Wednesday, March 19, 2014

Lari

Bebelan dari NFM pada 2:10 AM 0 comments
Boring
Tak tahu nak buat apa
Tahun ni belum dapat berjalan jauh lagi

Asyik Johor Bahru 
ke Kuala Lumpur 
dan begitulah sebaliknya

Maka,
tadi aku dah beli tiket penerbangan 
untuk bawa ketiga-tiga adik aku lari
lari dari sini

Untuk berjumpa Abah. 
Cinta hati aku kekal di hati

Yeay! 
Akhirnya dapat jugak aku keluar
Keluar dari perasaan yang kelam.

Monday, March 17, 2014

Hati Fragile

Bebelan dari NFM pada 1:36 AM 0 comments
Aku punya hati yang senang --
terguris
tercalar
tersentuh

tapi dalam semuanya senang ada yang susah
susah nak memaafkan
susah nak melupakan

lebih-lebih lagi bila aku sudah buat dengan sehabis baik
untuk jadi yang terbaik
akan tetapi aku dimalukan
hati aku disakitkan

Aku --
bukan perempuan yang lemah-lembut
bukan perempuan yang penyabar
bukan perempuan yang peramah

kerana sebenarnya aku seorang yang --
pemarah
degil
bercakap ikut emosi
tak kira siapa pun engkau

Hati aku fragile
Aku bercakap ikut emosi kerana aku mahu jaga hati aku
Sebab aku yakin orang lain tak akan jaga hati aku
Jadi biarkan aku dengan emosi aku
Sebab orang tak tahu apa yang aku pendam

Jadi jangan salahkan aku
Kalau aku susah nak memaafkan
Kalau aku susah nak melupakan
Kerana kau dah guris hati aku
Sehingga tercalar yang paling dalam

untuk hati aku pulih --
LAMA







Taman Sutera,JB
17-03-2014
1.36AM



Friday, March 14, 2014

Sebabnya,

Bebelan dari NFM pada 6:20 PM 0 comments
Tuhan mengizinkan kita disakiti,
Agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka.

Tuhan membuat kita menangis,
Agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih.

Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan,
Agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya berdoa dan berusaha,
Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya.

In Shaa Allah.

Thursday, March 13, 2014

Z E R O

Bebelan dari NFM pada 1:30 PM 0 comments
Entahla
Aku tak tahu nak cakap macam mana
Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni
Sakit sangat hati ni
Terluka sangat hati ni

Dah bersediakah aku?
Nak menempuh hari-hari seterusnya
Berdosa sangatkah aku?
Salah besarkah aku?

Hari demi hari aku cuba berusaha
Untuk jadi yang terbaik
Dengan senyuman tak lekang dari bibir
Cuba kawal nada suara

Mungkin aku tak mudah untuk menjadi rapat
Perlukan masa
Perlahan perlahan aku akan belajar
Disaat aku sudah berasa selesa
Terguris perasaan aku
Sehingga keluar titisan airmata

Tiada seorang pun faham perasaan aku
Aku cuba menjadi kuat
Aku cuba menjadi cekal
Seperti arwah mak
Cuba belajar berdikari
Cuba tahan apa yang sakit
Kerana kita sebagai perempuan perlu berdikari

Tapi dalam kecekalan itu
Kadang-kadang sebaris kata mampu tewaskan aku

Takpe
Aku kena kuat
Aku kena cekal

Dengan adanya Abah
Dengan adanya Allah SWT
Aku masih ada tempat untuk mengadu



Tuesday, March 11, 2014

Menanti Kamu MH370

Bebelan dari NFM pada 1:17 AM 0 comments

Satu dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Satu dunia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang sepatutnya sampai pada pukul 6.30am -- 8th March 2014 tapi tak juga sampai. Hilang dari radar secara tiba-tiba. Bermacam spekulasi yang timbul. Keadaan semakin misteri bila tiba-tiba 2 penumpang misteri yang menggunakan passport curi. Adakah terrorist? Semua tak pasti.

Satu dunia bersedih. Walaupun bukan kenalan rapat, walaupun bukan keluarga sendiri tapi cukup la berita ni mampu buat kita menangis. Kehilangan secara tiba-tiba itu adalah memeritkan lagi buat kita rasa tertekan. Tiada clue, tiada berita, tiada apa-apa. Mungkin juga mereka hidup mungkin juga mereka tiada.

Tapi entah kenapa hati kecil ini kuat mengatakan mereka masih hidup. Berpuluh kapal sibuk mencari. Beberapa buah negara turut terlibat. Jangan salahkan pilot, jangan salahkan co-pilot. Ini semua takdir dari Allah SWT. Apabila Allah SWT menyebut "Kun Fayakun" , maka jadi la ia. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang terjadi kepada mereka.

Setiap kali bangun dari tidur, terus teringat akan nasib mereka. Sebelum tidur sempat berdoa semoga esoknya akan ada petunjuk dari Allah SWT. Kasihanilah keluarga mereka. Tangisan tanpa henti dari seorang isteri, seorang anak, seorang ibu dan ahli keluarga yang menunggu mereka dengan penuh harapan.



Semoga akan adanya keajaiban dari Allah SWT. Semoga Allah SWT berikan petunjuk kepada kita semua. Allah SWT Maha Mengetahui segalanya dan hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa. Semoga misi pencarian MH370 dipermudahkan oleh Allah SWT. 

MH370
Namamu kini menjadi sebutan
Bersama doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Tuhan
Bersama harapan yang sentiasa berpanjangan
Pulanglah kembali dan rungkailah setiap persoalan
Lihatlah
Betapa luruhnya airmata mereka yang menantimu dalam debaran

Jikapun engkau telah tiada
Khabarkanlah kepada kami di mana engkau berada
Agar kami dapat datang dan membawamu pulang
Semoga urusan pencarian ini dipermudahkan olehNYA
yang memegang segala rahsia takdir kehidupan.


MH370
Langit sudah bertukar kelabu
Kesedihan melanda terpahat dikalbu
Seluruh dunia menanti beritamu
Muncullah nanti seperti selalu.

Andai tercalar tinggalkanlah petanda
Andai terguris tunjukkanlah dimana
Andai ada tunjukkanlah rupa
Tidak nanti kami tertanya

Sudah tertulis janji bersemi
Lautan biru bertukar merah
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kepadamu kami berserah.

Saturday, March 8, 2014

Bulan Hospital.

Bebelan dari NFM pada 7:46 PM 0 comments
Sekejap je dah masuk March 2014.

Bulan ni bulan hospital aku rasa. Bulan sakit. 5 hari 4 malam dok berkampung dekat Tropicana Medical Centre. Bukan aku yang sakit tapi Apiez yang sakit. Almaklumlah cuaca yang tak menentu dengan jerebu tebal lagi. Semua orang sakit.

Bermula dari dia demam almost 2 weeks. Demam on off. Bila bawak pergi klinik, doctor just cakap dia demam biasa and cuma disebabkan tonsil. Kitorang risau denggi je. Aku pun pelik doctor ni, dia macam take it easy je. Before this if aku demam almost 1 week, mesti doctor kat Klinik Qistina akan amik darah. Tapi berbeza dengan doctor kat Damasara ni.

Balik makan ubat still Apiez demam menggigil. Badan panas sangat sampai bila tuam dengan air tak sejuk pun dia kata sejuk. Aku yang pelik. Then, esoknya terus bawa dia pergi klinik yang sama suruh buat surat referral ke hospital. Kali ni doctor lain pulak, dia cakap Apiez bukan demam biasa and suruh pergi hospital.

Sampai hospital terus ke Emergency, doctor amik darah. Doctor cakap, Bacteria Infection dalam darah. Terlalu banyak kuman dalam darah sampai doctor pun pelik. Bila dengar doctor kata bukan Denggi, terus Alhamdulilah. Tapi tetiba dia cakap, "It could be more worse than Dengue" . Terperanjat tapi still buat muka relax sebab kang aku gelabah, dia pun lagi gelabah.

Terus kena tahan ward, doctor kata maybe kena tahan more than 3days sebab doctor nak buat overall checkup. Malaria, Influenza, Dengue and etc. Jadi, aku sebagai tunang yang baik dok la teman dia kat hospital. Hospital dah macam hotel dah.

Alhamdulilah, hari demi hari ada improvement dari blood pressure dia, kuman dalam darah pun semakin berkurang. So,semakin tak bosan la aku bila dia dah sihat and aku boleh membebel and bercakap tanpa henti and dia boleh respon. Kalau tak, dia asyik tido je sampai aku sendiri pun tak tahu nak buat apa.

So, starts today dia MC one week. Doctor bagi cuti rehat. Jadi, aku pun boleh balik rumah rehatkan badan and boleh tidur pepuas.

Nasihat untuk semua yang sakit, kalau demam lama sangat cepat-cepat pergi check darah ya. Sekarang ni penyakit dah macam-macam.

                                                                                                                                                                

Oh, masa Apiez masuk hospital tu, mak dia pergi umrah. So, tak bagitahu mak dia sebab taknak buat mak dia risau tapi mak dia dapat tahu juga sebab kakak dia terlepas. Hee. Mak dia balik dari Umrah hari Rabu, then Khamis tu Apiez call mak dia tapi mak dia macam sakit tak larat.

Call kakak-kakak and abang dia tapi semua busy tak boleh balik rumah tengok mak dia. Jadi, kami buat keputusan mintak izin doctor and nurse nak balik rumah kejap sebab emergency. Nasib baik dorang faham walaupun just bagi balik 1 hour je. 

Sampai rumah dia, rupanya mak dia tak larat nak bangun dari mak dia balik Umrah. Memang lembik habis. Terus bawak dia pergi hospital yang sama, Tropicana Medical Centre. Kena tahan ward jugak. Btw, aku ni jenis tak reti nak layan orang sakit ke nak layan orang tua sebab aku tak biasa. Ye la aku ni jenis kasar sikit bukan berlemah-lembut. And aku tak reti bab-bab orang sakit, hospital bagai ni. 

Time tu pulak Apiez kena buat CT Scan so aku kena jaga mak dia kat Emergency, memula macam awkward jugak tapi hee kena la belajar kan. Jadi, kena jaga 2 orang yang sakit dalam 1 hospital yang sama. Hee tapi Apiez dah makin sihat so kekadang bila aku tak larat, dia yang naik bilik mak dia. 

Mak dia discharged sama hari dengan Apiez hari Jumaat. Tapi ni hari Sabtu, mak dia masuk hospital PPUM pulak sebab kembali tak sihat. 

Memula sekali, anak kakak Apiez masuk hospital, then Apiez masuk hospital, now mak dia pulak.

See, kan aku cakap bulan ni bulan hospital. Hihi. So, doakan semua yang sakit kembali sihat.