Monday, September 27, 2010

Anak kucing buat terjunan.

Bebelan dari NFM pada 10:12 PM
Okay kejap tarik nafas dalam-dalam, I nak bercerita benda yang baru kejap berlaku! Ini pun rasa panic tak hilang lagi. Termengah-mengah nak menaip tapi nak bercerita jugak. Okay I kan ada 3kitten cinonet ni kan,setiap malam dorang akan bising sebab nak main-main. So,I study dalam bilik I lepaskan la dorang dalam bilik.

I keluar pergi hall kejap sebab nak makan sambil tengok tv. Habis tu I pun macam pelik sebab I tengok kucing I dah takde. I dah panic semacam sebab tahu benda ni dah berlaku. I tak tutup tingkap meja study I,sebab I tak budget yang dorang akan panjat.

I berlari terus pergi tingkap,selak langsir,tengok ada 2ekor je yang ada kat tepi tingkap,tengah pandang bawah,lagi sikit dorang boleh buat terjunan udara. Degupan jantung dah semakin laju macam baru lepas lari dari Cyberjaya ke MEX. I rasa sekor lagi dah jatuh. I dok mencari selongkar dalam bilik takde jugak.I panggil pun takde jugak. I pandang ke bawah,mak oii biar benar dia terjun ni. Rumah I dah la second floor. I cepat-cepat tukar baju and turun bawah nak cari kucing. Alang-alang Azeeq datang rumah nak amik notes,Azeeq ikut sekali.

Sampai je bawah,nampak dah dia sekor duduk terdiam.Bila nampak I,terus dia mengiow.Alhamdulilah I jumpa dia. I takut je orang curik. Tapi dia macam baru lepas tercirit sebab dia nervous,jantung dia lagi laju dari I.Almaklumlah terjun dari tingkat 2. Tapi I rasa dia injured kat tangan dia belah kiri sebab dia terhincut-hincut. Esok kalau dia still begitu,kena bawak dia pergi clinic. Kelly macam tahu anak dia sakit,sebab dia jilat-jilat anak dia yang injured tu.Yang lagi 2 tu dari bising je terus senyap. Tu mesti cuak jugak.

Inilah first time kucing I buat perangai macam ni. Memang orang kata,kucing boleh tahu jarak tinggi or rendah tapi I tak berani nak lepaskan sebab jadi macam gini lah.Apa-apa pun Alhamdulilah sebab jumpa dia balik. Patut la dia dok diam je masa I jumpa dia,maybe sebab tangan dia sakit.

8 comments:

Anonymous said...

ryna, haha! dia minta perhatian kot, dah you dok study je, dia buat stunt lah pe lagi kan, nk tgk u cr ke x. hehe.

Fharina said...

huish attention apa macam gitu sekali?hahaha

Anonymous said...

nama pun "budak kecik" ryna, nak buat mcm mana, dia nk mencuba sesuatu yang baru kot.

Fharina said...

haha gila la.unexpected things kot!haha

adham said...

hai there!

i was reading ur post and wondering do u have persian or maine coon to give away?
i would love to adopt them

tq.

adham
0172304445

Fharina said...

adham,sorry adham.for now,I takde lg kot yg nak give away.kalau ada pun before this,tp dah bg dah.hehe

Anonymous said...

ryna, i pun nak adopt lah, bape kena bayar? bglah satu blh?

Fharina said...

ohh for now,takde yg for adoption la you :)

Post a Comment