Thursday, March 5, 2015

Ajal dan hutang.

Bebelan dari NFM pada 1:18 AM
Sekarang ni terlampau ramai orang nak berbusiness sampai lupa tujuan apa. Ada yang followers beratus ribu akan tetapi servis Nauzubillah. Ada yang sibuk bincangkan betapa dia ingin sukses dalam perniagaan sampai lupa akan apa yang halal apa yang haram. Nasihat bermacam doa itu ini tapi hak customer tidak diberi.

Aku pun menjual walaupun secara kecil-kecilan je. Followers belum berpuluh. Update pun tidak selalu. Tapi niat aku untuk tolong family and tolong suami. Tiada sedikit pun aku mahu makan duit orang.

Aku harap kepada yang masih memegang duit aku tu, silalah pulangkan dengan segera. Yang mana dah terima duit tapi belom bagi barangnya, sila bagi barang or refund semula. Whatsapp dah beratus, SMS dah berpuluh tapi respon tiada langsung.

Apa gunanya berniaga makan duit orang? Takkan maju pun. Ingat, hidup kita ni bukan lama. Ajal datang tiba-tiba, andai kau mati dahulu sebelum aku, kau mati berhutang tau. Andai aku mati dulu sebelum kau, aku nak kau tahu untuk setakat ni aku belum halalkan lagi duit tu.

Jadi, silalah perbetulkan niat dalam berniaga. 

0 comments:

Post a Comment