Thursday, February 21, 2013

Broga Hill!

Bebelan dari NFM pada 12:30 AM
Dari time sekolah dulu aku suka sangat camping, jungle trekking semua. Aku suka masuk hutan la senang cerita. Sebab ciptaan Allah SWT ni sangat indah. Tersangat la indah. Subhanallah. 

Jadi, ter-rancang la activity panjat-memanjat ke Broga Hill. Naik Broga Hill dengan Apiez the boyfriend, Jieja, Azzfar, Yuzzyne and Cikna. Kami start naik pukul 6am kot. Tak silap la. Time tu ramai sangat orang. Siap sesak lagi kat atas tu. Masa nak naik tu gelap so kaki ni melangkah ikut je mana kaki nak pijak. Ni first time kami naik Broga Hill. 

Bila dah sampai atas tu, MasyaAllah Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah SWT. SUKA SANGAT! Tapi tak naik sampai puncak atas yg batu-batu tu. Next time InsyaAllah. 

Okay dah puas duduk atas tu amik gambar semua and sebelum matahari memancar dengan lebih terik. KamI pun turun la. Bila nak turun tu fikir semula, "Macam ni ke aku naik tadi?". Serious macam tak percaya. Bila badan ni makin berat, bila nak turun kemain susah lagi nak break tau. Macam laju je. Lebih kurang macam kita golekkan satu guni bawang. Cenggitula rasanya. 

Naik Broga Hill ni kira dah boleh tick satu list dekat wish list la ni. Lepas ni teringin nak naik ATV tu pulak. Nak kena plan dengan kengkawan and make sure boyfriend kena ada! Tak lengkap rasanya bila buat sesuatu yang seronok tanpa dia. Yeay cant wait for the next activity! 



















2 comments:

A Girl Like You said...

Hi fharina! Blogwalking! ;) ehehe... i link u to my blog lah! jarang jumpa bdk2 mmu yg blog jugak! :D

Anna Mohamad said...

Hi Fa! tu la i dh hilang blog list dh. so i boleh la link u jugak! hihi.

Post a Comment