Thursday, August 12, 2010

Arwah Bonda.

Bebelan dari NFM pada 1:18 AM
Ya Allah Ya Tuhanku,tak tahu macam mana nak update blog ni. Kalau you guys baca previous entries I,I ada bagitahu yang I macam takde mood and I asyik ingat mak I.I nak mak I sembuh and mak I yang dulu. Tapi rupanya a few minutes I update entry tu,mak I pergi tinggalkan Abah and kami adik-beradik. Allah lebih sayangkan mak.

Hati ni bagaikan tak percaya dengan apa yang berlaku. Macam ini semua dalam mimpi. Even sampai sekarang I rasa macam mak I ada lagi,baring dalam bilik. Masih lagi terngiang-ngiang wajah mak masa I dibenarkan masuk ke bilik mayat,wajah mak masa I mandikan jenazah mak.Macam tak percaya sekujur tubuh yang tak bergerak di depan I masa tu adalah mak I.Tapi wajah mak nampak tenang.

Mak meninggal dunia pada 2 August 2010 at 9.30pm. Rumah ni dah senyap tanpa mak.Tinggal kami adik beradik disini sebab Abah kerja kat Jakarta. Alhamdulilah sepanjang pengurusan jenazah semua berjalan dengan baik.Ramai yang datang,Alhamdulilah.

I maybe nampak kuat luarannya tapi dalam hati ni sebak and sedih sangat.Tak sangka haritu adalah masakan mak yang terakhir yang I dapat rasa,patut la mak tanya nak makan apa and dia sanggup masakkan.

Ya Allah Ya Tuhan ku,aku rindukan mak. KAU ampunkanlah dosa-dosanya,KAU terimalah amal jariahnya,KAU tempatkan la mak di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah di sisimu Ya Allah. KAU curahkanlah rahmat ke atas rohnya Ya Allah. Walaupun sebak hati ini tapi aku redha dengan dugaanmu Ya Allah. AL-FATIHAH.

Hanya gambar mak yang tinggal untuk kami sekeluarga.Semoga Allah berikan kami kekuatan untuk menerima dugaan ni,jauhkan la kami dari kejahatan manusia,kejahatan syaitan dan ilmu sihir serta hasad dengki.Amin.

Arwah Bonda, Norlaila binti Majid (42)

18 comments:

mai said...

fhar: be strong k. tuhan lebih sayang mama u.kite yg msh hidup hanya mampu doakan untuk die shja. i hope u akn tabah n kuat dlm teruskn hidup u. takziah!

I.Q.W.A said...

may Allah bless u all :)

Benjo Hensem said...

tenang kan diri.byk kn sedekah kan fatihah pd roh mak..
tinggal doa anak2 jek tuk mak..
takziah again..

Mohamed said...

Sabar ye Ryna...semua yang terjadi ada hikmahnya...insyallah apa yang terjadi akan lebih mematangkan kita...Ryna jgn sedih2 lg ye...kawan2 semua ada untuk Ryna ok...smile and always send a prayer to ur late mother ok...

ieja said...

hg sorg yg sgt kuat na..
al-fatihah buat ibumu.

Zulfahmi Abidin said...

takziah atas pemergian ibunda trcinta.famie dpt tau pasal nie dri belle aritu.tp sory xdpt nk dtg. Org mnitis air mate bace entry awk kali nie.hope kmu tabah dgn smua nie.n utk raya nie hope awk dpt sambut dgn meriah jgk k.last word 4rm me.selamat menunaikn ibadah puasa.

Pije. said...

be strong ryna.
i pernah rasa tu.

chill beauty. :)

syafiq kadir said...

amin..
its good to have u back.
be strong awak.

NBaizura Ayub said...

yang, kuat kan semangat okay. u still hv ur friends. May Allah bless us. Amin.

Anonymous said...

sory to hear bout ur mom..,
allah lbey syg kn dia...
n sbgai seorg ank,u kne redha.
life must goes on dear...
evrything happend for a reason..
btw,ur late mom saket ape?
i ad kenalan,die pn ad prob psal tkanan darah ni...

Nor Shazwina Shahnaz said...

fharina, takziah ye... be strong....

AmalinaAzman said...

al-Fatihah for your mom. be strong ok dear

Zuriani Y. said...

be strong ryna. your family needs you.

Farra Muneera said...

Salam ryna.. I'm sorry to hear for your loss.

Hmm.. I mungkin tak rasa apa yang u rasa, but I tumpang simpati for you. If you feel like talking just msg me ke apa eh?

Be strong. She is at the better place now. Al-Fatihah

Cik Mun said...

Takziah Fharina. Al-Fatihah untuk arwah. Be strong girl.

Anonymous said...

kak.. semoga tabah menghadapi dugaan hidup nie. jangan sedih lagi.. kuatkan semangat.. banyakkan berdoa untuk mak akak.. semoga allah memncucuri roh arwah mak..takziah..

ChanHo Zouk said...

Fharina... you're the woman of the house now... make your late mom proud of you... even that she's gone... she know's she can trust you to do what's best... even that she didn't say it... she loves you dearly...

Take care... May Allah rest her soul... Al-fatihah...

mishl i n z said...

sis: bertahan ya. kita tahu sis kuat. sama sama berdoa moga roh bonda sis dipelihara Allah. inshaAllah

Post a Comment