Monday, September 15, 2008

Ceraiya.

Bebelan dari NFM pada 1:45 AM
Have you ever heard about CERAIYA at www.gua.com.my?
This story is quite interesting and quite funny.

*Click je kat banner atas ni and selamat menonton!

Hero and heroin cerita ini ialah Melissa Maureen Rizal and Tony Eusoff.

In this story,dorang ni suami isteri yang selalu je bergado.

Ni sinopsis cerita ni :

Tinggal beberapa hari lagi menjelang Hari Raya. Niki dan KP yang baru 3 bulan bergelar suami isteri, sudah terserlah ketidak serasian antara mereka.

Cuma satu jalan penyelesaian...cerai! Mereka sepakat untuk memberitahu keluarga masing-masing pada Hari Raya nanti, tetapi serangan sakit jantung bapa KP memaksa mereka menangguh berita tersebut.

Mereka kemudiannya memulakan satu perjalanan balik kampung untuk beraya bersama keluarga Niki. Sepanjang perjalanan, mereka telah merempuh pelbagai peristiwa pahit manis, suka duka dan melucukan. Ianya telah membuka mata KP dan Niki untuk lebih mengenali pasangan masing-masing dan lebih bertolak ansur sesama mereka.

Ceraiya, sebuah komedi balik kampung yang penuh dengan sajian peristiwa lucu dan pelik serta menghairankan dalam perjalanan hidup pasangan ini di musim perayaan nanti pastinya penuh pengajaran dan menghiburkan anda di sepanjang bulan Ramadan ini.

Aku dah tengok cerita ni sampai Episod 11 and aku tergelak2 tengok cerita ni.
Korang tengok la sendiri.
Enjoy the show ;)

0 comments:

Post a Comment