Wednesday, August 18, 2010

Arwah Aunty Lina,mama Effa.

Bebelan dari NFM pada 3:51 PM
Al-fatihah untuk mama Norafifah binti Mohd Ali (Effa) yang telah pulang ke Rahmatullah semalam.Semoga roh Aunty Lina dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah.

Effa darling,kita kawan baik since standard 6.Mak kau jaga aku and macam mak aku jugak dari time tu jugak.Mak aku sakit,mak kau pun sakit jugak.Mak aku pergi dulu,selepas 2 minggu mak aku pergi,mak kau pergi.Tapi kita kena kuat Fa.Kita sendiri tak sanggup tengok dia sakit lama-lama.Allah lebih sayangkan mak kita.Kita kena redha.

Hari Sabtu lepas baru melawat mak Effa kat hospital.Mak dia usap kepala I sambil menangis.Mak dia pesan kat I,

"Na,aunty sayang Anna macam anak aunty sendiri.Dari darjah 6 aunty kenal Anna dah macam adik beradik dengan Effa.Anna kena kuat and sabar.Jaga adik-adik.Anna doakan aunty sihat semula and aunty jaga Anna.Mulai sekarang aunty mak Anna.Lepas ni aunty jaga Anna.Apa-apa Anna ada masalah,bagitahu Aunty.Anna kawan dengan Effa baik-baik,korang dah macam adik beradik"

Tak sangka itu kata-kata terakhir dari Aunty Lina and time tu la dapat cium aunty Lina buat kali terakhir.Mak baru pergi 2 weeks and sekarang Aunty Lina.Kuat betul dugaan yang Allah berikan kepada kami.KAU berikanlah kami kecekalan dan ketabahan hati untuk menerima semua ini.

1 comments:

Zulfahmi Abidin said...

im so sory to hear all this dear..my tears drop by to say condolence to you again.....aku nak jumpe ko kalau boleh..tapi....takpe lah.keep up the gud things k.b strong fharina...

Post a Comment