Saturday, April 4, 2015

Amanah Allah SWT

Bebelan dari NFM pada 11:55 PM
Assalamualaikum.

Belum sempat habis update entry pasal wedding, datang lagi satu good news for us.
Alhamdulilah, dengan keizinan ALLAH SWT, aku dah pregnant dah.
Kalau ikutkan harini baru masuk 11 minggu 4 hari.
Next week dah masuk 2nd trimester. Alhamdulilah.
Allah SWT bagi rezeki selepas 2 bulan kami kahwin.

Haa, macam mana aku tahu aku pregnant?
Masa mula-mula tu tak tahu lagi pun and aku pergi honeymoon pun end of January.
Haa cerita pasal honeymoon best gila sebab tempat kami pilih Gili Trawangan.
Okay back to our topic,
Lepas aku balik honeymoon tu memang aku rasa perut kembung angin yang kaw-kaw punya.
Ingatkan normal la sebab lepas balik berjalan kan.

Tapi makin lama badan makin rasa tak sedap.
Benda tu memang rasa lain sangat.
Then period pun datang lambat, actually aku pun bukan jenis period datang on time.
Tapi saja la lepas 3,4 hari lambat tu saja la check UPT.

Jeng jeng jeng! Positif! But line still kabur lagi.
Okay terus menangis sorang-sorang dalam toilet sebab Apiez pergi kerja.
Memang kalau kabur tu macam tak confirm kan tapi aku memang terlebih yakin pun.
At first rasa macam nak senyap je tapi cannot control, Apiez balik kerja aku terus cakap,

"Yang, I nak cakap ni tapi you jangan berharap sangat tau sebab masih belum confirm lagi. I check UPT and ada double line tapi still kabur" -- time ni sambil tunjuk dia UPT tu and tanya dia nampak 1 ke 2 line.

Time tu je dia dah happy dah but aku decide untuk tunggu lagi beberapa hari.
Then check UPT lagi and yeay dah makin jelas.
Apiez la orang paling happy tahap gila!
Rahsia ni kami simpan antara kami berdua je sebab nak tunggu lagi beberapa minggu untuk confirmkan dengan doctor.

Sebab aku ada baca doctor boleh scan after 4 weeks pregnant.
Kalau pergi awal tu, nanti doctor suruh datang balik after 2 weeks.
So, baik aku tunggu terus.

1st SCAN - 6 weeks

  • Time ni dekat JB so aku pilih Klinik Murni Bandar Baru Uda untuk check pregnancy sebab nak doctor perempuan. So, doctor tanya bila last period aku semua and aku terus bagitahu aku dah buat UPT then doctor kata okay terus proceed scan. Time tu nampak kantung dah and doctor kata "Awak pregnant, tahniah" Time ni dah 6 minggu. Maksudnya, dah lekat sebelum aku pergi honeymoon.
  • Apiez excited sangat sampai dia tanya macam-macam benda yang pelik sampai doctor cakap, "Saya tak pernah jumpa orang macam awak" HAHAHA! Doctor tu baik sangat tapi aku tak tahu doctor apa dia cuma ada hari tertentu sahaja and malam.
2nd SCAN - 8 weeks 6 days


  • Dari date 1st scan tu, doctor suruh datang lagi 2 weeks but time tu aku dekat KL balik rumah MIL -- almaklumlah kami kan suami isteri PJJ. So, check dekat Subang Bestari je tapi lupa dah nama klinik tu tapi dia memang klinik pakar wanita. 
  • Kali ni machine ultrasound klinik ni tersangatla moden. Excited sangat sebab 8 weeks dah nampak janin dah. Sepatutnya dari tarikh yang aku and doctor kira dah masuk 8 minggu 6 hari tapi kat machine tu detect 8 minggu 1 hari. 
  • Okay, kali ni excited sangat sebab dah nampak heartbeat baby! Subhanallah happynya rasa. Then, doctor bagi dengar heartbeat dia laju sangat. Apiez siap record. Tanya doctor macam-macam okay ke perkembangan dia semua and Alhamdulilah semuanya okay.
3rd SCAN - 11 weeks 1 day
  • Scan kali ni unplanned pun. Sebabnya aku demam dah 3 hari, nak ambil ubat was-was. Jadi, pergi Klinik Murni yang aku buat 1st scan tu. Sejak dah kahwin ni rasa macam better untuk pilih doctor perempuan. Kebetulan doctor yang sama, dia pun tanya aku okay ke tak and pregnancy okay ke. So, alang-alang buat je la scan tanpa Apiez. hihi.
  • Kali ni lebih excited sebab Subhanallah baby dah terbentuk. Dah nampak kaki nampak tangan. Heartbeat kelip-kelip. Hihi. Besar dari sebelum ni. Doctor ukur size and perkembangan okay in good condition. Alhamdulilah.
  • Baby tak bergerak time scan. Doctor kata baby tidur. Doctor pict-picit perut goncang sikit sambil cakap "Bangunlah, mommy nak tengok awak" Hee comelkan doctor ni :D but still baby tak bergerak tido. Ikut perangai aku agaknya asyik membuta je especially time pregnant ni.
Hee, doctor kata dah boleh bukak buku tapi aku cakap nak tunggu husband aku. Oh, tak payah bukak dekat Klinik Kesihatan pun, dekat situ pun boleh. So, disebakan next week nak masuk 2nd trimester, jadi In Shaa Allah akhir bulan ni pergi bukak buku and berharap next scan nampak baby bergerak. Amin!

Jadi, doakan aku dan baby sihat walafiat ya.


0 comments:

Post a Comment