Saturday, March 8, 2014

Bulan Hospital.

Bebelan dari NFM pada 7:46 PM
Sekejap je dah masuk March 2014.

Bulan ni bulan hospital aku rasa. Bulan sakit. 5 hari 4 malam dok berkampung dekat Tropicana Medical Centre. Bukan aku yang sakit tapi Apiez yang sakit. Almaklumlah cuaca yang tak menentu dengan jerebu tebal lagi. Semua orang sakit.

Bermula dari dia demam almost 2 weeks. Demam on off. Bila bawak pergi klinik, doctor just cakap dia demam biasa and cuma disebabkan tonsil. Kitorang risau denggi je. Aku pun pelik doctor ni, dia macam take it easy je. Before this if aku demam almost 1 week, mesti doctor kat Klinik Qistina akan amik darah. Tapi berbeza dengan doctor kat Damasara ni.

Balik makan ubat still Apiez demam menggigil. Badan panas sangat sampai bila tuam dengan air tak sejuk pun dia kata sejuk. Aku yang pelik. Then, esoknya terus bawa dia pergi klinik yang sama suruh buat surat referral ke hospital. Kali ni doctor lain pulak, dia cakap Apiez bukan demam biasa and suruh pergi hospital.

Sampai hospital terus ke Emergency, doctor amik darah. Doctor cakap, Bacteria Infection dalam darah. Terlalu banyak kuman dalam darah sampai doctor pun pelik. Bila dengar doctor kata bukan Denggi, terus Alhamdulilah. Tapi tetiba dia cakap, "It could be more worse than Dengue" . Terperanjat tapi still buat muka relax sebab kang aku gelabah, dia pun lagi gelabah.

Terus kena tahan ward, doctor kata maybe kena tahan more than 3days sebab doctor nak buat overall checkup. Malaria, Influenza, Dengue and etc. Jadi, aku sebagai tunang yang baik dok la teman dia kat hospital. Hospital dah macam hotel dah.

Alhamdulilah, hari demi hari ada improvement dari blood pressure dia, kuman dalam darah pun semakin berkurang. So,semakin tak bosan la aku bila dia dah sihat and aku boleh membebel and bercakap tanpa henti and dia boleh respon. Kalau tak, dia asyik tido je sampai aku sendiri pun tak tahu nak buat apa.

So, starts today dia MC one week. Doctor bagi cuti rehat. Jadi, aku pun boleh balik rumah rehatkan badan and boleh tidur pepuas.

Nasihat untuk semua yang sakit, kalau demam lama sangat cepat-cepat pergi check darah ya. Sekarang ni penyakit dah macam-macam.

                                                                                                                                                                

Oh, masa Apiez masuk hospital tu, mak dia pergi umrah. So, tak bagitahu mak dia sebab taknak buat mak dia risau tapi mak dia dapat tahu juga sebab kakak dia terlepas. Hee. Mak dia balik dari Umrah hari Rabu, then Khamis tu Apiez call mak dia tapi mak dia macam sakit tak larat.

Call kakak-kakak and abang dia tapi semua busy tak boleh balik rumah tengok mak dia. Jadi, kami buat keputusan mintak izin doctor and nurse nak balik rumah kejap sebab emergency. Nasib baik dorang faham walaupun just bagi balik 1 hour je. 

Sampai rumah dia, rupanya mak dia tak larat nak bangun dari mak dia balik Umrah. Memang lembik habis. Terus bawak dia pergi hospital yang sama, Tropicana Medical Centre. Kena tahan ward jugak. Btw, aku ni jenis tak reti nak layan orang sakit ke nak layan orang tua sebab aku tak biasa. Ye la aku ni jenis kasar sikit bukan berlemah-lembut. And aku tak reti bab-bab orang sakit, hospital bagai ni. 

Time tu pulak Apiez kena buat CT Scan so aku kena jaga mak dia kat Emergency, memula macam awkward jugak tapi hee kena la belajar kan. Jadi, kena jaga 2 orang yang sakit dalam 1 hospital yang sama. Hee tapi Apiez dah makin sihat so kekadang bila aku tak larat, dia yang naik bilik mak dia. 

Mak dia discharged sama hari dengan Apiez hari Jumaat. Tapi ni hari Sabtu, mak dia masuk hospital PPUM pulak sebab kembali tak sihat. 

Memula sekali, anak kakak Apiez masuk hospital, then Apiez masuk hospital, now mak dia pulak.

See, kan aku cakap bulan ni bulan hospital. Hihi. So, doakan semua yang sakit kembali sihat.

0 comments:

Post a Comment