Sunday, May 18, 2014

Soalan memualkan.

Bebelan dari NFM pada 1:56 AM 0 comments
Sememangnya aku dah jemu dengan soalan 


"Kau kerja apa?" 
"Sekarang ni kau tak kerja ke?"
"Kau memang taknak kerja ke?"

Oh please aku muak dan mual dengan soalan sebegini.
Aku ni dalam diam bekerja kuat dari korang yang tak de kerja lain asyik tanya hal aku.

Ya, memang aku takde job yang professional macam korang tu. 
Tapi adakah korang tahu aku ni ada permanent job hingga ke syurga?
Aku bekerja 24jam sehari setiap masa dan setiap detik.
Aku ada lagi banyak kerja dari korang and aku happy dengan kerja aku sekarang.

Aku kerja apa?
Aku ni bekerja kuat untuk family aku, aku kerja tolong Abah aku untuk jaga adik-adik aku.
Setiap masa setiap detik setiap denyutan nadi aku ni untuk dorang tau.
Kerja aku ni ikhlas tak mengharapkan balasan macam korang mengharapkan balasan boss korang bayar gaji korang.
Aku cuma nak tengok adik-adik aku ada masa depan serta dapat membahagiakan Abah and arwah mak aku.
Macam baru-baru ni, Daus masuk University, ulang-alik aku JB--Shah Alam untuk uruskan dia and at the same time aku risaukan Apit pulak.
Aku tak sanggup nak dengar bila Abah aku cakap 


"Anna tolong Abah ya. Tolong tengokkan adik-adik. Kalau dulu arwah mak uruskan Anna, kali ni Anna uruskan adik-adik ya. Anna kan pengganti mak"

Serious, sedih aku tau.
Ini takdir aku. Cuba bayangkan kalau aku busy kerja kena ikut cakap boss sepanjang masa.
Mestilah aku dah takde masa untuk mereka. Aku tak boleh nak cuti sesuka hati aku.
Bila sampai rumah aku penat takde masa nak monitor dorang.
So, bagi aku gaji beribu riban yang boss bagi tetiap bulan tu tak dapat digantikan dengan kesenangan adik-adik dan parents tau.

Dan aku memilih untuk bekerja sendiri -- bekerja dari rumah.
24jam jugak tau bila customers email and Whatsapp takde masa tetap, aku kena melayan dorang.
Aku takde office hour -- sepanjang masa tu la aku bekerja.
Tapi serious aku lagi suka bekerja sendiri sebab masa aku tak terhad.
Nak cuti senang nak bangun pukul berapa suka hati takde siapa marah.
Wiwiwiwiwi.

Jadi, janganlak dok tanya aku soalan yang memualkan ni.
Abah aku support business aku sebab aku boleh monitor adik aku bebila masa.
Apiez support business aku sebab nanti dah kahwin aku ada sepanjang masa untuk dia.
Aku sungguh-sungguh tau ni nak buat yang terbaik untuk business aku and masa depan adik-adik aku.
Korang tak tahu macam mana kelam-kabutnya aku divide masa aku.
Fizikal,mental dan emosi kena kuat tau untuk jadi aku.

Korang bukan aku.
Jadi janganlah anggap diri korang tu hebat sangat makan gaji ribu-riban.
Aku ni bukanlah jenis mengharap duit suami je dah kahwin nanti.
In Shaa Allah aku tolong apa yang mampu.
Aku pun tahu serba salah kalau tak tolong.
Sekarang ni pun aku berusaha cari duit kahwin tau.
Supaya nanti aku dapat tolong Abah dapat tolong Apiez.

Sekian,
jangan ditanya soalan yang memualkan tu.



Tuesday, May 6, 2014

a n n o y i n g

Bebelan dari NFM pada 4:57 PM 0 comments
Sekadar meluahkan perasaan--

Ada satu hari tu aku dapat Whatsapp dari sorang perempuan ni. Aku ingat customers. 
But unfortunately she's not.

Memula tu dia tanya aku ada buat dropship ke tak sebab dia suka dengan barang aku.
Sejujurnya memang aku tak buat dropship and I told her so.

But then, she changed her question to -- 
 "Selalunya you amik barang dekat mana eh? Supplier mana?"
Okay, let me ask you first, if you are in my shoes, will you answer that question?
-- as for me, aku takkan bagitahu since aku dapat rasa macam akan rasa terancam.
I answered her properly, 
"Sorry babe. I rasa if you tanya mana-mana online shop pun dorang takkan bagitahu kot. Sorry"

Dia bagitahu la dia from JB and nak start online business tak tahu mana supplier and bla bla bla.
Siap bagitahu dia akan buat tudung dengan label sendiri. 
-- okay maybe she's trying to be friendly but sorry aku susah nak melayan Whatsapp orang tak kenal and takde benda penting nak cakap.

Okay finished with that, dia ada Whatsapp lagi tanya pasal labelmaker yang one of onlineshop ada upload dekat Instagram.
Time tu pun memang aku cari benda tu sebab comel and now I have one!
Aku pun bagitahu la dia mana nak beli and mana nak cari semua.
Nampak tak aku still melayan tu sebab fikir nak buat baik dengan orang.
 
Okay tak lama lepas tu, dia pun ada lah tanya mana nak buat business card.
Aku bagitahu dia mana aku buat business card and siap bagi FB page kawan aku sebab aku buat dengan kawan sekolah aku jugak.
See, aku bagitahu tau.

Dia tanya lagi aku pakai applications apa untuk text edit semua.
Aku siap bagitahu jugak.

Sejak kebelakangan ni,
aku memang busy melampau and badan aku penat sangat.
Cuba bayangkan dalam 1 week aku ulang alik JB--KL 2,3 kali.
Kau ingat aku ni tak penat?
Nak uruskan Daus masuk University and sambil tu risau Apit dekat JB.
Otak aku pun penat.
Ditambah dengan stress tailor and menyebabkan business plan aku semua lari.
Dengan nak setel hal wedding aku yang entah lagi berapa bulan je ni semua benda tak buat.
Memang aku takde la masa nak layan orang.

Tapi still ada yang tak faham bahasa.
The same girl ada comment dekat personal Instagram aku, mana aku buat receipt book.
Then dia terus Whatsapp aku macam aku ni kawan rapat dia.
Aku tak reply sebab aku rasa -- THIS IS TOO MUCH!

  • Rabu-- (8.25pm)Whatsapp tanya mana aku buat resit book sebab dia nak buat sama sebab resit book aku cantik. 
  • Sabtu-- (3.54pm) Again dia whatsapp lagi. (aku rasa kalau aku dh tak reply tu faham-faham je la) ; (11.56pm) Dia Whatsapp lagi. 
  • Ahad-- (8.50am) Dia tanya kenapa aku tak reply Whatsapp dia since 3 days ago. Siap cakap dia dah whatsapp banyak kali and last sentence dia siap mengeluh. "Haihh" (11.11pm) Tak ckup dengan Whatsapp dia SMS aku pulak.
  • Isnin-- (2.50pm) Dia kata dia baca comment Instgram aku dengan kawan aku. ayat dia mcm ni "I ada baca u punya comment pasal kawan acuh tak acuh tu u malas layan, i tahu i bukan kawan rapat u ke apa tapi i nak tanya pasal resit book tu je. Tak boleh ke?" 
Aku sendiri tak tahu macam mana boleh approve dia dekat personal Instagram aku.
Sebab aku memang takkan approve orang lain selain family and friends and orang yang berkaitan.
Aku memang tak sedar bila masa aku approve dia.

Buat aku paling menyampah sebab dia betul-betul takde usaha sendiri. Dari mula semua nak bergantung harap dekat orang yang dia tak kenal. Paling aku menyampah is PAKSAAN. Suka hati aku la nak reply ke tak. Tak payah la push aku. Kau ni dah macam lesbian dah tahu tak dok paksa-paksa reply Whatsapp kau. 

Then, dia stalk Instagram aku memang aku tak suka. Nampak sangat hari-hari dok tengok gambar tu and baca comment mana aku reply mana yang tak. Oi, sumpah meluat.

Paling latest semalam la dia Whatsapp and aku terus hilang sabar and terus reply. 

"I buat dengan kawan I. I ada banyak benda nak kena setel. I rasa you boleh cari sendiri kot. Pergi je la tanya kedai mana-mana ke cakap nak buat resit book. Banyak boleh buat. Apa you kena buat is usaha lebih. Thats all."

Aku rasa tu paling baik la tu aku reply, kalau ikut perangai aku ni. Memang aku dah sembur habis-habis. Aku dah la penat tak cukup tidur. Time tu pulak aku tengah keluar makan dengan tunang aku yang dah lama tak spend time sama-sama. Dia pulak buat macam selama ni dia bayar gaji aku pulak nak dok ikut cakap dia reply dia.

Aku dah reply macam tu pun, still lagi dia dok komplen itu ini. Kau dah kahwin ada suami ada anak. Takkan la fikiran kau tak matang lagi. Kau nak senang je. Aku selama ni tanya macam-macam kedai dah tau. Kalau kau tu sabar sikit maybe aku dah tolong dah kau bagi contact kawan aku tapi disebabkan kau ni tak reti sabar and takde usaha lain -- bak kata Apiez nampak sangat dia dok bergantung harap dengan aku, memang tak la aku nak tolong kau.

Business kau kan,usahalah sendiri. Takkan la business kau, aku nak kena usahakan semua. Kau bayar gaji aku nak? Dulu cakap nak jual tudung je, sekarang aku tengok baju la skirt semua kau jual. Nasib la aku tak baik hati bagitahu mana supplier aku -- silap haribulan kau pulak sailang business aku. Dah la aku tak kenal kau, tak semestinya sekali dua aku reply Whatsapp kau, kau dah masuk list kawan aku. Tolong faham definisi kawan eh.

Goodluck!


Sunday, May 4, 2014

Nothing great ever came that easy.

Bebelan dari NFM pada 7:04 AM 3 comments
Nowadays, there are too many young people who are interested in business -- which is GOOD.
Some people involve themselves in business because they love what they do.
and some people just love to follow others -- which is NOT GOOD.



As for me, I enjoyed every single thing with my FW because this is my passion. I tried to do my best and still in my learning process. I might not have 20k followers on Instagram or Facebook but Alhamdulilah, I have my own regular customers, my FWdarlings -- jantung hati saya.

Seriously, aku sedar kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang -- I've changed. Dulu, aku susah sangat nak berdepan dengan orang, nak tegur and selalu fikir negatif. First time aku buka booth di Taylors College Lakeside University. Rezeki Allah nak bagi aku FREE BOOTH. I didn't spent any cents pun bayar sewa booth. The day before, aku rasa nervous because tak tahu macam mana nak confront dengan people -- strangers. Thank you to my Cinta Hati;Apiez and my Darling;Jieja sebab tolong time tu. 

Bila kita nak start, mesti la ada dugaan kan. Before the event, I keep on asking people crowd okay tak and bla bla bla. Pernah la aku tanya dengan one girl ni which is my friend, she said 

"Oh, I've been there before. No crowd. No sales. My opinion, don't go, buang masa je" 

Time tu dah rasa down sikit, bila kita dah excited buat sesuatu but then your friend turns you down. At first memang la rasa down tapi bila fikir semula why not just give it a try. You know what? Alhamdulilah my first time buka booth and first day sales exceeds RM500. Wohooo! Serious excited. Alhamdulilah. 


  • Pengajaran : Jangan biarkan orang lain patahkan semangat kita walapun kawan kita sendiri. 

Bermula dari tu, aku banyak join booth dengan pertolongan Cinta Hati aku and kengkawan aku especially Jieja. Ada naik ada turun. Ada untung ada rugi. Tapi tak pernah patahkan semangat aku. Terharu sangat dengan kengkawan yang banyak support. 

After I finished my internship with KPMG, aku masuk kelas menjahit baju kurung. Even though aku tak kenal siapa pun time tu tapi aku pergi juga sebab aku nak belajar. One day, ada la lelaki ni which is my uni's friend tapi aku kenal-kenal macam tu je la, tanya mana aku belajar jahit and how much the cost sebab dia nak hantar girlfriend dia. Aku tak lokek ilmu, aku bagitahu dia. Yes, since that, aku dengan gf dia pun selalu share opinion pasal sewing machine and our future plan. Serious, aku takde fikir negative pun. Tiba satu masa, aku mintak tolong gf dia ni (which is my ex-classmate time uni) ajar aku macam mana nak buat pola untuk leher baju -- ulang lagi sekali aku MINTA TOLONG ajar. Aku tak minta dia buku or pattern pun, just ajar pola leher.

Aku Whatsapp dia elok-elok minta tolong ajar, ya la macam before this belajar sama-sama kat library tu bila nak exam. Nak tahu apa jadi? Takpe la malas nak bukak aib orang. Tapi serious aku terkejut, terkilan and tak sangka.Thats all. Suddenly, my friend bagitahu dia tweet macam-macam, macam aku ni useless, lazy people. Itu sudah exceed my limits. I'm done. 

Aku jenis bila orang dah buat aku, aku ingat sampai mati. Tapi aku tak pernah pun mendoakan yang tak baik untuk business dia. You know, rezeki dan ilmu tu Allah yang bagi. Kalau ilmu tu privacy, matilah semua manusia bodoh sebab cikgu kedekut nak ajar anak murid

  • Pengajaran : Tak semestinya kawan akan tolong kawan.

Tak semua orang kedekut ilmu, this pretty girl which is used to be known with her signature kimono cardi -- also my uni's friend kenal dari MMU Melaka sampai la MMU Cyberjaya, she taught me macam mana nak buat pola leher through Whatsapp. Even though, susah nak explain but she tried her best. I love you Zaa. Pretty face with pretty heart. 

Okay next chapter, bila banyak join booth automatic akan ada ramai kawan. New friends, new customers and of course banyak kerenah. Aku kenal dengan sorang girl ni and I thought kami boleh la jadi kawan -- time ni aku cuba untuk jadi friendly, but suddenly, with the information I gave to her, dia potong line aku. Kalau kau jadi aku? Apa perasaan kau? Since that, aku malas nak begitu baik. 

  • Pengajaran : Tak semestinya bila kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita.

Then, aku ada la juga kena dengan sorang kawan ni, mula-mula cakap kat aku dia nak jual produk lain tapi tiba-tiba dia jual sama dengan apa yang aku jual. Perasaan kau? Gembira tak? Siap nak korek rahsia dari kawan aku lagi, mana supplier aku and bla bla. 

  • Pengajaran : Disebabkan sifat tamak, kawan pun boleh jadi lawan.

Okay, serious aku suka bila aku dapat buat orang happy or success. Sekarang ni, ramai kawan sekolah aku and kawan MMU aku yang nak start online shop ni. Ada yang minta nasihat aku. Walaupun aku masih baru and still terkial-kial lagi, aku cuba apa yang mampu, sebab itu la namanya kawan. Kita kena tolong kawan. Sebab aku pun pernah merasa susah and macam mana kosongnya ilmu masa baru nak start.

 The best is, kengkawan aku ni dia tak minta disuap sepanjang masa.  Faham tak maksud disuap? Meh aku share contoh kisah benar :

  • Elunie's Collections - Founder dia ni mak bestfriend aku. Before that, dia ada tanya aku macam mana nak start semua sebab dia ada plan nak buat online business. Aku tolong dia apa aku mampu, ada booth mana-mana aku ajak dia. Kongsi rezeki. Dari sini, dia minta nasihat macam mana nak start. 

  • Lolalovelyshop - Ini classmate aku kat MMU tapi sebenarnya dalam kelas tak pernah pun bertegur sangat. Hee. Tapi aku sangat tertarik bila dia tweet ajak pergi business trip, memula aku memain je cakap nak sekali jadi serious. Dari situ la aku start online business yang selama ni aku berharap akan buat online business. Sampai la sekarang kitorang kadang-kadang share business ideas and informations bila aku pergi butik dia or just Whatsapp.

  • Himayah_ - Ni pun classmate aku kat MMU jugak. Dia pun ikut pergi business trip tapi sekarang baru dia mula online business dia. Dia buat Muslimah Clothing. Dengan dia, aku share information macam mana nak dapat kain murah, mana nak buat label baju yang murah dan lelain. Even though, we are in the same clothing business line tapi aku tak rasa dia competitors pun aku anggap dia kawan and seriously, dia baik. 

  • Hijab by EM - Dia ni time aku memula kenal siap bergaduh bagai tapi sekarang tak dah. Even though kami jarang lepak sama-sama, contact hari-hari tapi takde pun nak touching lelebih. Sebab dah tahu perangai memasing cemana. Sama-sama bahasa kasar. Lol! Okay dia pun baru start online business jual tudung. Hee ada la juga bila dia tak boleh nak handle situation dengan customer, dia sampai call aku minta nasihat. Dengan senang hati aku tolong apa yang mampu. Apps apa aku pakai pun aku share dengan dia. 


  • Chempakaa - Lagi sekali, kawan MMU. 2 pretty girls with brain. Yan and Yasz. Hee ni pun aku share dengan dia bila ada booth and last booth aritu, kitorang berjiran. Dia pun tak lokek ilmu, share kalau ada good opportunity to our business. The best part is, kami jujur with each other. Lol! 

See, I don't mind sharing informations and ideas with people. Dari apa i cerita kat atas tu, dorang start dengan efforts dorang sendiri and aku cuma tolong apa yang perlu, and dorang tolong aku bila aku minta tolong. Dorang bukan jenis sentiasa nak orang suap and hidang depan mata, dorang tak tanya aku mana supplier aku and semua tu, walaupun dorang tahu tapi dorang tak busuk hati.

Cuma lately, terlalu banyak orang yang nak disuap. Aku start susah payah. Hari-hari mencari information. Especially nak cari tailors, aku rasa adalah 1 year kot aku mencari tukang jahit pukal untuk business aku ni baru sekarang aku dapat. Tahu tak, betapa gigihnya aku ni bangun pagi keluar bawa kereta singgah tanya orang sana sini dengan muka tak malu. Tanya price itu ini. Aku tanya sedara mara aku tanya kawan-kawan, aku tanya je makcik mana aku jumpa yang aku rasa aku nak tanya. Itu tak ambil masa sehari ya dan bukan percuma. 

Supplier pulak, aku survey macam-macam. Aku jalan sana sini dengan adik aku. Aku tak pernah tanya orang, "Eh, boleh tak I tahu mana you amik barang you?" Aku usaha sendiri. Nak ikutkan, semua benda aku buat sendiri and aku akan minta nasihat tunang tersayang, Jieja and adik aku.

Ada strangers siap message aku tanya mana aku amik barang and boleh bagi details supplier tak? Kau ingat aku ni baik hati sangat tak kenal kau then suka je nak bagi. Kalau kau pergi KFC, kau tanya apa resipi ayam tu pun of course la dorang tak bagitahu. 

Then, aku nak bagitahu, logo, business card design, label design, receipt design or apa sekali pun related to your business is one of your marketing strategy. Try avoid to share with people especially to some random people yang keep asking itu ini, yang semua nak amik jalan mudah tanpa usaha. 


  • I don't easily share information to some random people (who might tikam belakang aku lepas tu)
  • If any of you ada terfikir nak start your online business, please get the information first and please understand what is Marketing Strategy.
  • Apa yang korang perlukan, DOA, USAHA DAN TAWAKAL. In Shaa Allah.

Terima la kata-kata dari Colin Powell ni, semat dalam hati ya. 



Kalau nak minta nasihat tu, In Shaa Allah aku boleh tolong. Mana nak buat label baju ke size baju ke aku boleh share tapi yang lain-lain, maaf. Kalau korang usaha sendiri, mesti korang puas hati lain macam. Percayalah. 

Korang doakan aku ya. Aku doakan korang semua berjaya jugak. Mana tahu one day nanti dapat bukak kedai sendiri, boleh share rezeki dengan korang pulak -- yang penting now kena dahulukan wedding and stabil kan hidup dulu. Amin.