Tuesday, December 31, 2013

Monopoly Zapped!

Bebelan dari NFM pada 6:29 AM
Siapa yang tak pernah main Monopoly seumur hidup dia? Kalau korang tak pernah main, maksudnya korang tak menggunakan masa kanak-kanak yang ada dengan seronok. Hee. Dari kita sekolah dulu bila time dah habis peperiksaan akhir tahun mesti cikgu bagi bawak mainan pergi sekolahkan. Asalkan bermain tu jangan bising. So, ada yang jadi banker la jaga duit semua. Yang tak power Math mesti kena ada calculator kira-kira. Kalau tak Monopoly pun, Saidina.

Aku pun mesti la tak terlepas jugak ada Monopoly dengan Saidina, tapi biasalah mesti ada je yang hilang. Duit hilang la, dadu hilang la, property card hilang la. At last, dah malas dah sebab tiap kali beli baru mesti hilang.

Tapi sekarang ni disebabkan zaman high technology and almost semua orang dah ada smartphone dah boleh Download game Monopoly dekat smartphone or tablet korang. Akan tetapi tahukan anda bahawa itu kurang mencabar sebab macam tak puas?

Haaa, sekarang ni kalau korang pergi Toys"R"us dah berjenis Monopoly dah. Monopoly Empire la apa bagai. Now, aku nak cakap pasal Monopoly Zapped. Korang boleh beli dekat Toys"R"us, aku beli harga RM89.90. Lama dah beli sebab time tu boring teman Apit cari dia punya toys and aku pun rasa macam nak beli jugak. Tapi korang kena ada smartphone yang boleh download Monopoly Zapped ni dekat smartphone korang.



Macam aku ni memang APPLE user. Dalam Monopoly Zapped box ni ada:

  • 4 bank cards 
  • Houses and Hotels
  • Property Cards
  • 2 Dice
  • Game guide
  • 6 tokens
  • Monopoly game board
  • Rubber pads
After you've downloaded the MONOPOLY ZAPPED apps to your smartphone, create a player name. Boleh main sampai 4 orang and letakkan Iphone or Ipad korang atas game board tu, in the middle tau. If taknak Iphone/Ipad bergerak, place the rubber pads dekat game board tu. 

Paling menariknya, bank cards tu! Tak payah guna duit pun, so senang nak jaga takde la cepat hilang. Any transaction jual beli ke apa ke just touch bank cards tu dekat Iphone/Ipad. Seriously, COOL gila. Aku jakun. Dia akan detect which color korang punya bank cards masa korang nak setup new game tu. So, takde la lembab sangat nak kira duit and kalau takde orang nak jadi banker pun takpe sebab memang banker tak diperlukan pun. Hee.Untuk CHANCE card dengan COMMUNITY CHEST card pun memang takde sebab semuanya dekat application tu. 

Kalau nak keluar dari jail ada 3 options, sama ada korang nak bayar je or break out the jail (kena main game konon-konon nak keluar sesenyap dari jail or korang kena roll dice sampai dapat double dice -- normal procedure).  Chance dengan Community Chest pun sama, ada korang kena main game lawan opponent korang tengok siapa yang kalah kena bagi korang duit. Hee.

So, aku memang suka game ni and boleh main dengan adik-adik. Sesuai dengan aku yang jenis tak suka keluar rumah ni. Boleh jadikan activity malam new year dari nak keluar celebrate entah pape tu. Lepas ni nak ajak si Apiez tu main sekali! 

Tapi application ni NOT COMPATIBLE with IPAD MINI ya. Sebab aku dah cuba banyak kali using mine, memang tak boleh detect bank cards. Then, aku main dekat Iphone je. 

Enjoy your quality time with your family & friends!


0 comments:

Post a Comment