Sunday, May 12, 2013

Luahan hati.

Bebelan dari NFM pada 6:03 AM

Mak, dulu disaat kami perlukan mak, mak sentiasa berada bersama kami tetapi sekarang kami perlu kuat dan tabah untuk teruskan hidup ini. 

Mak, dulu sering sahaja kami terdengar gelak tawamu, marahmu dan teguranmu tetapi sekarang kami rindukan semua itu. Marah la kami. Tegurlah kami. Kami rindukan suaramu.


Mak, dulu bila kami terlantar sakit tak bermaya, kau gigih menjaga kami dan merawat kami tetapi sekarang kami cuba kuatkan diri.


Mak, dulu sering sahaja kau menyediakan semua masakan kegemaran anak-anakmu tetapi sekarang kami semua laparkan masakanmu.


Mak, kalau dulu kami sering sahaja mahu kemana-mana bersama mak tetapi sekarang kami mematangkan diri untuk jadi lebih berani.


Mak, kami rindukan mak. Rindu sangat. Masih terngiang lagi kali terakhir Anna pandang wajah mak disaat memandikan jenazah mak, dikafankan dan mahu dikebumikan. Takkan pernah lupa saat itu. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan diriku kesempatan untuk kali terakhir itu.


Terima kasih menjaga kami Mak. Takkan ada satu pun yang dapat menggantikan kasih sayang Mak kerana Mak adalah ratu hati kami walau apa pun yang terjadi. Happy Mothers Day Mak. Anna sayang Mak.


AL-FATIHAH. 

|NorLaila binti Majid (1968-2010)|

0 comments:

Post a Comment