Saturday, October 10, 2015

38weeks 4 days - still tiada tanda

Bebelan dari NFM pada 9:13 PM
Assalamualaikum!

Harini genap 38weeks and 4 days of my pregnancy. Perut memang dah jatuh dah. Setiap kali jumpa orang yang lebih tua mesti cakap "Dah jatuh sangat perut awak ni". Jalan pun dah tak boleh laju dah, kalau aku dengan baby yang merangkak sebelah aku, confirm baby tu merangkak lagi laju dari aku. Jalan slow bukan sebab saja nak manjakan diri tapi memang sakit dah dekat bahagian bawah, laju sikit makin ngilu gitu.

Bila time tidur adalah sangat tak selesa. Boleh rasa kepala baby tolak-tolak dekat bahagian bawah and aku akan terkejut-kejut. Ngilu betul. Tapi tak rasa sakit pun. Husband asyik cakap je, "Kalau sakit bagitahu" tapi aku memang tak rasa sakit pun. Cousin aku datang rumah pun dia siap cakap, "Akak tengok kau ni maintain okay je macam takde rasa apa je". Aku pun tak tahu nak cakap apa mungkin belum tiba masa nak sakit kot.

Baby's movement memang sangat cemerlang. Aku selalu baca experience orang yang nurse/doc akan bagi macam kita record movement dari 9am-9pm. So far aku dekat Hospital Columbia Nusajaya ni Dr Rohaini takde pulak suruh. Maybe setiap kali dia tanya baby aktif ke, aku jawab "Sangat aktif". Serious baby dalam perut ni aktif dia tersangat -- terus terfikir terlebih amik DHA ke. Haha. Alhamdulilah la baby aktif so sentiasa teman aku kalau tengah bosan-bosan especially bila husband dekat KL and aku dekat JB.

Next checkup Isnin ni, so berharap sangat doctor check tetiba bukaan dah lebih 4cm then terus masuk ward. Boleh tak nak macam tu? Haha. 

Haa masa aku pergi Antenatal Class ada la doc cakap selalunya tanda-tanda nak bersalin :

  • Sakit perut nak berak tapi tak berak yang kerap
  • Cirit-birit
  • Keluar darah -- Haa pasal darah ni doc ada cakap kalau untuk first baby, let say malam ni aku keluar darah, dia kata esok je aku pergi hospital sebab selalunya first baby ni lambat sikit ye la sebab belum ada laluankan.
  • Keluar lendir
  • Air ketuban -- Ni kalau dah keluar, sila la ke hospital dengan segera takut kang baby lemas pulak.
  • Sakit contraction yang berterusan -- Ni aku tak tahu apa rasanya sakit contraction sebab sampai sekarang pun aku tak tahu Braxton Hicks contraction tu macam mana.
Segala tanda diatas tiada pada aku, cuma perut memulas rasa nak berak tapi tak berak tu memang ada tapi tak kerap la. Sehari rasa dalam 2,3 kali je tapi rasa sakit perut memulas sikit je tak sakit teruk pun.

Tapi aku ada la tanya doctor, ada tak yang macam takde keluar tanda darah ke lendir bagai tu and air ketuban pun tak leaking lagi tapi tetiba nak bersalin. Doc kata, memang ada sesetengah orang macam tu. Ada baru ni patient dia tapi bersalin anak ke-5 la, time checkup tu doc check laluan dah 9cm. Dia siap cakap sakit sikit je ingat belum lagi. Pfftt. 

So, biasalah kan setiap orang berlainan pengalaman and daya ketahanan menahan sakit. Aku harap aku ada la daya menahan sakit high level. So, takde la aku macam orang gila nanti. Kesian husband aku nanti, dia dah la jenis cepat panic. Haha.


Due date aku 20.10, so maksudnya ada lagi 10 hari la. Aku punya sangat berharap baby tak overdue and aku tak kena induce sebab orang kata induce lagi sakit. Betul ke?

0 comments:

Post a Comment