Monday, November 10, 2008

10 kenangan ketika muda-muda.

Bebelan dari NFM pada 3:04 AM
Semalam masa tiada kerja yang perlu dibuat dan adikku,Eqa yang malas nak mengulangkaji pelajaran berborak,borak dan berborak.Macam2 la kitorang cakap masa zaman kami muda-muda dulu.Perbualan ini adalah kerana untuk menjeleskan adik kecil ku yang bernama Syafiq atau digelar Apit oleh kami-kami.Ini adalah kerana kehidupan zaman kecik aku dan Eqa amat berbeza dengan dia kerana masa kami kecik2,abah selalu ada dgn kitorang.Tapi time dia,abah ku sudah tidak lagi berada di Malaysia sepenuh masa.

Ini adalah memori masa aku kecik2 :

1. Dulu masa aku darjah berapa entah la aku tak ingat, aku selalu suruh abah ajar aku subjek Matematik. Kalau abah tak nak ajar,aku tak nak tidur and akan nangis sepanjang malam. Baik and rajin kan aku belajar. Bak kata Eqa,"kau ni pelik,orang kalau boleh tak nak abah ajar,kau boleh nangis lak"

2. Aku pernah diserang tebuan masa di kampung semasa merayap2 di semak-samun di bwh pokok rambutan bersama dgn dua uncle aku,Lan and Eddy. Time tu kitorang kecik2. Aku menangis tanpa henti.

3. Untuk pengetahun kalian,aku berhenti menghisap puting semasa aku berada di umur 6tahun di mana aku tadika.Berhenti tu pun sebab puting hilang,ni mesti ada orang sembunyikan.Jeles la tu.Tapi masa tu memang aku menangis di tangga rumah atok ku di kampung.

4. Abah ada belikan aku dengan Eqa khemah rumah di mana aku letakkn dlm bilik aku and bermain pondok2 bersama Eqa.

5. Setiap kali pulang ke kampung,aku,Eqa,Lan dan Eddy akan mengunci bilik dan bermain wrestling di dalam bilik.Tapi sebelum itu,kami pastikan semua keselamatan terjaga dengan membentangkan tilam besar di atas lantai.Uncle aku yang kami gelar Yai selalu menyuruh kami diam kerana kami terjerit-jerit. Time tu wrestling tengah top.

6. Semasa aku Darjah 1,aku ada 1 tilam busuk.Orang bantal busuk tapi aku tilam busuk.Sebelum aku pindah,abah telah membakar tilam di depan mataku dan aku tergamam lalu menangis.

7. Semasa aku Darjah 1 jugak,aku tak ingat dekat mana rumah aku.Sepatutnya,uncle aku yang aku gelar ayah amik kat pintu depan dengan cousin aku Angah.Tapi disebabkan aku tak tahu mana pintu depan and belakang,lalu aku aku menunggu di pintu belakang sehingga tengah Maghrib and seorang lelaki iaitu suami kepada cikguku telah menghantar aku pulang dengan menaiki motor and memang aku tak ingat langsung umh aku sebab aku baru pindah.Disebabkan itu jugak aku telah sampai kerumah malam dan membuat mak ku risau.Aku tidak menangis sama sekali.

8. Sejak kecil lagi aku telah menunjukkan perasaan suka memberontak dengan menghentak2 kaki ketika berjalan.Ini mengakibatkan,mak aku telah marah and mengurung aku di dalam bilik.Lalu abah mengeluarkan aku dr bilik itu,tapi aku langsung tak menangis masa itu.Oleh sebab itu,aku menjadi gadis yang degil sehingga sekarang,akan tetapi bf aku tetap mengatakan aku gadis yang baik and terbaik pada dia.Oh aku sayang kau!

9. Aku telah menjadi top student untuk subjek Bahasa Melayu di dalam kelas semasa aku dalam darjah 6 and pada masa itu,saingan aku seorang lelaki dan dia duduk sebelah aku sebab cikgu suruh dia belajar dr aku amat cemburukan aku lalu telah mengatakan sesuatu yang kesat kepada aku.Lalu aku mengangkat beg berpindah ke tempat lain.Konon2 merajuk.Dia meminta maaf kepadaku lalu melayan ku dengan baik selepas itu.*wink wink*

10. Time kecik,aku sanggup bangun subuh2 untuk mengikut abah and atok aku ke laut untuk memancing dengan menaiki bot abah aku.And aku amat suka tidur di atas jaring apabila hari sudah malam.Lembut tau mengalahkan tilam.Dan aku amat suka melihat obor2 yg berwarna-warni di dalam laut apabila malam.Ianya cantik.

2 comments:

deedlebag said...

hoo asek menangis je. yg lupe rumah tu best. wakaka

Mohamad Hafiz bin Mohd Anuar said...

isap puting tuh jer gua dah pk lain..
ahahahaha..ngok!
yeah,dirimu terbaik dlm diri ku..
bak kater dlm citer notebook 'we're always fight,im not afraid to hurt ur feeling coz thats what we do,can u picture ur life with me,20yrs,40yrs from now..bla bla bla..
ahahahaha..
and 1 lg..igt kan dulu suka bgn subuh sbb nk smayang subuh..skali g mmncing..ahahhaa...

Post a Comment