Monday, December 23, 2013

To mommies out there!

Bebelan dari NFM pada 3:30 AM
Hi!

What I am going to write about is not criticism but luahan hati sendiri. Dalam umur aku 25 tahun ni, of course la ramai kawan yang dah kahwin dah ada anak. Aku tak rasa pun macam nak iri hati ke sebab aku percaya jodoh pertemuan tu kan di tangan Allah SWT. Of course la rasa happy sebab kawan dah kahwin and dapat baby dah. 

Tapi apa yang aku rasa macam a bit annoyed bila kasih sayang suami isteri and obses anak tu melampau sangat. Terlampau obses macam dia je ada suami and macam dia je ada anak macam tu. Kenapa aku tak cakap kat suami? Sebab lelaki ni jarang sikit nak tunjuk obses dia kat anak ke kat isteri kat public. 

Contohnya, 
  • Si isteri tinggalkan comment kat Facebook/Twitter si suami yang tengah kerja "Rindu la cepat la balik. Tak sanggup nak pisah lama-lama" -- Pergh! Aku rasa macam nak muntah je. Boleh tak gunakan Whatsapp ke SMS je si suami tu. or "Yeay! My Hubby memang lelaki yang paling handsome baik romantic, untung I jadi wife dia" --- Dok sibuk sangat puji husband sendiri kang orang lain kebas laki kau kang, time tu la cakap suami tu teruk la apa la.

  • Si isteri share something about cute babies kat Facebook, then tagged si suami dengan caption, "Abang, you should see this, baby dalam video ni comel sangat bijak sangat sama dengan anak kita! Kita dah berjaya didik dia jadi bijak!" --- Padahal si ibu tu baru habis pantang, gaya cakap macam anak dah bersar sangat boleh cakap. Kan boleh je tunggu si suami tu balik and share dengan dia sendiri dari menimbulkan perasaan meluat orang.

  • Si isteri baru lepas bersalin and update status Facebook, "Hi! I dah bersalin and its baby girl! Korang mesti tak sabar kan nak tengok gambar anak I sebab I tahu korang mesti jeles gila sebab anak I memang cute!" --- Tak salah nak cakap anak sendiri cute sebabnya semua orang akan mengaku yang anak dorang tu cute tapi orang lain pandang tak sama. So, janganlah over confident nak cakap semua orang jeles sebab anak kau tu cute sangat. Bak orang kata, jangan riak. 

  • Si isteri ni baru dapat sorang anak sedangkan kawan dia ni dah ada 3 orang anak, tapi cara dia nasihat kat kawan dia ni "Hey babe, kenapa u makan benda tu tak elok la untuk baby ni nanti, time I pregnant dulu I makan bla bla bla bla, then I selalu amalkan bla bla bla bla, you patut ikut cara i babe baru betul" --- baru kahwin and baru dapat anak sorang yang tak pandai merangkak lagi dah tunjuk pro macam dia anak 10 orang. 

  • Bila jumpa kengkawan and kawan ni bercerita pasal anak lagi sorang kawan. Si isteri mula la, "Oh sama la dengan anak I tapi anak I lagi pandai tau" -- Bercerita pasal anak dia sorang je la sampai tak boleh orang lain cakap pasal anak orang lain. 

Tu la antara contohnya yang memang buat aku meluat. Maybe sebab aku tak kahwin lagi and takde anak lagi so takde la aku rasa excited macam tu tapi In Shaa Allah aku cuba untuk tak menjadi riak dikhalayak ramai sebab aku taknak orang lain meluat macam aku rasa meluat kat segelintir orang macam sekarang ni.

Then, most important issue is BREASTFEEDING! Yes, memang digalakkan si ibu bagi susu badan kat anak but please tengok sekeliling. Mostly yang aku jumpa, orang bagi susu badan kat anak in public  WITHOUT nursing cover. Just angkat baju and terus halakan kat mulut anak. Especially, melayu yang bertudung. What's wrong with you? Tak salah nak susukan anak tapi cara tak elok. Aku yang perempuan terpandang pun jadi segan, apetah lagi para lelaki yang penuh imaginasi tu. To mommies out there, please beli nursing cover and jangan upload gambar tengah netekkan baby anda.

Still dalam topic susu badan. Nowadays, Instagram and Facebook bersepah orang upload gambar hasil perahan. Ya, nak pump susu pun pump la tapi tak payah la nak upload gambar dengan caption "Wow! I'm a proud mother, susu badan dapat pump banyak". Gambar tu aku tengok geli tau. Tak payah la sampai nak upload gambar susu yang dipump or buat status Facebook/Twitter " Now, tengah pump susu tetek untuk anak" ---OH PLEASE!


Okay habis cerita pasal susu cap gantung. Korang mesti kenal Fynn Jamal dengan Atita Haris kan? Serious aku memang obses dengan anak dorang Juna & Opi. Memang comel sangat and bijak. Ya, ini aku ikhlas cakap sebab setiap malam aku akan pastikan aku dah tengok video and gambar Juna&Opi kat Instagram. Serious tu memang semua orang cakap comel sampai followers pun sampai beratus ribu. 

Tapi kekadang orang yg comment tu pulak, "Eh muka dia sama dengan anak i" and siap upload gambar dengan hashtag FynnJamal. Tapi bila aku tengok macam jauh beza je. Comel memang comel tapi tak sama langsung. See, macam ni la aku cakap pandangan orang tak sama. Nasib baik takde orang kejam comment kat dia, "Kak, rasanya tak sama langsung. Juna lagi handsome and comel" Nasib baik tau. Kang tak pepasal menanggung malu. 


So, akhir kata (eceyh) jangan terlalu bangga dengan apa yang kita and simpanlah romantik rumahtangga korang suami isteri tu antara korang, jangan dok update sana sini. 


Mohon maaf kalau ada orang yang terasa. 




3 comments:

A Girl Like You said...

Kan! Semuanya nak difacebook-kan! :p

Anna Mohamad said...

Haha tahu takpe! semua details semua nak bagitahu. adeyh. haha.

YanYan Jamal said...

Setuju sangat!

Post a Comment