Sunday, December 29, 2013

Career?

Bebelan dari NFM pada 11:52 PM


Sekarang ni aku macam confuse nak apply kerja. Should I go for an Accountant or as an Auditor. Aku dah habis study dari October haritu. Diploma in Accounting and Bachelor of Accounting. Time diploma aku internship for 3 months dekat Royal Custom Johor Bahru, department 'Pasca Audit'. Then, bila time degree, aku buat internship dekat KPMG Johor Bahru as an Auditor. See, aku cuma ada experience in audit sahaja. Kekadang tu ada la jugak nak tahu job scope sebagai accountant tapi memang aku tak berpeluang sebab time diploma tu aku dapat department Audit untuk internship, bila time degree tu memang students kena apply audit firm. So, now aku sangatlah keliru dah memang tak tahu dah ni.

Bila aku mintak opinion kengkawan, apa yang dorang cakap mesti "Alaa na, kenapa kau nak kerja. Tak payahla. Kau kan ada business sendiri focus tu je la" Ya, memang semua orang akan cakap benda macam tu. Aku memang tak nafikan yang at first memang aku cakap aku taknak kerja la apa la. Tapi itu omongan kosong time aku study dulu. Bila dah habis study ni, aku tahu aku kena jugak kerja. Cari experience and of course la kena cari duit wei. Aku ni suka shopping and expenses sebagai seorang perempuan ni bukan murah. Selama ni memang la Abah bagi itu ini, tapi aku dah 25 tahun dah sampai bila nak susahkan Abah. Kesian Abah. Jadi, aku memang kena kerja untuk diri aku sendiri. Apa yang bakal terjadi masa depan nanti kita belum tahu lagi kan.

Business tu tetap akan diteruskan sebab benda tu aku memang suka and aku buat dengan ikhlas. Bila kita suka dengan benda tu, kita mesti buat dengan ikhlas. Walau penat buka booth every week, angkat barang, panas hujan memang tak nafikan penat tapi aku seronok sebab aku ikhlas. So, aku akan teruskan juga.

Okaaay back to our topic, aku still keliru. Any opinion from you?


Btw,saja nak share satu status Facebook dari Farah Lee :

Buat kerja yang kita suka ni, sakit penat sekalipun, ikhlas tu senang ada. Kerja ikhlas, Allah suka. 

Kepada yang masih pertikai kenapa saya memilih 'business' sebagai kerjaya, bukan 'engineering', ingat, menuntut ilmu itu tanggungjawab dan mencari rezeki juga tanggungjawab tetapi tak semestinya kita 'wajib' kerja dalam jurusan belajar kita.

Saya minat belajar engineering tetapi saya tidak minat bekerja sebagai engineer. Jadi saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, yang saya suka, kerana saya khuatir jika saya paksa diri untuk bekerja sebagai engineer, ikhlas tu tak ada bersama.

Rugi ilmu.? Belajar jauh-jauh, balik tak berbakti pula.? Pada saya, tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu dan tak semestinya saya mesti kerja sebagai engineer untuk berbakti. Proses pembelajaran adalah proses men'develop' thinking skills, kematangan utuk melihat dan menyelesaikan masalah. Apa pun bidang yang kita belajar, konsepnya adalah sama. Dan, ilmu, walau dilihat 'tidak dipraktikkan', tidak akan pernah tidak berguna.
WELL SAID! 




0 comments:

Post a Comment