengkawan and make sure boyfriend kena ada! Tak lengkap rasanya bila buat sesuatu yang seronok tanpa dia. Yeay cant wait for the next activity! 



















Monday, February 18, 2013

Yeay dah sihat!

Bebelan dari NFM pada 2:51 PM 0 comments
Alhamdulilah.
 I just got back from Puteri Specialist Hospital buat check up. Appointment October hari tu tapi after 4 months baru nak datang. Memula sampai tu nurse bising la jugak sebab lambat datang then ubat tak makan sebab ubat tokleh stop la bla bla bla. After buat blood test,mahunya 2 jam lepas tu baru dapat jumpa doctor. 

So, doctor kata hyper tiroid aku dah kembali normal and sakit Pneumonia tu dah okay dah cuma sometimes aku still rasa sakit dada and depends on healer je la. So, yeay I'm fully recover takde nak kena makan ubat dah. Doctor cakap ubat dah boleh stop dah. Tunggu after 4 months baru datang balik buat blood test lagi untuk tiroid. 

Syukur Alhamdulilah. Dah sihat dah. Yeay yeay! 


Saturday, February 16, 2013

First Blouse!

Bebelan dari NFM pada 8:45 PM 0 comments




Proud with myself because I able to sewing my own blouse. Yeay! Sebelum ni aku pernah masuk kelas menjahit baju kurung and tudung. So, ada la buat baju kurung sendiri tapi baru 2 helai la so jahitan tak de la kemas lagi kan. Banyak lagi yang nak kena belajar.

So, ini la dia my first blouse yang aku jahit sendiri. It fits me well but next time nak kena labuhkan lagi kot. Sebab rasa macam tak selesa pulak nanti. Blouse ni aku buat tangan dia besar bawah. Saja je. Tapi untuk leher and cantuman tangan tu tak berapa nak elok. Banyak lagi nak kena practise. Kain untuk baju ni pun best. Tak mudah ronyok and kain dia selesa sangat tak panas walaupun kain dia tebal sikit. 

Puas aritu merayap sekitar Jalan TAR nak cari jenis kain ni. Kain ni aku beli kat Kamdar Angsana. Then pergi la Kamdar kat Jalan TAR tu tapi kain ni takde. Yg banyak jenis kain cotton je. So, dah alang-alang aku kat JB ni, aku beli kat Angsana je la. 

Aku tunjuk baju ni dekat adik aku and dia suka and dia mintak aku buat untuk dia. Tunjuk kat Jieja dia pun sama suka and dia sendiri pun cakap kain tu best. And paling wajib kena tunjuk dekat boyfriend aku la. Dia sentiasa support. Dia cakap cantik. First baju kurung aku jahit sendiri pun aku pakai keluar dgn dia pergi wedding cousin dia. 

Niat di hati ni lepas ni nak buat baju sendiri je dah malas nak amik stock barang kat supplier untuk FhenaWardrobe tu. Lagipun dapat reduce cost. and yang paling penting SATISFACTION. Sebab bila kita buat baju kita sendiri, kita akan rasa puas hati. Tu yang bersungguh-sungguh belajar sendiri ni. Sebab dah plan dari dulu tapi sekarang baru dapat buat.

Lagipun dulu time aku kekecik, aku ingat lagi bila weekend je. Duduk rumah bertiga dgn abah and Eqa. Petang sikit amik arwah mak dari kelas menjahit. Masa aku darjah 6 kot kalau tak silap, mak ada la jugak ajar aku memain dgn mesin jahit dia. And arwah mak suruh aku belajar menjahit sebab dia kata boleh buat kerja dari rumah and dapat duit. Kalau arwah mak ada sekarang ni,rasanya dia bangga dengan aku tak? 

Part Time Job

Bebelan dari NFM pada 4:58 PM 0 comments
Assalammualaikum everyone!

Lamanya tak update blog. Rasa macam setahun je. Banyak gila nak cerita tapi biasala nak cerita semua benda kat sini 2 bulan pun belum tentu habis lagi kan. hihi.

Well. Aku tengah semester break sekarang ni. One month. MMU ni kejap bagi cuti 3 weeks. Kejap 2 weeks. Kejap 1 month. Confused. So,since cuti ni rasa macam taknak la menghabiskan sisa-sisa hidup ni dengan membuta sampai ke petang. I've decided that i wanna do a part time job. Setelah merengek-rengek dekat Jieja. Now, I've got the job at Sigmax. Done with training on last Friday. This Tuesday dah boleh start kerja dah. 

At first, aku dah bagitahu Abah yang aku nak buat part time job but dia macam tak agree. But biasala aku kan degil sikit and nak jugak and after the training, I called him and let him know. Memula aku bagitahu tu, dia macam not interested and aku rasa aku tahu kenapa. Mesti dia fikir,


 " Why my daughter needs a part time job since I give her the pocket money" 

or

 " I was afraid she couldn't cope with her studies" 


But after I explained everything to him and he kept asking what is my job and bla bla bla. Now, he seems okay with it. 

WHY DO I NEED A PART TIME JOB?

Eceyh. Dah macam Essay sekolah dah tajuk tu. haha. 

Sebabnya, tahun ni I've reached 25. TWENTY-FIVE! 25 okay! Tak muda tu. From my perspective, perempuan ni bila dia dah mencecah 25 dia dah dianggap tua tau. Masa zaman kekecik dulu. Aku selalu berazam yang aku nak kahwin before 25 or tepat-tepat 25 bila aku tengok orang-orang tak kahwin lagi time tu and aku rasa dia dah tua. Okay bab kahwin tu bab lain. Jadi, bila dah semakin tua ni, aku rasa macam serba salah sangat nak mintak and depends semua duit mintak dekat Abah. Lagi pun, aku kena la kumpul duit jugakkan untuk diri aku sendiri. Saving tu penting. Penting sangat. 

Sebab kedua, aku nak berpengalaman dalam dunia ni. Bila kita cuba benda baru, kita akan kenal dunia baru. So,dari situ kita boleh observe sekeliling kita. Dari situ kita boleh build a confidence dalam diri. Lelagi aku yang tak ada confidence ni. So, why not I give myself a challenge right? 

Ermm, 2 sebab je kot penyebab musababnya. Takde lagi dah.

Aku kerja ni untuk masa cuti ni je sebelum class start balik on 11th Feb. Akan tetapi kalau keadaan mengizinkan and aku ada banyak masa free aku teruskan kot. KOT! So, goodluck to me! 




Tuesday, January 22, 2013

Kita tahu tapi....

Bebelan dari NFM pada 7:49 AM 0 comments