Showing posts with label fact. Show all posts
Showing posts with label fact. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Fashion Daging Lembu.

Bebelan dari NFM pada 3:33 AM 0 comments
Wanna share something with you guys. As you know,Lady Gaga kan suka menampilkan fashion yang pelik-pelik. So,this time,dia menampilkan yang lagi pelik masa MTV Video Music Award di New York. Sila lihat ini ; (ingin memaklumkan bahawa semua gambar di ambil di ohartis.com)



1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Saturday, June 12, 2010

Gambar ayam terbentuk dari peringkat janin lagi!

Bebelan dari NFM pada 12:39 AM 7 comments
Hello,entry kali ni quite interesting.
Actually pictures ni I amik dari blog Fahmie
so I nak share dengan you guys.

This is how ayam terbentuk dari peringkat janin lagi.
Cewah dah macam dalam iklan susu.haha.























So,amacam? Dah boleh bayangkan bagaimana ayam terhasil :)

Wednesday, June 9, 2010

Sila lihat payudara wanita.

Bebelan dari NFM pada 4:01 AM 7 comments

Erk serius ke ni? Kelakar pun ada jugak.haha.
Baru tenung 10 minit dah boleh panjang umur 5,6 tahun
Kalau 1 jam,lama tu!HAHA!

Saturday, May 15, 2010

Tips mendapatkan semula ex-boyfriend you all.

Bebelan dari NFM pada 2:27 AM 0 comments

Entry ni untuk you all yang masih tergila-gilakan ex-boyfriend you all. Tak kisah la yang ditinggalkan atau yang meninggalkan. Ohh awal-awal diberitahu tiada kaitan dengan I ye :) So,utk you all merujuk kembali kepada bekas pasangan anda,sila baca dengan teliti. Oh ye fakta ini diambil daripada Facebook seorang rakan iaitu,Raden Nurul Syuhada.

1) JANGAN bergaduh dengan dia. Selalunya dengan ex-bf ni, bila anda bercerita dengannya, asyik bergaduh saja. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna. Walau pun anda menang bila bergaduh mulut, kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

2)
JANGAN cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat ya, cinta itu berlandaskan perasaan, bukan logik! Macam mana betul, teguh, meyakinkan, bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logik anda itu..anda tetap jugak kena tinggal! Jadi, logik, jangan guna.

3)
JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang keadaan pasti berubah”. Benda macam ini seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor. Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

4) J
ANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia. Dia TAK peduli pun! Apa yang dia peduli, berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

5)
JANGAN merayu! Ya…jangan merayu. Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya ( lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya) .Lagi banyak, lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

6)
JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda. Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ini takkan berjaya, lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun, dia buat tak tahu je..

7)
JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

8)
JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. Walau pun kawan-kawannya sokong anda, cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya. Selalunya tak lama! Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

9)
JANGAN menangis di hadapannya! (Ramai sungguh buat macam ni!) Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

10)
JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak, lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.


So,selamat mencuba :)

Sunday, November 2, 2008

Month of Birth.

Bebelan dari NFM pada 2:07 AM 2 comments
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.

* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.

* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.

* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* Orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.

* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.

* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER (Apiez)
* Banyak idea dalam perkara.

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER (Fharina)
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Dr. Fadzilah Kamsah.