Thursday, April 17, 2014

Another DREAM to pursue

Bebelan dari NFM pada 1:10 AM
Hello!

Bosan jugak sebenarnya duduk rumah je. Ada niat nak cari kerja. Ada la jugak apply dekat Jobstreet tu. Oh, lepas aku balik dari Jakarta haritu, tiba-tiba kawan sekolah aku Mashitah -- Chita call bagitahu aku esok pergi interview. Job position Admin cum Accountant. Aku dengan last minute print resume tengah malam dekat Cyber Cafe. Printer aku ada tapi cable takde sebab tikus gigit cable. Blergh.

Alhamdulilah, interview went well. Bukanlah company besar pun. Plus, aku dah taknak dah kerja dengan big company -- still trauma dengan racist. Tempat aku interview ni Boutique Hotel. Cantik sangat! Manager dia pun baik. Dia kata aku boleh start anytime je tapi anything dia kena tanya Director dia dulu. Director dia pulak pergi holiday lama. Maybe after dia balik baru proceed dengan second interview. -- and sampai sekarang senyap.

Sementara tu, aku focus dengan business aku. Cari idea baru. Cari solution. In Shaa Allah, aku akan start dengan label aku sendiri. So, penat jugak la cari tailor jahit pukal ni. Cari through internet, cari kedai ke kedai. Muka memang kena senyum sentiasa la kan tanya ambil jahit pukal ke tak. Almaklumlah, dekat JB ni aku tak reti sangat. Kalau arwah mak mesti tahu. 

Actually, aku dah dapat tukang jahit dekat Jakarta dengan pertolongan K.Ifa. Lagipun Abah kan duduk Jakarta kan. So, agak senang la untuk aku sebenarnya. Bila difikir balik, lebih elok aku dapat tukang jahit kat sini, bukan apa senang aku nak deal and nak check apa semua. 

Setelah susah payah penat lelah berusaha, Alhamdulilah! I found one! Murah! Memang dalam budget aku la upah menjahit tu. Kakak ni sangat experience dalam menjahit and ada kilang jahit. So, yeay! Bersyukur sangat! Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.Btw,esok aku ada lagi appoinment dengan Tailor pukal yang lain. Takpe aku pergi je esok survey macam mana. Kalau tak, mesti kita tak tahu kan. Kena pilih yang terbaik ni.

Seriously, I really can't wait! Now, tengah usha kain, harga kain semua. Semalam dah usha dah Kamdar dengan Jakel but still mana tahu boleh dapat kain lagi murah sebab aku kena beli banyak. Cost tu penting. Nak pergi Jakarta macam dah tak sempat since aku kena hantar jahit next week sebab aku suruh kakak tu siapkan before 8th May sebab 10&11th May aku ada event besar! Alhamdulilah dapat join! So, masa tu adalah salah satu cara nak tarik customer and promote. Weee..

Doakan yang terbaik ya kengkawan! 

1 comments:

Anne said...

Assalamualaikum,

Saya malaysian, tinggal di spore. Saya juga sebenarnya sedang cari tailor pukal yg bagus utk memulakan label sendiri. Tgh google dan jumpa your blog. If you don't mind, boleh tak share contact details of the tailors? appreciate sgt if u don't mind to share.

Post a Comment