Wednesday, June 18, 2014

Aku hanya ada aku.

Bebelan dari NFM pada 2:32 AM
Kadang-kadang susah nak faham lelaki ni.
Ke perempuan ni yang susah nak memahami?
Aku rasa aku tak minta perkara yang melampau.
Hanya sedikit perhatian dan kasih sayang.

Kata orang, lelaki ni akan berubah hari demi hari.

Kalau dulu dia boleh layan kau macam seorang puteri, 
mungkin esok puteri tu dah jadi macam rakyat biasa je.

Aku bukan nak mengungkit tapi kenapa setiap kali harus aku?

Boleh tak kadang-kadang faham apa yang aku risikokan setiap kali aku kesana kesini?
Apa yang aku tinggalkan.

Perempuan ni jangan kau biarkan dia hidup berdikari.
Cuba kau pandang sekeliling dan observe apa yang berlaku?
Bila sang suami melepaskan sang isteri dengan membiarkan sang isteri lebih berdikari,
lama-lama sang isteri rasa dia dah tak perlukan sang suami.

Aku tak mahu jadi begitu -- kerana aku mahu kau disisi aku.

Aku dah letih. Letih nak mendesak. Letih nak meminta.
Pandai-pandai kau la buat apa yang patut.
Hidup aku ni mungkin aku seorang je kena faham.
Tanggungjawab aku besar lagi besar dari yang kau bayangkan.

Aku jauh dari Abah. Aku rindukan belaian mak.
Aku hanya ada aku disini.
noktah.

0 comments:

Post a Comment