Thursday, July 28, 2011

Bila sakit,

Bebelan dari NFM pada 2:14 AM
Bila tengah sakit ni la,banyak kerja nak buat, otak dah jadi tak betul,emosi tak menentu.Lagi-lagi kena handle semua sensorang. Terus jadi tension. Sakit since Sunday till today, tak tahu bila nak baiknya. Malas nak pergi clinic sebab doctor bukan rasa pun apa aku rasa,sama je nanti dia bagi ubat pun panadol. Lebih baik aku beli sendiri.

Bila sakit ni, teringat arwah mak, mak mesti masakkan bubur and bawak pergi clinic. Nak abah sebab abah suka tanya progress banyak kali and bagi ubat itu ini and tips-tips nak sembuh. Mak dah takde. Abah pulak jauh. So,takkan nak suruh adik kecik jaga aku pulak. So,Fharina jangan nak gedik sangat eh,kau jaga diri kau sendiri. Kau rasa sakit perit mana pun bukan orang rasa pun. Kau buat muka and suara belas kasihan macam mana pun,orang still takkan rasa.So,conclusion is SMILE. Buat macam,"Ohh,i okay je. Cant you see my happy smile?"

Bila sakit and rasa kehendak hati tak dipenuhi mula la perasaan bercampur-baur. Emosi tak menentu. Kejap marah, kejap sedih, kejap elok. Terus pikir semua yang negative tapi bila dah tersedar,"Astaghfirullahalazim,apa yang aku fikir ni. Tak baik tau fikir macam tu." Lalu cari point nak sedapkan hati sendiri. Ingat senang eh nak faham hati, hati aku sendiri pun aku susah nak faham, tapi selalu kekonon nak faham hati orang lain sedangkan hati sendiri tak tahu apa yang dimahukan. Tapi kalau tetiba hati ni macam tersentuh yang macam sampai sakit dada,ohh itu kena banyak bersabar. Fikir secara positif and pengorbanan amat diperlukan disini. Complicated betul la hidup ni. Berdoa agar dijauhkan dari fikiran-fikiran jahat.

"Ya ALLAH,Ya Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah,ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk"


Bulan Ramadhan nak dekat dah. Nanti time bulan puasa mesti ramai yang balik weekend sebab nak berbuka puasa dengan family. Takkan aku nak stay kat Cyber sensorang, orang-orang terdekat kat Cyber pun masing-masing busy and bawak haluan masing-masing, so i'm looking forward nak balik Jb selalu. Berbuka puasa bersama adik-adik. Friday ni balik Jb and Abah pun balik,Yeay! At least balik Jb takde la semak kepala otak nak terkurung je and sensorang. Ada Apit and Daus yang suka bergaduh,lantas Eqa terus menjerit marah dorang,so takde la senyap sangat. Boleh di consider as an entertainment la tu.


p/s : berdoa agar penyakit cepat sembuh.

4 comments:

- ezza - said...

get well soon ryna ;)

Fharina said...

thank you ezza :))

Salina@IbuAqil said...

get well soon dear.. :)

Fharina said...

hee thanks k.ros. feel much better now :)

Post a Comment