Monday, November 7, 2011

Aidil dan Adha.

Bebelan dari NFM pada 1:38 AM
Selamat Hari Raya Aidil dan Adha. ihik ihik.Macam mana korang sambut Aidil Adha tahun ni? Mesti tak sehebat Aidil dan Fitri kan sebab tak dapat duit raya. Hee. 

Tahun ni for me macam kurang sikit dari sebelumnya. Abah tak dapat balik and kami adik beradik je kat rumah. Tengah hari tu balik la kampung, ziarah kubur mak seperti biasa kalau balik kampung. Makan sepuasnya kat kampung. Main kejar itik. Main kejar ayam gajah. Cuma kali ni kampung suram sikit. Tak ramai yang ada pun. Petang sikit singgah rumah auntie pulak.Makan lagi. Main basikal. Main baby,bawak dia jalan. Main tangkap gambar.

And aku tengok orang bukan main lagi upload kat Twitter pakai baju kurung. Kami pakai biasa je tau. Jeans and t-shirt. Sebab bukan pergi mana pun kan. Nanti dah sampai kampung pun bukan reti pakai baju kurung lama-lama pun. Hee.

Berat dah makin bertambah dah ni. Apiez dah suruh aku kurus ni. Tapi bila aku kurus dia bising. Bila aku gemok pun dia bising. Aku tak tahu sebenarnya dia nak apa. Dia nak membebel je. HAHA!

Sementara tu kan, nenek aku punya adik punya anak. Kira cousin arwah mak la kan. Dia bawah umur aku. And tadi dia jemput dia nak tunang next week 13hb. 2 beradik sekali tunang dalam satu hari. Woaahh! Tunang dah. Kalau aku tak busy and tak penat nak balik,aku datang okaay :)

Congrats Liya! Congrats Seha!

2 comments:

Salina@IbuAqil said...

Selamat hari raya AidilAdha dear dr kak ros sekeluarga.. Apiz bebel kata ina bambam?! Dia lg bambam kak ros tgk blk raya kali ni.. Hik3!! Dia saja je tuh nak nyakat.. ;)

Fharina said...

hee selamat hari raya kak ros. ohh haah. eh tak la kak ros, dia dah kurus sikit. eh bukan sikit. banyak dah. hehe. erk btw, kak ros pggil ina mcm janggal sbb takde org pggil nama ina.hihi

Post a Comment