Tuesday, May 6, 2014

a n n o y i n g

Bebelan dari NFM pada 4:57 PM
Sekadar meluahkan perasaan--

Ada satu hari tu aku dapat Whatsapp dari sorang perempuan ni. Aku ingat customers. 
But unfortunately she's not.

Memula tu dia tanya aku ada buat dropship ke tak sebab dia suka dengan barang aku.
Sejujurnya memang aku tak buat dropship and I told her so.

But then, she changed her question to -- 
 "Selalunya you amik barang dekat mana eh? Supplier mana?"
Okay, let me ask you first, if you are in my shoes, will you answer that question?
-- as for me, aku takkan bagitahu since aku dapat rasa macam akan rasa terancam.
I answered her properly, 
"Sorry babe. I rasa if you tanya mana-mana online shop pun dorang takkan bagitahu kot. Sorry"

Dia bagitahu la dia from JB and nak start online business tak tahu mana supplier and bla bla bla.
Siap bagitahu dia akan buat tudung dengan label sendiri. 
-- okay maybe she's trying to be friendly but sorry aku susah nak melayan Whatsapp orang tak kenal and takde benda penting nak cakap.

Okay finished with that, dia ada Whatsapp lagi tanya pasal labelmaker yang one of onlineshop ada upload dekat Instagram.
Time tu pun memang aku cari benda tu sebab comel and now I have one!
Aku pun bagitahu la dia mana nak beli and mana nak cari semua.
Nampak tak aku still melayan tu sebab fikir nak buat baik dengan orang.
 
Okay tak lama lepas tu, dia pun ada lah tanya mana nak buat business card.
Aku bagitahu dia mana aku buat business card and siap bagi FB page kawan aku sebab aku buat dengan kawan sekolah aku jugak.
See, aku bagitahu tau.

Dia tanya lagi aku pakai applications apa untuk text edit semua.
Aku siap bagitahu jugak.

Sejak kebelakangan ni,
aku memang busy melampau and badan aku penat sangat.
Cuba bayangkan dalam 1 week aku ulang alik JB--KL 2,3 kali.
Kau ingat aku ni tak penat?
Nak uruskan Daus masuk University and sambil tu risau Apit dekat JB.
Otak aku pun penat.
Ditambah dengan stress tailor and menyebabkan business plan aku semua lari.
Dengan nak setel hal wedding aku yang entah lagi berapa bulan je ni semua benda tak buat.
Memang aku takde la masa nak layan orang.

Tapi still ada yang tak faham bahasa.
The same girl ada comment dekat personal Instagram aku, mana aku buat receipt book.
Then dia terus Whatsapp aku macam aku ni kawan rapat dia.
Aku tak reply sebab aku rasa -- THIS IS TOO MUCH!

  • Rabu-- (8.25pm)Whatsapp tanya mana aku buat resit book sebab dia nak buat sama sebab resit book aku cantik. 
  • Sabtu-- (3.54pm) Again dia whatsapp lagi. (aku rasa kalau aku dh tak reply tu faham-faham je la) ; (11.56pm) Dia Whatsapp lagi. 
  • Ahad-- (8.50am) Dia tanya kenapa aku tak reply Whatsapp dia since 3 days ago. Siap cakap dia dah whatsapp banyak kali and last sentence dia siap mengeluh. "Haihh" (11.11pm) Tak ckup dengan Whatsapp dia SMS aku pulak.
  • Isnin-- (2.50pm) Dia kata dia baca comment Instgram aku dengan kawan aku. ayat dia mcm ni "I ada baca u punya comment pasal kawan acuh tak acuh tu u malas layan, i tahu i bukan kawan rapat u ke apa tapi i nak tanya pasal resit book tu je. Tak boleh ke?" 
Aku sendiri tak tahu macam mana boleh approve dia dekat personal Instagram aku.
Sebab aku memang takkan approve orang lain selain family and friends and orang yang berkaitan.
Aku memang tak sedar bila masa aku approve dia.

Buat aku paling menyampah sebab dia betul-betul takde usaha sendiri. Dari mula semua nak bergantung harap dekat orang yang dia tak kenal. Paling aku menyampah is PAKSAAN. Suka hati aku la nak reply ke tak. Tak payah la push aku. Kau ni dah macam lesbian dah tahu tak dok paksa-paksa reply Whatsapp kau. 

Then, dia stalk Instagram aku memang aku tak suka. Nampak sangat hari-hari dok tengok gambar tu and baca comment mana aku reply mana yang tak. Oi, sumpah meluat.

Paling latest semalam la dia Whatsapp and aku terus hilang sabar and terus reply. 

"I buat dengan kawan I. I ada banyak benda nak kena setel. I rasa you boleh cari sendiri kot. Pergi je la tanya kedai mana-mana ke cakap nak buat resit book. Banyak boleh buat. Apa you kena buat is usaha lebih. Thats all."

Aku rasa tu paling baik la tu aku reply, kalau ikut perangai aku ni. Memang aku dah sembur habis-habis. Aku dah la penat tak cukup tidur. Time tu pulak aku tengah keluar makan dengan tunang aku yang dah lama tak spend time sama-sama. Dia pulak buat macam selama ni dia bayar gaji aku pulak nak dok ikut cakap dia reply dia.

Aku dah reply macam tu pun, still lagi dia dok komplen itu ini. Kau dah kahwin ada suami ada anak. Takkan la fikiran kau tak matang lagi. Kau nak senang je. Aku selama ni tanya macam-macam kedai dah tau. Kalau kau tu sabar sikit maybe aku dah tolong dah kau bagi contact kawan aku tapi disebabkan kau ni tak reti sabar and takde usaha lain -- bak kata Apiez nampak sangat dia dok bergantung harap dengan aku, memang tak la aku nak tolong kau.

Business kau kan,usahalah sendiri. Takkan la business kau, aku nak kena usahakan semua. Kau bayar gaji aku nak? Dulu cakap nak jual tudung je, sekarang aku tengok baju la skirt semua kau jual. Nasib la aku tak baik hati bagitahu mana supplier aku -- silap haribulan kau pulak sailang business aku. Dah la aku tak kenal kau, tak semestinya sekali dua aku reply Whatsapp kau, kau dah masuk list kawan aku. Tolong faham definisi kawan eh.

Goodluck!


0 comments:

Post a Comment