Thursday, January 28, 2010

Bosan campur malas sama dengan biarkan.

Bebelan dari NFM pada 8:15 PM 0 comments
Dah bosan dengan background blog saya.
Tapi saya malas nak tukar background.
Macam mana tu?

Wednesday, January 27, 2010

random.

Bebelan dari NFM pada 4:11 AM 0 comments
Makan maggi di kala pukul 4.12am.
Lapar setelah penat lelah mengemas rumah,mengubah suai furniture dalam bilik and membersihkan tempat kucing.
Alihkan almari baju dengan buku,oh bilik kelihatan luas sekali.
Suka!
Spray ubat kutu dekat Kelly and Keero,Keero mcm biasa tak buat perangai.
Relakan je apa yang terjadi,walau ditelentangkan,dia tetap maintain comel.
Kelly mak aii!
Terjerit-jerit,meronta-ronta,nak gigit sana sini.
Kadang-kdang terfikir,mana jantan mana betina ni.haha.
Masa aku pegang Kelly,aku terasa something timbul,puting susu dia!HAHA!
pink color!

ADAKAH??

anda tahu apa yang saya maksudkan?

p/s : Anne yayang belajar Spanish dr blog sy.
Oleh itu,nak ajar dia lg,
Cuidate means Take care ;)

Tuesday, January 26, 2010

$$$$

Bebelan dari NFM pada 2:50 PM 2 comments

Aku sangat bengang,duit poket dah habis.tak la habis terus.
ada lagi la,hampir2 habes.
Duit dalam bank ada lagi tapi sorry duit dalam bank tak digalakkan untuk keluar.
Sekali keluar amik kau,bukan setakat sekali,berkali-kali nak keluar.
Meronta-ronta duit tu nak keluar dari ATM tu.
Sebab apa duit dalam pocket dah habis??
Begini ceritanya.....

Sesetengah orang,parents bagi duit belanja tiap-tiap bulan.
Tu memang fix amount la kan every month.
Sesetengah orang parents bagi every week pun fix jugak.
Tapi aku?Lain dari yang lain.
Sebabnya,selalunya mak atau abah akan bagi RM500 - RM600 sekali tapi tu bukan untuk sebulan or seminggu.
Tapi untuk sampai bila ianya bertahan,kalo 3hari dah habis,mintak la lagi.
Kalau bawak kereta mak akan consider bagi lebih sikit.
Masa cuti aritu abah dah bagi RM500 tapi aku tak gunakan duit tu masa cuti sebab masa cuti nak keluar je mak akan bagi duit.
Weekend ni aku baru naik sem ni tapi aku dah balik,so semalam balik sini aku cakap dekat mak aku ada duit lagi tapi mak tetap bagi RM200 walaupun hanya RM200.
Kire okay la campur duit yang aku ada kan.
Sebab minyak kereta mak dh isi full,tol mak bagi duit isi touch and go.
Top up handphone pulak,memang akan SMS mak suruh top up kan,sekali top up mak isi RM30.
Tapi kadang-kadang dalam seminggu mintak dua kali,so RM60.
Tapi kalau ada rasa tak sampai hati,seminggu sekali or dua minggu sekali.
Yang lain top up RM10 guna duit sendiri.

Semalam baru pergi Danau Kota beli selipar la and lain-lain.
So ada duit lagi jugak,so ada duit tu aku lipat-lipat bagi tak terguna,next week baru boleh guna.

Tapi tadi!!!

Aku kena amik sticker and access card untuk Cyberia.
Aku park kat owner parking so dari dulu aku tahu memang owner parking is free.
Sebab dulu masa aku duduk B1,aku guna owner parking,so no need to pay for it.
Tadi aku mintak la sticker and access card under owner parking tapi akk management tu tak bagi sbb dia nak surat dari owner.
Aku call Mr Lee,agent rumah ni and dia cakap kat akk tu and semua selesai.
Card dgn sticker dah ada depan mata tapi tiba-tiba aku terkejut sebab aku kena bayar RM240!
Makkk aiii!
Duit lipat-lipat semua aku bukak,hulur kat akk tu.
Ada la lagi untuk belanja tapi aku cam terkilan sebab tu kete Eqa tapi aku kena bayar,and sekaligus lenyap!
Baru nak saving2.
Baru call mak suruh bank in duit,huwaaaaa =(
Mak kata petang kang dia bank in kan.
Dah la kena beli textbook RM300 2 buku.
tu kena mintak abah pulak campur dengan duit belanja lagi.

Cekik darah betul management baru ni,
dia kata dia charge RM240 utk owner parking sebab :

Deposit sticker = RM 60
Sticker = RM 30
Deposit access card = RM 70
Access card = RM 80

Mr Lee pun kata management ni cekik darah!
Ah tak suka nya!


Saturday, January 23, 2010

Week 1.

Bebelan dari NFM pada 5:57 PM 0 comments
Dah nak masuk second week of new sem.
Sem ni I amik 5 subject.

- Financial Accounting & Reporting 2
- Management Accouting 1
- Auditing 1
- Taxation 1
- Spanish for communication & culture

So,siapa-siapa yang mengambil subject yang sama dengan I and ingin mencari orang untuk group assignment,sila la bertanya :)

For last week,I attend semua kelas except on Friday,Auditing lecture.
Sebab tidur lambat kerana ada hal membantu orang lain.

Spanish class,awesome!
Best and lecturer Mr Joel yang cool!

That's all, Gracias!
*korang kena jawab, De nada.

Thursday, January 21, 2010

Si kelip-kelip ku sangkakan api.

Bebelan dari NFM pada 3:18 PM 0 comments


kami semua pergi ke Kuala Selangor.
Kitorang pergi Fireflies Park.
Dalam BM,dikenali sebagai Taman Kelip-kelip.
Kelip-kelip adik beradik dengan Kunang-kunang tapi kelip-kelip ni kecik sikit dari Kunang-kunang.
Paling mencabarnya nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan yang tiada enjin motobot tapi kena mendayung.
Eh bukan kami yang mendayung,pakcik yang bawak sampan tu la.
Huish apa taknya,sampan tu lagi sikit je paras nya nak masuk air.
Luckily aku ni dari kecik memang dah biasa dengan laut and bot.
So,rasa kurang sikit la rasa takut tu,tapi sumpah gelap gila!haha.

Satu sampan naik 4orang,Aina pegang tangan aku erat gila.
Sebab dia takot gila!haha.
Kitorang berpeluang pegang kelip-kelip,tengok dgn jarak dekat sekali.
Oh sangat cantik!
Dah macam pokok Xmas yang dipasangkan lampu.
And kelip-kelip berkelip dengan rythm yg sama.
Kelip-kelip ni suka kat Pokok Berembang.

Apa-apa pun we had fun! Serious!

Adnan Sempit.

Bebelan dari NFM pada 3:00 PM 2 comments


Dah lama dah nak tengok cerita ni,and last Tuesday tengok jugak.
Tengok berdua dengan Apiez kat Midvalley and yang lain-lain tengok cerita lain.
But still sama kat Midvalley jugak.
Sangat best cerita tu,susah nak tengok cerita Melayu yang full je dalam cinema tu.
But Adnan Sempit did!

best best best :)

Monday, January 18, 2010

Dont ask my result.

Bebelan dari NFM pada 12:02 PM 6 comments
Result dah keluar.
Bertubi-tubi orang dok tanya result.
Result saya boleh la.
Pass semua.
Better than dulu tapi tak memuaskan hati.
Haish!

Thursday, January 14, 2010

Promise in the friendship.

Bebelan dari NFM pada 11:26 PM 5 comments
Promise is never to be broken.
Why is it hard for you to keep the promise?
But you are the one who made the promises.
It is not about intentionally or unintentionally,it is all about promise!
I'm tired of waiting and be patient because it is not for the first time.
It is happens many times.
Should i explain to you?

I am pissed off!

I always be your best listener to all your problems.
I spent my time to listen all your problems even though you give me a call or even a text in a midnight.
But I always here to be with you.
To support u because I am your friend.
I appreciate the friendship.
But it seems hard for you to appreciate it.
Why?

Ciptaan Allah.

Bebelan dari NFM pada 4:58 AM 0 comments
Allah jadikan semua berpasangan.
Langit dan bumi.
Siang dan malam.
Syurga dan neraka.
Perempuan dan lelaki.
Bagi perempuan,jangan sesekali menganggap kewujudan lelaki ni membebankan dan berikan kesengsaraan.
Begitu juga dengan lelaki.
Semua kejadian Allah ada sebab.
So appreaciate it ;)

Ingin bercerita.

Bebelan dari NFM pada 4:09 AM 0 comments


Oh hari ni berasa sangat excited nak cerita pasal swimming class.
and terasa macam nak bercerita menggunakan kata ganti diri I dan You.
Actually I baru 6 kelas and nak ikutkan last la but I still got 3 class.
Esok 1 kelas lagi and Friday tak de class because Friday is for ladies only.
I balik Cyberjaya sabtu pagi,thats why la i sampai 7 je but next weekend Insyaallah i continue balik for 3 class tu.
Now,i've done for Breaststroke but need more practise.
Everyday kena buat warm up for 200m of Breaststroke.
I need to control the breathing and kicking.

But today!
At first as usual 200m of Breaststroke.
Habis tu,Uncle Omar tanya nak ke kolam sebelah tak which got the lompat-lompat tu.
Then I tanya,"dalam kan kat situ Uncle Omar?"
and he said," Eh dalam"
But i replied with, " Oh okay. Jom la."
*ceh kekonon berani la tu
Setibanya kat kolam sebelah tu, I dengan ada seorang mamat Cina tu je.
I pun turun tangga and tengok kedalaman kolam tu,oh paras kedalaman melepasi ketinggian I.
Of course la kan.
Then I pun swim la while Uncle Omar ikut dari tepi with the board.
But suddenly,kan bila kita pakai goggle kan boleh nampak apa dalam air tu.
Apa yang i nampak?
Untuk seterusnya yang merupakan half from kolam tu.
I dah tak nampak simen dah,which is dalam melampau!
I punya la nervous,i terus berhenti.
Uncle Omar tanya, " Eh Anna, kenapa awak berhenti?"
I jawab, " Takot! Dalamnya! Nervous" HAHA!
but he replied with, " Jangan risau,jangan nervous,saya akan selamatkan awak"
Then, 2-2 gelak!haha!

In my mind dah set dah, nak sampai cepat ke sana so kena berenang je tanpa fikir dalam.
And at last SAMPAI!
Oh memang terasa sangat lega!
Okay,habis part tu.
Part seterusnya,I dikehendaki untuk lompat dari atas for 3,4 times.
First jump,oh sangat takot sebab tahu dalam.
But utk seterusnya dah okay.
Tapi serius dowh dalam!!
HAHA!

I ni dah la less-confidence.
Haish cara ni increase kan confidence level I betul!HAHA!
I belajar Bicycle kick,Mushroom,Scissors kick and apa entah namanya lagi satu.
But tadi I ada prob with urat belakang lutut.
Sampai sekarang ni sakit.
Bibik dah urut but still rasa sakit malah lebih lagi.
Oucch!

Wednesday, January 13, 2010

Rindu Double K.

Bebelan dari NFM pada 6:24 AM 0 comments
Kelly & Keero, i miss you.
A lot.
I know you were miss me because you are crying Photobucket the whole day kan.
I love love love love you sayang.
Wait for me huh.
I'll treat you like a Princess Photobucket and Prince Photobucket of mine ;)
Feel relieved bila dapat 3g with both of you & i know korang sehat.
Its around 3 weeks i left you but dont worry Eqa ada.
Apiez pun datang jenguk sekali-sekala kan.
I'll be back this coming Saturday.
Dont cry a lot because Eqa will marah milkysmile both of you.
If Eqa marah korang, i will rasa sedih.
Photobucket
Because you're my babies ;)
Be patient okay babies.

p/s : maafkan saya di atas bahasa rojak.

Tuesday, January 12, 2010

to syg.

Bebelan dari NFM pada 3:40 AM 0 comments
Mohd Hafiz, saya nak awak tahu saya sayangkan awak dan itu tak dapat dinafikan.

Monday, January 11, 2010

sakit.

Bebelan dari NFM pada 4:19 AM 0 comments
Serious aku dah tak tahan dah.
Badan tulang bisa-bisa.
Aku okay lagi kalau demam,yang tak tahan bisa-bisa tu.
Haish!

Tidur pun tak nyenyak.
Rasa macam nak menangis.
Tapi tak nangis lagi sebab saya kuat.HAHA!
Okay Fharina,get well soon ;)

Sunday, January 10, 2010

For my lovely friend ;)

Bebelan dari NFM pada 7:41 PM 1 comments

I wanna say something to my dear friend.
Babe,please don't ever you cry for a man who didn't appreciate you.
Dia buat kau macam tak wujud,dia tak tinggalkan apa-apa pesanan pun untuk kau.
Kenapa kau nak kena menangis?
Kita perempuan tak semestinya kena sepanjang masa mengalah.
Kita manusia je,tak perfect.
Maybe kau buat salah but at least kau say sorry.
Tapi dia tak patut nak tinggalkan kau macam tu je sampai kau pun tertanya-tanya.
Seolah-olah dia lari dari tanggungjawab.

Aku cerita kat mak aku and mak aku kata,lelaki yang tinggalkan kau berhari-hari tanpa call and even a text.
Maksudnya lelaki tu tak bagus and in future nanti susah nak buat laki.
So,aku tak nak kau menangis!
Kau kena kuat!
Okay babe?
I love you ;)

Lagu hey ladies by Rossa untuk kau ;)
kite kena jadi superwoman!

sick

Bebelan dari NFM pada 4:22 PM 2 comments
Not feeling well.
Demam.
Sakit-sakit badan.


Izhar's birthday.

Bebelan dari NFM pada 4:11 PM 0 comments
Disebabkan birthday Izhar and kitorang celebrate dekat RedBox Pelangi.
Booked for 8 person.
Izhar,Alyaa,Ieda,Wassup,Atyaa,Aisha Hadi and Din Kadir,termasuk aku la.
Aku datang lambat sikit sebab aku balik dari swimming dah lambat.
We had fun!
Sangat-sangat sebab masing-masing gila.

Shark,Izyan,Qiet,Belle tak dpt dtg sebab pelepasan dari bf tak di approved =p
Nasib baik Izhar amikkan makanan dulu,kalau tak dah dapat makan,hehe.
Then kul 1am dah habis and aku dengan Izhar meronda2 and end up kat Singgah Selalu with Zharif.
Izhar dah jadi bf aku sekarang,kemana-mana dgn dia je every weeknd,HAHA =P
but now dia dah balik Uniten Muazzam dah.

Izhar,aku hope kau suka present tu sebab tu je aku sempat beli dlm keadaan rushing.hehe.
and semoga plan kau dgn Alyaa menjadi =p
Anything update tau!

Saturday, January 9, 2010

Night with Izhar & Alya.

Bebelan dari NFM pada 1:20 PM 1 comments
Malam semalam keluar dengan Izhar & Alya.
First time dalam umur hidup aku pergi Bazar Jb.
Dia lebih kurang cam kat Danau Kota la.
Ishk namanye orang Jb,tapi first time pergi.HAHA!
Tapi mahal jugak la kat situ,kalau pandai cari ada la yang murah.

Berjalan-jalan pusing-pusing and singgah makan minum kat Banafe Village.
Seterusnya berjalan-jalan lagi mencari Amja.
Boleh ke macam tu?HAHA!

Dah alang-alang tu Izhar ajak pergi rumah dia.
Yok,ke rumah Izhar.
Tak jauh dari rumah aku.
Tapi agak ke dalam jugak rumah dia.
Dekat-dekat dengan perkampungan orang Asli.

Btw,sharp 12am birthday Izhar,dts y melayan dia keluar.
But a lil bit sad for him sebab gf dia just wish bday dia thru SMS.
She didnt call and she's not a first person wish Izhar,Happy Birthday.
Dont worry Izhar, kau still ada aku and Alya ;)

Sepatutnya every gf akan berlumba-lumba untuk jadi orang yang pertama.
And kalau boleh nak call.
Its okay la Izhar,maybe gf kau dah terpikat dengan mamat bancuh air kat Muazzam tu kot.HAHA!

Birthday wishes.

Bebelan dari NFM pada 4:58 AM 1 comments

Happy 22nd Birthday to Izhar Rahmat
&
Hanisah Musa ;)

I love both of you.


Soalan dan jawapan.

Bebelan dari NFM pada 4:40 AM 0 comments
Tiada idea untuk menaip tapi ingin terus menaip.
Nak cakap apa? Entah tak tahu.
Kau okay ke dgn hidup kau?
Kalau aku tahu,takde la aku cakap tak tahu.
Hidup bagi kau senang?
Aku berdoa semoga ia menjadi senang sebabnya aku dah tak nak hidup macam ni.

Kenapa kau cakap mcm tu?
Yela tak dapat nak describe dengan kata-kata.
It's so complicated.
Kau tak nangis ke?
I should be strong.

Kau bengap ke?
HAHA!

Sekarang ni macam mana?
Aku banyak la benda nak kena fikir.
Bertubi-tubi dalam kepala hotak aku ni.

Apa comment kau pasal manusia?
Manusia ni tak perfect and entah la manusia ni mengelirukan.
Aku memang tak faham la.
Mulut kata lain,hati niat lain,perbuatan buat lain.

Kau ni macam tgh marah je?
Eh tak marah la,hati aku banyak sangat duri masok.
Bocor kot,tu yang emosi lebih.

Okayla,gtg.

Friday, January 8, 2010

Tentang kita.

Bebelan dari NFM pada 6:38 PM 5 comments
Apa dah jadi dengan kita ni?
Kau tahu?Aku tak tahu.
Kau sayang aku? Aku memang sayang kau.
Aku jujur? At least aku cuba untuk jujur.
Aku salah? Kau tak boleh salahkan aku 100%.
Kau maafkan aku? Kau kata kau bodoh maafkan aku.
Habis aku? Aku tak pernah rasa bodoh.
Aku IKHLAS. Kau kata hubungan ni kena ada dasar IKHLAS.
Macam mana nak eja?
I.K.H.L.A.S

Aku tak pernah menyesali apa yang berlaku. Kau pernah?
Aku tak tahu,tu semua dari hati kau.
Kau perfect bagi aku ke? Dah tentula tidak.
Aku perfect bagi kau ke? Tentu juga tidak.
Sebab apa? Sebab tak de siapa PERFECT.

Kau fikirkan masa depan? Aku pun.
Cuma aku harap aku tak terlalu menunggu sebab aku tahu apa yang aku akan tanggung in future.
Kau tahu? Mungkin kau tak tahu.
Apa yang akan jadi kat kau in future? Aku lagi la tak tahu.

Asyik gaduh? Tu la cara nak perbaiki hidup.
Kalau semuanya manis,tak best la hidup ni.
Kau kata aku nak balik kat ex aku? Ada aku cakap kat kau ke?
Pernah aku cakap?

Aku tak menggelabah tak tentu pasal. Kau pun tak perlu la.
Tak payah la nak ungkit segalan-galanya.
Sebab kau yang cakap macam tu.
Kalau aku silap? Kau pun silap.

Aku steady and relax bukan sebab aku rasa aku betul.
Aku pun ada salah tapi takde la sampai aku nak text kau cakap,
"Semoga Berbahagia"
Apa maksud kau tu?
Kau tak explain kat aku pun.
Aku harap kita still couple,tu aku fikir sekarang tapi aku tak tahu la kau.

Kalau aku benci kawan kau pun,ada aku cakap jangan kawan?
Kau cakap aku macam hebat,kau pun tak hebat.

Aku malas nak gado,aku jujur tapi kau salah faham dan menjadikan ia sebuah pergaduhan.
Aku nak kau tahu,aku sayang kau lebih dari segalanya.
Sekian,terima kasih.



Tuesday, January 5, 2010

Vacancy for nurse?

Bebelan dari NFM pada 7:51 PM 0 comments
Woah hari ni pukul 10am dah keluar rumah.
Teman Izyan hantar resume nak apply kerja.
Dari hospital ke hospital.
Because dia apply for staff nurse.
Lunch dekat Uda,Nasi Ambang.
Woah rindu nak makan kat situ,tempat melepak sebelum dan selepas habis sekolah ;)
Jalan-jalan dekat Jusco Bukit Indah sementara nak tunggu Babart teman Yan pulak nak pergi hantar resume kat tempat Babart kerja tapi last minute Babart ada plan kena hantar mak dia.
So,Yan pun balik je.
Sorry Yan,aku tak boleh teman kau sampai petang sebab aku ada class.

So,anyone tahu tak?
Mana-mana private hospital yang ada vacancy?
Tak tahu la dia nak private ke government,kalau ada tak kesah la apa-apa.
Leave a comment okay.
Sebab sekarang ni tengah tolong dia cari kerja.

Kelas swimming cancel sebab cuaca yang tak menizinkan.
Gelap yang amat sangat dan hujan lebat.

Aku pengsan-pengsan ingat malam ni keluar tengok movie dengan Zharif and SK,
rupanya esok la Rabu!HAHA.
Tak pasal-pasal aku dengan Zharif kena panggil nyanyuk dengan SK.HAHA!
Tu namanya excited terlebih!

Monday, January 4, 2010

First day of swimming class.

Bebelan dari NFM pada 11:54 PM 0 comments
Hoohoo.
So hows your life been today?
Mine is great!
Our first class swimming lesson sangat menarik.
Our?
Siapakah?
My mom and me la ;)

Uncle Omar best ;)
Dia tak garang.
Dia cakap,kitorang student yang paling cpt dia ajar.
Baru satu jam setengah dia ajar,dh banyak boleh pergi.
Oh thank you thank you =)
sangat senang hati kena puji.
*ooo blushing

Tiada idea untuk tajuk.

Bebelan dari NFM pada 7:17 AM 3 comments
Selamat pagi!
Woah dah 2hari dah aku bgn kul 6.30am.
Setiap kali bgn mesti call Apiez.
but today tak tahu angin biol apa dia tgh tdo ckp mcm ni,

"sayang,bagus la u dh bgn pg.Nnti kalau dah kawin,boleh buat breakfst utk i and ank2"

cewah ayat you tak boleh blah kan.Takpe la insyaallah diteruskan.Haha.

Semalam kul 10am dah keluar dgn Eqa sbb dia pun bgn pg.
Pergi Danga City Mall hantar laptop.
Okay laptop Vaio aku masuk ward selama 2-3 weeks.
Sekarang ni menggunakan laptop Acer yang lama,yang sangat lembab.
Haish nampaknya dah masok sem nanti pun belum ada lagi laptop.
Takpe la.

Seterusnya ke City Square untuk beli something.
Selama ni aku nak cari patung badak.
Sebabnya aku suka badak,lembu,butterfly.
Then jumpa and ianya kale pink.
Sungguh gemuk and comel.
Nama telah diberi iaitu Gloria,ala mcm cerita Madagascar tu.
Eqa pun ada tp dia punya kecik.
Then,semestinya takoyaki mnjd pujaan hati.

Balik dari tu and Eqa pun dah gerak balik Cyberjaya sebab dia ada presentation.
So mak ajak pergi Tebrau City pulak.
Oh angin mak baik dari pagi tadi,lalu belikan saya jean Levis and Daus pulak 2 jeans Topman.
Then pergi cari Swimming suit sebab hari ni saya mula kan kelas swimming saya ;)
Swimming suit yg sedia ada mcm tak sesuai je,sbb seluar pendek sgt and kalau ngn kwn2 boleh.

p/s : utk miss azie,i dah del link blog u stlh u
tgglkn commt minta maaf kt cbox i.
Btw,thank you.

Sunday, January 3, 2010

2010,i'm going 22.

Bebelan dari NFM pada 6:52 AM 1 comments
Dari 1hb tahun 2010 haritu sampai hari ni, *ceh mcm lama sgt je*
asyik buat suara kecewa dekat mak,
"Mak,umur Anna dah 22 tahun ni,Oh my! dah tuanya!"

tapi mak senyum je,
maybe sebab dia suka tengok ank dia makin bsr and umur dah boleh kawin.
Huish belum dapat terima lagi macam mana nak menghadapi masa-masa tua in future.
Anda bagaimana pulak?
P/s : eh apa birthday present kau tahun ni Fharina?
Bahahaha.

Wooohhoooo!

Bebelan dari NFM pada 6:28 AM 0 comments
Tadi mak bagitahu abah tak dapat balik untuk bulan 1 ni.
So dia balik bukan February nnti.

Okay,Eqa akan dapat hp baru.
Blackberry sebab dia mintak abah hp baru and abah nak belikan dia hp.
Okay Eqa,aku rasa abah tak balik sebab nak beli hp kau.
HAHA! *joking je*

.........................................................................

Ni cerita menarik.
Semalam aku dah tidur and Eqa bagitahu dia had a chat with mom.
So,aku sibuk la nak tahu apa dorang bercerita.
Oh cerita mereka adalah tentang saya.HAHA!

Mak kata aku ni degil and garang.
So,aku kena lelaki yang tak boleh garang-garang,
sebabnya aku akan jadi lebih garang lagi and tak mendengar kata.
Mak kata,lelaki itu mesti la kena yang tak selalu asyik nak marah aku and tak garang tapi bila tiba-tiba dia garang,OH MY!haha.
Sebab lepas tu aku akan mendengar kata buat sementara waktu dan mungkin selamanya.
So,mak kata lelaki itu adalah Apiez.

Mak tanya Eqa lagi,apa dah terjadi dengan ex-bf aku.
Oh Eqa cerita kot tapi not with the details.
Aku rasa betul kot apa yang mak cakap,sebabnya time dulu-dulu la kan.
Bila bf aku marah yang melampau and marah tak tentu pasal and tetiba nak marah,aku akan jadi The Hulk and bertindak di luar kawalan dan menjerit nak bagi 1 dunia dengar.
Segala kata-kata yang jahat,jangan tahu,sebab ianya tak dibenarkan disini.
*cewah cewah kau fharina,bkn dh byk ke post maki2 kau kt sini.*

Oh but its okay,my past lifetime was great too ;)
Thank you for anyone yang pernah menjaga saya sehingga saya besar begini dan mencari penjaga yang baru.
*siot kau Fharina*

Oh tu la,so aku ni complicated.
Sebabnya aku rasa aku ni SENANG=SENANG.
oh apa maksudnya tu?
maksudnye sume senang-senang la,
senang nak marah,senang nak sejuk.
senang gemok,senang kurus.
senang pandai,senang bodoh.
and etc.

Long lost friend.

Bebelan dari NFM pada 12:14 AM 1 comments
Oh ho.Saya di rumah menanti waktu untuk tidur.
Tadi petang saya keluar dengan Izhar.
Izhar Rahmat.
Tak ke mana g Uda hantar baju sekola adik jahit lencana and pergi makan kat Medan Selera.
Izhar amik dekat rumah sebab rumah kami tak berapa jauh.
Oh lama tak jumpa dia,last jumpa,time skola kat Uda and saya pindah Teknik tahun 2003 la kire last jumpa.
and now 2010 jumpa semula.

And tak lupa jugak ajak SK ;) makan sekali.
Oh kali ni mulut dia dah okay.
So ada 2 pic bersama hari ni.
Tapi tak sempat nak amik pic dgn Izhar sebab dia duduk depan saya.
Suppose malam ni keluar g tengok movie tapi tak jadi sebab hanya saya dan Izhar je yang free.
Yang lain busy and SK pulak nak ke gym.
So kami tangguhkan lain hari bila Izhar balik lagi ;)

Oh btw, rumah saya amat dekat dengan rumah cikgu kami,Cikgu Rashidah.
Cikgu pengawas kami dulu.
So kami singgah dan berbual-bual sekejap.
Serius,saya rindu time sekolah kat UDA sebab saya rasa itu la life yang amat bermakna bagi saya ;)

Izhar & SK, saya sayang kamu ;)
Hope friendship kita berkekalan.

p/s : hari ni mood nak ber saya-saya =p

Saturday, January 2, 2010

what a shame?

Bebelan dari NFM pada 7:35 AM 5 comments
Girl, i hargai u follow blog i tapi i tak puas hati,kenapa u kena tiru ayat2 i untuk bf i???
Sebijik pulak tu???



Pelik.

Bebelan dari NFM pada 7:15 AM 3 comments
Pelik rasanya macam mana dia boleh ada dlm friend list myspace aku?
Aku add dia ke? Tak rasanya,memang tak pun.
Dia add aku ke? Tapi bila masa aku approve?
Confuse.

Friday, January 1, 2010

Mohamad's super family.

Bebelan dari NFM pada 5:33 AM 1 comments





Mohamad's super family ;)

Note this.

Bebelan dari NFM pada 4:08 AM 0 comments

This entry is for everyone.
Okay,clearly, this is my blog.
This is where i wrote everything inside my head.
I am a very outspoken person,seriously.
Pls note this.

I do appreciate who's read my blog and follow my blog.
Pls,you're welcome ;)
I love you my readers and my followers.
But if you're just here with bad intention on whatever i wrote,
to say something without using your brain to others.
Pls,you're not welcome to my blog.
and i do hate you.

Shoooh,shoooh go away because you give me a trouble.
Please give respect to get respect.

my brother birthday.

Bebelan dari NFM pada 3:58 AM 0 comments
HAPPY 14th BIRTHDAY TO MY BROTHER!
MOHD FAIRDAUS BIN MOHAMAD.

01/01 - coolkan birthday dia.

Untittled.

Bebelan dari NFM pada 3:29 AM 0 comments
Hey remember pasal Padini Voucher?
Okay yesterday,dgn tak tidur nya.
My mom dah panggil suruh aku and Eqa pergi sekola Apiq beli buku sekolah dia.
Okay je sebab memang nak keluar pun time tu.
Huish lama nak tunggu buku sekolah dia,dgn panas terik nya lagi.
Then pergi Angsana beli kasut sekolah dia.
Next destination City Square,yeay dapat makan takoyaki yang sedap.

Cuba cari casing for my Ipod Nano yang murah coz i dont want to spent RM150 just for a casing.
So cuba cari selain Apple tapi tak jumpa.
Padini - i just bought a pair of wedges,oh sy sgt tinggi & a spec.
(nak upload picture tp tak bwk cable hp)
Actually tu dah exceed RM80 voucher so tambah la sikit duitkan.

Mng - a pink shirt. ( idk why sjk2 ni i choose pink color)

Body Shop - liquid eyeliner for Eqa and me. 2 diff flavour lip moisturiser for me.

Then the rest of money for my adik-adik.
Kakak yg cool kan saya.

Balik tu,terus tidur because saya tak tidur selama 22jam!
Krrrrooooh,krrrroooh!

and my new year celebration kat rumah,tidur.

Btw,masa kat MNG tu tgh2 tengok baju.
Then ada one girl ni lalu betul2 depan.
Aku senyum and dia senyum.
Then toleh lagi sekali,
"IKA!!!!"
Okay that girl is one my friend.
Have a chat with her and rupanya dia kerja kat situ.
Oh i miss you ika.
Bertahun tak jumpa dia,plus knl dia pun bkn sbb 1 skola ke ape.
Kenal dia from someone in my past.huhu.

So,itu adalah cerita semalam.
OMG! lupe something!
(next post entry)




2010

Bebelan dari NFM pada 2:46 AM 0 comments
2010 is at the door…
Remember
Life is short, break the rules,
Forgive quickly,
love truly,
laugh uncontrollably,
and
never regret anything that made you smile.

p/s : oh my! its 2010 and it means i am
getting older! i'm 22 this year!