Entahla
Aku tak tahu nak cakap macam mana
Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni
Sakit sangat hati ni
Terluka sangat hati ni
Dah bersediakah aku?
Nak menempuh hari-hari seterusnya
Berdosa sangatkah aku?
Salah besarkah aku?
Hari demi hari aku cuba berusaha
Untuk jadi yang terbaik
Dengan senyuman tak lekang dari bibir
Cuba kawal nada suara
Mungkin aku tak mudah untuk menjadi rapat
Perlukan masa
Perlahan perlahan aku akan belajar
Disaat aku sudah berasa selesa
Terguris perasaan aku
Sehingga keluar titisan airmata
Tiada seorang pun faham perasaan aku
Aku cuba menjadi kuat
Aku cuba menjadi cekal
Seperti arwah mak
Cuba belajar berdikari
Cuba tahan apa yang sakit
Kerana kita sebagai perempuan perlu berdikari
Tapi dalam kecekalan itu
Kadang-kadang sebaris kata mampu tewaskan aku
Takpe
Aku kena kuat
Aku kena cekal
Dengan adanya Abah
Dengan adanya Allah SWT
Aku masih ada tempat untuk mengadu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment